Kelab Penyokong PAS Pasir Gudang yang di ketuai oleh Cikgu Nada gembira kerana Kelab Penyokong PAS telah diiktiraf sebagai Dewan Perhimpunan Penyokong PAS.Beliau berucap semasa Majlis Dialog baru-baru ini di Pejabat PAS Pasir Gudang, turut hadir bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat YAB Dr.Mujahid Yusof Rawa serta Sdr.Khairul Faizi selaku Ketua Pemuda PAS Johor.
Umat Islam perlu mengamalkan Islam yang sebenarnya, sentiasa berpegang kepada apa yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Umat Islam perlu mencontohi ketaatan dan kefahaman umat terdahulu di kalangan sahabat dan tabiin menjalani kehidupan sebagai Muslim.
Jika umat Islam mengikuti seperti orang terdahulu amalkan, sudah pasti umat Islam tidak akan dimomokkan lagi dengan perkataan mundur, kegagalan dan kejahilan.
Semakin erat hubungan seseorang dengan agama, semakin baik keadaan dan budi pekertinya. Malah, hubungan erat ini akan membawa kepada kejayaan, penghormatan, kemenangan dan kemuliaan kepada sesiapa saja.
.”Di antara ucapan Ust sharir long ,Turut hadir semasa ceramah tersebut saudara Shukur dari Parti keadilan
Laporan Polis & SPRM Isu Setingan di Dun Stulang Perlukan Pembelaan
MUQADIMAH
Satu lagi projek mega Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kerjayaraya Malaysia yang dilaksanakan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia telahpun menganugerahkan konsesi membangunkan Projek Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur atau dikenali sebagai Eastern Dispersal Link(EDL) kepada MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd yang bernilai RM 977juta dan konsesi ini dipegang selama 34tahun. Pembinaan lebuh raya sepanjang 8.1 km ini telah pun bermula pada 25 Februari 2008 dan projek ini dijangka siap pada tahun 2012 yang bertujuan mengurangkan kesesakan bandar raya Johor Bahru dan menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bukit Chagar (KIK) dengan Lebuhraya Utara-Selatan di Pandan.
Projek Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL) ini melibatkan 2 seksyen.
Seksyen A Jajaran ini adalah mengikut jajaran yang sedia ada iaitu sepanjang Jalan Stulang Darat/Pasir Pelangi tetapi ianya adalah eleveted dan jalan yang sedia ada akan berada di bawah lebuhraya ini.
Seksyen B Jajaran ini adalah di atas tanah dan ianya adalah jajaran yang baru iaitu melibatkan pengambilan balik tanah dan penempatan semula setinggan bagi beberapa buah kampung seperti Kg. Desa Melayu, Kg. Desa Makmur, Kg. Desa Jaya, Kg. Tengah, Kg. Tok Siak, Kg Hajah Hasnah, Kg Bakar Batu dan Kg. Belantik.
ADUAN 1. Penduduk setinggan atau peneroka bandar berasa tertipu dengan kerajaan yang selama ini berjanji untuk memberikan hak milik tanah yang diteroka oleh mereka puluhan tahun dahulu yang asalnya tanah berpaya disepanjang tepian lembaran Sungai Tebrau yang telah dibangunkan oleh penduduk dan kini tanah yang mereka duduki sekarang bernilai komersial yang sangat tinggi akhirnya diambil alih oleh kerajaan atas nama penswastaan.
2. Penduduk tidak menolak pembangunan sekiranya ianya sudah sampai dan bermanfaat untuk rakyat tetapi biarlah mereka diberikan hak yang setimpal dengan nilai tanah yang telah mereka bangunkan selama puluhan tahun.
3. Meminta diumumkan kertas siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Parlimen (PAC) yang bersidang pada tahun 2007 yang waktu itu dipengerusikan oleh Dato Shahrir Abd Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru merangkap Ketua Bahagaian Umno Johor Bahru yang ditugaskan menyiasat perbelanjaan besar kerajaan dalam projek tersebut.
4. Penduduk ditawarkan dengan saguhati atau ex-gratia sebagai menggantikan perkataan pampasan kepada penduduk kampung yang terlibat dengan jumlah yang dikirakan tidak munasabah seperti jadual berikut:-
a) Pihak MRCB akan membayar sebulan RM 380 (tiga ratus lapan puluh) selama 3 tahun sebagai sewa yang jika dikira sekaligus ialah 36 bulan bersamaan RM 13,680 (tiga belas ribu enam ratus lapan puluh).
b) Pihak MRCB akan membayar saguhati sebanyak RM 2,000(dua ribu) sebagai saguhati untuk kos perpindahan.
c) Pihak MRCB akan membayar saguhati tambahan sebanyak RM 3,000(tiga ribu) lagi sebagai bonus bagi penduduk yang berpindah dalam masa 2 bulan ataupun penduduk yang berpindah dalam bulan Julai dan Ogos.
5. Penduduk meminta dilakukan penyiasatan kemungkinan wujudnya sindiket yang mengambil keuntungan terutamanya yang melibatkan ketua-ketua cawangan umno di kampung-kampung terlibat yang menjadi agen atau orang tengah yang menguruskan pembayaran kepada penduduk.
6. Menyiasat kewujudan budaya samseng dan peras ugut yang kini bertindak menakut-nakutkan penduduk kampung dari rumah kerumah sehinggakan penduduk kampung bimbang untuk mengambil keputusan dan mendengar penjelasan dari semua pihak.
7. Meminta disiasat individu-individu yang terlibat dalam Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor yang sehingga kini masih belum mengusulkan perjanjian jualbeli rumah kepada penduduk sedangkan ramai penduduk yang sudah mendapat wang tetapi masih tidak mendapat rumah.
8. Menyiasat ketua-ketua cawangan Umno kampung-kampung terlibat yang bertindak mewakili penduduk berunding dengan pihak pemaju MRCB yang sepatutnya diwakili oleh ketua-ketua kampung.
9. Menyiasat kebenaran janji-janji Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor yang mengatakan penduduk yang pernah memiliki lesen menduduki sementara(tol) dikatakan akan ditawarkan rumah jenis pangsa kos sederhana rendah dari unit-unit tingkat 1 hingga 5 seluas 850 kaki persegi dengan harga RM80,000.00 dan penduduk hanya perlu membayar RM35,000.00 sahaja dan rumah RM50,000.00 pula ditawarkan kepada anak-anak penduduk dan penyewa rumah asal unit-unit dari tingkat 6 ke tingkat 12 untuk unit yang berkeluasan 750 kaki persegi.
10. Menyiasat kebenaran surat tawaran dari Cawangan Perumahan Johor yang tidak pernah ditunjukkan kepada penduduk kampung yang mana perjanjian itu hendaklah menunjukkan harga yang ditawarkan adalah RM80,000.00 dan Surat Perjanjian Jual-Beli (S&P) juga menunjukkan harga yang sama walaupun harga yang perlu dijelaskan adalah RM35,000.00.
11. Penduduk mahukan 2932 unit rumah kos sederhana rendah(rumah mampu milik) yang dibangunkan untuk penempatan semula setinggan diatas Lot tanah PTD148146 dan sebahagian Lot PTD148149 Muikim Plentong didalam daerah Johor Bahru diberikan status milik kekal dan bukannya sewa.
12. Menyiasat kemungkinan wujudnya manipulasi kepada penduduk kampung yang telah bersetuju atau akan bersetuju menerima pelan perpindahan pemaju MRCB sehinggakan penduduk yang sudah menerima wang ex-gratia atau saguhati berasa tertipu atau terpedaya dengan pelan tersebut.
13. Sehingga hari ini pemaju projek iaitu pihak MRCB masih belum memberikan apa-apa notis hitam putih berkenaan pampasan & notis arahan berpindah kepada penduduk melainkan semua datang secara lisan melalui ketua cawangan Umno
14. Meminta dihentikan sementara sebarang pembayaran saguhati atau ex-gratia kepada penduduk yang sukarela menerima tawaran pelan perpindahan yang dibuat melalui wakil-wakil Umno kampung tersebut memandangkan sudah terlalu banyak aduan dan keraguan yang timbul disebalik individu-individu yang bertanggungjawab menguruskan pembayaran wang beserta dokumen-dokumen tawaran dan penerimaan.
15. Meminta pihak MRCB dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor turun sendiri bersama jawatankuasa bertindak penduduk untuk memberikan penjelasan dan status terkini penduduk memandangkan masih ramai penduduk yang tidak mendapat penerangan yang sebenarnya tentang projek lebuhraya dan pelan perpindahan.
16. Penduduk mahukan status rumah yang dihuni oleh lebih dari satu keluarga sama ada layak atau tidak menerima saguhati mengikut jumlah keluarga yang tinggal dibayar secara terus satu keluarga atau berbilang mengikut jumlah pintu rumah dan keluarga.
17. Meminta kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor dan Tebrau Teguh Sdn Bhd bertanggungjawab memberikan kenyataan hitam putih tentang bagaimana projek penempatan semula rumah kos sederhana rendah yang sangat lembab dan perlahan akan berjalan mengikut jadual sedangkan projek pembinaan lebuhraya sedang rancak dijalankan
18. Menyiasat ketelusan bancian yang dibuat untuk penama-penama yang layak membeli atau memilik rumah yang sepatutnya dijalankan sendiri oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor dan bukannya bersumberkan dari ketua-ketua cawangan Umno.
19. Meminta dipamerkan serta merta penama-penama yang layak untuk membeli atau memiliki rumah kos sederhana rendah untuk penempatan semula tersebut di papan-papan tanda awam dikawasan sekitar kampung memandangkan penduduk bimbang dengan ketelusan bancian tersebut dan bimbang nama-nama yang layak tercicir atau hilang.
SAYA MENDESAK AGAR LAPORAN INI DISIASAT DAN TINDAKAN SEGERA DILAKUKAN SEKIAN LAPORAN SAYA.
Persuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali melahirkan dukacita dengan spekulasi pihak tertentu yang mendakwa beliau akan meninggalkan Pakatan Rakyat.
Menyifatkan dakwaan itu sebahagian dari kempen fitnah, pensyarah itu berkata beliau dan gerakan Islam terbesar negara itu komited kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Jawatankuasa Displin Pas sedang menyiasat Dr Hasan dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ekoran kenyataan dari dua pemimpin itu yang dikatakan menjejaskan imej Pakatan Rakyat.
Pas telah menetapkan tarikh 7 Januari dan 9 Januari untuk menyoalsiasat Khalid manakala satu tarikh baru akan ditetapkan buat Hasan.
Pengerusi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jawatankuasa mempunyai kes yang kuat terhadap mereka.
Meskipun begitu Adun Gombak Setia ini menegaskan beliau mahu kekal dalam Pakatan Rakyat kerana gagasan kerajaan alternatif ini memerlukan wakil rakyat yang bukan dari spesis katak melompat.
Dr Hassan Ali turut mencurigai kewujudan geng pemisah yang dikatakan mahu menyerahkan memorandum kepadanya esok
Najib selaku Perdana Menteri Malaysia harus bertanggung jawab,ini bukan hilang Enjin motor tapi enjin Pesawat ,ketika hilang tahun 2007 Najib jadi Menteri Pertahanan jadi beliau harus Letak Jawatan Kata Ust Mujahid ketika ceramah di Pasir Gudang.
Satu pertemuan bersama penduduk kampung yang terlibat dengan pihak MRCB Lingkaran Selatan bersama konsultan tanah projek Lebuhraya Penyuraian Timur(EDL) telahpun diadakan dalam suasana muafakat dan muhibah.
Tujuan pertemuan tersebut ialah mencari titik penyelesaian diatas kemelut dan permasalan yang timbul disebalik pengambilan tanah yang sekarang ini dibangunkan oleh MRCB dikawasan-kawasan kampung untuk dibina lebuhraya.dimana Seramai 2,932 keluarga dari perkampongan setinggan Desa Melayu, Desa Makmur, Desa Jaya, Kampong Dato’ Hajah Hasnah Ahmad, Kampong Tengah, Kampong Belantik, Kampong Tok Siak dan Kampong Bakar Batu perlu ditempatkan semula berikutan pembinaan projek Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (Johor Bahru Eastern Dispersal Link – JB EDL) bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di bandaraya Johor Bahru.
Susulan keputusan Selangor menghentikan serta-merta pegawai dan mahasiswanya daripada mengikuti kursus anjuran Biro Tata Negara, kerajaan negeri hari ini menganjurkan wacana terbuka bagi merungkai secara terperinci modul dakyah perkauman itu.
Bertemakan 'Biro Tata Negara: Patriotik atau Perkauman' panel jemputan Adun Batu Caves, Amirudin Shari memulakan perbahasan dengan dengan berhujah, pemimpin Umno-Barisan Nasional sendiri menolak kursus itu malah menyifatkannya sebagai bersifat perkauman.
Bagi Amirudin, kandungan modul BTN itu dipertikaikan apabila didapati ia menyelitkan unsur fitnah dan hasutan terhadap parti pembangkang serta memecahbelahkan kaum dengan menyemai sifat taksub kepada sesuatu kaum sahaja.
“Patriotisme satu unsur yang diperlukan kepada negara kita, semangat cintakan negara, tetapi Biro Tatanegara melahirkan sebenarnya patriotisme berdasarkan daripada semangat perkauman.
“Masalah Biro Tatanegara ini bermula daripada kandungannya yang mengajak semangat perkauman khususnya untuk orang-orang Melayu membentuk negara kita ini berasaskan kepada cintakan kepada bangsanya sahaja,"katanya.
Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkongsi pengalamannya mengikuti program BTN mendedahkan bahawa BTN diwujudkan semata-mata untuk menghalang pengaruh Anwar Ibrahim yang ketika itu aktif dalam ABIM.
“Anwar ialah Yahudi, orang Cina, Amerika, ejen Barat, PAS ialah satu parti ajaran sesat dan DAP ialah satu parti yang berasal dari Singapura. Saya malah dalam kuliah subuh, pihak peserta kena sampaikan kuliah subuh, tetapi malangnya kita diberikan set teks lebih kurang macam khutbah, tiada pilihan untuk melontarkan idea sendiri tapi kita diberikan teks ada dua yang masih saya ingat, Malaysia sebuah negara Islam dan ISA halal dari sudut Islam,"katanya.
Tambah Nik Nazmi lagi, jika BTN itu mahu diteruskan, tenaga pengajarnya perlu dipelbagaikan terdiri daripada lebih ramai wanita, bukan khusus kepada satu parti sahaja, orang bukan Melayu.
Malah katanya tidak salah jika tenaga pengajarnya terdiri daripada rakyat dari Malaysia Timur seperti dari Kelantan ataupun Terengganu.
Wacana anjuran kerajaan negeri ini juga menampilkan dua lagi panelis iaitu budayawan Eddin Khoo, penulis KJ John dan bekas calon Umno untuk Parlimen Tumpat Asyraf Wajdi Dusuki.
Turut hadir Exco Selangor, Teresa Kok dan Adun Kg Tunku, Lau Weng San serta Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.
Seramai 200 peserta mengambil bahagian dalam dialog terbuka anjuran Pejabat Menteri Besar Selangor ini di Jaya One, Petaling Jaya.
Kita tidak menafikan apa pun program jamaah yang disertai oleh ahli Pas, merupakan tarbiyyah kepada mereka.Tampal Poster adalah Tarbiyyah. Paling kurang mentarbiyyah mereka bekorban masa dan wang ringgit. Demonstrasi adalah tarbiyyah. Paling kurang mentarbiyyah mereka berani, prihatin dengan issu dan sebagainya. Namun semua itu adalah tarbiyyah secara tidak langsung. Program tarbiyyah tidak langsung adalah peringkat yang kedua selepas melalui Tarbiyyah secara langsung. Tarbiyyah secara langsung inilah yang akan mendedahkan ahli kepada Taswwur Islam yang syumul, memberikan mereka kekuatan hujjah sehingga mereka iltizam dengan jamaah, mendidik rohani mereka agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, sumber kemenangan perjuangan. Tarbiyyah secara langsung itulah yang akan melonjak mereka untuk berani kehadapan dan berjihad mempertahankan Islam. Tarbiyyah secara langsung itu juga yang mengukuhkan ikatan ukhuwwah dalam jamaah. Pemuda turun ke padang tampal Poster Ceramah ,yang bakal diadakan pada 26Hb nanti.
Pemuda PAS Pasir Gudang tidak mahu ketinggalan dalam usaha membantu rakyat, Bagi Pemuda Pas Pasir Gudang akan memberi sumbangan bulanan kepada keluarga yang kami fikirkan layak untuk menerima sumbangan itu.
Beberapa keluarga telah kami kenal-pasti untuk diberikan bantuan susulan atau bantuan tetap seperti beras,gula dan lain lain. Antara yang bakal mendapat bantuan susulan adalah seorang ibu tunggal yang terpaksa menjaga anak beliau seramai 6 orang dan dalam masa yang sama beliau menghadapi masalah kesihatan. Sebanyak 5 keluarga telah mendapat sumbangan bantuan daripada Pemuda Pada sebelah Pagi tadi . Antara yang disumbangkan adalah beras, minyak masak, tepung gandum,dan gula .
Program Kebajikan ini merupakan inisiatif daripada Dewan Pemuda PAS Pasir Gudang bagi membantu rakyat yang terpinggir daripada arus pembangunan dan tidak mendapat bantuan terus daripada kerajaan.
Isu pemindahan kubur Hindu di tapak kampus Kolej Universiti Insaniah, di Ladang Batu Pekaka, Kuala Ketil dekat Alor Star, dianggap selesai selepas kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan waris serta persatuan berkenaan.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata lebih 100 kubur selesai dipindahkan dan kerja pembinaan kampus berkenaan kini diteruskan dan dijangka siap menjelang 2012.
"Kes ini sudah selesai walaupun peringkat awal ada salah faham. Kita telah memberi penerangan kepada persatuan Hindu Sangam dan mereka dah faham," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata kubur berkenaan dipindahkan ke kawasan baru yang terletak empat kilometer dari tapak lama dan setiap waris yang terbabit dibayar RM3,000.
Kerajaan negeri turut menyediakan sebidang tanah seluas satu hektar bernilai RM500,000, untuk masyarakat India di kawasan berkenaan bagi pembinaan dewan orang ramai, kata Azizan.
Baru-baru ini kekecohan berlaku apabila lebih 300 penduduk termasuk waris kepada ahli keluarga mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan itu, membantah pemindahan kubur itu kerana mendakwa tanah perkuburan seluas 0.8 hektar itu, merupakan sumbangan seorang pemilik ladang kepada pekerja ladang di kawasan berkenaan.
Mengenai satuperkara lain, Azizan berkata penswastaan pengurusan bekalan air yang akan diuruskan Syarikat Air Darul Aman (Sada) di negeri ini, akan bermula Januari tahun depan.
Beliau berkata Sada kini dalam proses membuat tawaran kepada kakitangan Jabatan Bekalan Air, sama ada ingin terus berkhidmat dengan syarikat baru itu atau berhenti secara pilihan.
"Ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan juga telah dilantik dan namanya akan diumumkan kemudian," kata Azizan.
Mengenai kadar baru yang bakal dikenakan, beliau berkata: "Ia terpulang kepada pengurusan baru, mungkin ada penambahan (kenaikan), tapi harap tidak membebankan rakyat dan kerajaan negeri." Bernama
Pasti Kawasan Pasir Gudang di bawah Dewan Pemuda akan menambah 3 buah PASTI baru pada tahun 2010. Tiga cawangan Pasti tersebut ialah di ,Permas Jaya, Taman Nusa Damai dan Taman Sentex. Perkara ini dinyatakan dalam Mesyuarat dewan Pemuda ,Oleh Saudara Mohd Rozi di Markaz PAS Taman Mawar pada 11 Dec lalu . Usaha untuk merealisasikan penubuhan Pasti ini sedang rancak dijalankan melalui kempen pendaftaran pelajar untuk sesi 2010. Jumlah keseluruhan Pasti 11 buah. Keterangan lanjut pendaftaran pelajar dan sumbangan boleh hubungi Sdr Rozi 0197767952.
Dua enjin pesawat tempur, pelancar grenad dari kes Al-Maunah, dan bom peledak C4 dari kes Altantuya Shaariibuu adalah sampel peralatan militer jutaan ringgit yang hilang dibawah pengawasan pasukan keselamatan negara.
Pakatan Rakyat berpendapat kegagalan melindungi aset ketenteraan dari jatuh ke tangan musuh mencerminkan sejauh mana ampuh kesungguhan pemerintah mempertahankan kedaulatan negara.
“Ini membuka mata kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa orang yang kita amanahkan mengabaikan tanggungjawab mereka termasuk Menteri dan juga Perdana Menteri sekarang. Di mana, satu hilang di zaman dia sebagai Menteri Pertahanan dan satu lagi hilang di zaman dia sebagai Perdana Menteri 1Malaysia. Kedua-duanya memberikan gambaran berkenaan Najib,”katanya Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Agensi berita AFP melaporkan peralatan tentera bernilai jutaan ringgit dipercayai telah dijual ke pasaran gelap.
Peguam Negara Abdul Gani Patail berkata kecurian dua enjin pesawat tempur F-5E TUDM baru-baru ini dipercayai berlaku pada 1 November 2007.
Dibawa keluar dari Skuadron ke-12 Butterworth, dua enjin terbabit dipercayai hilang ketika menunggu giliran untuk diselenggarakan di Pengkalan Udara TUDM Sungai Besi.
Namun kecurian ini hanya disedari pada Mei 2008. Laporan polis hanya dibuat tiga bulan kemudian.
“Kementerian Pertahanan yang kita tahu melibatkan pembelian-pembelian barangan yang amat bernilai tinggi dan bajet yang tinggi sebelum ini, saya melihat di sini berkemungkinan ada perkara-perkara yang cuba dibendung daripada pengetahuan umum,”kata Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.
Kementerian Pertahanan melaporkan empat individu termasuk pegawai TUDM ditahan berhubung kes ini.
Liputan media bagaimanapun tidak menyeluruh, disebalik janji pemerintah untuk tidak menutup kes ini dari pengetahuan awam.
Panglima Angkatan Tentera Azizan Ariffin berkata kecurian dua enjin pesawat tempur ini hanyalah sekelumit dari laporan audit yang mendedahkan lebih banyak peralatan tentera gagal dikesan.
“Secara keseluruha saya melihat ketika mana Najib menerajui Kementerian Pertahanan dia banyak terpalit dengan perkara-perkara yang menunjukkan bahawa sisitem keselamatan ketenteraaan amat lemah sekali . ini sedikit sebanyak membuktikan beliau tidak mampu menerajui negara apatah lagi kementerian yang hanya merupakan sebahagian tanggungjawab sebagai seorang pemimpin pertama negara,”katanya Yusmadi.
Menteri Pertahanan Zahid Hamidi akui bahawa ada lagi komponen jet F-5E yang masih hilang.
Turut hilang adalah rekod perkhidmatan dan penyelenggaran pesawat terbabit. Ia disedari hilang selepas komponen yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasinya.
Zahid berkata komponen ini telah dihantar ke Amerika Selatan, dan pembeli enjin itu mempunyai pejabat di Malaysia dan cawangan di negara-negara jiran.
“Ini satu malapetaka, tragedi kepada negara kita untuk menjadi satu penyedar kepada rakyat Malaysia.
“Bagaimana insiden hilangnya satu alat untuk menjaga keselamatan negara tiba-tiba di curi oleh orang yang diamanahkan atau di tidak mengambil tanggungjawab,”katanya Nizar
Semalam mesyuarat dengan Wakil Lapan buah kampung yang bakal di ambil oleh pihak pemaju telah bersetuju menubuhkan jawatan Kuasa Khas untuk menangani isu pampasan dan perpindahan lapan buah kampung yang terlibat.
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi pembentangan bajet 2010 yang bermula semalam, menunjukkan ‘belang’ sebenar Ahli-ahli DUN ’10 Budak Hitam’ yang kononnya telah berdamai dengan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said.
(Gambar - '10 budak hitam', Adun Alor Limbat Alias Abdullah (dudu paling kanan) menyerang Ahmad Said dalam Sidang Dun semalam)
Umpama ‘terkejut dari tidur’ mereka telah menamatkan kempen ‘protes senyap’ dan kembali bersuara dengan mengambil bahagian dalam sidang DUN kali ini.
Hampir keseluruhan mereka menyertai perbahasan serta mengemukakan soalan lisan di dewan yang mulia itu.
Namun ia agak mengejutkan dan kontra dengan pengakuan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Hishamudin Hussein yang mengatakan perpaduan dalam Umno Terengganu telah mula terjalin.
Kumpulan Adun ‘10 budak hitam’ menggunakan peluang bersuara ‘menyerang’ Ahmad Said
Adun Alor Limbat, Alias Abdullah membidas kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang lebih mengutamakan kepentingan Zoo Bikit Takal, di Kemaman dari penyediaan Infrastruktur kepada rakyat di negeri ini.
Katanya, masalah rakyat yang memerlukan Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek ke Padang Leban dan Sungai Bukit Payong masih belum dilaksanakan.
“Masalah infrastruktur yang tidak sempurna dan ditambah pula dengan banjir yang berlaku setiap tahun. Saya selalu bangkitkan dalam dewan (Dun) ini supaya kerajaan mempercepatkan pengambilan-balik tanah.
“Apakah tidak ada langsung keutamaan kerajaan dalam pembangunan untuk melaksanakan projek ini. Yang mana lebih penting Zoo Bukit Takal di Kemaman atau Infrastruktur kepada rakyat,” soalnya ketika mengambil bahagian dalam soalan lisan di dewan tersebut.
Bahkan, beliau turut menyifatkan Ahmad (MB) cuba mengelirukan dewan (Sidang Dun) kononnya projek (Monsoon Drain) tersebut telah diluluskan sebelum ini.
“Semasa saya menjadi Timbalan (Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan neger) beliau (Ahmad) dan beliau memberitahu satu kelulusan telah diberikan untuk melaksanakan projek tersebut.
“Jadi apa yang hendak saya maklumkan kepada dewan (Sidang Dun) supaya dewan ini tidak diberi ‘salah arah’ (maklumat).
“Ianya (Projek Monsun Drain) tidak berlaku sama sekali dan tidak ada sebarang kelulusan sebelum ini untuk melaksanakan projek itu,” jelasnya ketika membidas jawapan dari MB tersebut.
Soalan asalnya, Alias bertanyakan bila Projek Monsoon Drain daripada Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong akan dilaksanakan?
Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said ketika menjawab soalan tersebut menjelaskan pada dewan (Sidang Dun) bahawa satu kelulusan projek telah dibuat dan kerajaan prihatin tentang masalah tersebut.
“Sebab itu, saya sebut sejarahnya (Alias) tadi. Saya telah bina dan itu menggambarkan kerajaan prihatin tentang masalah ini.
“Jangan jadikan dewan (Sidang Dun) ini untuk membuat sesuatu tuduhan yang tidak menentu hanya hendak melepaskan perasaan setelah menyembunyikan diri sekian lama.
“Muncul dengan ledakan-ledakan ‘bom’ yang tidak sepatutnya digugurkan di tempat yang berlainan yang sepatut digugurkan. Ini yang saya katakan. Siapa dendam siapa?,” ujarnya di Wisma Darul Iman, 21 Disember 2009, semalam
Beliau turut menyelar sikap Adun-adun BN yang pentingkan diri agar mengambil sikap muhasabah diri dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Malah, Ahmad turut menyifatkan Adun BN Bukit Besi, Din Adam yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri sebagai ‘tidak cerdik’ ketika meminta penjelasannya.
“Saya rasa Adun Bukit Besi ini dia (Din) pun jadi Exco juga dahulu. Jadi janganlah tunjuk ketidak-cerdikan (bodoh) kita (Adun) pada dewan (Sidang Dun) ini,” jelasnya. SUMBER BULETIN
Penulis blog dinasihatkan agar menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, penulis blog perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka merupakan satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang,
Ahli Parlimen Marang itu berkata, terdapat sesetengah penulis blog yang ghairah mendapat sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan terlebih dahulu kesan yang bakal dihadapi masyarakat ekoran perbuatannya itu.
“Bukan semua maklumat boleh didedahkan kepada umum kerana adakalanya boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat walaupun ianya benar. Kita perlu me:letakkan yang benar pada tempat yang betul dan bukannya blogger yang mahukan upah semata-mata untuk berbohong,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Blogger di Taman Melewar di sini, semalam.
:Turut hadir Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Pengerusi Lajnah IT Pas Pusat, Abdul Ghani Shamsudin.
:Abdul Hadi berkata, blogger perlu memahami bagaimana Islam mengajar umatnya agar lebih teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita supaya tidak bercanggah dengan fakta yang sebenarnya.
:”Sebagai contoh Islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengesahkan sesuatu fitnah, sekiranya tiada empat orang saksi, maka sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar berlaku,” katanya.
:Menurutnya, penyebaran maklumat yang baik akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat akan menghasilkan dosa berterusan.
Beliau turut mengakui bahawa peranan blog adalah cukup penting di kurun ke-21 ini dan telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.
“Sehubungan itu, saya menggalakkan kita melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang kerana ianya satu kemestian yang perlu dipelajari.
“Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela Islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna,” katanya.
Beliau berkata, penganjuran Konvensyen Blogger Pas oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah Pas ini juga merupakan satu langkah terbaik untuk memastikan blogger mempunyai matlamat jelas dan berperanan secara strategik.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.
Katanya, tumpuan utama sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.
Peguam kepada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Rosli Dahlan mendakwa beliau adalah mangsa konspirasi jahat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Rosli mendakwa beliau dianiaya pihak berkenaan hanya kerana bertindak membela Datuk Ramli Yusuff, serta membantu pendakwaan JSJK terhadap watak-watak tertentu pada tahun 2007.
Rosli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan tidak menjawab notis SPRM yang ketika itu dikenali Badan Pencegah Rasuah bersabit perishitaran harta miliknya.
BPR menuduh Rosli bersekongkol dengan bekas pegawai kanan Datuk Ramli.
Rosli mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Katar.
“ Tadi dia mengatakan bahawa saya diserahkan dengan notis kerana saya dianggap sekutu. Saya katakan saya peguam, macam mana peguam boleh jadi sekutu pula? Tentulah dasar kepada keluhuran undang-undang saya mengatakan saya mengatakan keterangan saya dalam seksyen 27, sebagai seorang peguam saya terikat kepada maklumat sulit. Tapi saya sedia mendedahkan dan saya mendedahkan semuanya bahawasanya saya tidak pernah memegang sebarang asset “ katanya kepada Tv Selangor.
Rosli Dahlan dari firma guaman Lee Hishamuddin Allen & Gledhill mewakili Datuk Ramli Yusuff pada 2007 dalam satu kes sindiket pinjaman wang haram.
Blog Malaysia today kelolaan Raja Petra Kamaruddin mendakwa Datuk Ramli adalah mangsa fitnah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Menurut blog itu, Musa mengambil tindakan terhadap Ramli kerana pegawai itu memberi keterangan dalam kes mata lebam Anwar yang memihak kepada mantan timbalan perdana menteri itu.
Tidak lama selepas itu, Datuk Ramli didakwa BPR atas tuduhan menyalahguna kuasa dan digugurkan dari jawatannya atas tuduhan kononnya beliau memiliki aset RM27 juta.
Rosli berkata kes SPRM menyifatkan kes terhadapnya dan Datuk Ramli begitu ampuh dan penuh kecurigaan.
“ Pengadu adalah pegawai BPR. Dia mengatakan bahawa dia mendapat maklumat bahawa Datuk Ramli melakukan kesalahan. Maklumat itu berdasarkan laporan 0752007. Jadi datuk Kamariendaran meminta laporan 0752007. Bila ditunjukkan kita dapati nama Datuk Ramli tidak disebut langsung" tambahnya lagi.
"Jadi bagaimana pengadu boleh mengatakan Datuk Ramli buat kesalahan rasuah berdasarkan maklumat yang dia terima dalam laporan 0752007 ini. Bila kita pergi kepada laporan 0752007, nama dia tidak ada langsung. Apakah muslihat di sebalik perkara itu?".
Kumarendran adalah peguam yang mewakili Rosli.
Rosli sebelum ini telah memfailkan saman kepada akhbar The Star, ketua editor akhbar tersebut dan dua wartawannya, sebuah lagi akhbar berbahasa Inggeris dan SPRM berhubung penyebaran fitnah ke atasnya.
Semalam pertemuan saya dengan penduduk kampung Belantik Johor Bahru ,setelah wakil penduduk tersebut menhubungi saya ,untuk mereka menceritakan masalah yang mereka hadapi,Di mana Kampung yang mereka teroka selama ini bakal di ambil oleh Pihak Pemaju. Penduduk bimbang kerana tiada surat hitam putih sama ada dari pihak Pemaju Mahu pun Kerajaan Negeri mengenai pampasan dan Notis pindah terhadap penduduk, buat masa ini yang bagi arahan cuma ketua Cawangan Umno sahaja.menurut salah seorang penduduk Kami telah meneroka kampung ini hampir 60 tahun,sekarang kami berhadapan dengan isu perpindahan ,harapan kami hancur sama sekali terhadap wakil rakyat yang selama ini berjanji akan memberi geran tanah kepada kami,Untuk menangani isu ini saya telah meyarankan agar penduduk kampung menubuhkan JawatanKuasa Bertindak secepat mungkin.Menurut sumber yang boleh di percayai dimana Seramai 2,932 keluarga dari perkampongan setinggan Desa Melayu, Desa Makmur, Desa Jaya, Kampong Dato’ Hajah Hasnah Ahmad, Kampong Tengah, Kampong Belantik, Kampong Tok Siak dan Kampong Bakar Batu perlu ditempatkan semula berikutan pembinaan projek Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (Johor Bahru Eastern Dispersal Link – JB EDL) bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di bandaraya Johor Bahru.