Jan 16, 2014

LOPAK KANGKUNG DI LEBUH RAYA SENAI DESARU MENDAPAT BANTAHAN ORANG RAMAI

MASAI – Kira-kira 30 pengguna Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) membuat bantahan aman di sini, semalam bagi mendesak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memantau perkhidmatan yang didakwa teruk pihak konsesi lebuhraya itu.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor
Sidang Media Bersama Steven PKR



, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya menerima 37 aduan dari pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan selain tiga aduan kenderaan mengalami
kerosakan teruk selepas menggunakan laluan itu.

“Kadar tol yang dikenakan terlalu mahal, misalnya dari Masai ke Penawar sahaja dikenakan caj sebanyak RM5.90 bagi perjalanan 21 kilometer (km).

“Keadaan ini amat mengecewakan apabila perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran dikenakan.
“Pengguna bukan sahaja mengalami kerosakan kenderaan tetapi turut membahayakan keselamatan apabila cuba mengelak lubang besar yang terdapat pada jalan raya,” dakwanya.

Syed Othman berkata, ada antara pengguna mengadu hampir mengalami kemalangan apabila tayar kenderaannya pecah selepas terlanggar sebuah lubang besar di laluan itu.

Selain itu katanya, berdasarkan tinjauan yang dijalankan terdapat kira-kira 42 lubang terdapat pada laluan lebuh raya berkenaan bagi sepanjang perjalanan antara Masai ke persimpangan keluar Penawar.

“Pada November lalu, saya pernah mengemukakan aduan di pusat khidmat pelanggan mengenai keadaan ini dan mereka memberi jawapan sedang dalam proses membaik pulih jalan.

“Tetapi sehingga kini, hampir tiga bulan masa berlalu kerosakan jalan masih semakin teruk,” katanya.

Katanya, pihaknya akan menghantar memorandum kepada LLM dan ahli parlimen di kawasan berkenaan bagi merujuk situasi yang berlaku supaya tindakan segera dapat diambil.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir Hasni Mohamad berkata, kerajaan negeri menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memantau aspek keselamatan jalan raya.

Katanya, melalui penubuhan jawatankuasa itu tumpuan utama akan diberikan terhadap SDE bagi mewujudkan keadaan jalan raya yang lebih selamat.

“SDE akan diberi keutamaan kerana dalam tempoh 10 tahun ini banyak kenderaan berat melalui laluan berkenaan khususnya dari bandar raya ke Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (Rapid),” katanya Jun lalu.

No comments:

Post a Comment