Oct 23, 2012

MIC GAGAL MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN BUAT GRADUAN INDIA

Ketidakpuasan hati dengan kepimpinan MIC kerana tiada usaha membantu masyarakat India membuatkan Jai seelan 40 tahun menemui PAR permas untuk menceritakan keperitan perjuangan partinya.Kisah Jai seelan ini ditulis dan disiarkan didalam FB abusiraj almuner dan blog Syed Othman 'Agenda perjuangan Rakyat' serta disiarkan juga didalam portal berita Nusajayakini dan portal berita Pakatan rakyat telah menberikan satu tamparan kepada kepimpinan MIC.Sejurus berita itu disiarkan,kepimpinan MIC negeri telah datang berjumpa dengan beliau untuk berbincangkan masalah yang dihadapi.

JAI SEELAN

Jai seelan 40 tahun,bukannya seorang pekerja estet ataupun pemandu lori.Beliau memiliki ijazah BA dalam kepujian sejarah daripada universiti Malaya tahun 1987.Pernah memegang jawatan di Majlis perwakilan pelajar (MPP) sebagai timbalan bendahari.Sebelum menyertai MIC beliau adalah Setiausaha Pemuda PPP dan Exco pemuda PPP kebangsaan dan apabila menyertai MIC beliau adalah ketua cawangan Perumahan rakyat jalan suria masai.

Ayah kepada 2 orang anak berusia 10 dan 7 tahun ini walaupun bekerja di syarikat swasta tetapi minatnya dalam perkhidmatan Awam tidak pernah pudar.Semasa beliau masih bekerja disyarikat swasta beliau masih memohon untuk memdapatkan perkerjaan dengan perkhidmatan awam hinggakan mendapat surat sokongan daripada Dato Murugiah ketika itu timbalan menteri di jabatan perdana menteri tetapi pemohonannya juga gagal.

Beliau berkata beliau amat kecewa dengan apa yang beliau hadapi,sebagai penyokong tegar kerajaan, permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dinafikan padahal beliau mempunyai kelayakkan dan kelulusan.katanya beliau memohon beberapa kali sejak tahun 1997 lagi tetapi semuanya ditolak tanpa alasan.Kecewa dengan pimpinan parti yang sering memikirkan periuk nasi sendiri tanpa memikirkan keadah untuk menyelesaikan  masalah yang dihadapi oleh masyarakat India yang terhimpit dengan masalah kemiskinan serta penganguran.

Jai seelan dengan nada keras berkata Menteri ada menyebut di parlimen bahawa 8 peratus kaum India berada didalam sektor perkhidmatan awam,bilangan itu katanya adalah tidak benar.Adakah kerana saya seorang India saya dinafikan hak untuk mendapatkan perkerjaan di khidmatan awam ini?Beliau juga pernah mendapat surat daripada Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad badawi meminta beliau mengundi serta memberi sokongan padu kepada kerajaan BN.

Beliau yang berpengalaman sebagai pembantu tadbir syarikat swasta selama 15 tahun itu berkata sekiranya beliau ditawarkan perkerjaan di Negeri pakatan rakyat beliau mahu berkerja di negeri kelantan kerana katanya kelantan adalah negeri yang bersih dari mengamalkan korupsi.Berkerja dalam suasan amanah adalah impian saya,katanya yang mengakhiri perbualan.

abusiraj almuner

No comments:

Post a Comment