Lucu benar bila mendengar ada "warga asing" mahu diberikan Kursus Keusahawanan dalam negara kita. Itulah alasan yang diberika oleh pihak-pihak tertentu bagi mengalih pandangan rakyat tentang isu warga asing mahu diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi pada pilihanraya umum akan datang.
Isu   ini  bukan perkara baru  sebenarnya, malah di Pahang ini sendiri sudah    berpuluh-puluh buah bas  yang membawa warga asing ke Putrajaya    sebenarnya. Mereka terutamanya  warga Kemboja dan Myanmar ditempatkan di   sebuah kem Pusat Latihan  Khidmat Negara (PLKN) di daerah ini, sebelum   dibawa ke Putrajaya (dua  hari satu malam) untuk majlis "anugerah   kewarganegaraan" di sana.
Menurut    sumber, setiap kali ke sana pasti sebanyak "enam buah" akan    digunakan.  Malah, memang terdapat sebuah resort di kawasan Cherating    yang  digunakan sebagai "port mereka" untuk menjalankan kerja-kerja    terkutuk  ini. Sesudah mendapat MyKad mereka akan dipindahkan secara    berperingkat-peringkat ke parlimen yang kritikal seperti Parlimen Pekan,    Rompin, Paya Besar dan juga Indera Mahkota  sendiri.
Malahan,    mereka bukan sahaja ke Putrajaya untuk mendapat  anugerah  warganegara,   pihak terbabit juga dipercayai membiayai  penginapan  mereka di  beberapa  buah hotel terkenal di ibukota. Pendekkata  warga  asing ini  akan dibawa  melancong ke sana ke sini dan keesokannya  baru  dibawa  mengadap  "pemimpin besar negara" untuk  menerima anugerah  terbabit.
Perkara    ini tidak perlu dirahsiakan lagi  kerana ada dikalangan mereka yang    pergi telah mendedahkan kepada pihak  tertentu. Makanya dengan isu    terbaru seperti yang didedahkan oleh  pembangkang sekarang ini, ia    seolah-olah mengesahkan lagi apa yang berlaku. Pihak kerajaan tidak    perlu buat cerita yang bukan-bukan pasal isu ini, kerana mereka    dipercayai "berikan lesen" untuk tujuan tersebut.
[Maka    itulah kenyataan  terbaru  yang dibuat oleh OCPD Serdang     Superitenden  Imran Abdul Rahman  menafikan sindiket penganugerahan IC     kepada 240  warga asing dari  Johor kononnya mengikuti kursus   kewartawan jelas  sekali satu tindakan  terdesak untuk mereka menutup   "rahsia yang sudah  terbongkar" itu sebenarnya. Mujurlah kes itu berjaya   dikesan  dan   dikepung oleh Pemuda PAS dan akhirnya mereka terpaksa   bersidai di   Istana  Dugang Country Resort tanpa  dapat pergi ke   destinasi  sebenarnya.
Jika   inilah caranya untuk kekalkan  kuasa,  maka sudah wajarlah rakyat   menolak mereka sekarang. Jika tidak,   Malaysia ini akhirnya akan dihuni   oleh jutaan warga asing. Rakyat akan   merempat dibumi sendiri   akhirnya. Fikirlah masa depan anak cucu, dan   generasi akan datang.   Usah terlena dibuai mimpi lagi, "Misteri Enam Bas   Ke Putrajaya" kini   terbongkar] SUMBER WM

Adakah mereka ini bakal penerima awal mykad yang udin hebahkan tu... menang pru13, negara tergadai... pengkhianaaaaaat!!!
ReplyDelete