Nov 7, 2009

KERAJAAN ISLAM MELENGKAPKAN PERINTAH ALLAH DAN AMANAH RASULULIAH




Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan, penubuhan Parti Islam SeMalaysia (PAS) 58 tahun lalu adalah bertujuan menunaikan perintah Allah dan RasuluLlah SAW.

Menurutnya, perintah Allah yang mesti ditunaikan itu adalah berdasarkan ayat 104 dalam surah Ali-’Imran yang memerintahkan supaya dikalangan manusia itu ada sekumpulan atau satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).

Katanya, perintah Allah tersebut juga diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang mewajibkan supaya ada kumpulan dikalangan orang Islam yang meneruskan perjuangan beliau dengan sepenuhnya yang terkandung dalam tiga perkara iaitu, mengajak manusia kepada yang baik, menyuruh manusia mengamalkan Islam dan mencegah daripada melakukan kejahatan.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Marang berkata demikian ketika merasmikan pelancaran sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Marang, di Masjid Rusila, disini, Jumaat, 6 November.

Oleh yang demikian, katanya, perintah Allah dan RasuluLLah tersebut tidak dapat dilengkapkan, kecuali dengan menubuhkan kerajaan Islam, yang mempunyai kuasa untuk melaksanakannya melalui satu sistem pemerintahan.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Yang Dipertua PAS Marang merangkap Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali.

SUMBER BULETIN

No comments:

Post a Comment