Oct 6, 2009

UMNO TIPU PENIAGA RESTORAN

PORT DICKSON - Belum pun bergelar wakil rakyat, Saudara Zulkifli Mohamad Omar telah pun menjadi ’dahan’, tempat rakyat DUN Bagan Pinang untuk bergantung.

Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat itu telah menngunjungi sebuah restoran, disini semalam, ekoran aduan tidak puas hati pemiliknya yang mendakwa ditipu oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketika ditemui, pemilik restoran Jamsari, Encik Jamhuri berkata beliau telah dianiaya oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana membatalkan kontrak membekalkan makanan secara tiba-tiba.

Menurutnya, beberapa ketika sebelum kempen PRK Bagan Pinang bermula, beliau telah didatangi oleh seseorang dan menawarkan khidmat untuk membekalkan makanan bermasak kepada sepasukan polis yang bertugas untuk pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Katanya, selepas menerima surat tawaran, beliau telah bersetuju untuk membekalkan makanan tersebut sebagaimana syarat yang dinyatakan.

Malangnya, kata beliau, kontrak tersebut dihentikan secara tiba-tiba, sehari selapas bekalan pertama dibuat.

“Tengok tu siap ada surat tawaran, tetapi dengan tidak semena-mena sehari selepas saya memulakan membekal makanan, kontrak saya itu diberhentikan tanpa sebab,

”pembatalan yang dibuat hanya dengan melalui satu panggilan telepon,”kata Encik Jamhuri sambil menunjuk surat tawaran yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

“Tentulah langkah (tindakan) yang demikian tidak adil kepada saya,”Keluhnya.

Oleh yang demikian, katanya, beliau bertindak mempamirkan ’kejadian tersebut’ diatas sebuah papan notis dihadapan kedainya supaya ia menjadi tauladan dan panduan kepada orang lain, agar berhati-hati ketika berurusan da;am musim pilihanraya.

1 comment:

  1. Awat jadi macam tuuu.
    Hang tak tau adat depa kot.
    Mai nak habaq.
    Lainkali hang kena Huloq dulu baru beres

    ReplyDelete