Jun 11, 2009

ANWAR MOHON AGAR KES LIWATNYA DI TANGGUHKAN


Anwar Mohon Agar Kes Liwatnya Ditangguhkan

KUALA LUMPUR [5.32 pm] - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), memohon mahkamah supaya sebarang prosiding kes liwatnya ditangguhkan atau digantung sementara menunggu dan sehingga permohonan membekalkan dokumen-dokumen kes liwatnya selesai. Beliau memohon mahkamah supaya melepaskan dan membebaskan beliau serta merta daripada tuduhan liwat atau prosiding kes liwatnya itu digantung selama-lamanya jika pendakwa raya tidak mematuhi perintah mahkamah tersebut. Anwar mendakwa beliau melalui peguam caranya, sudah membuat beberapa permohonan bertulis kepada pendakwa raya untuk dokumen-dokumen tersebut tetapi tiada jawapan atau balasan positif, mencukupi dan memuaskan daripada pendakwa raya. Oleh kerana kes itu membabitkan keterangan DNA dan rakaman CCTV, katanya, beliau perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA serta rakaman CCTV dan melakukan ujian yang sewajarnya. Beliau juga berkata, pembelaan beliau membabitkan pembelaan alibi dan beliau ingin memberikan notis alibi yang sewajarnya dan jika dokumen-dokumen itu tidak dibekalkan, ia akan melengahkan perbicaraan kes tersebut. Anwar, 61, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lalu.

SHURA Gesa Agar Kerajaan

No comments:

Post a Comment