Jul 31, 2012

Trauma angkara ah long


AZIZAN INCHE HARUN
31 Julai 2012
Trauma angkara ah long
Ain ketika hadir ke PAR untuk mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
PASIR GUDANG - “Saya menyesal dan bertaubat. Walaupun saya tahu ah long bahaya, tetapi masa itu saya buntu sehingga tak mampu nak fikir panjang untuk mencari duit membayar hutang kad kredit,” kata seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Ain.

Dia yang berumur lewat 30-an berkata, segalanya bermula ketika dikunjungi pihak bank hujung tahun lepas yang menuntut bayaran kad kredit sebagai modal perniagaan jualan langsung berjumlah RM5,000.

Menurutnya, dalam kekusutan mencari jalan penyelesaian, seorang rakan memperkenalkannya kepada seorang lelaki yang dikatakan boleh membantu memberinya pinjaman wang.

“Saya takut selepas pihak bank kata kena ke mahkamah kalau masih tak dapat bayar sehingga saya tak fikir panjang meminjam dari lelaki berkenaan sebanyak RM1,000, tetapi hanya dapat RM600 sahaja.

“Saya hanya nak ubah hidup keluarga dengan memulakan perniagaan, tapi tak sangka telah memerangkap saya dalam keadaan bahaya begini,” katanya yang ditemui Sinar Harian di
Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, di sini, semalam.

Ain berkata, tekanan dan ugutan yang diterima memaksanya membuat pinjaman kepada sembilan ah long untuk menyelesaikan pinjaman yang dibuat awal dahulu.

“Walaupun sudah lebih RM5,000 bayaran yang telah saya buat, tetapi hutang itu masih berjumlah RM8,000 tanpa dicampur dengan bunga yang dikenakan.

“Saya malu hendak berdepan dengan jiran dan saudara-mara kerana banyak juga duit ahli keluarga yang saya pinjam sebagai usaha untuk melangsaikan hutang ah long,” katanya.

Katanya, hidupnya bersama suami dan anak-anak dalam ketakutan dan terancam selepas menerima panggilan dan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan.

“Saya mengaku memang salah saya kerana tidak memberitahu suami meminjam duit ah long dulu sehingga kami sekeluarga terpaksa hidup dalam ketakutan.

“Selain pernah dibaling pasu bunga ke dalam pagar rumah. Saya juga pernah dikepung ketika keluar ke sebuah pasar raya, tapi umur saya masih panjang kerana helah saya untuk ke tandas berjaya melarikan diri,” katanya.

Ain berkata, dia dan anaknya lebih banyak berkurung di dalam rumah kerana trauma untuk keluar rumah, malah ke sekolah terpaksa keluar melalui pintu belakang.

“Saya sebak bila anak bongsu saya berjanji akan mencari duit raya banyak-banyak untuk membantu membayar duit ah long,” katanya yang telah membuat laporan polis pada Mei lepas.

Katanya, dia berharap ada pihak yang sudi tampil untuk membantu menyelesaikan hutang itu melalui pinjaman wang agar sinar kebahagiaan hidupnya sekeluarga dapat kembali lagi.

Sementara itu, Penyelia PAR Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, selain menghulurkan bantuan barangan keperluan, pihaknya sedang mencari dana untuk membantu menyelesaikan pinjaman itu.

“Apabila sudah dapat dana nanti, kita akan cuba buat perbincangan dengan ah long untuk membantu mangsa keluar dari permasalahan ini,” katanya.

Jul 29, 2012

Rezeki Ramadan terjejas


Kenyataan saya bersama media



Penduduk bersama Syed Othman (dua, kanan) menunjukkan keadaan lubang saluran utama yang melimpah sej
Penduduk bersama Syed Othman (dua, kanan) menunjukkan keadaan lubang saluran utama yang melimpah sejak tiga bulan lepas.
PASIR GUDANG – Lebih 20 peniaga dan penduduk di Jalan Bayan Taman Megah Ria, di sini merungut ekoran masalah lubang saluran utama kumbahan yang melimpah masih berlarutan sejak tiga bulan lepas.

Peniaga kedai makan, Shuib Mohd Noor, 26, berkata, premis perniagaannya berbau busuk dan meloyakan walaupun terletak lebih kurang 100 meter dari lubang saluran utama kumbahan yang melimpah kerana aliran air najis yang tidak pernah kering.

Menurutnya, perniagaannya terjejas hampir 50 peratus kerana kesukaran pelanggan hendak meletakkan kenderaan ekoran limpahan air kumbahan yang busuk.

“Pelanggan selalu tanya kenapa ada air lumut di persekitaran kedai saya, sedangkan itu sebenarnya air kumbahan sehingga saya tak tahu dah nak jawab apa.

“Ramai pelanggan saya lari kerana tidak tahan dengan bau busuk dan meloyakan sedangkan saya mengharapkan rezeki Ramadan yang datangkan hanya setahun sekali,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Seorang penduduk, Abdul Rahman Yusof, 55, berkata, bau  bertambah busuk apabila waktu hujan sehingga menghilangkan selera berbuka puasa dan bersahur.

Menurutnya, keadaan air najis yang kotor itu menyusahkan penduduk terutama pada bulan Ramadan untuk ke masjid berhampiran menunaikan solat terawih.

“Kita was-was hendak melintas jalan untuk ke masjid berhampiran dengan keadaan air najis yang kotor sentiasa mengalir di sepanjang jalan.

“Rasa macam dah tak tahan hari-hari kena hidu bau busuk, sedangkan ini bulan Ramadan kita berpuasa berkumpul sekeluarga hendak berbuka puasa dan bersahur, tetapi membuatkan kita hilang selera,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Kassim Maidin, 48, berkata, lubang saluran utama kumbahan sedalam lebih kurang 2.5 meter itu boleh meragut nyawa kanak-kanak sekiranya terjatuh ke dalamnya.

Menurutnya, lubang yang berada berhampiran simpang keluar masuk jelas membahayakan kerana jalan itu menjadi laluan utama pekerja kilang, kanak-kanak tadika dan pelajar sekolah serta penduduk.

“Sebelum ini pernah berlaku tayar kereta penduduk yang terjatuh ke dalam lubang itu sehingga pemandunya mengalami kerugian kerana kerosakan pada keretanya.

“Lubang ini ibarat sedang menunggu mangsa kerana bukan sahaja kanak-kanak boleh tenggelam sekiranya terjatuh, kita orang dewasa pun boleh tercedera jika tidak berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk buat kali kedua apabila pihak bertanggungjawab yang dihubungi sebelum ini masih belum mengambil sebarang tindakan.

Menurutnya, pihaknya sekali lagi akan merujuk kepada pihak bertanggungjawab dan akan turut menghantar surat kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) kerana aduan yang dibuat gagal diambil tindakan.

“Saya dah hubungi pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebelum ini dan mereka berjanji akan mengambil tindakan segera, tetapi nampaknya masalah itu masih terus berlarutan.

“Saya akan rujuk MBJB sekali lagi dan Isnin ini saya akan menghantar surat kepada BPA kerana memikirkan kesannya kepada penduduk terutama dari segi kesihatan dan pendapatan peniaga turut terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohd Firdaus Abdul Hamid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya sudah maklum dengan permasalahan itu dan sedang dalam proses menjalankan kerja pembaikan.

Menurutnya, pihaknya telah mengenal pasti punca lubang saluran utama itu melimpah disebabkan tersumbat dengan sampah-sarap dan sisa-sisa makanan.

“Kita telah mengarahkan kontraktor yang dilantik untuk segerakan kerja-kerja membaik pulih lubang saluran utama itu dalam masa terdekat,” katanya.

Jul 21, 2012

MANA BAKI RM 1000 KAMI KERAJAAN NEGERI BN JOHOR TOLONG JAWAB

JOHOR BAHRU – Kira-kira 300 penduduk flat Taman Sri Stulang mengadakan demonstrasi aman di sini, semalam sebagai tanda protes bagi menuntut baki pampasan dari pihak Kerajaan Negeri yang sepatutnya diagihkan empat tahun lalu.


Salah seorang penduduk, Azhan Taib, 54 berkata, Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum ini telah bersetuju membayar pampasan sebanyak RM2,000 kepada kira-kira 1,200 bekas penduduk flat Bukit Cagar.

Katanya, penduduk sebulat suara bersetuju untuk menerima pampasan berkenaan sebagai wang ihsan kepada mereka bagi urusan perpindahan dari flat Bukit Cagar ke flat Taman Sri Stulang pada awal tahun 2008.

Bagaimanapun Azhan berkata, penduduk hanya menerima bayaran sebanyak RM1,000 pada Februari 2008 manakala baki RM1,000 seperti yang dijanjikan masih tidak diagihkan oleh Kerajaan Negeri.

“Pada asalnya kami menuntut pampasan sebanyak RM5,000 dari pihak kerajaan namun setelah proses perbincangan dijalankan, kami bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk memberi pampasan sebanyak RM2,000.

“Namun kami kesal, kerana setelah berpindah ke flat Taman Sri Stulang penduduk hanya dibayar sebanyak RM1,000 sahaja,” katanya.

Katanya, pelbagai tindakan telah dilakukan termasuk merujuk perkara berkenaan kepada Menteri Besar dengan bantuan wakil rakyat setempat namun masih tiada jalan penyelesaian diambil.

“Baru-baru ini pada bulan Mei lalu, pihak UPEN telah mengeluarkan surat yang mengarahkan agar perkara yang dibangkitkan mendapat perhatian segera.

“Namun sehingga kini masih tiada sebarang perkembangan berlaku dan kami masih tertunggu-tunggu baki pampasan yang belum dibayar,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau berharap masalah yang dihadapi penduduk berhubung baki bayaran pampasan berkenaan mendapat perhatian serius dari pihak kerajaan dan diselesaikan dalam kadar segera.

“Kami bukan mahu timbulkan masalah tetapi sekadar mahu menuntut hak kami. “Kami berharap agar pihak kerajaan bersikap prihatin terhadap nasib rakyat yang mengalami masalah kewangan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya bersama penduduk akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri sekiranya masalah berkenaan masih tidak selesai dalam tempoh 14 hari

Jul 10, 2012

BENGANG LAPAN TAHUN TUNGGU RUMAH MASIH TAK SIAP

Bersama Pembeli 
PAR sedia bantu
Sidang Media
Johor Baharu Pembeli Rumah Projek Perumahan Taman Puri Langkasuka Larkin Di sini terpaksa terus menanti kediaman mereka siap walaupun telah lapan tahun menunggu apabila pemaju gagal menyiapkan lebih 3oo unit pangsapuri, salah seorang pembeli Naim salji 42 berkata beliau membeli rumah berkenaan pada harga Rm85,000 malah telah menjelaskan ansuran sebanyak Rm 530  setiap bulan sejak tiga tahun lalu.      saya kecewa dengan sikap  Pemaju lepas tangan memberikan pelbagai alasan sepatutnya kediaman kami siap pada tahun 2008 namun sehingga hari ini projek perumahan telah di hentikan  kerana pemaju mengalami masalah kewangan saya  juga terpaksa bayar sewa rumah  dan rumah yang belum siap. sementara itu PAR Pusat aduan rakyat Negeri  Pas Syed Othman berharap kerajaan negeri campur tangan dalam masalah projek Perumahan yang terbengkalai ini termasuk wakil rakyat sama mendengar keluhan rakyat , PAR akan cuba membantu pembeli meeujukan JKB Jawatan kuasa Bertindak membantu pembeli. Turut sama hadir Saudara Suhaizan Kayat PAR kempas untuk sama sama membantu isu rakyat dan juga saudara Rosli Kemin PAR Tanjung Putri

Jul 1, 2012

Dato` Tamrin Sertai PAS Malam ini ?



Oleh Mazlan Aliman 
PAGI tadi, Dato' Tamrin call saya. Memang itulah rutin beliau, hampir setiap hari akan berhubung dengan saya utk mendptkan info terkini, khususnya mengenai Felda. 

Kali ni dia bg tau, Umno ugut nak 'telanjangkan' kisah silam beliau jika dia tak berhenti dari berceramah dan menyokong PAS. Alhamdulillah, Dato Tamrin kata dia bersedia hadapi dan tak akan patah balik ke belakang.



Dia bukan hipokrit macam pemimpin Umno. Bunuh orang, bersekedudukan dgn artis, mentekedarah arak, berjudi sakan, rasuah dan tipu rakyat tapi tak mengaku. Tunjuk baik depan rakyat. Belakang perangai macam setan.

Dia mengaku maksiat yg dia buat zaman silam dia. Sekarang dia tobat. Dia jadi rosak kerana bersama Umno. Beliau sokong PAS sebab belajar nak jadi baik. Dekatkan diri dengan Allah. Banyak membaca buku2 agama, pergi kuliah dan ceramah agama. Berdamping dengan ulama2 PAS, banyak menginsafkan dia. 

Kata Dato Tamrin, pekung pemimpin Umno pun dlm poket dia. Hodoh2 pun dia anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba. Pernah jadi Ahli Parlimen dan Adun. Masalah moral Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Nazri Aziz dll kalau nak.....alahai....

Bagi saya, peranan kita adalah jadi kawan yg baik. Bagi nasihat dan bimbingan. Berkomunikasi, enggage dan banyak perkara boleh dilakukan. Orang mcm Dato Tamrin terlalu ramai dan mesti di dekati. Jgn ekstream soal pendekatan dakwah. PAS sedang berada di landasan yg tepat. Semua golongan menghampiri PAS.

Malam ini saya bersama dlm Himpunan Hijau pkt negeri Pahang di Kerdau Temerloh. Saya mengiringi seorang bekas pegawai tinggi kerajaan akan menyerahkan borang PAS kpd Presiden PAS. Dua tahun saya bersahabat dengan dia. Beliau salah seorang kumpulan pemikir ANAK. Perlahan2 saya pelawa masuk PAS.

Alhamdulillah, dia baru balik Umrah. Saya tanya lagi, bila Dato nak masuk PAS?
Spontan dia jawab, insyaallah. Ada borang?
Tentulah saya gembira, akhirnya dia menyertai PAS mlm ini...

Insyaallah, akan menyusul lebih ramai tokoh politik dan pegawai kanan kerajaan serta para seniman/budayawan dll bersama PAS.
SEMUANYA KERANA PERJUANGAN ISLAM. ALLAHUAKBAR.
Posted on Sunday, July 01 @ 18:34:00 MYT by ibn_bacoks







Jun 28, 2012

Bunyi ular disangka perompak


AZIZAN INCHE HARUN
28 Jun 2012
Bunyi ular disangka perompak
Ismail (empat, kiri) menunjukkan ular sawa yang berjaya ditangkap sambil diperhatikan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR), Syed Othman Syed Abdullah (empat, kanan).



PASIR GUDANG – Kira-kira 40 keluarga penduduk Kampung Sepakat Masai, di sini gempar apabila bunyi bising yang disangka perompak rupa-rupanya seekor ular sawa sedang membaham ayam.

Wakil penduduk, Ismail Talib, 42, berkata, ular sawa seberat lebih kurang 25 kilogram dan sepanjang 14 meter itu sudah empat kali ditangkap sejak awal tahun ini.

Menurutnya, ular sawa itu dikatakan datang dari tanah kosong berhampiran yang pada asalnya tapak rumah, tetapi sudah dipenuhi semak-samun sejak setahun lepas.

“Kami pada awalnya menyangka ada orang hendak memecah masuk rumah apabila bunyi ayam dalam reban bising seperti terkejut. “Apabila dihampiri, ruparupanya ia seekor ular sewa yang sedang membelit untuk membaham ayam yang berada di dalam reban salah seorang penduduk kampung,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, penangkapan buat kali keempat ular sawa itu sejak awal tahun ini menambahkan kebimbangan penduduk terhadap keselamatan terutama kanak-kanak.

Menurutnya, tambahan kawasan perkampungan itu kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat sehingga menambahkan kegusaran penduduk, selagi semak-samun di kawasan berhampiran tidak dibersihkan.

“Kami terlalu bimbangkan keselamatan terutama anak-anak kerana kebanyakan kami bekerja tidak menentu masa.

“Kami telah beberapa kali memberitahu kebimbangan ini kepada pemimpin setempat, tetapi kita tidak pasti apa tindakan yang telah dibuat kerana sehingga kini semak-samun itu masih belum dibersihkan.

“Kita mohon kerjasama pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan segera membersihkan semak-samun ini kerana kami tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingini selepas ini,” katanya

Jun 27, 2012

Isu Pasar Awam Masai Peniaga Mahu MBJBT ambil tindakan

sebahagian peniaga haram
Sidang Media  di Pasar Awam Masai
Peniaga Ashraf harap MBJBT ambil tindakan segera  Termasuk Pasar kotor
Peniaga di Pasar Awam Masai di sini mendakwa kehadiran lebih 20 peniaga haram di lot parkir di pasar berkenaan sejak setahun lepas menimbulkan keresahan kepada 40 peniaga yang sah,wakil peniaga yang di kenali sebagai Ashraf berkata bilangan peniaga berkenaan lama kelamaan semakin bertambah.Kita tidak kisah jual baju dan makanan tetapi tindakan mereka menjual sayur-sayuran,daging jauh lebih murah merugikan kami.Biasanya kami mencari pendapatan lebih setiap sabtu dan ahad tetapi sejak kebelakangan ini pendapatan kami merosot selepas ramai pelanggan lari ke sana.Sementara itu pengerusi persatuan peniaga-peniaga pasar awam masai .                N.Balasubramaniam berkata peniaga terbabit bukan saja peniaga haram tetapi telah menimbulkan kesesakan yang teruk,beliau mendakwa beberapa aduan di kemukakan kepada pihak yg bertanggungjawab sebelum ini tidak di hiraukan.Katanya lebih menghairankan sejak sekian lama aduan di kemukakan Ahad lepas baru lah pihak bertanggungjawab mengambil tindakan kompaun dan menghalau peniaga haram berkenaan selepas peniaga mengadu pada Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR).                                               Tambah beliau lagi pasar yang di buka sejak 20 tahun yg lepas mengalami masalah bumbung bocor,bilik air rosak terlalu lama tidak diselenggarakan.Terima Kasih kepada PAR kerana sedia membantu kami sehingga pihak yang berkenaan mengalau peniaga haram tersebut.Dalam pada itu Penyelia PAR Sdr Syed Othman berkata pihaknya akan mengumpul tandatangan peniaga-peniaga untuk menghantar memorandum kepada pihak MBJBT.

Jun 26, 2012

SEHARIAN BERSAMA YB SITI ZAILAH DI PASIR GUDANG

Konvoi Dewan Pemuda Pasir Gudang
Ziarah OKU dan Sumbangan
Pada 24hb yang lepas iaitu hari Ahad, Dewan Muslimat PAS Pasir Gudang telah manfaatkan kehadiran YB Siti Zailah,program yang bermula jam 4.00 ptg di sambut oleh Dewan pemuda yang berkonvoi dari Tol Kempas sehingga ke tapak Program iaitu di Taman Rinting Pasir Gudang.Sepanjang perjalanan konvoi kami telah mendapat respon yang amat membanggakan dari pengguna2 lebuhraya dengan sama2 membunyikan hon.Dan pada jam 5.30 ptg pula Program Kebajikan bersama YB Zailah iaitu lebih di kenali sebagai Program Jom Ziarah,6 keluarga telah di pilih untuk mendapat sumbangan dari PAS Pasir Gudang.Sepanjang perjalanan Program tersebut YB Zailah sentiasa mengukirkan senyuman walau pun kepenatan akibat dari jadual yang padat.Dan pada sebelah malamnya YB Zailah atau panggilan mesranya kak Lah telah menyampaikan ceramah beliau bersama Cik Kumutha dan Puan Norhayati Bachok.Tahniah di ucapkan kepada Dewan Muslimat Pasir Gudang... Masyarakat India turut meraikan Yb

Jun 17, 2012

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya Peringkat Negeri Johor Berjaya

12:02 PTG Nusajaya Kini SAGIL - Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor yang diadakan semalam dianggap telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Rekod kehadiran ahli dan penyokong PAS di setiap program yang dianjurkan cukup memberansangkan. Menurut Tuan Haji Ghazaley Ayub yang merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, sasaran 10,000 ahli dan penyokong PAS yang hadir ke semua program yang telah disusun telah tercapai. " Untuk jamuan rakyat yang turut dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain, anggaran hadirin yang hadir adalah lebih dari 2000 orang. Pada sebelah petangnya, kita anjurkan program hi-tea bersama pimpinan PAS dna hadirin yang hadir juga dianggarkan melebihi 1000 orang. Pada kemuncak malamnya, hadirin yang hadir ke program munajat dan ceramah adalah melebihi 5000 orang. Jadi kita anggarkan ahli dan penyokong yang hadir pada himpunan hijau ini adalah sekitar 10000 orang" "Saya melihat ini merupakan perkembangan yang cukup baik dan menarik bagi PAS Johor. Kehadiran hadirin ke program kita sejak akhir-akhir ini cukup memberangsangkan. Saya lihat golongan muda adalah golongan yang banyak hadir ke program kita. Masyarakat pelbagai kaum juga cukup selesa dengan program kita sekarang. Ia mengambarkan PAS mula mendapat tempat di hati penduduk negeri Johor", ujar beliau lagi. Dalam pada itu, ketika diminta mengulas berkenaan banner yang dianikkan oleh JKKK Kampung Sagil yang menyatakan bantahan terhadap kehadiran Presiden PAS dan YB Salahuddin Ayub, beliau mengulas bahawa PAS Johor tidak akan melayan provokasi yang cuba dilakukan ini. "Saya melihat bendera yang mereka pasang bagi menyaingi bendera PAS adalah salah satu proses demokrasi. PAS tidak ada sebarang masalah. Banner yang mereka naikkan juga kita anggap sebagai bukan provokasi yang keterlaluan" "Alhamdullillah program yang dianjurkan berjaya dilaksanakan tanpa sebarang provokasi. Saya ucapkan kepada Ketua Kampung Sagil dan Ketua Pemuda UMNO bahagian yang memberikan kerjasama yang baik kepada kita dan tidak dilupakan juga anggota keselamatan. Kawasan ini adalah kawasan baru bagi kita dan dengan kehadiran ramai orang pada malam ini dan juga penduduk kampung, ia akan menjadi perintis kepada kawasan Sagil ini", jelas beliau ketika dihubungi wartawan Nusajayakini. Tetamu yang hadir pada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat Negeri Johor adalah Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, YB Salahuddin Ayub, Dato' Dr. Mahfodz Mohamed, Tuan Guru Abdullah Hussin dan Saudara Hassan Karim. Sumber Nusajaya Kini

Jun 12, 2012

PEMUDA PAS PASIR GUDANG RAIKAN HARI GURU PASTI

ucapan Perasmian

Guru Pasti bersama keluarga masing masing

Ydp Kawasan sampaikan hadiah kepada Pasti terbaik
Pada 10 Jun Dewan Pemuda PAS Pasir Gudang   meraikan seluruh guru PASTI Kawasan  sempena Hari Guru. Yang bertemakan “Guru Memimpin Perubahan Ummah”


Majlis makan  tersebut berlangsung di Restoren SSS Senibong . Majlis betambah meriah dengan guru-guru hadir bersama keluarga masing-masing. Selain bertujuaan memberi penghargaan kepada guru-guru, majlis ini juga dapat merapatkan ukhwah antara DPP Puchong dan seluruh guru PASTI Pasir Gudang
  Penyelia Pusat Aduan Rakyat Permas dan juga merangkap  Ajk Pas Kawasan  Syed othman  Syed Abdullah  telah sudi hadir merasmikan majlis ini dan menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada guru-guru. Turut hadir sama   Ydp Kawasan Haji Azhari  serta ajk kawasan , Dalam majlis ini ,u PASTi Taman rinting di pilih Pasti terbaik bagi kali kedua berturut turut . Ketua Pemuda  Kawasan Merangkap Pengerusi Pasti Mohd Rozi Sihab berharap guru-guru PASTI agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendepani segala cabaran terutamanya cabaran pendidikan yang semakin mencabar  dan terus memperkasakan pendidikan PASTI disamping meningkatkan profesionalisme keguruan mereka.


Jun 11, 2012

Bapa Mohon Penjelasan JPN


Mohd bersama anak Perempuan sulungnya

Letih mengadu dan mendengar jawapan  daripada pihak terbabit, Encik  Mohd  berasal dari  Sabah sekarang menetap di Seri alam Pasir Gudang Hampir 18 tahun, tampil menemui PAR  dengan harapan pihak yang bertanggungjawab membuka mata terhadap masalah yang dilaluinya selama ini. Mohd  memberitahu anak perempuannya  tidak memiliki kad pengenalan dan surat beranak sehingga pihak  sekolah tak benarkan anak belaiu masuk sekolah dakwa beliau

"Saya tidak menyalahkan pihak Sekolah dalam hal ini… cuma apa yang saya kesalkan ialah kegagalan pihak tertentu dalam mengeluarkan surat beranak dan kad pengenalan anak saya sehingga menimbulkan kesulitan seperti ini," katanya. hanya anak saya yang sulung ini sekarang dah berumur 16 tahun  yang belum selesai,... empat lagi adik beradik sudah memilik surat beranak masing masing kerana mereka lahir di Johor kecuali anak perempuan saya yang ini sulung lahir di sabah

Menurut Mohd  lagi, berbekalkan harapan agar masalah tersebut dapat diselesaikan segera, beliau pergi ke JPN Pasir Gudang  bagi mendapatkan penjelasan namun semuanya sia-sia sahaja.

"Bayangkanlah setiap kali saya saya membuat susulan di JPN Pasir Gudang, mereka akan mengatakan "tunggu" ataupun menyuruh saya membuat rujukkan JPN Putra Jaya Walaupun penat, namun saya tetap berusaha lagi.

"Saya betul-betul tidak tahu mahu buat apa lagi. Semua dokumen yang lengkap sudah diserahkan. Semua perkara yang diarahkan pun saya sudah lakukan, tetapi jika saya membuat susulan berkenaan hal ini, sama ada  mereka tetap memberikan jawapan yang sama "tunggu". Jadi apa lagi yang perlu saya buat? Takkanlah nak duduk diam dan tunggu saja! Gelaplah masa depan anak saya nanti…" tambahnya.

Sambil memohon maaf, Mohd harap supaya masalahnya itu dapat di pandang serius oleh pihak berkenaan.

"Sudahlah wang, tenaga dan masa habis dilaburkan semata-mata untuk mendapatkan kad pengenalan anak saya…. Tambah sakit hati lagi bila terasa diri menjadi pelarian di bumi sendiri…. Jadi kepada pihak yang mempunyai autoriti dalam hal ini, tolonglah…tolong saya" rayunya.

May 25, 2012

Wang Petronas : Rm 237 billion Ke Mana Perginya?


Blog Mtd-Benut.Blogspot.com

PASIR GUDANG – Ada sesuatu perkara yang cuba dirahsiakan oleh Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan UMNO Malaysia menyebabkan beliau gagal mematahkan salah satu soalan daripada Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR berhubung wang Petronas yang berjumlah RM237 billion di zaman bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi pada pentas Debat PTPTN semalam, kata Syed Othman Syed Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas.


”Khairy Jamaluddin (KJ) tidak menjawab ke mana perginya wang Petronas yang diambil sewaktu beliau menjadi penasihat kepada bapa mentuanya jadi PM dulu RM237 billion. Kenapa KJ tidak menjawab atau ada rahsia besar?” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor pula berharap kejadian provokasi yang dikesan di negeri ini dapat dipadamkan disebalik debat yang dianjurkan semalam.

”Selepas debat Rafizi dan Khairy ini, diharap tiada lagi politik senam punggung, berniaga burger depan rumah orang, halang orang datang ceramah, santau-santau dan sihir-sihir. Di Johor ramai pimpinan PAS yang disihir,” katanya kagi

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian berkenaan lebih 500 pembaca setia akhbar itu memenuhi Auditorium Kumpulan Media Karangkraf bagi menyaksikan Debat Sinar Harian : Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi, semalam.

Debat dipengerusikan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; Dr Maszlee Malik menemukan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.

Walaupun dibawakan secara langsung melalui Astro Awani, TV Internet The Malaysian observer dan Radio Bernama 24, namun dewan tetap padat dengan penyokong kedua-dua pendebat.

Dalam pada itu, pertemuan kedua tokoh muda itu di pentas Debat Sinar Harian semala membuka lembaran baru dalam sejarah politik tanah air ke arah politik yang lebih matang dan bertamadun.

Disamping itu, kedua pihak bersetuju pentingnya kerangka pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dinilai semula untuk manfaat jangka panjang mahasiswa.
 by ibn_bacok

May 22, 2012

Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin menangis minta maaf pada UMNO

 

 Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin meroyan kerana menghadapi masalah dengan projek pasirnya. 
Kerana marah, Zamhuri tanpa berselindung telah membongkarkan gejala rasuah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga mendakwa sesetengah pemimpin dan kakitangan agensi kerajaan perlu disogok dengan wang, hiburan, termasuklah perkhidmatan amoi dari Thai     Lain  kali kita kena Berhati hati dengan puak puak ini masa terkepit baru ingat Pakatan ,sekarang dah dapat Projek sayang balik Pada UMNO siap nangis tu ha ha ha .....Masa Video pertama dulu  saya pun berhajat nak masuk dalam blog saya tapi kawan kawan kata tak payah masuk nanti mangkuk hayun ni Zamhuri dapat projek ,dia akan lupa pakatan percayalah dia berlakon sahaja kata rakan saya  kepada saya .......................................apa yang menarik dia dah sebut nak amoi .....dapat projek

May 18, 2012

Masyarakat Cina Pengerang akan Hukum BN dalam PRU 13



En Hassan Karim

Masyarakat cina yang Hadir


Ketika saya ceramah di Pengerang Baru baru ini bersama rakan Pakatan Rakyat, turut bersama ialah En Hassan Karim,dan wakil DAP.Satu momentum dapat di rasa di Penggerang dengan kehadiran masyarakat cina yang mahukan perubahan, dulu saya pernah hadir di sini (Penggerang) tetapi sambutan tidak sebegini ini menunjukkan penduduk Penggerang yang di anggap tidak berminat dengan Parti Pembangkang tetapi sekarang sudah berubah.Justeru itu Azalina Othman selaku Ahli Parlimen BN di sini jangan rasa selesa,dengarlah suara rakyat Penggerang yang mahukan pembelaan sewajarnya,tak mustahil Johor Mampu buat kejutan dalam PRU akan datang .

May 17, 2012

Anak Koma selepas suntikan

Llaporan polis

  Pasir Gudang Sepasang suami isteri hari ini membuat laporan polis berhubung kesihatan anaknya yang semakin merosot selepas mendapat rawatan di sebuah hospital di sini Januari lepas.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Ulu Tiram bagi meminta penjelasan berhubung kesihatan anaknya sebelum mengambil tindakan sewajarnya terhadap hospital itu.
Norazmi Sarmin, 38, mendakwa anaknya Mohd Haiqal, 16, kini terlantar di hospital selepas sedar dari koma akibat menerima satu suntikan sebelum menjalani pembedahan saluran hati tersumbat, 31 Jan lepas.
Gambar adik Haiqal sebelum koma dan selepas
Beliau yang ditemani isteri, Rozaliah Zaladin@Zaludin, 38, berkata, mereka yakin suntikan itu menjadi punca kesihatan anaknya bertambah buruk dan mahu pihak hospital tampil memberi penjelasan mengenai perkara sebenar.
Turut Hadir semasa  sidang Media shamsul  Ketua Penerangan Pemuda Pas Johor
"Doktor yang membuat suntikan itu bersikap berdolak-dalik setiap kali saya dan isteri bertanyakan tahap kesihatan anak kami,” katanya kepada pemberita pada pertemuan yang diatur oleh Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah, di sini, hari ini.
Sementara itu, Syed Othman berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan doktor yang terlibat esok bagi mendapatkan maklumat berkaitan perkara itu dan pihaknya juga telah melantik seorang peguam bagi membantu pasangan suami isteri itu mengambil tindakan undang-undang sewajarnya sekiranya kejadian itu berpunca daripada kecuaian hospital.

May 9, 2012

BERSIH 3.0 di Maybank

saya sempat berucap di Menara maybank sebelum Bergerak ke dataran....

HARAM JADAH..........

                                   Wajarkah seorang PM melabel rakyat yang telah memberikannya undi untuk berkuasa sebagai Perdana Menteri melabelkan rakyatnya sebagai 'Haram Jadah'?   Wassatiyah.........ala Najib Koh

Kemenangan mudah bagi Najib: Pertama, kawal Rosmah. Kedua, tangkap Dr M

Kehadapan PM Najib,
Jika anda ingin menang dan lebih cemerlang dari 2004 pada Pilihan raya umum ke 13, apa yang anda perlu buat adalah menggemparkan rakyat dengan melakukan perkara seperti berikut:
1. Mengeluarkan waran tangkap terhadap sahabat anda Abdul Razak Baginda dan mendakwa dirinya di mahkamah kerana bersubahat atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu-ya buat kali yang kedua. Rakyat sememangnya mengesyaki dia bersubahat dalam pembunuhan itu kerana dia memegang peranan utama dan mendapat habuan yang besar dalam pembelian Scorpene. Sebenarnya, rakyat juga mengesyaki anda dan isteri anda juga terlibat tapi tindakan harus diambil satu persatu. Apa pun, tindakan ke atas Baginda mungkin akan melepaskan kamu sedikit sebanyak dari skandal mengurangkan kesan negatif dari kredibiliti anda dalam pembunuhan.
Menahan Samy Vellu serta merta kerana MAIKA, MIED dan skandal saham Telekom dan mendakwanya di mahkamah. Orang India akan lebih banyak menyokong anda, walaupun ada Hindraf, dan mereka akan lebih yakin terhadap anda dalam PRU ke-13.
3. Sesudah itu, berikutan skandal PKFZ di mahkamah, carilah Ling Leong Sik dan hantar dia ke penjara serta-merta. Ini akan membuat orang Cina mengambil perhatian manakala orang Melayu akan benar-benar berbangga dengan anda dan memberi ganjaran kepada anda apabila mereka mengundi.
4. Sumbat Khir Toyo ke penjara kerana rasuah dan pecatnya daripada UMNO, dia telah dilantik oleh Mahathir Mohamad sebagai Menteri Besar dan ini bukan petanda baik bagi kredibiliti bekas PM itu. Dengan mengambil tindakan ini, anda mungkin memenangi Selangor tanpa perlu bekerja terlalu keras, seperti yang anda telah dakwa akan menjadi 'ambang' untuk berbuat demikian. Menang dengan ketara akan meningkatkan imej anda kerana anda adalah Ketua Barisan Nasional bagi Selangor.
5. Pecat Shahrizat Jalil dengan segera dari semua jawatan dalam UMNO dan bekukan semua aset yang dimiliki NFC serta firma persendirian milik keluarga yang berkaitan dengan NFC dan setiap sen harus dikira. Ini mungkin akan mempertahankan kamu dari skandal kondo Kazakhstan yang bakal meletup. Ia juga akan menaikkan mata anda dalam UMNO dengan rakyat yang bakal memberi Pembangkang serangan jantung!
6. Berterus-teranglah tentang sikap berbelanja isteri anda buktikan cincin berlian AS $ 24 juta telah dikembalikan ke New York. Dan jika anda berani, jadikan ia satu permulaan untuk mengawal isteri anda setiap masa. Jika perlu, anda tidak perlu takut untuk menebat mulutnya. Anda perlu tunjukkan kepada rakyat bahawa anda pembuat keputusan utama dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan kerja anda juga perlu mengisytiharkan kepada rakyat bahawa Wanita Pertama Malaysia sebenarnya adalah Permaisuri Agong Seri PadukaBaginda Raja, isteri Yang di-Pertuan Agong. Isteri anda hanyalah isteri Perdana Menteri.
6. Tahukah anda YAB Perdana Menteri, jika anda benar-benar melakukan ini, undi semua wanita akan menjadi milik anda dan ini akan membantu anda secara mendadak untuk menang dengan majoriti dua pertiga yang kita tahu anda dan Umno cuba dapatkan dengan apa jua cara. Mengapa? Maaf untuk jika bunyinya kasar, tetapi isteri anda adalah orang yang paling dibenci selepas Mahathir di Malaysia.
7. Minta maaf secara terbuka atas skandal Perak dengan cara merampas kuasa dan mengakui ia adalah kesilapan yang serius. Ini akan membantu anda untuk mengekalkan kuasa ke atas Perak. Juga, semasa anda berada di sana, berilah tamparan ke muka Hee Yit Foong untuk semua orang Cina di Perak. Mereka akan mengundi untuk anda selepas itu.
8. Memenuhi semua permintaan BERSIH 2.0 terhadap 8 reformasi pilihanraya tanpa sebarang alasan. Katakan pada rakyat yang anda ikhlas dalam reformasi pilihanraya dan anda tidak perlu menipu untuk menang.
9. Ini adalah cabaran yang sebenar. Ia akan sama ada melemahkan atau menjadikan anda juara. Tangkap Mahathir Mohamed untuk semua kesalahan dimana dia telah terlibat semasa pemerintahan 22 tahunnya. Kuasa kini di tangan anda. Adakah anda boleh lakukannya?
Jika anda boleh lakukan, maka anda akan menang tanpa perlu banyak berusaha, tidak kiralah jika Pakatan Rakyat mempunyai pasukan yang sangat berbakat. Anda akan mendapat sokongan seluruh rakyat dengan mandat yang akan menjadi sukar untuk ditewaskan oleh mana-mana ketua UMNO yang lain selama beberapa dekad yang akan datang.
10.Dan akhirnya, singkirkan PERKASA dan jauhi diri dari Hassan Ali dan JATI. Dan yang paling penting, mengaku anda adalah ‘Orang Malaysia dahulu dan Melayu kemudiannya' - tidak seperti Muhyiddin Yassin yang cuba untuk membuat lawak dan membuli orang bukan Melayu tetapi lihatlah di mana dia sekarang. Jadi, dukunglah 1 MALAYSIA dengan adil untuk semua kaum di Malaysia.
Juara Rakyat
Jika anda benar-benar boleh melaksanakan semua cadangan ini, anda akan menjadi "Juara Rakyat" dan anda boleh menikmati tempoh pemerintahan yang kedua dengan berbekalkan ini sahaja.
Tetapi peluang anda untuk memenuhi salah satupun cadangan ini adalah mustahil. Jadi, anda perlu tahu bahawa anda akan kehilangan kawalan kedua-dua UMNO dan Barisan Nasional.
Pakatan Rakyat akan bersedia untuk membentuk Kerajaan seterusnya. Mudah-mudahan, untuk sekali, anda mungkin akan melakukan sesuatu yang cemerlang dengan menjadi pembangkang yang digeruni kepada mereka.
Malaysia Chronicle