Oct 22, 2012

LAPORAN POLIS TERHADAP PRESIDEN MCA DAN KETUA PEMUDA GERAKAN KEDAH OLEH SETIAUSAHA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA DI IPD KLUANG,JOHOR.


Yang Dipertuan PAS kawasan kluang Saudara Khairul Faizi bin Ahmad Kamil telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang Jumaat lalu,berkaitan dengan isu penghinaan terhadap Islam oleh Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dan Ketua Pemuda Gerakan Negeri Kedah iaitu Tan Keng Liang.Laporan polis ini telah dibuat pada pukul 1.55 petang bersama beberapa orang pimpinan PAS kawasan Kluang.

Saudara Khairul Faizi bin Ahmad Kamil yang juga Setiausaha Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) berkata beliau sangat kesal apabila kenyataan menghina Islam semakin menjadi-jadi terutama kenyataan telah dikeluarkan oleh pemimpin parti politik yang dilihat mengancam kestabilan keharmonian dalam masyarakat.
Dalam laporan polis yang telah dibuat terhadap Chua Soi Lek (presiden MCA) itu,beliau menyatakan telah melihat dan mendengar satu klip video yang mana dikeluarkan oleh Malaysian Chinese Association (MCA) berkaitan dengan kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang telah menyatakan bahawa  seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=a_LEMy2oc2A



Saudara Khairul Faizi juga dalam laporannya yang sama menyatakan Tan Keng Liang,yang juga Ketua Pemuda Parti Gerakan Negeri Kedah menulis di dalam laman sosial twitternya seolah-olah cuba menghasut dan meniup api kebencian kepada masyarakat non Muslim terhadap Islam.Antara tulisan Tan keng Liang dalam laman twitternya dalam bahasa Inggeris adalah,
1. Kedah govt latest billboard Dress Code against non Muslim (male & women) clear attempt by PAS to trespass into non Muslim lives
2. Imagine what will happen if PAS seize Putrajaya.. all Malaysians athletes.. inc non muslim must wear long pants & shirts with sleeves.
3. Now.. Kedah PAS govt advise Male model appearing in Billboard to wear decently & not to wear shorts. Why? Afraid ‘jambus’ in PAS get aroused?

Saudara Khairul Faizi dalam laporanya berkata beliau cukup kesal dengan dakwaan-dakwaan ini kerana ia menunjukkan betapa dangkalnya mereka berdua dalam memahami realiti dan penghayatan agama di negara ini. Lebih malang lagi, beliau gagal dalam memahami agama Islam yang sebenarnya dalam negara ini.
Pada hakikatnya, pelaksanaan syariat Islam tidak ada kaitan sehingga menyebabkan majoriti rakyat hilang pekerjaan seperti yang didakwa. Andaian bahawa akan hilangnya pekerjaan adalah suatu rekaan tanpa asas yang cuba ditiup bagi menimbulkan keresahan pada masyarakat bukan Islam.
Kenyataan kasar dan biadap dari presiden MCA terhadap hudud bukan sekali diucapkan, malah telah beberapa kali disiarkan dalam media sebelum ini. Saya melihat bahawa kenyataan Dr Chua telah mengundang kemarahan umat Islam di negara ini. Umat Islam tidak sesekali akan redha dengan penghinaan beliau terhadap agama Islam seperti ini.Begitu juga dengan kenyataan Tan Keng Liang yang mempermain-mainkan suruhan Allah untuk menutup aurat bagi penganut agama Islam.
Saudara Khairul Faizi meminta pihak berkuasa menyiasat kedua-dua individu ini dengan segera.katanya lagi Kes ini disiasat oleh Inspektor Nazri di IPD Kluang.


abusiraj almuner


No comments:

Post a Comment