Oleh Suhaizan Kaiat
  Gabungan
 Tanah Rakyat (TANAH)  cukup kesal  dengan pihak-pihak tertentu  yang 
cuba mengancam dengan menyimbah cat berwarna merah di rumah  Pengerusi 
TANAH yang juga Presiden (Persatuan Anak-anak Peneroka  Generasi Kedua) 
ANAK, Sdr Mazlan Aliman. Kejadian ini disedari oleh  isteri Sdr Mazlan 
pada jam 3.30 pagi selepas beliau balik daripada suatu  program ceramah 
di Parit Sulong. Isteri beliau terhidu bau cat minyak  di bekalang 
rumahnya di Felda Bukit Ramon, Kulai Johor.
  
Kejadian ini 
merupakan kejadian ketiga berlaku dalam tempoh masa 1  minggu di Negeri 
Johor. Pertama berlaku pada 19hb April di Markaz PAS  Air Merah, Mersing
 dan keduanya pada 22hb April 2012 di kedai makan  Setiausaha Persatuan 
Anak Pengerang(PAP), Saudara Azhar Mansor dan  kejadian ketiga berlaku 
di rumah Sdr Mazlan Aliman pada awal pagi 24hb  April 2012. 
 
Perbuatan
 tidak bermoral ini berkemungkinan  ada kaitan dengan cadangan TANAH 
yang akan menganjurkan suatu Himpunan  Tanah Rakyat pada 5-5-2012 jam 
2.00 petang di Plaza Angsana, Johor  Bahru. Antara tuntutan TANAH adalah
 menuntut kembali Pulau Batu Puteh di  Mahkamah Keadilan Antarabangsa, 
menyiasat penyerahan tanah KTM Tg.  Pagar, menghentikan pengurniaan 
Tanah kepada KPRJ/Kroni dan merampas  tanah penyeleweng. 
 
Semalam
 Sdr Mazlan Aliman dalam  kenyataannya kepada media akan menurunkan 10 
ribu ahli dan  penyokong-penyokong TANAH ke Dataran Merdeka pada sabtu 
28hb April 2012  sebagai tanda sokongan TANAH kepada Himpunan Bersih 
3.0. TANAH akan  bekumpul di Menara Maybank jam 1.30 petang kemudian 
berarak secara  beramai-ramai ke Dataran Merdeka. 
 
TANAH 
mendesak kepada  pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci terhadap
 motif kejadian  dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian
 ini. Ini bagi  mengelakkan kejadian tidak di ingini berlaku selepas 
ini. 
 
 
Yang Benar 
 
 
SUHAIZAN BIN KAIAT 
SETIAUSAHA  
GABUNGAN TANAH RAKYAT (TANAH) 
019-7285174 
 
 | 
        
No comments:
Post a Comment