Dec 16, 2011

BUANG SAMPAH SECARA HARAM PENDUDUK MINTA BANTUAN PAR

Lebih 1000 keluarga di Taman Megah Ria Pasir Gudang dekat sini menghadapi masalah bau busuk setiap hari dikatakan berpunca daripada Pembuangan sampah secara Haram  yang terletak berhampiran rumah mereka.
 
Keadaan itu menyebabkan penduduk menghadapi masalah bau busuk kerana jarak tempat pelupusan sampah haram  itu hanya kira-kira 50 meter daripada rumah mereka.
 
 Bersama Wartawan ke Tempat Pembuangan sampah Haram
Masalah bau busuk yang dihadapi penduduk menyebabkan mereka terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah sepanjang hari bagi mengelakkan bau, habuk serta asap hitam memasuki rumah.
 
Tidak cukup dengan itu, masalah pencemaran udara yang teruk sehingga ada penduduk, terutama kanak-kanak menghidap penyakit kulit gatal dan kesukaran bernafas.
 
Seorang penduduk, Mis Lim , berkata, dia terpaksa menutup pintu sepanjang hari berikutan tidak tahan bau busuk dari tapak pelupusan sampah secara Haram...
 
Menurutnya, mereka terpaksa menghadapi bau busuk terutamanya pada waktu petang dan keadaan bertambah teruk apabila angin bertiup kencang, Perkara yang paling memalukan apabila saya menerima kunjung Rakan rakan saya
 Sampah yang di bakar secara Haram
Mis Ling Pengadu yang Menghubungi Pusat Aduan Rakyat( PAR)
Kenyataan Media saya terhadap isu ini
Bersama Pihak Media di Lokasi Pembuangan sampah
''Keadaan ini sudah pun berlarutan sejak satu bulan yang lalu . 'masalah bau busuk ini bertambah teruk apabila tiba musim hujan..saya ada mengadu kepada Pihak JAS ..Jabatan Alam sekitar..tetapi tiada tindakan sehingga kawan saya cadangkan ,supaya saya hubungi Pusat Aduan Rakyat Syed Othman Syed Abdullah.         .Bagi pihak PAR saya telah Hubungi Pihak Jabatan Alam sekitar Johor supaya ambil tindakan segera terhadap isu ini, dan mereka JAS janji akan  menyelesaikan isu ini segera.Hasil pemantauan yang di buat oleh Pihak PAR mendapati berapa buah lori satu tan membuang pelbagai sampah di kawasan tersebut.

"

No comments:

Post a Comment