Dec 30, 2013
BUKAN NAK GULING KERAJAN TAPI FLASHMOB UNTUK ; 31.12.13
.Pada sebelah Petang tadi saya bersama rakan rakan Pakatan dan Pas Johor Baharu serta Yb Pakatan turut hadir sama dalam flashmob sebelah petang yang bertempat di Jalan Kebun Teh Johor Baharu ,Selepas Solat Asar ketika saya sampai di sana Pihak Polis Lebih Ramai dari Peserta ...dalam hati saya berkata kata sah hari ini saya dan rakan akan kena guling kerana kami tak ramai..tepat jam 5 seperti yang di rancang Flashmob pun bermula ,Pihak Polis sekadar memantau Sahaja Pihak Polis Pun sedar kalau macam ni punya kehadiran macam mana nak guling Kerajaan Kami Panaskan badan untuk ...31.12.13...Kami Masih Percaya Masih ada lagi demokrasi. Pilihan raya Pilihan kami untuk jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.
Dec 27, 2013
JANGAN KEJAR SAYA LAGI
-
Syed Othman (kiri) melihat laporan polis yang pernah dibuat mangsa.
Ramli, bukan nama sebenar berkata, dia kini bingung selepas dibelenggu hutang pokok keseluruhan sebanyak RM17,000 yang dipinjam dengan 11 ah long tanpa disedarinya sejak lebih setahun lalu.
Dia mendakwa, hidupnya trauma dan tidak menentu selepas menerima ugutan bunuh dan pernah diculik serta dipukul sehingga mengalami masalah pendengaran akibat dihentak di bahagian telinga.
“Saya diculik dan dibelasah dari jam 9 pagi hingga 11 malam tanpa belas kasihan oleh sekumpulan lima lelaki yang mendesak saya membayar hutang sehingga saya trauma.
“Saya bernasib baik kerana ada kenalan yang datang membayar ‘duit kopi’ sebanyak RM1,000 kepada lima lelaki itu yang kemudiannya membebaskan saya dalam keadaan cedera parah,” katanya semalam.
Ramli berkata, hidupnya sekeluarga kucar-kacir dan terpaksa menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung sejak tiga minggu lalu kerana memikirkan keselamatan mereka.
Menurutnya, dia yang sudah lebih 18 tahun bekerja di sebuah kilang hidup dalam keadaan berjaga-jaga kerana terlalu takut dengan ugutan ah long.
“Isteri saya hari-hari menangis risaukan keselamatan saya. Saya sendiri terpaksa menumpang di rumah rakan kerana tidak tahan dengan tindakan memangga pagar rumah saya dan ugutan bunuh ah long.
“Kehidupan saya semakin tertekan sejak berjauhan dengan keluarga sehingga prestasi kerja semakin menurun, adik-beradik dan kawan-kawan pun sudah tidak mampu nak tolong,” katanya.
Menurutnya, dia bukan tidak mahu membayar hutang, tetapi biarlah secara bulanan kerana cara bayaran secara mingguan mencecah sehingga RM3,000 sebulan di luar kemampuannya.
“Saya merayu kalau boleh jangan kejar saya lagi. Berilah saya masa dan tolong pertimbangkan bayaran secara bulanan kerana saya akan langsaikan semua hutang saya secara sedikit demi sedikit,” katanya.
Ramli turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terjebak dalam pinjaman wang ah long.
"Cara itu bukan jalan penyelesaian terbaik untuk melangsaikan hutang, sebaliknya lebih menyusahkan apabila terperangkap," katanya.
Dalam pada itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) negeri, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya meminta pihak polis peka dengan kes ugutan bunuh dan memberi perlindungan kepada mangsa yang sudah dua kali membuat laporan polis.
Menurutnya, pihaknya juga berharap pihak berkaitan boleh bersimpati dengan mangsa dengan membuat rundingan mencari jalan penyelesaian secara baik memandangkan mangsa bersedia membayar balik pinjaman yang dibuat.
“Kita akan membantu membayar balik sekadar termampu untuk meringankan beban mangsa, selain mengharapkan rundingan daripada pihak terbabit supaya bayaran boleh dibuat secara bulanan,” katanya.
Dec 17, 2013
Nota Sedih, Amat Sedih Dari Sudut Hati Ahli UMNO ...
Nota Sedih, Amat Sedih Dari Sudut Hati Ahli UMNO
Assalamualaikum Pak Syed.
Saya mulakan nota ini dengan lafaz keramat Bismillahhirrahmannirrahim,
agar dengannya saya terpandu dan terpimpin untuk menyatakan sesuatu
dengan niat kerana Allah jua. Hidup ini ringkas, singkat.
Saya bimbang jika saya bertangguh, tidak sempat maka saya akan gagal mnjawab di Mahkamah Allah Rabbuljalil.
Saya tidak berpeluang bercakap di Perhimpunan Agung UMNO walaupun saya telah mnjadi ahli UMNO sejak berumur 18 tahun
(Puluhan tahun lalu) Pada ketika itu saya menjadi ahli UMNO kerana datuk
nenek dan ibu bapa saya mahu saya mewarisi mereka. Menjadi ahli UMNO
yang setia sehingga ke akhir hayat.
Setelah sekian lama, baru sekarang saya mencatat sesuatu yang lahir
daripada sudut hati saya. Jauh terbenam. Bergelora dan bercampur baur.
Sayu, bimbang, kasih, marah saling kait mengait. Keliru juga sedang ikut
sama mengisi secara serentak perasaan dan pemikiran saya.
Kalau boleh saya ingin berdiri di puncak gunung. Seluruh saf kepimpinan
UMNO duduk bersila di sekeliling saya, berteleku mendengar saya bercakap
meluahkan segala perasaan dan pemikiran saya dan kemudian saya redha
mengadap Tuhan dengan mata tertutup rapat.
Saya ini orang UMNO. Dulu, kini dan insyaallah selamanya. Ini amanah
datuk nenek saya. Saya genggam erat amanah ini. Tapi pada masa datuk
saya menjadi ahli UMNO, beliau beberapa kali berjabat salam dengan
Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Razak.
Datuk saya adalah ahli UMNO yang tidak memegang jawatan dalam parti,
bahkan tidak bersekolah tinggi. Masih ada gambar kenangan mereka bersama
tersimpan dalam almari peninggalan nenek. Walaupun telah kabur tapi ia
tetap jelas dan dapat dikenali.
Pada masa itu tiada slogan atau ungkapan ' merasa denyut nadi rakyat '.
Tetapi memang Presiden Parti turun ke cawangan cawangan UMNO , bercakap
tentang hasrat dan cita cita parti. Arahala negara ke mana hendak
dibawa.
Saya bertanya kepada rakan rakan Ketua Cawangan di kawasan saya,
pernahkah bersalaman dengan Presiden UMNO? Tidak kata mereka sebab
sewaktu Presiden parti turun ke negeri hanya pemimpin Bahagian dan
Negeri yang berpeluang berdialog bersamanya.
Bahkan saya terkejut apabila diberitahu ada pemimpin cawangan tidak
pernah bersua muka dengan Menteri Besar , tidak pernah. Maka sayapun
mula rasa keliru, adakah benar UMNO ini parti inklusif atau sekadar
pemanis mulut semata mata. UMNO sudah menjadi elitis dan bangsawan lebih
bangsawan dari zaman Allahyarham ayahanda Tengku dulu.
UMNO mesra rakyat, UMNO pejuang masa depan melayu, UMNO penyelamat
melayu dan 1001 macam lagi retorik dan hegemoni politik yang berterusan
disuapkan dan dimomokkan kedalam kepala otak orang melayu sehinggakan
orang melayu sekarang ini sebegitu takut untuk berfikir dan bertindak
melainkan terus memilih UMNO. Terus percaya UMNO pejuang dan menjamin
survival melayu.
Barangkali kebenaran ini semua hanya 10 peratus sahaja tetapi yang 90
peratus lagi adalah bagi menjamin tembolok dan perut pemimpin UMNO terus
kenyang dsn berisi. Hebat politik UMNO ni.
Saya mohon maaf kerana menjangka nyawa UMNO ini sudah tidak lama.
Percayalah. Kunci nyawa UMNO adalah cawangan cawangan. Saya mula dapat
rasakan pemimpin dan ahli di cawangan cawangan mula rasa seperti 'tidak
berguna'.
Pengalaman menghadapi PRU 13 baru baru ini amat melukakan hati kami di
cawangan cawangan. Tsunami 2008 telah menyebabkan UMNO memulakan gerak
kerja sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan. Pusat Daerah Mengundi
ditubuhkan, Bilik Gerakan dimulakan di peringkat Cawangan dan Lokaliti.
Di tempat saya, Ketua Cawangan diberikan peruntukan yang amat minima.
Kerana itu ramai yang menggunakan wang sendiri untuk menjayakan kerja
kerja Jalinan Rakyat, Ceramah dan bengkel. Tiada peruntukan, itulah
alasan yang diberikan oleh Bahagian. Atas nama perjuangan, segala
tanggungjawab dilaksanakan.
Tiba tiba kami terkejut apabila mendapat tahu, Kampung Baru Cina diberi
peruntukan ratusan ribu ringgit. Hampir setiap minggu diadakan makan
malam bertaraf hotel, menelan belanja puluhan ribu ringgit untuk sekali
program. Maaf, saya kedengaran seperti cemburu, tetapi hakikatnya setiap
minggu Ahli Parlimen kami hadir untuk program program bersama pengundi
Cina dan India.
Sewaktu melawat ke kampung kami untuk Solat Jumaat, Ketua Cawangan diberikan tiga ratus ringgit untuk makan tengahari.
Di waktu PRU 13 makin hampir, kami di cawangan semakin tertekan. Program semakin
banyak, peruntukan tidak juga turun sehinggalah Parlimen dibubarkan.
Bayangkan perasaan kami di cawangan cawangan bilamana diperuntukkan
dengan biskut mayat, air mineral dan rokok jenama OK (Kononnya diimport
dari India)
Merokok adalah amalan tidak sihat, tetapi Pemuda kita di cawangan
sebahagiannya merokok. Kata mereka rokok OK ini, nyamukpun pengsan
kerana asapnya.
Pemimpin bercakap tentang perjuangan dan pengorbanan tetapi mereka datang dengan kereta mewah dan menghisap curut luar negara.
Barangkali darah UMNO yang pekat menyebabkan kami terus bekerja dan
alhamdulillah UMNO khasnya di kerusi luar bandar telah menyelamatkan
kerajaan UMNO/BN ini. Perdana Menteri dan Presiden parti seakan amat
menghargai UMNO apabila dengan berani mengisytiharkan Tsunami Cina telah
berlaku.
UMNO menunggu dan menunggu. Apakah pengumuman besar Perdana Menteri
untuk membalas pengorbanan kami selama ini. Sehingga kini tiada apa
sebenarnya, tiada.
Yang diumumkan kenaikan harga minyak. Yang diumumkan kenaikan harga
gula. Yang diumumkan kenaikan harga rokok. Dan yang diumumkan hari ini
kenaikan tarif elektrik. Kami terkedu, malu. Kami beberapa hari tidak
keluar ke kedai kopi kerana sewaktu kempen PRU13, kami janjikan Kerajaan
yang prihatin dan memahami kesukaran rakyat.
Kami telah gagal mengotakan janji. Kami menjadi bahan lawak rakan rakan
kerana hakikatnya selepas PRU 13, tiada apa apa yang istimewa untuk kita
Orang Melayu yang telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN.
Kalaulah saya berpeluang bercakap kepada Perdana Menteri, saya ingin
katakan betapa sukarnya menjadi aktivis UMNO di kampung kampung. Rakan
rakan menyatakan Perdana Menteri telah hilang kawalan. Gagal mengawal
segalanya. Saya bukan orang pandai. Bila ada orang datang dan beritahu
orang kampung DS Najib sangat kuat membazir, mereka datang dengan data.
Saya pula hampir percaya kerana Perdana Menteri tidak pernah
menafikannya, bahkan kadang kala sinis bergelak ketawa.
Saya tak mampu menjawab bahawa DS Najib membazir apabila untuk ubahsuai
rumah sahaja dalam tempoh lima tahun menghampiri 100 juta sedangkan
untuk baikpulih rumah fakir miskin di kampung saya hanya lima ribu
diperuntukkan.
Ada orang memberitahu saya, Datin Rosmah Mansur mempunyai peruntukannya
sendiri dan diwartakan dalam Bajet Negara. Apa agaknya yang patut saya
nyatakan. Dalam Parlimenpun namanya disebut mengguna ' jet peribadi
untuk lawan peribadi keluar negara '.
Anak anak muda di cawangan saya, yang pada PRU13 telah menyokong UMNO
hari ini memberitahu saya bahawa di dalam blog dan face book banyak
dinyatakan pembaziran yang Datuk Seri lakukan. Berbilion ringgit
digunakan untuk hanya beberapa orang duduk berbincang dan memberi
cadangan. Sedangkan yang bertungkus lumus memenangkan parti ialah kami
di cawangan cawangan.
Anak anak kami celik maklumat. Mereka membaca berbagai cerita di dalam
blog dan setakat ini tiada satupun yang dijawab oleh Perdana Menteri.
Diam bermakna benar. Kami diminta untuk berhemah dalam berbelanja
sedangkan Perdana Menteri dengan mudah berbelanja untuk sesuatu yang
tidak pasti arah tujuannya.
Saya menerima amanah daripada datuk nenek saya, ibu bapa saya untuk
terus bersama UMNO. Tapi saya berterus terang saya tidak berani meminta
anak anak saya untuk setia bersama UMNO sedangkan saya sendiri mula
meragui kemampuannya mentadbir negara.
Saya cuba berlapang dada. Namun kenyataannya pada setiap kali Datuk Seri
bercakap tentang kemakmuran dan kemampuan negara, saya sentiasa
terfikir kenapa semua harga barangan dan perkhidmatan naik sedangkan
harga getah kami di kampung kekal rendah ?
Saya tidak fikir, saya mampu lagi untuk berdepan dengan orang kampung
yang susah, anak muda yang menganggur dengan memberikan janji janji yang
baru. Saya bimbang saya akan jadi orang tua yang tidak dihormati kerana
bercakap perkara yang tidak betul.
Beberapa hari lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung. Saya sudah
dapat bayangkan, ucapan bersemangat Presiden Parti, disusuli sorak sorai
perwakilan. Kemudian akan ada perwakilan mengatakan inilah ucapan
terbaik Presiden Parti.
Perbahasan selepas itu, akan mengandungi pujian pujian dan lawak jenaka.
Akhirnya semua pulang tanpa sebarang keputusan yang padu untuk membina
umat Melayu.
Saya mula berasa bimbang kerana dalam hati saya sudah ada keraguan. Saya
mula mencari apakah kekuatan DS Najib Razak untuk kita banggakan ?
Malangnya sampai sekarang saya tidak menemui apa apa. Bahkan sebaliknya
saya mula berasa, DS Najib hanya berjaya berjanji tapi gagal menepati
janji.
Saya amat bimbang, jika dalam PRU 13, orang Melayu di kampung telah
menangkan UMNO, pada PRU 14, orang Melayu yang berasa tertipu dan
terpedaya tidak akan berikan sokongan yang sama.
Kalaulah saya boleh bercakap dengan DS Najib, saya ingin katakan
barangkali masanya telah sampai untuk beliau berundur kerana beliau
telah gagal dan UMNO perlukan orang yang lebih ' gagah berani' untuk
mencapai kejayaan di masa depan. Konsultan dan penasihat penasihat DS
Najib lebih teruk dari bebudak tingkat 4 sebelum ini. DS Najib
sebenarnye lebih teruk dari PM sebelum dia. DS Najib harus baca rintihan
dan suara dari blog blog popular untuk sedar diri dan mengetahui rating
dia sebagai PM sekarang ini. DS Najib jangan hanya tertumpu kepada
Utusan dan jangan hanya dengar Omar Ong.
Perletakan jawatan Tun M sebagai penasihat Petronas mesti dilihat
sebagai satu indikasi yang serius tentang tahap pemerintahan DS Najib.
Percaya saya, ramai orang Melayu tidak pandai bercakap tetapi semuanya
mempunyai perasaan yang sudah semakin meluat dengan kepimpinan negara.
Khalayak yang marhain ini sudah mulai muak dengan muka dan retorik PM
sekarang.
PM nak jaga semua penasihat dan konsultan dia, jagalah!
Kalau kami rakyat yang setia ini tidak dipeduli, tidak didengari, tidak
diendakan maka tunggulah PRU14 ini akan kami pastikan undi kami kepada
"syaitan yang telah kami kenali" kerana selama ini, baru kami sedar,
kami semua dibohongi oleh "malaikat yang tidak kami kenali"
PK
Dec 16, 2013
Rakyat Makin Sengsara Dengan Pelbagai Kenaikan Oleh Kerajaan UMNOBN JINGGA 13
Kenyataan Media
JINGGA 13 Malaysia
15 Disember 2013
Rakyat Makin Sengsara Dengan Pelbagai Kenaikan Oleh Kerajaan UMNOBN
Rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana
serta golongan fakir miskin bakal berdepan dengan pelbagai kenaikan
selepas PRU13 bermula dengan kenaikan petrolieum.
Kenaikan gula
turut diikuti dalam pembentangan Budjet 2014 oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan sehingga
menghapuskan RM551.25 juta subsidi gula . Sejak Syed Mokhtar Al-Bukhary
menguasai industri gula pada tahun 2009 , sebanyak 5 kali kenaikan
sehingga kini.
Kini seluruh pengguna Astro pula berdepan dengan
kenaikan RM2 bagi Pakej Famili dan RM6 bagi Pakej Sukan yang telah
berkuatkuasa 11 November 2013 turut menambahkan tekanan pada lebih 3juta
pengguna Astro yang terpaksa membayar kenaikan pakej tersebut sedangkan
Astro umumkan perolehan RM2.3 Billion untuk 6 bulan pertama berakhir 31
Januari 2014 iaitu peningkatan 13 peratus. Sedangkan Menteri
Penerangan,Komunikasi dan Multimedia mempunyai kuasa terhadap mengawal
dan menentukan harga pakej langanan yang ditawarkan Astro.
Bermula Januari 2014 pula rakyat Malaysia pula akan berdepan dengan
kenaikan elektrik sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Maximus
Ongkili baru-baru ini sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap
kilowatt,manakala di Sabah dan Labuan berjumlah 5sen.Satu kenaikan yang
sangat ketara.
Wargakota Kuala Lumpur pula bakal berdepan
dengan kenaikan tambang LRT dan Monorel berkuatkuasa pada 2014 sudah
pasti akan membebankan para pengguna pengangkutan awam tersebut.Kerana
LRT dan Monorel adalah merupakan pengangkutan golongan berpendapat
rendah dan sederhana,mahasiswa,pelajar-pelajar dan warga miskin.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ,Datuk Seri Abdul Wahid Omar pula
telah mengesahkan bahawa kadar TOL akan dinaikkan pada tahun 2014 dengan
alasan terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat
konsesi lebuhraya.
Warga Kuala Lumpur pula ditekan dengan
kenaikan cukai oleh DBKL mencecah 240 peratus sudah pasti akan
memberikan impak kepada warga kota khususnya golongan berpendapatan
rendah dan miskin. Justeru JINGGA 13 Malaysia menyeru agar turun ke
"Himpunan Bantah Kenaikan Cukai Oleh DBKL" pada 16 Disember 2013 jam
11pagi di Dataran DBKL sebagai tanda bantahan terhadap kenaikan cukai yg
tidak munasabah tersebut.
JINGGA 13 Malaysia yakin beberapa
siri kenaikan lagi bakal dikenakan kepada rakyat ekoran siri kenaikan
selepas PRU13 dan bakal dilaksanakan pada tahun 2014 turut mengundang
kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup yang sudah pasti
memberikan kesan kepada rakyat .
Kerajaan UMNOBN terus gagal
memberikan kelegaan dan keselesaan kepada rakyat tetapi memberikan
tekanan tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusiaan ekoran kenaikan
yang bakal dihadapi dan diterima oleh rakyat seluruhnya. Kenaikan harga
barang makanan dan barang-barang keperluan terus meningkat manakala gaji
dan pendapatan rakyat tidak naik malah berdepan dengan cukai yang terus
membebankan mereka.
JINGGA 13 Malaysia mendesak Kerajaan
UMNOBN menghentikan segala siri kenaikan dengan mengambil kira
kesengsaraan majoriti rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan
rendah dan serderhana serta golongan fakir miskin.
Muafakat*Prihatin*Berani
Zainal Abidin Bin Abu Bakar
Koordinator Panatia Ekonomi
JINGGA 13 Malaysia
______________________________
Rakyat sengsara dengan pelbagai kenaikan oleh kerajaan.
Dec 11, 2013
warga emas mengenang nasib mereka apabila diarah berpindah
PASIR GUDANG - Sepasang warga emas mengenang nasib mereka apabila diarah berpindah dari rumah yang didiami sejak 18 tahun lalu.

Pasangan yang menetap berhampiran kawasan perindustrian Taman Kota Puteri, Ahmad Hussain, 70, di sini mengharapkan belas ihsan pihak berkenaan.
Katanya, dia meneroka tanah itu yang dipenuhi hutan tebal dengan tulang empat keratnya 18 tahun lalu sebelum membina rumah sebagai tempat berteduh.
Menurutnya, enam anaknya yang sudah berkeluarga turut berhijrah dari Kedah ke negeri ini dan tinggal bersamanya di kawasan itu.
“Masa mula-mula pakcik teroka tanah ini, ada yang beritahu tanah ini milik individu. Pakcik bersihkan kawasan ini dan tanam dengan pelbagai jenis buah-buahan yang boleh dijual.
“Kami orang susah, anak-anak yang dah berkeluarga pun tumpang berteduh di sini sambil berniaga kecil-kecilan kerana tak mampu nak menyewa rumah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Hussain berkata, tiga bulan lalu, mereka sekeluarga didatangi pihak bertanggungjawab yang memintanya berpindah ke kawasan lain kerana tanah itu akan dibersihkan untuk tujuan pembinaan perumahan.
Menurutnya, lebih meresahkan apabila mereka sekali lagi didatangi pihak pemaju dua minggu lalu yang memintanya mengosongkan tanah itu sebelum Disember depan.
“Pakcik ada cuba memohon rumah PPRT, tapi diberitahu tidak layak kerana sudah berumur 70 tahun dan ada juga anak yang memohon, tapi tidak diterima.
“Pak cik buntu tak tahu nak berpindah ke mana dengan keadaan kesempitan hidup seperti ini,” katanya.
Katanya, jika terpaksa dia memang akan berpindah, tetapi berharap ada sikap timbang rasa dan belas ihsan pihak berkenaan dengan menghulurkan sedikit pampasan untuk membantu meringankan beban hidupnya.
Menurutnya, perjumpaan telah dibuat bersama pemaju dan sekali lagi mereka diminta ke pejabat pemaju untuk mengadakan rundingan pada Rabu depan.
“Pak cik harap timbang rasa pemaju supaya prihatin dengan nasib kami yang sudah menetap di sini sejak 18 tahun lalu.
“Harapnya ada sedikit pampasan yang boleh membantu meringankan beban kami yang sudah bersusah-payah meneroka tanah ini,” katanya.
Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) negeri, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya menggalakkan keluarga berkenaan mengadakan perbincangan dengan pemaju.
Menurutnya, pihaknya bersedia menghulurkan bantuan guaman sekiranya perbincangan yang dibuat gagal mendapat kata sepakat.
“Setakat ini keluarga ini tidak menerima notis bertulis yang mengarahkan mereka berpindah ke tempat lain.
“Kita rayu hasil perundingan tidak mengecewakan keluarga ini kerana dengan adanya pampasan sekurang-kurangnya sedikit sebanyak boleh membantu mereka mendapatkan kediaman lain,” katanya.
Pasangan yang menetap berhampiran kawasan perindustrian Taman Kota Puteri, Ahmad Hussain, 70, di sini mengharapkan belas ihsan pihak berkenaan.
Katanya, dia meneroka tanah itu yang dipenuhi hutan tebal dengan tulang empat keratnya 18 tahun lalu sebelum membina rumah sebagai tempat berteduh.
Menurutnya, enam anaknya yang sudah berkeluarga turut berhijrah dari Kedah ke negeri ini dan tinggal bersamanya di kawasan itu.
“Masa mula-mula pakcik teroka tanah ini, ada yang beritahu tanah ini milik individu. Pakcik bersihkan kawasan ini dan tanam dengan pelbagai jenis buah-buahan yang boleh dijual.
“Kami orang susah, anak-anak yang dah berkeluarga pun tumpang berteduh di sini sambil berniaga kecil-kecilan kerana tak mampu nak menyewa rumah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Hussain berkata, tiga bulan lalu, mereka sekeluarga didatangi pihak bertanggungjawab yang memintanya berpindah ke kawasan lain kerana tanah itu akan dibersihkan untuk tujuan pembinaan perumahan.
Menurutnya, lebih meresahkan apabila mereka sekali lagi didatangi pihak pemaju dua minggu lalu yang memintanya mengosongkan tanah itu sebelum Disember depan.
“Pakcik ada cuba memohon rumah PPRT, tapi diberitahu tidak layak kerana sudah berumur 70 tahun dan ada juga anak yang memohon, tapi tidak diterima.
“Pak cik buntu tak tahu nak berpindah ke mana dengan keadaan kesempitan hidup seperti ini,” katanya.
Katanya, jika terpaksa dia memang akan berpindah, tetapi berharap ada sikap timbang rasa dan belas ihsan pihak berkenaan dengan menghulurkan sedikit pampasan untuk membantu meringankan beban hidupnya.
Menurutnya, perjumpaan telah dibuat bersama pemaju dan sekali lagi mereka diminta ke pejabat pemaju untuk mengadakan rundingan pada Rabu depan.
“Pak cik harap timbang rasa pemaju supaya prihatin dengan nasib kami yang sudah menetap di sini sejak 18 tahun lalu.
“Harapnya ada sedikit pampasan yang boleh membantu meringankan beban kami yang sudah bersusah-payah meneroka tanah ini,” katanya.
Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) negeri, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya menggalakkan keluarga berkenaan mengadakan perbincangan dengan pemaju.
Menurutnya, pihaknya bersedia menghulurkan bantuan guaman sekiranya perbincangan yang dibuat gagal mendapat kata sepakat.
“Setakat ini keluarga ini tidak menerima notis bertulis yang mengarahkan mereka berpindah ke tempat lain.
“Kita rayu hasil perundingan tidak mengecewakan keluarga ini kerana dengan adanya pampasan sekurang-kurangnya sedikit sebanyak boleh membantu mereka mendapatkan kediaman lain,” katanya.
Tarif eletrik rakyat mula bicra Dalam FB
Dari rakyat biasa sehingga Penyokong Parti semua bicara soal kenaikan tarif elektrik saya copy dari rakan Fb tulisan ringkas tapi menarik .Kenaikan
tarif elektrik bakal mengheret kenaikan pelbagai harga barangan
pengguna dan kos kehidupan. Jika ada orang yang tidak menggunakan
elektrik di kediamannya sekalipun dia tetap akan merasai bahang kenaikan
tersebut kerana dia tidak akan terlepas daripada membeli pelbagai
barangan.
Tarif elektrik dinaikkan dalam keadaan TNB mengumumkan mendapat keuntungan besar manakala Menteri Perdana pulak dengan mudah menjustifikasikan kenaikan tersebut sebagai keperluan rakyat berkorban untuk negara.
Kehidupan rakyat yang sedia terhimpit akan bertambah sukar. Justeru kenaikan ini mesti ditentang dan digagalkan. Hanya kapitalis dan sekutunya yang sombong sahaja akan bersetuju dengan kenaikan tarif tersebut.
Roslan Zainal Al-Ahmadi.
RAHMAT UNTUK SEMUA.
Tarif elektrik dinaikkan dalam keadaan TNB mengumumkan mendapat keuntungan besar manakala Menteri Perdana pulak dengan mudah menjustifikasikan kenaikan tersebut sebagai keperluan rakyat berkorban untuk negara.
Kehidupan rakyat yang sedia terhimpit akan bertambah sukar. Justeru kenaikan ini mesti ditentang dan digagalkan. Hanya kapitalis dan sekutunya yang sombong sahaja akan bersetuju dengan kenaikan tarif tersebut.
Roslan Zainal Al-Ahmadi.
RAHMAT UNTUK SEMUA.
Subscribe to:
Posts (Atom)