Mar 7, 2012

Muhyiddin dan Ghani Othman risau Johor kalah?

kalah?



Walaupun bunyi kenyataan yang Muhyiddin keluarkan tu macam dia yakin Johor takkan terlepas ke tangan Pakatan Rakyat PRU13 nanti tapi nampak macam jauh di sudut hati kecil dia rasa risau dengan nasib Umno BN di Johor.
Kalau tengok rekod memang tak sepatutnya Umno BN risau langsung di Johor. Pasainya sebagai negeri kelahiran Umno, Umno memang cukup kuat di Johor. Bukan setakat Umno kuat di Johor, PAS dan PKR pulak langsung tak kuat.
Biasa sangat dalam pilihanraya sebelum-sebelum ni calon PAS hilang deposit. Bagi calon PAS, kalau boleh dapat balik duit deposit pun dah boleh dikira berjaya.
Tapi tu cerita dulu, cerita berpuluh tahun dulu, sekarang ni dah lain, keadaan dah banyak berubah terutamanya selepas PRU12 kekuatan PAS semakin meningkat di Johor.
Bermula dengan sejarah PAS menang tanpa bertanding di Dun Senggarang pada PRU11 kemudian meningkat menjadi 2 di Dun Maharani dan Sungai Abong pada PRU12. Sejak PRU11 kalau tak salah aku, calon PAS dah tak lagi hilang wang deposit di Johor dan PAS semakin berkembang pesat di Johor.
Pasai tu lah, Pesuruhjaya PAS Johor Dr. Mahfodz berani pujuk Salahuddin Ayub balik bertanding di Johor untuk PRU13 akan datang. Bukan setakat tu, Dr. Mahfodz siap berani sebut Salahuddin adalah bakal Menteri Besar Johor.
Kalau tak nampak petunjuk yang meyakinkan takkan Dr. Mahfodz berani nak pujuk Salahuddin tinggalkan kerusi yang boleh dikira selamat untuk Salahuddin di Kelantan dan balik bertanding di Johor.
Memang tak heran la kalau Muhyiggin Yasin pun rasa risau. Sebagai Timbalan Presiden Umno dan berasal dari Johor, memang Muhyiddin Yasin patut risau. Kalau ditakdirkan Johor tumbang, memang malu besar Muhyiddin. Mana nak letak muka, Umno boleh kalah di negeri kelahiran Umno, negeri yang semua orang terima sebelum ni sebagai kubu kuat Umno.
Kalau bukan pasai takut kalah, apa perlu mesyuarat tertutup dengan Umno dan BN Johor. Kalau bukan pasai takut kalah, apa perlu Menteri Besar Johor,  Ghani Othman berkampuna dua ke tiga hari di setiap kawasan parliman.SUMBER

2 comments:

  1. Insya-Allah,,,PAS akan menang di Johor (PR akan mengambil alih johor dari Bee End...) boleh jalanlah bee end...

    ReplyDelete
  2. Berdasarkan analisis yg dibuat,sekiranya momentum pengundi cina kpd PR kekal 80%,,,sudah tentu byk kerusi parlimen di Johor akan dipegang oleh PR.

    ReplyDelete