Oct 25, 2012

UMNO CAWANGAN RUMAH PANGSA TAMAN CENDANA PILIH BULU HULUR BANTUAN


Setiap insan yang melalui Ambang perkahwinan akan merasai keperitan sekiranya pasangan hidup mereka memilih jalan kehancuran dalam hidupnya.Dikala orang sekeliling bergembira menyambut hari raya tetapi ada insan diselubungi kesedihan kerana kehimpitan hidup yang dicipta orang yang berjanji akan bersama sehidup semati.

PAR PERMAS pagi tadi turun padang menghulurkan sumbangan kilat setelah menerima SMS dari Puan Misenah seorang surirumah.Mukadimah yang diungkap tadi Inilah keadaan masalah yang sedang dihadapi oleh Puan Misenah bt Ansar 60 tahun.Beliau yang tinggal di Rumah pangsa Taman cendana masai,Pasir gudang.Menceritakan kisahnya dengan nada sedih dan kecewa.Beliau mendakwa suami keduanya itu yang berusia 49 tahun tidak berkerja dan seorang penagih dadah tidak pernah memberikan nafkah untuk keperluan hidup beliau dan anaknya.Kesihatannya yang sering terganggu ditambah dengan kesakitan lutut yang dialami akibat kemalangan jalanraya beberapa tahun lalu menyebabkan beliau tidak mampu untuk berkerja.

Ibu kepada seorang anak yang berusia 16 tahun bersama suami keduanya itu,berkata anaknya sudah tidak bersekolah kerana beliau tidak mampu.Beliau yang juga tiada punca pendapatan itu mendapat belas ihsan dari jiran dan saudaranya yang sering menghantar makan dan minum.Beliau yang juga menerima bantuan dari baitulmal sebanyak RM250,jumlah itu katanya tidak mampu untuk menyara beliau dan anaknya.Beliau yang sedang menghadapi kesulitan membayar bill letrik dan air tetunggak yang sudah mencecah RM800.

Beliau juga pernah memohon kepada Cawangan Umno taman cendana untuk bantuan tetapi dimaklumkan oleh ketua cawangan supaya menulis sendiri permohonan bantuan kepada Umno bahagian.Beliau yang buta huruf  itu mendakwa sudah memaklumkan kepada ketua cawangan keadaan beliau yang buta huruf agar membantu beliau menulis surat tetapi hingga sekarang apabila ditanya mengenai surat tersebut,ketua cawangan memberikan bermacam-macam alasan.Beliau mendakwa juga bahawa ketua cawangan umno rumah pangsa tersebut memilih bulu dalam menghulurkan sumbangan.

Beliau yang juga mempunyai anak seramai 7 orang bersama suami pertama itu amat sedih apabila anak-anaknya tidak pernah menjenguk beliau bertahun lamanya.Dengan linangan air mata,beliau berkata apakah dosa dan salah yang telah beliau lakukan terhadap mereka hingga ibu sendiri didalam kesusahan sebegini seorang pun tidak pernah datang menjenguk hatta dihari raya aidil fitri sekalipun.

Sesiapa ingin menghulurkan bantuan kepada Puan Misenah bt Ansar No.Acc BSN 01149-29-00011149-1

abusiraj almuner


1 comment:

  1. Dalam AlQurana ada menyebutkan, boleh bersedekah secara terang dan juga cara bersembunyi

    ReplyDelete