Sep 20, 2010
UMNO Paya Besar Hina Sultan Pahang
Kontroversi: UMNO Paya Besar Hina Sultan Pahang, Hanya Memaparkan Gambar Pemimpin Parti Itu Pada Kain Rentang Program Raja Bersa
PAYA BESAR, 20 Sept - Orang ramai kecewa dengan tindakan UMNO Bahagian Paya Besar yang telah "Menghina Sultan Pahang" menerusi program Majlis Raja Bersama Rakyat dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran parti itu. Difahamkan ia berkaitan tindakan parti itu memasang kain rentang berkaitan program yang dipercayai berunsur penghinaan terhadap Sultan Pahang.
Difahamkan program terbabit diadakan hari ini di Padang Kompleks Belia Felda Bukit Goh dekat sini. Tinjauan krew kami ke lokasi terbabit mendapati khemah-khemah telah pun didirikan. Malah khemah diraja berwarna kuning juga telah didirikan. Ini membukitkan bahwa sememangnya program tersebut akan dihadiri oleh "Tuanku Sultan Pahang". Apa yang menimbulkan persoalannya sekarang ialah kenapa gambar Sultan Pahang tidak diletakkan pada kain rentang terbabit?.
Mengulas perkara itu, Tuan Hj.Zahari Mamat (foto), selaku Ketua PKR Cabang Paya Besar berkata bahawa tindakan UMNO itu jelas sekali satu penghinaan terhadap tuanku. "Jika sebelum ini UMNO bukan main hebat lagi mengatakan PKR menghina Sultan Johor apabila terjumpanya kain rentang yang memaparkan gambar Sultan Johor bersama Pengerusi PKR negeri itu Chua Jui Meng dan Anwar Ibrahim. Mereka membuat provokasi mengatakan PKR tidak menghormati institusi raja.
Malahan, Anwar juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk disiasat. Walhal, terdapat maklumat yang kain rentang itu dibuat sendiri oleh UMNO bagi mencetuskan keadaan tidak tenteram, kononnya PKR menyokong Chua Jui Meng menjadi Menteri Besar Johor", kata Hj. Zahari. "Persoalannya sekarang kenapa ia berlaku pula kepada UMNO itu sendiri?.
Kain rentang yang tertera program raja bersama rakyat tetapi yang dipaparkan ialah gambar Datuk Manan Ismail (Ahli Parlimen Paya Besar) dan Suhaimi Md Shah (ADUN Sg.Lembing), sedangkan gambar tuanku sultan tidak tertera langsung. Bukankah ini mengelirukan rakyat. Kenapa guna nama raja untuk menarik perhatian rakyat?. Ini jelas merupakan satu penghinaan kepada isntitusi raja itu sendiri sebenarnya", katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment