Oct 9, 2009

NAJIB MACAM TAK YAKIN ........

BAGAN PINANG, 9 Okt - Kenyataan baru Perdana 1Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan beliau seolah-olah sudah mencium bahawa kemungkinan BN akan kalah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang nanti.
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam kenyataannya hari ini menyifatkan kenyataan terbaru Najib itu pastinya dibuat selepas beliau melihat kemenangan di Bagan Pinang bukanlah sesuatu yang mudah untuk BN.


"Dari sini saya melihat seolah Najib sudah mencium bahawa kemenangan di Bagan Pinang bukan sesuatu yang mudah dan pada saya dia sudah melihat kemungkinan akan kalah disana," ujarnya.


Najib yang dipetik berkata, "Memperoleh kemenangan adalah lebih penting bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang, Negeri Sembilan, daripada saiz majoriti kemenangan,


"Usah kata menang besar atau kecil, asalkan menang. Yang penting menang," kata Najib kepada wartawan yang membuat liputan lawatan rasmi empat harinya ke Perancis yang berakhir pada Rabu lalu.


Manakala kenyataan terdahulu Najib, beliau yang yakin bahawa BN akan menang dengan majoriti besar akhirnya terpaksa berkata bahawa kemenangan BN penting walaupun dengan saiz majoriti yang kecil.


Menurutnya Khalil, PAS sebelum ini diperlekeh semasa menang di Manik Urai dengan 65 Undi majoriti. Namun PAS tetap menang walau pun proses demokrasi yang sangat sebelah.


Dalam kenyataan itu juga, Khalil yang juga Adun Titi Serong turut mempersoalkan kenyataan dan keyakinan Najib yang berubah-ubah itu.


"Bukankah Najib ada 1 Malaysia dan disokong kuat oleh seluruh jentera kerajaan termasuklah SPR dan PDRM?"


"Kenapakah Najib tidak bercakap sebagai seorang yang betul-betul yakin akan menang besar seperti yang diperkatakan sebelum dari ini?" soalnya.

No comments:

Post a Comment