Llaporan polis |
Pasir Gudang Sepasang suami isteri hari ini membuat laporan polis berhubung kesihatan anaknya yang semakin merosot selepas mendapat rawatan di sebuah hospital di sini Januari lepas.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Ulu Tiram bagi meminta penjelasan berhubung kesihatan anaknya sebelum mengambil tindakan sewajarnya terhadap hospital itu.
Norazmi Sarmin, 38, mendakwa anaknya Mohd Haiqal, 16, kini terlantar di hospital selepas sedar dari koma akibat menerima satu suntikan sebelum menjalani pembedahan saluran hati tersumbat, 31 Jan lepas.
Gambar adik Haiqal sebelum koma dan selepas |
Turut Hadir semasa sidang Media shamsul Ketua Penerangan Pemuda Pas Johor |
Sementara itu, Syed Othman berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan doktor yang terlibat esok bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkara itu dan pihaknya juga telah melantik seorang peguam bagi membantu pasangan suami isteri itu mengambil tindakan undang-undang sewajarnya sekiranya kejadian itu berpunca daripada kecuaian hospital.
No comments:
Post a Comment