PERPADUAN adalah suatu perkataan yang sungguh indah dan dikehendakki oleh semua orang, Tetapi apabila perkataan "PERPADUAN" itu keluar dari pemimpin-pemimpin UMNO maka ianya menimbulkan tandatanya, Betulkah ianya perpaduan sejati atau sekali lagi merupkan satu tipu helah pemimpin-pemimpin UMNO unuk mengekalkan "Ketuanan UMNO' dinegara ini.
Itulah persoalannya. Itulah tanda tanya yang pasti timbul apabila pemimpin-pemimpin UMNO menyebut "perpaduan". Ini adalah kerana sejarah lama sebelum ini hanya mengaitkan perkataan itu dengan keinginan "UMNO mengekalkan ketuanan UMNO" dan apabila pihak lain tidak menerima konsep "superiority UMNO" maka parti-parti itu akan dipandang rendah dan diperlekehkan.
Oleh itu kebanyakkan parti komponen tidak mungkin kekal lama berada di dalam BN. Ini adalah kerana UMNo akan mengadu domba pelbagai pihak dalam parti yang tidak disukainya itu supaya timbul percakaran dan perselisihan sehingga akhirnya pihak-pihak yang terbabit meminta UMNO untuk menyelesaikan masalah dalaman parti berkenaan.
Maka dengan itu nampak jelaslah 'KETUANAN UMNO"
UMNO hanya membicarakan perpaduan Melayu apabila UMNO diserang dari segenap penjuru dan mula terasa bahang kemarahan semua lapisan masyarakat negara ini terhadap kepimpinan UMNO tak kira kaum, bangsa, agama dan parti. Begitu juga UMNO juga menimbulkan kemarahan semua lapisan masyarakat tak kira jenis pekerjaan sama ada kakitangan kerajaan ataupun swata, sama ada kumpulan sokongan ataupun golongan professional dan pengurusan.
Ini adalah kerana semua dasar yang dijalankan oleh pentadbiran Najib hanya mengutakan golongan UMNOPUTERA dan koperat. Yang lain semuanya jadi mangsa.
Pentadbiran Najib juga tidak pandai menguruskan ekonom negara dan terlalu rakus menggunakan kedudukan kewangan pelbagai agensi kerajaaan dan GLC yang kukuh dan menghasilkan keuntungan besar seolah-olah adalah haknya yang diwarisi dari arwah ayahnya.
Lihatlah berapa banyak syarikat yang selama ini boleh dikatakan sebagai "cash cow" seperti FELDA dan Sime Darby turut mengalami kerugian akibat kesilapan pelaburan yang dibuat tanpa penelitian dan penyemakan yang sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkaitan. Perkara ini berlaku kerana Najib menggunakan kuasa mutlak kedudukannya sebagai PM dan juga menteri kewangan. tetapi tidak mengamalkan" good monetary and investment governance policy" yang diamalkan oleh kerajaan sebelum ini.
Oleh kerana amalan pengurusan ekonomi dan kewangan negara yang tidak sihat itu, maka negara kita sejak 14 tahun lalu, beroperasi dalam defisit belanjawan dan tidak nampak tanda-tanda keadaan ini akan berubah dan sukar untuk meramalkan masa depan yang lebih baik, sekiranya tampuk kepimpinan negara dibawah UMNO dan tidak adanya pengasingan kuasa antara PM dan Menteri Kewangan.
Keadaan ekonomi yang teruk ini menyebabkan berlakunya krisis keyakinan masyarakat cina terhadap kepimpinan UMNo dan ini melumpuhkan parti-parti BN yang didokong oleh masyarakat Cina seprti MCA dan GERAKAN. Apatalh lagi dengan dasar pentadbiran Najib yamg mengarahkan segala transaksi kewangan hendaklah dilakukan melalui CIMB, yang mana beliau ada kepentingannya.
Semua perkara itu menyebabkan UMNO mula hilang keyakinan dari parti-parti komponen BN dan dengan itu UMNo terpaksa mencari jalan untuk memastikan UMNO terus berkuasa selepas PRU yang ke13 nanti.
KETAKUTAN UMNO mengenai potensi kehilangan kuasa, menyebabkan UMNo sanggup berbuat apa sahaja bagi mengekalkan kuasa.
Dan salah satu caranya ialah mendapatkan semula sokongan orang-orang melayu dengan gagasan'PERPADUAN MELAYU" sedangkan UMNO selama in telah begitu banyak menghancurkan hati orang-orang Melayu dan mengkhianati orang-orang Melayu seperti yang dipaparkan dalam http://umnopembelamelayu.blogspot.com/
Oleh itu walaupun perpaduan yang dikehendakki oleh UMNo itu adalah mustahil berdasrkan rekod pengkhianatan UMNo terhadap orang-orang Melayu, UMNo tetap berusaha untuk mendapatkan kerjasama PAS bagi membentuk perpaduan Melayu yang dicanangkan UMNo itu..
Tetapi persoalanya, mungkinkah perpaduan Melayu itu dapat dilakukan kerana kedua-dua parti itu bukanlah milik mutlak orang-orang melayu. dalam kedua-dua parti itu ada orang-orang bukan Melayu. Apatah lagi dalam PAS, ada keturunan Cina dan keturunan India yang menjadi ahli PAS bahkan sudah ada sayap khas untuk orang-orang bukan Melayu dalam PAS. Jadi ternyata perpaduan itu adalah mustahil dapat dilakuka tanpa bangkangan dar DHPP.
Tetapi oleh kerana KETAKUTAN UMNO mengenai potensi kehilangan kuasa, menyebabkan UMNo terus berusaha merealisasikan perpaduan itu walaupun ianya mustahil demi untuk mengekalkan kuasa. Bagi UMNO, walaupun gagasan perpaduan itu tidak dapat dijadikan kenyataan, tetapi ianya akan menimbulkan simpati sebahagian dari masyarakat Melayu untuk menyokong UMNO kembali. Inilah matlamatnya.
Oleh sebab itu, akhir-akhir ini UMNO mendendangkan gagasan perpaduan Melayu. apa maknanya itu kepada parti-parti komponen dalam BN. Bukankah itu bermakna ianya akan menyingkirkan parti-parti bukan Melayu seperti MCA, MIC, gerakan, PPP , SUPP dll.
Ini adalah kerana UMNo melihat parti-parti itu bergantung sepenuhnya kepada kekuatan UMNo untuk menang ditempat masing-masing. Jadi bagi UMNO parti-parti bukan Melayu itu tidak bermakna lagi kepada UMNO apatah lagi sokongan masyarakat cina kepada BN/ UMNO makin berkurangan.
Maka dengan tindakan UMNo merencanakan perpaduan melayu itu, ianya akan menyebabkan masyarakat bukan Melayu dan parti-parti dalam BN makin menjauhi UMNO. Ini adalah kerana bagi mereka buat apa lagi nak tunggu dalam BN, buat apa lagi nak menyokong BN sekiranya itulah sifat dan sikap UMNo yang akhir-akhir ini membelakangkan masyarakat bukan melayu dan parti-parti komponen.
Kenyataan ini semakin hari semakin menjadi realiti, semakin nyata. Ini adalah kerana UMNo mengamalkan kosep ketuanan Melayu iaitu UMNo tuan kepada orang-orang Melayu juga tuan kepada orang-orang Cina dan orang-orang keturunan India. Jadi sesiapa yang menerima UMNo kenalah terima apa sahaja keputusan kepimpinan UMNO!.
Sebab itulah saya mengatakan tindakan UMNO mengutarakan perpaduan melayu itu seumpama menekan loceng maut bagi UMNO.
SUMBER
ALLAH MENYURUH ORANG2 YG BERIMAN SUPAYA BERSATU BUKANNYA SIKAP MENGADU DOMBA SEPERTI SIFAT IBLIS LAKNATULLAH .
ReplyDelete