May 27, 2009

TAKTIK KOTOR BN DI PENANTI




Kempen pilihanraya kecil Penanti sedikit tercemar bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab tidak habis-habis memainkan isu perkauman bagi menagih simpati kepada rakyat. Bukan setakat itu sahaja, difahamkan terdapat juga banyak poster dan kain rentang yang menghina Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dipasangkan di kawasan Penanti. Terbaru, 2 kain rentang terbabit telah ditemui oleh Skuad AMK Pahang yang meronda di kawasan JDM Mengkuang. Kain rentang pertama ditemui di Simpang Institut Tengku Bainun dan di Simpang 3 Mengkuang. Menurut Ketua Skuad AMK Pahang yang diketuai Kamarul Hatta, Timbalan Ketua AMK Pahang, beliau bersama rakan-rakan beliau telah meronda seluruh kawasan JDM Mengkuang dan sungguh terkejut bila menemui kain rentang tersebut. Beliau kemudian telah menanggalkan kain rentang tersebut dan dibawa ke Markas Pusat di Yayasan Aman.


Sementara itu Ketua Penerangan AMK Pahang, Arman Rasyid pula menganggap poster-poster itu adalah perkara yang jijik dan biadap dan menunjukkan bahawa mereka kini sudah ketandusan idea untuk memenangi hati rakyat supaya terus menyokong mereka sedangkan rakyat kini telah lebih terbuka khusus didalam isu perhubungan kaum. Yang peliknya Perdana Menteri Malaysia melaungkan 1Malaysia yang ingin menggambarkan semua kaum adalah satu bangsa Malaysia tetapi laungan dan slogan serta bicara tidak selari dengan tindakan. Kita yakin kalau UMNO masih begini, UMNO membawa mereka kearah kehancuran dan rakyat akan menghukum mereka didalam Pilihanraya Umum akan datang.

No comments:

Post a Comment