Nov 17, 2009

BADRUL HISHAM KEMUKA SURAT PENJELASAN PADA MB

Ketua Keadilan Rembau, Badrul Hisham Shaharin, mengemukakan surat terbuka memohon penjelasan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kes pengurupan wang sejumlah 10 juta ringgit.

Menurutnya, Mohamad tidak mengendahkan permohonan beliau dan hanya menafikan perkara tersebut melalui media.

“Seharusya menjadi adat penting,profesionalisme penjawat awam,khususnya dia selaku Menteri Besar,memberi jawapan dan menjelaskan isu isu yang dibangkitkan melalui siri siri surat saya kepada dia.Malah surat saya tidak pernah mendapat balasan,hanya penafian secara dangkal kepada media”.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Keadilan Negeri, Seremban pagi tadi.

Terdahulu, ahli Parlimen Batu Tian Chua, mendedahkan penglibatan Menteri Besar negeri itu dan sebuah syarikat pengurup wang dalam kenyataan medianya bertarikh 13 November 2009.

Mohamad dikatakan melakukan transaksi haram itu pada tahun 2008 dengan mengirimkan sejumlah besar wang ke London.

Perbuatan ini menyalahi Undang undang Akta Pengurupan Wang 1998.

Badrul menegaskan, PKR memberi tempoh 14 hari kepada Mohamad Hasan untuk menjelaskan perkara terbabit beserta dokumen yang sah membuktikan beliau bebas daripada pertuduhan itu.

Pihaknya tidak akan teragak agak untuk membongkarkan perkara ini kepada rakyat, sekiranya Menteri Besar melarikan diri dari menjelaskan tuduhan ini.

Selain itu, Badrul turut menyeru Gabenor Bank Negara, Dato Sri Dr Zetti Akhtar Aziz dan SPRM menjalankan siasatan segera ke atas transaksi haram ini.

Menurut Badrul juga, satu laporan rasmi akan dibuat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman dalam minggu ini.

“Sesuatu sedang berlaku,sabotaj terhadap kegiatan ekonomi.Dan kebanyakkannya ada kaitan dengan pemimpin politik di Malaysia",katanya.

Pada 26 November 2008 Bank Negara telah membatalkan 20 lesen perniagaan pengurupan wang, termasuk syarikat pengurup wang yang didakwa itu tanpa sebarang sebab.

Namun begitu, tiada sebarang tindakan undang-undang diambil Bank Negara sehingga kini.

No comments:

Post a Comment