Apr 29, 2009

26 TAHUN TUNGGU GERAN TANAH




Semalam saya di kunjungi oleh Penduduk Kampung Sri Makmur Plentong di Pusat Aduan Rakyat...beliau mengadu berkenaan dengan geran tanah yang di janji oleh pemimpin Barisan Nasional tetapi sehingga sekarang bayang geran pun masih tidak kelihatan sedangkan penduduk sudah teroka kampung ini hampir 26 tahun janji Menteri Besar pada tahun 1999, untuk mengeluarkan geran tanah.Penduduk mempunyai bukti kenyataan Menteri Besar melalui keratan akbar.Dan pada petang tadi saya dan saudara Wan (Setiausaha Pusat Aduan Rakyat)telah bertemu dengan orang lama di kampung tersebut iaitu Pak Cik Ismail yang telah menetap di kampung tersebut selama 26 tahun. dan dalam perjumpaan tersebut penduduk kampung dan saya akan membuat kenyataan media di kampung tersebut pada hari esok.30.04.09 bersama dengan orang kampung.


No comments:

Post a Comment