Sep 27, 2011

20 0RANG PEMUDA UMNO KG PASIR PUTIH TEBRAU JOHOR MASUK PAKATAN




Seramai 20 Pemuda UMNO Kampung Pasir Putih Tebrau Johor menyertai Pas dan Keadilan menyerahkan borang keahlian terbabit kepada Steven Choong  selaku Timbalan Setiausaha Agong  PKR Pusat.   Wakil Pemuda UMNO berkata, penyertaannya bersama ahli yang lain merupakan satu penghijrahan yang dilakukan atas kesedaran sendiri dan ingin berjihad ke jalan yang benar.

“Inilah yang kami mahukan selama ini bagi menegakkan perjuangan yang lebih mementingkan nilai-nilai keislaman dan tidak terpesong.

“Perjuangan yang dibawa dalam UMNO kini semakin goyah dan seolah-olah seperti tidak nampak arah tujuannya hanya pandai janji sahaja ,” katanya  semasa  majlis a Rumah Terbuka Pas Cawangan Kg Pasir Putih
Sementara itu menurut Penyelia  Pusat Aduan Rakyat Syed Othman Berkata  kemasukan ahli baru dalam Pas di kawasan Tebrau akan lebih menyemarakkan lagi perjuangan parti untuk berjihad dan menegakkan syiar Islam. dan Tamparan Kepada UMNO Kg Pasir Putih yang dulu adalah kubu kuat UMNO.

3 comments:

  1. tak meroyan ke puak-puak umno yang ditinggalkan tu

    ReplyDelete
  2. bukan takat meroyan lagi.......
    dah jadi kera belacan.........kah kah kah

    ReplyDelete
  3. ini hanya propaganda...

    ReplyDelete