Nov 21, 2010

200 Ahli PKR Merusuh Dan Ada Yang Parah..

Kira-kira 200 orang yang mendakwa anggota PKR berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya bagi membantah proses pemilihan langsungnya yang didakwa tidak telus.



Diketuai bekas timbalan setiausaha agung P Jenapala, penyokongnya daripada 14 buah seluruh selangor hadir untuk protes ringkas selama 45 minit.



Mereka yang membawa kira-kira 20 kain rentang, antaranya berbunyi "Jenapala The Hero", "Keadilan yang tidak adil" dan "Shame on you Anwar". sumber





Jenapala di dalam ucapannya menuntut supaya pemilihan diadakan dengan telus dan pemilihan ini tidak dapat diterima oleh ahli akar umbi.



"Jalankan pemilihan dengan telus. Parti (ini) cakap mengamalkan demokrasi dalam pemilihan, tetapi di mana perkataan itu lagi," katanya sambil mendakwa ahli PKR sudah ditipu dengan janji-janji kosong.



Beliau juga turut mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih mementingkan calon timbalan presiden Azmin Ali daripada anggota parti.



"Kalau hendak (Azmin) simpanlah untuk selama-lamanya," katanya menyindir.



Jenapala sebelum ini pernah mengadakan perhimpunan yang sama, dengan motif yang serupa di tempat itu.



Bagaimapun, ketika itu, jumlahnya hanya separuh daripada yang hadir hari ini.

1 comment:

  1. Oit Terer la Janapala ni. Kalau masuk MIC mesti bagusla, boleh ganti Samy Velu. Eh betul ke PKR ada ramai ahli daripada masyarakat India sampai lebih dari 14 bas ni. Kalau macam ni boleh join parti baru Zaid la kalau tak setuju dgn PKR

    ReplyDelete