Jun 3, 2010

UMNO : SAYAP YANG PATAH...PEMUDA...

Khamis, 4hb. Jun 2010-Desas desus yang dibafikan akhirnya jadi nyata. Kabinet dirombak jua. Antara yang menjadi tumpuan ialah pengguguran Timbalan Ketua Pemuda umNo, Perlantikan anak Chua Soi Lek dan ramainya Senator yang dilantik.

Apapun rumusan dan alsan Najib , beliau telah mewujudkan musuh dalaman tersendiri. Ia juga melambangkan betapa Najib sendiri tidak yakin dengan kalangan MP umNO yang berada di Parlimen. Apakah kebanyakan MP umNo yang menang itu tidak layak atau tidak dipercayai. Begitu jua pemimpin Pemuda yang terus disisihkan oleh Najib. Bukan sahaja Ketuanya disisihkan malah Timbalan yang dilantik pun disingkirkan.

Persoalannya apakah pemuda umNo sememangnya tak layak, tidak diyakini atau Najib marah kepada pemuda kerana gagal berperanan membawa anak muda menyokong umNO. Khairy sendiri dilihat sangat jauh dari slogan satu Malaysia Najib. Apakah Khairy menentang atau tidak sesuai dengan jiwanya ataupun Khairy sendiri tidak jelas dengan slogan satu Malaysia yang merupakan Slogan Terjun.

Sebagaimana Islam Hadhari yang mengambil masa yang lama untuk diterjemahkan sehingga muncul beberapa versi Islam Hadhari sebelum ianya disatukan. Begitu juga Satu Malaysia yang dilihat masih teraba raba dan lebih dilihat memujuk bangsa bukan Melayu untuk menyokong BN. Perlantikan jawatan Kabinet adalah bukti ketara selain limpahan anugerah sepanjang Pilihanraya Kecil yang lalu.

Perlantikan kabinet yang diharap oleh Najjib menyelesaikan masalah nampaknya akan lebih bermasalah. Suara protes anak muda muncul jauh dari Sabah apabila mencadangkan agar ketua mereka , Khairy Jamaludin di bawa ke Kabinet. Sekurang kurangnya Khairy perlu berada di dalam Kabinet mewakili suara sayap Pemuda. Nampaknya sayap itu tidak diperlukan oleh Najib. Mungkin sayap itu telah patah. Maka wajarlah anak muda menyisihkan diri dari umNO. Jika Khairy bermaruah, beliau juga perlu membawa sayap itu terbang jauh dari umNO untuk mengubat laranya...

No comments:

Post a Comment