Oct 17, 2009

UMNO TIDAK BERHAK HALANG.......

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat membidas sikap pemimpin UMNO yang dilihat mencampuri urusan rumah tangga Pakatan Rakyat (PR) khususnya dalam isu kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, UMNO tidak berhak menghalang Anwar daripada menerajui negara sekiranya PR memenangi pilihan raya umum akan datang.

“UMNO nak ikrar, dia punya fasal. Anwar bukan orang UMNO. Jika PR menang, UMNO nak buat apa?” katanya ketika ditemui selepas hadir di Majlis Pelancaran Kutipan Derma Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-19 Tabung Serambi Mekah di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang berikrar menghalang kemaraan Anwar daripada menjejakkan kakinya di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Khairy dalam ucapan pada Persidangan Agung Pemuda UMNO semalam, mengibaratkan Anwar sebagai ‘sesumpah lidah bercabang’ yang berjaya dengan helah mempengaruhi sebahagian generasi muda yang tidak pernah mengenali perwatakannya.

Mengulas kenyataan Khairy itu, Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin politik tidak seharusnya memberi gelaran kepada individu sebagai modal ucapannya.

“Gelaran tidak ada dalam politik, sepatutnya orang politik berfikir macam mana nak menang, bukan bersumpah macam itu, itu tidak betul.

“UMNO nak ganggu orang lain apa kerja, betulkan orang dia sudah la, di situ UMNO sudah tidak kena, ” katanya.

Ditanya adakah Pas boleh menerima Anwar sebagai Perdana Menteri, Nik Aziz berkata, perkara itu bukan terletak pada Pas sebaliknya ia adalah keputusan bersama pemimpin PR lain.sumber

Oct 16, 2009

NIK AZIZ AKUR SILAP STRATEGI




KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan faktor kesilapan strategi menyebabkan parti itu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas menghadapi kesukaran menembusi kawasan Bagan Pinang yang masyarakatnya masih lagi tidak terdedah dengan perjuangan parti tersebut.

“Boleh jadi, (silap strategi) orang Negeri Sembilan tidak biasa dengan Pas. Contohnya, rumah yang saya pergi tidak tahu apa itu Pas, yang dia kenal Pas ini ganas,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK 2009) Peringkat Negeri Kelantan, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abd Fatah Harun yang mendakwa faktor kekalahan parti itu di Bagan Pinang adalah disebabkan kesilapan strategi khususnya penceramah Pas yang banyak menggunakan pendekatan menyerang berbanding penerangan.

Sehubungan itu, Nik Aziz berkata, adalah perkara yang sukar untuk petugas Pas menjalankan kempen lebih-lebih lagi terdapat banyak unsur ugutan yang berlaku sepanjang pilihan raya tersebut dijalankan.

“Orang Negeri Sembilan masih ketinggalan dengan Pas. Oleh itu, bila kita berkempen, sudah la benda baru, bila datang ugutan (dari Barisan Nasional) makin mereka tidak mahu,” katanya.

Nik Aziz berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbiran beliau akhirnya akan ditentang kalangan ahli UMNO sendiri.

Malah, menurutnya, konsep tersebut akan ditolak masyarakat pelbagai kaum di negara ini kerana ia diperkenalkan individu yang berada dalam sebuah parti Melayu.

“Bagi saya, 1Malaysia tidak boleh. Teori ini keluar daripada Presiden UMNO. Dia sendiri parti Melayu, kalau dia kata ‘united Muslim’ lain. Tetapi bila dia sebut ‘united Melayu’, kenapa Cina nak terima Melayu, mereka mempunyai bahasa dan tulisan sendiri.

“Malah, mereka mempunyai sejarah yang jauh lebih hebat dari Melayu. Adakah mereka perlu turun ke bawah? Melayu masih di bawah, ekonomi di bawah, kesihatan di bawah. Jadi adakah mereka akan ikut?" katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz mengakui bahawa terdapat banyak infrastruktur di Negeri Kelantan menamakan bangunan mereka dengan menggunakan istilah bahasa Inggeris.

“Oleh itu, saya minta kaji semula supaya Bahasa Melayu dipopularkan. Tanda jalan, nama hotel semua sekali. Di Kelantan saya tidak tersedar kerana suasana dan keadaan menyebabkan saya sebagai pemimpin hanyut,” katanya.SUMBER

TEOH BENG HOCK BAKI AKAUN RM 3,611.36

SHAH ALAM - Walaupun merancang untuk mengadakan majlis resepsi beberapa bulan sebelum maut, baki wang dalam dua akaun simpanan milik Setiausaha Politik Exco Selangor Teoh Beng Hock hanya berbaki RM3,611.36.

Penyata: akaun yang dikemukakan wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa menunjukkan baki akaun Beng Hock pada tarikh 13 Julai lalu ialah sebanyak RM2,569.30 manakala satu lagi akaun berbaki RM1,042.06.

:Berdasarkan penyata itu juga, didapati terdapat kemasukan tetap sebanyak RM1,865.85 setiap bulan bermula pada Jun 2008 sebelum ia menjadi RM2,167.85 pada April lalu.

Abdul Razak mengemukakan penyata akaun itu semasa menyoal Ketua Unit Siasatan SPRM Selangor Pemangku Pesuruhjaya Hairul Ilham Hamzah pada prosiding inkues di sini, semalam.

Tindakan mengemukakan penyata bank itu dibantah peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Beng Hock.

“Penyata kewangan seseorang adalah sangat sulit. Polis dan SPRM dibenarkan tetapi hanya untuk tujuan tertentu. Bagaimana ia relevan untuk menunjukkan fikiran seseorang?

“Ia seperti mengatakan orang miskin terjun bangunan manakala orang kaya tidak,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Razak menjelaskan perkara itu relevan bagi menjelaskan pendapatan bulanan Beng Hock, selain menyokong teori mendiang memerlukan wang untuk mengadakan majlis perkahwinan yang disifatkan terdesak.

Isu masalah kewangan pernah dibangkitkan Abdul Razak semasa menyoal abang Beng Hock, Teoh Meng Kee, 33, dengan menyatakan mendiang mempunyai masalah bagi menyegerakan perkahwinan selepas tunangnya hamil.

Sementara itu, Hairul Ilham yang dipanggil sebagai saksi inkues ke-27 mengakui reaksi pertamanya bila diberitahu mengenai penemuan mayat Beng Hock di tingkat lima, Plaza Masalam, di sini pada 16 Julai lalu sebagai blank (kosong).

“Saya blank. Saya tidak tahu apa perlu dibuat,” katanya.

Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa tindakannya tidak menghubungi Beng Hock meskipun menemui beg dan telefon bimbit mendiang di pejabat SPRM ialah disebabkan dia tahu apa yang berlaku.

Hairul Ilham juga memberitahu, dia bersama Pegawai Penyiasat kes melibatkan Beng Hock, Mohd Anuar Ismail meronda sekitar pejabat SPRM untuk mencari Beng Hock selepas beg itu dijumpai.

Prosiding inkues bersambung Jumaat ini. sumber

Oct 15, 2009

ISU KITAR SEMULA ( RM 3 BILION )

Pimpinan UMNO Barisan Nasional (BN) mengitar semula isu lama termasuk isu RM3 bilion bagi menjatuhkan kredibiliti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kian mendapat sokongan dari segenap lapisan rakyat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, isu pada 1999 itu telah pun dijawab Anwar ketika itu tapi dibangkitkan semula berikutan pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Katanya, ia bertujuan menyerang Anwar selaku peneraju Pakatan Rakyat melalui media massa bagi menenggelam imej negatif calon BN, Tan Sri Isa Samad yang sinonim dengan politik wang.

"Umno-BN cuba mengalih perhatian rakyat dari tertumpu kepada kes rasuah Isa dengan menonjolkan Anwar, kononnya memiliki banyak wang, sedangkan ia isu lapuk dan telah dijawab Anwar," katanya kepada Suara Keadilan.

Malah, Shamsul berkata, KEADILAN ketika itu sudah meminta kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat dakwaan berkenaan tapi sehingga kini, tidak dilakukan.

"Kita juga menuntut supaya siasatan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terbabit dalam komisyen pembelian kapal selam. Kita harap tiada 'double standard' berlaku," katanya.

Shamsul berkata, parti tidak bimbang dengan tindakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat laporan polis berhubung dakwaan itu tapi meminta siasatan terhadap pimpinan UMNO BN juga dibuat.

Oct 13, 2009

SEDIA TERIMA KEKALAHAN ,PAS PASTI BANGKIT

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima kekalahan Pas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman lalu, Pas juga pernah mengalami kekalahan di Kelantan tetapi mampu bangkit kembali pada pilihan raya berikutnya.

“Kita kalah tak apa. Kelantan pun pernah kalah. Berapa kali kalah. Akhirnya kami hidup balik. Kalah atau memang itu kerja perjuangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Pasar raya Nirwana Maju di Bandar Kubang Kerian Baru dekat sini, semalam.

Beliau berkata, Pas menghadapi tentangan yang kuat daripada UMNO pada pilihan raya kecil kali ini.

“Cengkaman UMNO terhadap Pas terlalu kuat. Lagipun kami tidak ada radio, kami tidak ada surat khabar perdana.

“Tetapi manusia akhirnya akan faham. Sebab itulah saya minta mereka datang sendiri ke Kelantan. Biar mereka bertanya khabar kaum Cina, India Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekalahan Pas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, semalam.

Calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar gagal dalam usaha menawan DUN Bagan Pinang apabila tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dengan majoriti 5,435 undi.

Mengulas mengenai beberapa insiden yang berlaku sepanjang tempoh berkempen pada pilihan kecil itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau amat dukacita dengan kejadian yang berlaku.

Katanya, kejadian seperti itu pernah berlaku di Kelantan pada era 60-an yang mana kejadian tumbuk-menumbuk dan pergaduhan turut berlaku.

“Dua malam saya di sana. Saya dukacita dengan apa yang berlaku macam berlaku tahun 60-an dulu. Pukul dan bertumbuk.

“Ini menunjukkan pihak tertentu di Negeri Sembilan ini terkebelakang. Saya dukacitalah. Mengundi ni bebas. Macam kita pergi market (pasar). Kita bebas pilih dan beli sayur, beli buah," katanya./Sinar

Oct 10, 2009

BILLBOARD PAS DIBAKAR




Ankara siapa billboard di bakar dekat upu Si Rusa ...jangan cetus api kemarahan di kalangan penyokong ,tahap kesabaran ada hadnya sebelum ini petugas pas di pukul dan di tetak dengan parang..persoalannya siapakah yang mencetus pekara sebegini.

BROADBAND JADI BROKEBAND


Selama saya disini masalah utama ialah broadband menjadi maasalah utama ...di Negeri Pelancongan ini kata Bandar tentera tercanggih ...Pi la Isa Samad kata Bandar Portdikson maju...Satu lagi penipuan yang di buat oleh BN

CERAMAH PAKATAN RAKYAT




Tuan Haji Mat sabu merayu pengundi di Bangan Pinang tolak Parti yang tak ada maruah.chukup 62 tahun umno menipu orang melayu..kita buat perubahan di selatan ini.

Oct 9, 2009

GAMBAR SEMASA PERAYU UNDI POS DIPUSASDA




PUSASDA, TELUK KEMANG - Kehadiran calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar di pusat pembuangan undi pos di sini telah mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan anggota tentera.

Menurut Pengurus kempen calon, Hj Anwar Hashim, ini merupakan indikator dan petanda yang baik yang menunjukkan sokongan anggota tentera kepada calon Pakatan Rakyat.

“Sambutan luar biasa ini juga membuktikan bahawa dakwaan sesetengah pihak bahawa undi tentera hanya milik Barisan Nasional adalah omongan kosong”.

“Ini terbukti apabila Zulkifli Mohd Omar memasuki dewan pengundian, ramai anggota tentera yang berbaris dan bersalaman dengan beliau”.


Kata Hj Anwar Hashim lagi, beliau diberitahu bahawa terdapat di kalangan anggota tentera turut mengambil peluang tersebut dengan bertegur sapa dengan Zulkifli Mohd Omar lalu mengucapkan “syabas” dan “meminta calon PAS meneruskan perjuangan”.

Sementara itu, Pemuda PAS semalam mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.

Walau bagaimanapun, kata Hj Anwar Hashim, dengan sambutan hangat terhadap calon PAS, Zulkifli Mohd Omar semasa anggota tentera membuang undi pos tersebut menunjukkan bahawa mereka menolak rasuah.

“Ia juga membawa erti bahawa anggota tentera memilih calon yang lebih bersih berbanding calon yang tercemar”, tambahnya.

NAJIB MACAM TAK YAKIN ........

BAGAN PINANG, 9 Okt - Kenyataan baru Perdana 1Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan beliau seolah-olah sudah mencium bahawa kemungkinan BN akan kalah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang nanti.
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam kenyataannya hari ini menyifatkan kenyataan terbaru Najib itu pastinya dibuat selepas beliau melihat kemenangan di Bagan Pinang bukanlah sesuatu yang mudah untuk BN.


"Dari sini saya melihat seolah Najib sudah mencium bahawa kemenangan di Bagan Pinang bukan sesuatu yang mudah dan pada saya dia sudah melihat kemungkinan akan kalah disana," ujarnya.


Najib yang dipetik berkata, "Memperoleh kemenangan adalah lebih penting bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang, Negeri Sembilan, daripada saiz majoriti kemenangan,


"Usah kata menang besar atau kecil, asalkan menang. Yang penting menang," kata Najib kepada wartawan yang membuat liputan lawatan rasmi empat harinya ke Perancis yang berakhir pada Rabu lalu.


Manakala kenyataan terdahulu Najib, beliau yang yakin bahawa BN akan menang dengan majoriti besar akhirnya terpaksa berkata bahawa kemenangan BN penting walaupun dengan saiz majoriti yang kecil.


Menurutnya Khalil, PAS sebelum ini diperlekeh semasa menang di Manik Urai dengan 65 Undi majoriti. Namun PAS tetap menang walau pun proses demokrasi yang sangat sebelah.


Dalam kenyataan itu juga, Khalil yang juga Adun Titi Serong turut mempersoalkan kenyataan dan keyakinan Najib yang berubah-ubah itu.


"Bukankah Najib ada 1 Malaysia dan disokong kuat oleh seluruh jentera kerajaan termasuklah SPR dan PDRM?"


"Kenapakah Najib tidak bercakap sebagai seorang yang betul-betul yakin akan menang besar seperti yang diperkatakan sebelum dari ini?" soalnya.

PEMUDA UMNO KURANG AJAR





semalam kejadian di serang oleh samseng umno bukan hanya mereka pukul pemuda pas malahan kenderaan petugas di rosakan termasuk kesemua bendera dan poster telah di koyak oleh samseng pemuda umno ..ada bendera kita di bakar.

Oct 8, 2009

PEMUDA UMNO PUKUL PEMUDA PAS




Semasa pemuda Pas sedang pasang Poster berhampiran pusasda telah di serang oleh pemuda umno, termasuk mereka koyak poster serta memaki hamun Pemuda Pas...berita terkini akan menyusul..berserta dengan gambar

CERAMAH DI KAMPUNG SI RUSA





Gempur kampung Si Rusa ,di katakan umno paling kuat kat sini..akhir nya kita berjaya buat ceramah dengan kerja sama penduduk kampung yang membenarkan rumah beliau di jadikan tempat ceramah...di katakan kampung si rusa ini suku sakat Isa samad ada kat sini.

ISA SAMAD BUEK UMNO SERBO TAK KONO



Dikalangan pengundi melayu ada yang berkata umno dah tak ada maruah kerana masih kekalkan Isa samad sebagai calon ..Jadi apa lagi yang kita tunggu ayuh mari kita lakukan perubahan beri undi pada calon Pas.

Oct 6, 2009

UMNO TIPU PENIAGA RESTORAN

PORT DICKSON - Belum pun bergelar wakil rakyat, Saudara Zulkifli Mohamad Omar telah pun menjadi ’dahan’, tempat rakyat DUN Bagan Pinang untuk bergantung.

Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat itu telah menngunjungi sebuah restoran, disini semalam, ekoran aduan tidak puas hati pemiliknya yang mendakwa ditipu oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketika ditemui, pemilik restoran Jamsari, Encik Jamhuri berkata beliau telah dianiaya oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana membatalkan kontrak membekalkan makanan secara tiba-tiba.

Menurutnya, beberapa ketika sebelum kempen PRK Bagan Pinang bermula, beliau telah didatangi oleh seseorang dan menawarkan khidmat untuk membekalkan makanan bermasak kepada sepasukan polis yang bertugas untuk pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Katanya, selepas menerima surat tawaran, beliau telah bersetuju untuk membekalkan makanan tersebut sebagaimana syarat yang dinyatakan.

Malangnya, kata beliau, kontrak tersebut dihentikan secara tiba-tiba, sehari selapas bekalan pertama dibuat.

“Tengok tu siap ada surat tawaran, tetapi dengan tidak semena-mena sehari selepas saya memulakan membekal makanan, kontrak saya itu diberhentikan tanpa sebab,

”pembatalan yang dibuat hanya dengan melalui satu panggilan telepon,”kata Encik Jamhuri sambil menunjuk surat tawaran yang dikeluarkan oleh pihak berkenaan.

“Tentulah langkah (tindakan) yang demikian tidak adil kepada saya,”Keluhnya.

Oleh yang demikian, katanya, beliau bertindak mempamirkan ’kejadian tersebut’ diatas sebuah papan notis dihadapan kedainya supaya ia menjadi tauladan dan panduan kepada orang lain, agar berhati-hati ketika berurusan da;am musim pilihanraya.

Oct 5, 2009

ISA DICALONKANN KERANA POPULAR, TELAH JALANI HUKUMAN -PM

PARIS: Tan Sri Mohd Isa Samad telah menjalani hukuman berat di atas kesalahannya dalam parti dan dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang kerana beliau mampu memenangi kerusi itu serta popular di kalangan masyarakat kawasan itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata bagi pertimbangan pilihan raya kecil, parti akan memilih calon yang mampu berkhidmat di satusatu kawasan dengan berkesan, popular, diterima masyarakat serta kepimpinannya dikehendaki. Tinjauan parti mendapati Isa adalah calon yang popular di kawasan itu, kata Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno kepada sekumpulan pelajar Malaysia di Perancis dalam satu pertemuan di sini pada Ahad.

Beliau berkata Isa telah dikenakan tindakan di atas kesalahannya termasuk kehilangan jawatan Menteri dan Naib Presiden namun masih setia kepada parti serta bekerja keras untuk parti walaupun tidak berjawatan.

Katanya Isa hanya melakukan kesalahan teknikal parti dan bukan kesalahan daripada segi undangundang negara.

"Soalannya sama ada dia layak mendapat peluang kedua. Dalam sistem kita, penjenayah pun ada dapat peluang kedua, yang dah jatuh hukum oleh mahkamah pun boleh bertanding lepas edah.

"Ini bukan kesalahan dari segi undangundang negara ini cuma kesalahan teknikal parti.Beliau sudah menerima hukuman," katanya dalam reaksi terhadap soalan dari salah seorang pelajar Malaysia yang bertanyakan mengenai pemilihan Isa sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Najib berkata Isa bertanding sebagai calon kerusi DUN sahaja bukannya untuk memegang jawatan Menteri atau Menteri Besar.

Pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini, Isa, 59, yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan akan ditentang Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar, 45.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Septemberlepas. BERNAMA

RISALAH UMNO NILAI SENDIRI




Risalah yang di keluarkan oleh umno memburukan Anuwar dan Nizar serta memburukan Pakatan rakyat ,nampaknya umno terdesak yang bertanding calon Pas bukan Anwar,serta banyak lagi risalah yang memburukan Anwar dan Pakatan Rakyat. Nizar di tuduh Boneka dan Anwar di tuduh pengkianat.....tak sempat nak ulas panjang nak pergi mesyurat pulak .

JANGAN PERLEKEH DATO ISA

Oct 4, 2009

PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SEMBILAN SEBENARNYA ADA CALON LAIN


Badan Perhubungan negeri Sembilan sebenarnya telah mencadangkan calon lain selain daripada ISA Samad ..cuba baca surat ini....sebagai bukti

Oct 3, 2009

UPU SI RUSA DI AMANAHKAN KEPADA JOHOR DAN KEDAH





Johor dan kedah serta Pas Kawasan Jempol di amanahkan jaga UPU SIRUSA .Pada sebelah petang semalam satu majlis pelancaran gerak kerja pilihan raya telah di rasmikan oleh calon.