Di dalam perhimpunan agung tahunan Umno kali ini, para pemimpin parti tersebut semakin membenci dan mengganas.
Sewaktu merasmikan persidangan tahunan wanita, pemuda dan puteri Umno pagi semalam, timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin menyeru para perwakilan ketiga-tiga sayap parti tersebut agar membenci Pakatan Rakyat, khususnya DAP dengan sesungguh dan sepenuhnya.
Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri turut mendakwa bahawa DAP sedang merancang untuk menggulingkan Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu bagi membolehkan negara ini dijadikan sebuah republik. Tambah beliau DAP selama ini menentang sistem Raja Berpelembagaan dan inginkan sistem tersebut dimansuhkan.
Sebelum ini, ketua penerangan Umno Ahmad Maslan turut mendakwa bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan Islam akan terus hilang jika sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum yang akan datang sambil memberi amaran bahawa DAP akan juga berusaha mengKristiankan negara ini, termasuk orang-orang Melayu.
Ketandusan modal
Sejak pilihanraya umum pada tahun 2008 yang lalu, Umno telahpun ketandusan modal untuk memerintah dan asyik memainkan sentimen perkauman agar masyarakat Melayu menambahkan lagi syak wasangka mereka terhadap kaum-kaum yang lain.
Penggunaan agenda-agenda perkauman yang berterusan ini bertujuan untuk menyemaikan perasaan membenci kaum-kaum lain yang didakwanya sebagai pendatang yang berbuat kacau di dalam negara ini, seterusnya menyemarakkan lagi permusuhan di antara kaum di negara kita ini.
Bagi menutup perbuatannya yang keji ini, Umno telah menubuhkan puluhan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bercirikan agenda Melayu untuk menjalankan kegiatan perpecahannya agar rakan-rakannya di dalam Barisan Nasional (BN) tidak akan tersinggung.
Puluhan NGO Umno ini bergiat aktif di beberapa buah negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sering menganjurkan beberapa siri tunjuk perasaan yang ganas bagi menggugat kestabilan negeri-negeri tersebut dengan mendakwa kononnya masyarakat Melayu di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sering dipinggirkan.
Corak politik baru Umno
Benci-membenci, seterusnya mencetuskan keganasan adalah merupakan corak kempen dan politik Umno yang baru bertujuan untuk memujuk masyarakat Melayu pada keseluruhannya untuk kembali menyokong dan mengundi Umno pada pilihanraya umum yang akan datang.
Para pemimpin Umno ini tidak lagi menghormati sistem demokrasi dan pertandingan secara adil di dalam pilihanraya umum, mengemukakan agenda-agenda pembangunan dan perubahan serta tawaran faedah-faedah untuk rakyat.
Para pemimpin Umno ini telah menjadikan kempen dan pilihanraya umum suatu medan pertarungan yang sengit seperti peperangan dengan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menggalak dan menyemaikan kebencian, menganjur dan mengadakan demonstrasi-demonstrasi jalanan yang ganas dan mengancam keselamatan rakyat.
Parti-parti komponen BN masih membisu
Sehingga pada petang tadi, parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, PPP, Gerakan, SUPP, PBS, LDP, PBRS, SPDP dan Upko masih membisu dengan sikap para pemimpin Umno tersebut yang semakin melampaui batas.
Kenapa pula dengan MCA, MIC, PPP, Gerakan, SUPP, PBS, LDP, PBRS, SPDP dan Upko yang sering mendakwa diri mereka mewakili masyarakat masing-masing masih enggan mengutuk perbuatan Umno yang boleh dikatakan tidak akan menguntungkan BN dan akan memudaratkan lagi peluang kemenangan mereka di dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Kita telahpun memerhati bagaimana Gerakan telah kecundang di Pulau Pinang, MCA kehilangan lebih separuh kerusi mereka, MIC pula kalah teruk, manakala PPP pulangan dengan tangan kosong pada pilihanraya umum 2008 yang lalu. Masihkah mereka ini di alam kebinggungan sehingga tidak dapat berbuat apa-apa untuk memulihkan imej parti masing-masing?
Ketidakberkesanan parti-parti komponen BN ini menunjukkan bahawa mereka masih dikongkong secara langsung oleh ketuanan Umno di dalam BN dan gabungan tersebut bolehlah dianggap sudah tidak lagi berfungsi sejak dari tahun 2008 lagi. BN itu telah menjadi sebahagian daripada Umno. Tidak perlu disebut lagi dengan panggilan BN kerana ianya telah tidak lagi wujud.
Kemunculan sekali-sekala parti-parti komponen BN ini di mata umum pada hari ini adalah hanya untuk mengimbangi kedudukan ketuanan Umno semata-mata.
Rakyat semakin bosan
Jika sekiranya parti-parti komponen BN masih tidak merasa apa-apa akibat daripada kenyataan para pemimpin Umno yang mengajak masyarakat Melayu untuk membenci dan mengganas, kita semua telahpun merasai dan tersinggung dengan sikap Umno yang semakin tidak bertanggungjawab ini.
Umno selama ini tidak mahu masyarakat Melayu bersatu dengan kaum-kaum lain seperti, Cina, India, Kadazan, Serani, Siam, Dayak, Iban, Orang Asli dan sebagainya untuk memantapkan lagi perpaduan di negara ini.
Bagi Umno, jika sekiranya perpaduan di negara ini dapat dimantapkan dengan sepenuhnya, parti tersebut akan kehilangan kuasa dengan lebih cepat.
Justeru daripada itu, Umno akan senantiasa mengacau bilau perpaduan di negara ini agar ianya dapat bertahan. Selagi ada Umno, masyarakat Melayu akan terus diasingkan daripada arus perpaduan dan pembangunan negara.
Selagi ada Umno matlamat negara ini untuk maju ke hadapan akan hanya tinggal angan-angan semata-mata kerana kesemua bentuk faedah yang dikecapi akan dikaut terus masuk terus ke kocek para pemimpin mereka.
Kalau tidak, kenapa sehingga kini, masih ada di kalangan masyarakat Melayu yang terus hidup melarat, miskin, buta huruf, ketinggalan di dalam arus pembangunan dan sebagainya? Layakkah Umno untuk terus “mewakili” orang-orang Melayu?
Fikirkanlah dengan lebih mendalam lagi.
Malaysia Chronicle

PAS will soon replace UMNO.
ReplyDeleteThe road to Putrajaya through Nusajaya.