Blog Mtd-Benut.Blogspot.com ”Khairy Jamaluddin (KJ) tidak menjawab ke mana perginya wang Petronas yang diambil sewaktu beliau menjadi penasihat kepada bapa mentuanya jadi PM dulu RM237 billion. Kenapa KJ tidak menjawab atau ada rahsia besar?” katanya dalam satu kenyataan. Sementara itu, Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor pula berharap kejadian provokasi yang dikesan di negeri ini dapat dipadamkan disebalik debat yang dianjurkan semalam. ”Selepas debat Rafizi dan Khairy ini, diharap tiada lagi politik senam punggung, berniaga burger depan rumah orang, halang orang datang ceramah, santau-santau dan sihir-sihir. Di Johor ramai pimpinan PAS yang disihir,” katanya kagi Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian berkenaan lebih 500 pembaca setia akhbar itu memenuhi Auditorium Kumpulan Media Karangkraf bagi menyaksikan Debat Sinar Harian : Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi, semalam. Debat dipengerusikan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; Dr Maszlee Malik menemukan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli. Walaupun dibawakan secara langsung melalui Astro Awani, TV Internet The Malaysian observer dan Radio Bernama 24, namun dewan tetap padat dengan penyokong kedua-dua pendebat. Dalam pada itu, pertemuan kedua tokoh muda itu di pentas Debat Sinar Harian semala membuka lembaran baru dalam sejarah politik tanah air ke arah politik yang lebih matang dan bertamadun. Disamping itu, kedua pihak bersetuju pentingnya kerangka pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dinilai semula untuk manfaat jangka panjang mahasiswa. |
by ibn_bacok |
Kehadapan PM Najib,
Jika anda ingin menang dan lebih cemerlang dari 2004 pada Pilihan
raya umum ke 13, apa yang anda perlu buat adalah menggemparkan rakyat
dengan melakukan perkara seperti berikut:
1. Mengeluarkan waran tangkap terhadap sahabat anda Abdul Razak
Baginda dan mendakwa dirinya di mahkamah kerana bersubahat atas
pembunuhan Altantuya Shaariibuu-ya buat kali yang kedua. Rakyat
sememangnya mengesyaki dia bersubahat dalam pembunuhan itu kerana dia
memegang peranan utama dan mendapat habuan yang besar dalam pembelian
Scorpene. Sebenarnya, rakyat juga mengesyaki anda dan isteri anda juga
terlibat tapi tindakan harus diambil satu persatu. Apa pun, tindakan ke
atas Baginda mungkin akan melepaskan kamu sedikit sebanyak dari skandal
mengurangkan kesan negatif dari kredibiliti anda dalam pembunuhan.
Menahan Samy Vellu serta merta kerana MAIKA, MIED dan skandal saham
Telekom dan mendakwanya di mahkamah. Orang India akan lebih banyak
menyokong anda, walaupun ada Hindraf, dan mereka akan lebih yakin
terhadap anda dalam PRU ke-13.
3. Sesudah itu, berikutan skandal PKFZ di mahkamah, carilah Ling
Leong Sik dan hantar dia ke penjara serta-merta. Ini akan membuat orang
Cina mengambil perhatian manakala orang Melayu akan benar-benar
berbangga dengan anda dan memberi ganjaran kepada anda apabila mereka
mengundi.
4. Sumbat Khir Toyo ke penjara kerana rasuah dan pecatnya daripada
UMNO, dia telah dilantik oleh Mahathir Mohamad sebagai Menteri Besar dan
ini bukan petanda baik bagi kredibiliti bekas PM itu. Dengan mengambil
tindakan ini, anda mungkin memenangi Selangor tanpa perlu bekerja
terlalu keras, seperti yang anda telah dakwa akan menjadi 'ambang' untuk
berbuat demikian. Menang dengan ketara akan meningkatkan imej anda
kerana anda adalah Ketua Barisan Nasional bagi Selangor.
5. Pecat Shahrizat Jalil dengan segera dari semua jawatan dalam UMNO
dan bekukan semua aset yang dimiliki NFC serta firma persendirian milik
keluarga yang berkaitan dengan NFC dan setiap sen harus dikira. Ini
mungkin akan mempertahankan kamu dari skandal kondo Kazakhstan yang
bakal meletup. Ia juga akan menaikkan mata anda dalam UMNO dengan
rakyat yang bakal memberi Pembangkang serangan jantung!
6. Berterus-teranglah tentang sikap berbelanja isteri anda buktikan
cincin berlian AS $ 24 juta telah dikembalikan ke New York. Dan jika
anda berani, jadikan ia satu permulaan untuk mengawal isteri anda setiap
masa. Jika perlu, anda tidak perlu takut untuk menebat mulutnya. Anda
perlu tunjukkan kepada rakyat bahawa anda pembuat keputusan utama dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan kerja anda juga perlu
mengisytiharkan kepada rakyat bahawa Wanita Pertama Malaysia sebenarnya
adalah Permaisuri Agong Seri PadukaBaginda Raja, isteri Yang di-Pertuan
Agong. Isteri anda hanyalah isteri Perdana Menteri.
6. Tahukah anda YAB Perdana Menteri, jika anda benar-benar melakukan
ini, undi semua wanita akan menjadi milik anda dan ini akan membantu
anda secara mendadak untuk menang dengan majoriti dua pertiga yang kita
tahu anda dan Umno cuba dapatkan dengan apa jua cara. Mengapa? Maaf
untuk jika bunyinya kasar, tetapi isteri anda adalah orang yang paling
dibenci selepas Mahathir di Malaysia.
7. Minta maaf secara terbuka atas skandal Perak dengan cara merampas
kuasa dan mengakui ia adalah kesilapan yang serius. Ini akan membantu
anda untuk mengekalkan kuasa ke atas Perak. Juga, semasa anda berada di
sana, berilah tamparan ke muka Hee Yit Foong untuk semua orang Cina di
Perak. Mereka akan mengundi untuk anda selepas itu.
8. Memenuhi semua permintaan BERSIH 2.0 terhadap 8 reformasi
pilihanraya tanpa sebarang alasan. Katakan pada rakyat yang anda ikhlas
dalam reformasi pilihanraya dan anda tidak perlu menipu untuk menang.
9. Ini adalah cabaran yang sebenar. Ia akan sama ada melemahkan atau
menjadikan anda juara. Tangkap Mahathir Mohamed untuk semua kesalahan
dimana dia telah terlibat semasa pemerintahan 22 tahunnya. Kuasa kini di
tangan anda. Adakah anda boleh lakukannya?
Jika anda boleh lakukan, maka anda akan menang tanpa perlu banyak
berusaha, tidak kiralah jika Pakatan Rakyat mempunyai pasukan yang
sangat berbakat. Anda akan mendapat sokongan seluruh rakyat dengan
mandat yang akan menjadi sukar untuk ditewaskan oleh mana-mana ketua
UMNO yang lain selama beberapa dekad yang akan datang.
10.Dan akhirnya, singkirkan PERKASA dan jauhi diri dari Hassan Ali
dan JATI. Dan yang paling penting, mengaku anda adalah ‘Orang Malaysia
dahulu dan Melayu kemudiannya' - tidak seperti Muhyiddin Yassin yang
cuba untuk membuat lawak dan membuli orang bukan Melayu tetapi lihatlah
di mana dia sekarang. Jadi, dukunglah 1 MALAYSIA dengan adil untuk semua
kaum di Malaysia.
Juara Rakyat
Jika anda benar-benar boleh melaksanakan semua cadangan ini, anda
akan menjadi "Juara Rakyat" dan anda boleh menikmati tempoh pemerintahan
yang kedua dengan berbekalkan ini sahaja.
Tetapi peluang anda untuk memenuhi salah satupun cadangan ini adalah
mustahil. Jadi, anda perlu tahu bahawa anda akan kehilangan kawalan
kedua-dua UMNO dan Barisan Nasional.
Pakatan Rakyat akan bersedia untuk membentuk Kerajaan seterusnya.
Mudah-mudahan, untuk sekali, anda mungkin akan melakukan sesuatu yang
cemerlang dengan menjadi pembangkang yang digeruni kepada mereka.
Malaysia Chronicle