Apr 27, 2009

Bantuan di Kg Melayu Majidee Baru

Sedang saya dan sahabat melawat PASTI, saya dikejutkan dengan panggilan dari En Rahman. Beliau adalah seorang OKU (badan sihat, cuma mulut sedikit herot dan sukar bercakap akibat strok), dan telah diberhentikan kerja. Isteri beliau orang Filipina Islam, juga tidak bekerja. Keluarganya pernah datang ke Pejabat Pusat Aduan Rakyat untuk mengadu nasib...

Beliau merayu sedikit bantuan kerana di rumahnya sudah tiada apa untuk dimakan! Kami pun terus membeli sedikit keperluan untuknya dan terus ke rumahnya di Kg Melayu Majidee untuk serahkan bantuan









Beliau masih tidak bekerja hingga kini. Diharap kepada sesiapa berdekatan yang perlukan pekerja, bolehlah mengambilnya bekerja untuk meringankan beban keluarga ini. Saya juga sudah serahkan kes ini kepada sahabat saya Najib dari Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya. Moga Allah bantu keluarga ini...

No comments:

Post a Comment