Mar 23, 2011

Tanpa Melihat Video Itu, Zul Kulim Mendakwa Yakin Lelaki Itu Ketua Pembangkang !!




Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan ‘Datuk T’ sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.
Meskipun enggan memberi jawapan sama ada sudah menonton video itu, beliau berkata, adalah 110 peratus jelas bahawa pemimpin pembangkang itu merupakan lelaki yang terlibat dalam video berkenaan.
“Orangnya jelas dan kita semua tahu siapa dia. Tiada dolak-dalih lagi dan saya berani mengesahkan bahawa itu memang dia.
"Meskipun enggan memberi jawapan sama ada sudah menonton video itu"



Ya Allah ... semoga Kau berilah balasan yang setimpal kepada Zulkifli Noordin sekiranya dia berlaku salah.

1 comment:

  1. Ya Allah... jika tiada kebajikan orang ini terhadap-Mu sehingga sanggup menjadi pendusta terhadap ajaran Rasul-Mu, jika memesongkan ayat-ayat-Mu (al-Quran) sehingga sanggup bersaksi palsu terhadap jalan-Mu..... ku mohon pada-Mu Ya Allah, segera bukakan pintu taubat untuknya dan jika dia berterusan engkar pada-Mu Ya Allah, tunjukkan segera kepada kami balasan yang setimpal untuknya Ya Allah, Ya Rabbul'alaminnn...

    Aminnn.....

    ReplyDelete