Oct 16, 2012

PEMUDA MENANGGUNG KESAKITAN HAMPIR 3 TAHUN KLINIK KESIHATAN MASAI TIDAK PERIHATIN


Mempunyai tubuh badan yang sihat serta cergas juga adalah salah satu nikmat kegembiran untuk semua yang bernama manusia.Apatah lagi dikala usia muda,banyak perkara yang ingin dilakukan ketika itu.Tapi malang bagi seorang pemuda India yang terlibat dalam kemalangan jalanraya hampir 3 tahun dahulu menyebabkan beliau berasa amat kecewa untuk mengharuni kehidupan.



PAR PERMAS lewat tengahari tadi melawat seorang pemuda India Arumugam A/L Muniandy berusia 38 tahun yang tinggal di bayan 22 Taman megahria.Beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya pada tahun 2010 apabila motor yang beliau naiki dihimpit oleh sebuah kereta lalu terlanggar sebatang pokok hingga menyebabkan beliau mengalami patah kaki yang sangat kronik.Anak bongsu daripada 6 adik beradik ini menurut kata ibunya,kerap kali mengerang kesakitan dan menangis setiap malam kerana menahan kesakitan yang dialami.Hingga pada satu peringkat meminta agar kakinya dipotong sahaja.

Beliau telah menjalani pembedahan sebanyak 5 kali,kali ke-4 pembedahan itu kaki beliau dipasang besi dan kali ke-5 pembedahan dilakukan lagi kerana didapati tulang kaki beliau tersempul keluar akibat permasangan besi di kakinya.
Pihak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, kata ibu beliau telah menulis surat kepada kelinik kesihatan masai untuk meminta kakitangan KK Masai untuk datang merawat serta mencuci luka pada kaki anaknya dirumah tetapi sehingga kini tidak seorang pun kakitangan kk yang datang berbuat demikian.


Penyelia PAR PERMAS amat kesal dengan sikap sambil lewa dan tidak perihatin Klinik kesihatan kerajaan ini.Satu tindakan yang segera akan diambil oleh PAR PERMAS untuk membantu Arumugam ini.


abusiraj almuner


No comments:

Post a Comment