PONTIAN
 – Slogan Negara Berkebajikan nyata meningkatkan tahap kegerunan kepada 
UMNO kerana PAS telah menterjemahkannya tanpa mengira bangsa dan agama.
Menurut
 Syed Othman Syed Abdullah, ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS 
Negeri Johor, suatu ketika Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor
 pernah menyebut bahawa Johor yang berstigma kubu kuat Barisan Nasional 
sudah tidak boleh lagi dibanggakan.
Hal ini dakwanya 
kerana, gerakan Islam PAS telah mendahului UMNO dalam menggerakkan 
aktiviti kebajikan dan menyantuni rakyat terbanyak.
“UMNO
 tidak mampu sebagaimana kita buat. kita telah lahirkan tokoh-tokoh yang
 boleh bagi sumbangan secara ikhlas. kalau ada RM10 boleh bagi RM5 untuk
 perjuangan.
“Saya ada seorang kawan di Kedah. 
Dia cerita hasil menoreh getah. Sekeping getah boleh dibagi dua kerana 
kita telah jalani proses tarbiah. Ini beza UMNO dengan PAS,” katanya 
lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu 
menyampaikan ucapan perasmian pada majlis Mesyuarat Agung PAS Kawasan 
Pontian kali ke 25 di Dewan Pusat Tarbiah PAS Pontian, dekat sini, 
baru-baru ini.
Hadir sama, Raden Sarobo Pono, 
Yang Dipertua PAS Pontian, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia 
Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang.
Sementara
 itu, beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas 
berkata kejayaan PAS menyantuni rakyat dengan aktiviti kebajikan di 
negeri ini kerana memanfaatkan pengaruh media.
Tambahnya
 lagi, rakyat sebenarnya ingin tahu perkembangan terkini parti Islam itu
 maka peluang menyebar-luaskan penerangan berkenaan aktiviti tersebut 
wajar difikirkan dan digerakkan secara maksimum.
“Saya
 ikut perkembangan gerak kerja PAS Pontian melalui (facebook) Mtd Pas 
Benut. Rakyat lihat  dan orang kenal PAS (melalui media alternatif). 
Kalau dulu susah nak lihat orang Cina bersama PAS. Tapi hari ini, PAS 
Pontian mampu menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) seperti 
hari ini,” katanya lagi.
Tinjauan turut 
mendapati, kira-kira 30 orang ahli DHPP telah menyarungkan baju berwarna
 kuning pada majlis tersebut sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan 
BERSIH 3.0 yang dijadualkan pada 28 April ini.
No comments:
Post a Comment