Feb 22, 2013
SAMBUTAN HANGAT MASYARAKAT CINA DI MAJLIS MAKAN MALAM DAP JOHOR JAYA ...TANDA TERGUGATNYA MCA DUN JOHOR JAYA
Majlis makan malam untuk kutipan Dana PRU13 DAP Johor jaya telah diadakan di restaurant Cathay taman molek semalam.Majlis yang dihadiri oleh kepimpinan tertinggi pusat parti itu diserikan lagi dengan kehadiran pengerusi Dap pusat lim kit siang mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada masyarakat cina.
Setiap ruang dan sudut di dewan makan yang boleh memuatkan seribu orang hadiri dipenuhi dengan penyokong dap maupun pakatan rakyat hingga terpaksa meja dibuka diruang legar restaurant.Ramai anak-anak muda masyarakat cina hingga ke wargaemas kelihatan menghadiri majlis yang dianjurkan ini.
Nyata mood masyarakat cina terutama di Johor jaya dan pasir gudang amnya, ingin melihat perubahan langskap pemerintahan kepada yang lebih baik dan terjamin.Menarik pada majlis semalam apabila sekumpulan kepimpinan MCA pasir gudang telah mengisytiharkan keluar parti untuk memberi sokongan kepada DAP dan pakatan rakyat.Mereka juga telah ditemuramah oleh pihak media akhbar bebahasa cina dalam majlis tersebut.
Pas yang diwakili oleh bakal calon dun permas Tuan syed Othman turut berceramah dalam majlis tersebut selain pimpinan Pkr Steven chong dan kepimpinan Dap yang lain.
Senario dari sambuatan majlis yang diadakan itu,boleh dirumuskan dengan jelas menunjukkan masyarakat cina sudah menolak UMNO BN dan inginkan perubahan dengan menyokong bakal kerajaan baru dari pakatan rakyat.
Salah seorang pemimpin MCA yang mengisytiharkan keluar parti memberitahu penulis sebelum berakhirnya majis bahawa pakatan rakyat harus berusaha untuk menang bagi menyelamatkan Malaysia dari kerajaan UMNO BN yang korup.
abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
Feb 20, 2013
ISU PENYAMARAN PESERTA DEMO DI MASJID JAMEK TAMAN CENDANA...PAS PASIR GUDANG MENAMAKAN SEORANG INDIVIDUL DALAM LAPORAN POLISNYA
Satu laporan polis telah dibuat pagi tadi di Ibupejabat polis daerah (IPD) sri alam masai oleh PAS kawasan pasir gudang terhadap sekumpulan individul yang tidak dikenali yang menyamar sebagai ahli pas dan telah berdemotrasi diperkarangan masjid jamek taman cendana sabtu lepas.
Selepas laporan dibuat satu sidang media telah diadakan di luar perkarangan ibupejabat polis yang dihadiri oleh kesemua kepimpinan pas kawasan pasir gudang dan rakan-rakan dari pakatan rakyat termasuk saudara Jimmy puah (PKR) dan Liow cai tung (DAP).
KENYATAAN SIDANG MEDIA SAUDARA SYED OTHMAN ABDULLAH
SELASA 19HB FEBRUARI 2013
JAM 11 PAGI
PERKARANGAN IBUPEJABAT POLIS DAERAH (IPD) SRI ALAM MASAI
1.Cawangan Pas Taman cendana yang disebut oleh individul di dalam laporan berita cetak maupun eletronik yang disiarkan tidak pernah wujud dan individul tersebut juga mengunakan istilah Pas bahagian pasir gudang.Pas tidak mengunakan istilah bahagian tetapi pas mengunakan istilah kawasan.
2.Semakan keahlian individul yang bernama Razak bin mansur yang mengakui dirinya ahli pas tiada dalam data keahlian mana-mana cawangan pas di pasir gudang maupun cawangan didalam Malaysia.
3.Isu Kalimah Allah yang dibantah itu yang menjadi isu hangat muktahir ini telah diselesaikan diperingkat tertinggi.
4. Bantahan dan penyamaran mereka ini berniat jahat bagi merosakkan reputasi Pas pasir gudang dan ingin memecahbelahkan muafakatan parti dalam gabungan pakatan rakyat.
5. Pas pasir gudang melihat angkara ini sebagai sebotaj kepada parti pas khususnya pakatan rakyat dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada kesemua individul terbabit sebagai pengajaran atas tindakan yang tidak bertanggungjawap ini.
6. Pas pasir gudang meminta agar pihak polis menyiasat kes ini dan dapat menyelesaikan dengan segera kerana bimbang ia boleh mencetuskan pengaduhan antara penyokong-penyokong parti terlibat.
abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
Feb 18, 2013
WAJAH MAMAT SKINHEAD YANG MENGETUAI DEMO DI MASJID JAMEK TAMAN CENDANA...MARI TENGOK WAJAHNYA!!!!!ADAKAH BELIAU KENALAN ANDA???
Inilah wajah seorang musang berjangut yang memegang watak utama berdemo di Masjid Jamek taman cendana pasir gudang sabtu lepas...Kononnya ahli pas cawangan taman cendana..
Mamat ini sudah klentong 1Malaysia...akhirnya terkantoi!!!!tak usul periksa tembak sebrono hingga Pas cawangan taman cendana tak wujud pun tak tahu!!
Mamat skinhead ini cuba nak jadi warak!!!cuba mempertahankan kalimah Allah yang diri sendiri pun tak tahu hujung pangkal serta mendesak PAS keluar pakatan rakyat!!!
Apa barang mamat nie!!!cakap macam mabuk todi!!!!sendiri pun x betul....lupa tengok diri sendiri tuh atau lupa yang diri sendiri pengikut tegar ajaran freemason sesat skinhead.
kalau dah tak ada cermin kat rumah...gua boleh sponsor beb...FOC!!!
kalau diamati gambar2 diatas,sah mamat ini dari puak2 tegar gerombolan ..Mungkin juga mahu mendapatkan habuan lumayan .... yang penting matlamat mamat ini,janji ada fulus!!!!jalan terus,yang lain belakang kira!!!!
Jelas lagi ketara,Mamat ini sah penyokong UMNO dan skinhead tegar...menjalankan apa yang disuruh!!!!
kalau anda nak tahu apa itu budaya SKINHEAD yang malaon ini anuti!!! ...lihat gambar ini...dan nilailah sendiri!!!!!
Adakah manusia seperti ini boleh dipercayai?????
abusiraj almuner
ISU DEMO KALIMAH ALLAH DI MASJID JAMEK TAMAN CENDANA..MAMAT SKINHEAD KANTOI MENGAKU DARI CAWANGAN PAS YANG TIDAK PERNAH WUJUD
PAS kawasan pasir gudang digemparkan dengan lakonlayar segerombolan anak muda yang mengaku diri mereka ahli PAS cawangan Taman cendana dengan berhimpun kononnya membantah kalimah Allah di perkarangan masjid jamek taman cendana pagi sabtu lepas.Himpunan oleh segerombolan anak muda yang tidak dikenali itu memegang sepanduk dan banner dengan ayat-ayat mengutuk pimpinan DAP dan Keadilan dan mendesak agar pas keluar dari pakatan rakyat.
Kelihatan jelas diraub wajah mereka yang berhimpun itu tidak sedikitpun mengambarkan mereka ini ahli pas kerana tingkahlaku yang memalukan.Menurut saksi yang berada di lokasi himpunan tersebut,Pemuda yang hadir dalam himpuan tersebut ada yang berambut terpacak,ada skinhead tetapi dipakaikan dengan songkok supaya tidak jelas kelihatannya.
kelakuan dan berpakaian pula mirip pemuda parti gerombolan.sekali imbas jelas ketara mengambarkan mereka ini langsung tidak berimejkan ahli pas tetapi ketara gayanya lebih dari segerombolan yang diupah. Himpunan tersebut mendapat liputan meluas dari media cetak dan juga turut disiarkan temuramah salah seorang daripada mereka yang bernama Razak Mansur dalam berita buletin utama TV3.
Penyamaran serta penipuan mengaku sebagai ahli pas menunjukkan terdesaknya mereka ini dalam usaha memburukkan Pas khususnya pakatan rakyat.malah penyamaran mereka sebagai ahli pas cawangan taman cendana terkantoi kerana pas cawangan taman cendana tidak pernah wujud. Mungkin dalam kotak pemikiran mereka mudah untuk mengakui serta menyamar sebagai ahli pas sepertimana mudahnya menjadi ahli umno.
Pas sebagai jemaah Islam sejak dulu lagi ada peraturanya sendiri bagi mencorakkan ahlinya.Kekuatan ahli PAS dibina melalui Usrah dimana ilmu Islam itu diterapkan sebagai matlamat perjuangan dan juga dalam kehidupan bersiyasah.Ia juga bagi memantapkan ukhuwah hingga boleh menjadi satu ikatan kekeluargaan.Mustahil bagi ahli pas yang sekian ramai dipasir gudang tidak mengenali antara satu dengan yang lain hatta anak-anak dikalangan ahlipun sudah dikenali dan dicam.
Oleh kerana itu,apabila penyamaran berlaku seperti ini, amat mudah dikenalpasti siapa dalangnya.Permainan politik murahan mengundang banyak presepsi buruk terhadap pelakunya bukan terhadap pas.Pas melihat pembuatan mereka semata-mata sebagai ingin memecahbelahkan keharmonian pakatan rakyat.Rakyat sudah dapat menilai walauapapun penyamaran maupun tindakan menjual nama pas.ia tidak akan memerangkap pas dari terus berjuang bersama gabungan dalam pakatan rakyat.
Apabila nyawa sudah dihujung hayat maka berbagai tektik kotor dipersembahkan demi untuk mengekalkan kuasa.Peristiwa yang berlaku ini tidak akan mengugat pas pasir gudang dalam misinya untuk menawan dun permas khususnya untuk membantu pakatan rakyat dalam cita-citanya untuk menawan nusajaya.
abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
Feb 8, 2013
KHALID NORDIN DALAM MISI MENGEJAR KERUSI MENTERI BESAR JOHOR
Teka-teki bertebaran dikalangan rakyat Johor,siapa yang akan mengantikan Ghani Othman sebagai menteri Besar Johor setelah tamatnya PRU13 nanti.Beberapa nama pimpinan UMNO Johor di peringkat pusat yang sedang memegang jawatan menteri kabinet telah dinamakan sebagai calon penganti kepada Ghani othman yang telah menjawat jawatan tersebut sejak 1995.
Dikhabarkan Jawatan Menteri Besar Johor tidak sama dengan jawatan menteri Besar yang lain di Malaysia.Ia sukar dan paling mencabar kerana ia harus menjaga hubungan dengan ramai pihak.Antaranya hubungan dengan Singapura,pelabur asing dan yang paling mencabar sekali menjaga hubungan dengan Sultan Johor.
Abdul Ghani, yang dikatakan tidak lagi menjadi pilihan sejak dua pilihan raya umum yang lalu. Bagaimanapun, disebabkan campur tangan pihak istana dan faktor-faktor politik, beliau telah berjaya bertahan dan mengekalkan jawatan menteri besar itu.Umun mengetahui sebelum pru12 yang lalu,nama khalid Nordin telah dihebahkan oleh media tempatan sebagai calon untuk mengantikan Ghani malah namanya sudah terpapar di muka depan akhbar setiap hari ketika itu sebagai calon yang berpotensi.
Untuk merelisasikan cita-cita sebagai menteri besar beliau harus turun bertanding di dun dan melepaskan kerusi parlimennya.Desas-desus dari Umno bahagian pasir gudang,khalid akan diturunkan bertanding di kerusi pilihan di dun permas.Ini membolehkan beliau untuk ditabal sebagai menteri besar jika is memenangi kerusi tersebut.Tetapi beliau harus berdepan dengan pencabar utama beliau dari PAS.Syed Othman Abdullah aktivis masyarakat yang sudah dikenali dan senonim dengan masyarakat berbilang bangsa di pasir gudang malah di negeri Johor.
Dun permas secara trdisinya adalah kerusi milik MIC sekian lama.Adakah akan berlaku pertukaran kerusi dengan MIC.Diantara yang disebut selain dari khalid,Yb Nur Jazlan Muhammad,Anak kepada mantan menteri penerangan dato muhammad rahmat.Beliau adalah ahli parlimen pulai tetapi yb Nur jazlan tidak mempunyai peluang yang cerah kerana beliau terpalit dengan banyak skandal.selain dari itu juga nama ahli parlimen mersing dr abdul latif ahmad juga disebut tetapi dato abdul latif sejak awal-awal lagi tidak menunjukkan minat untuk jawatan menteri besar.
Sekiranya khalid berhasrat untuk menjadi menteri besar adakah beliau sanggup mengambil risiko untuk bertanding di dun dan melepaskan kerusi parlimennya.Adakah beliau amat yakin untuk menang serta ditabalkan sebagai menteri besar yang baru.Sekiranya beliau memenangi kerusi apa pun di dun tetapi tidak dilantik sebagai menteri besar beliau akan menjadi wakil rakyat biasa.Adakah beliau sanggup menerima risiko ini?
Dalam perebutan kerusi dun permas tersebut,sudah tidak menjadi rahsia kerana kerusi permas itu adalah kerusi idaman UMNO sejak dulu.sanggupakah MIC memberi kerusi permas kepada UMNO?kalau sudah diserah kepada UMNO bermakna jangan harap untuk mendapatkannya kembali.MIC juga sedang memikir langkah seterusnya samada menimbang tawaran kerana mereka pasti mengetahui sekiranya kerusi itu diserahkan kepada UMNO,tindakan mereka akan membuatkan penyokong tegar mereka akan berubah arah.
Walauapapun gimmik yang dipersembahkan,kerusi menteri besar Johor tidak akan berubah dan akan terus disandang oleh Ghani sepertimana yang berlaku pada pru12 lalu dan ini hanyalah sebagai gimmik UMNO untuk menghiburkan rakyat menjelang dekatnya pru13.
Apapun pertukaran berlaku,ia tiada membawa apa-apa makna untuk rakyat.Apa yang rakyat mahu dan kehendaki ialah kerajaan UMNO harus ditukar demi untuk masa depan rakyat.
abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas
Feb 4, 2013
PEMIMPIN UMNO PASIR GUDANG KAKI KENCING
Episod terakhir sinetron lakonan pencacai-pencacai PARTI keramat Melayu pasir gudang yang bangkit memperjuangkan nasib melayu setinggan bagaikan pahlawan Melayu terakhir.lakonlayar dicipta bagi mengaburi mata penduduk setinggan serta macai bawahan yang jiwa serta mata hati mereka sudah digelapkan oleh parti setan ini.Lakonan mantap yang cuba ditayangkan untuk dijadikan bukti mereka wira kepada bangsa melayu serta mengangkat diri mereka sebagai hulubalang yang membela kedudukan dan nasib melayu.
Umum mengetahui tipu helah parti setan ini dulu,kini dan selama-lamanya,tindakan dilakukan hanyalah untuk menyelamatkan diri mereka yang tersepit.Sinopsis jalan cerita yang sama sentiasa ditayangkan berulangkali oleh watak-watak pengampu bila hampirnya dengan PRU.kemelut KETUA CAWANGAN UMNO di pasir gudang yang memgugut untuk memboikot dari membuka bilik gerakan pilihanraya mendapat liputan meluas oleh pihak media.Tindakan mereka itu mendapat respon kepimpinan tertinggi syura parti setan lantas ketua propaganda parti itu Ahmad Maslan yang memberi amaran agar mereka akan dikenakan tindakan kerana menyifatkan perbuatan mereka umpama sebotaj kepada parti.
Muncul hulubalun anak muda awang hitam,Rohazam selaku ketua pemuda UMNO pasir gudang yang menyokong tindakan para pencacai ini menutup bilik gerakan dan membidas kenyataan Ahmad maslan.Dalam kekecohan di media itu Ketua bahagian umno yang juga menteri kabinet Malaysia Khalid Nordin hanya senyap membisu.Beberapa ketika kemudian barulah beliau bersuara menjelaskan kedudukan dan perkara sebenar nasib 9 kampung setinggan itu.
Amat memeranjatkan apabila beliau menyebut dalam kenyataannya penyelesaian kemelut permasalahan kini diperingkat akhir untuk dimuktamadkan kerana tanah yang dijanjikan sudah dikenalpasti tapak bagi mengantikan tanah yang sama nilainya.Dalam kenyataan itu juga beliau berkata permasalahan kini sudah diperingkat akhir untuk dimuktamadkan dan beliau memahami penduduk mahukan kepastian jaminan secara hitam putih daripada kerajaan.
Terungkai sudah segala jawapan untuk segala persoalan,adakah penduduk faham dengan kenyataan khalid apabila beliau menyebut tapak dikenalpasti bagi mengantikan tapak tanah? Ini maksudnya tanah sudah tergadai dan tiada peluang untuk menuntutnya kembali kecualilah dengan diganti dengan tanah lain.Mana berani si khalid ini membuat sesuatu kerana tanah yang digadai itu sudah dalam genggaman para kapitalis yang ada sangkut paut dengan pemimpin besar mereka.
Apa maknanya majis penyampaian borang 5A yang dianjurkan oleh segerombolan UMNO pasir gudang untuk penduduk kampung setinggan yang disampaikan sendiri oleh khalid baru-baru ini padahal beliau sudah mengetahui sejak awal lagi tanah setinggan itu sudah tidak dapat diselamatkan lagi.Majlis ini pastinya untuk mengaburi mata-mata penduduk melayu setinggan agar sentiasa menyokong mereka.Pembuatan ini terang-terangan satu gimmik dan sedihnya sanggup menipu melayu setinggan yang mengharapkan pembelaan dari mereka.
![]() |
| Hulubalun pemuda PARTI ketuanan melayu pasir gudang..layak digelar apa ya!!!!! |
kenyataan terbaru khalid ini membuatkan penduduk setinggan tersentak sejenak begitu juga mungkin para pencacai yang telah lama beronar.Penduduk mula mempersoalkan kutipan bayaran mengukur lot tanah mereka dahulu.Inilah persoalan yang sedang bermain dalam kotak fikiran penduduk melayu setinggan.
Demi untuk menutup lubang penipuan besar ini ,pencacai kian terasa bahang kepanasan dan sedang merangka untuk mencari helah maut. pencacai umpama anjing yang tersepit,terpaksalah mencari sesuatu tindakan drastik bagi melepaskan diri.Tidak logik dan masuk akal,tindakan memboikot bilik gerakan untuk PRU dibuat sebelum terbubarnya parlimen.tindakan yang tidak kena pada masanya dan hanya menunjukkan kebodohan kepala otak mereka yang memang sudah bodoh lagi bangang.
![]() |
| Hanya retorik dan gimmik politik UMNO pasir gudang.. |
Maklumat yang tersebar luas dikala ini,ketua cawangan gerombolan yang terbabit sedang kerap mengadakan mesyuarat serta pertemuan dicawangan-cawangan yang terlibat bersama penduduk setinggan.setiap kali bermesyuarat penduduk mendakwa ketua cawangan gerombolan memberi peringatan meminta penduduk hanya memboikot bilik gerakan sahaja tetapi sokongan dan undi wajib diberi kepada UMNO.
kenyataan khalid mendesak kerajaan negeri memberi jaminan serta menyebut dalam kenyataanya juga isu tanah setinggan sebagai pembincangan terakhir hanyalah retorik dan penipuan besar abad ini.Apalagi yang boleh diharapkan kepada UMNO parti keramat melayu ini.Parti yang banyak menyusahkan melayu yang kepimpinan hapraknya hanya berebut-rebut memenuhi tembolok masing-masing.orang melayu kena sedar UMNO bukan lagi boleh dipercayai malah tidak boleh lagi membela melayu.penduduk setinggan kena ingat peristiwa kampung setinggan plentong tengah yang diranapkan rumah mereka sebabnya kerana masalah yang sama seperti yang dihadapi penduduk kampung setinggan sekarang.
Dimanakan pemimpin umno pasir gudang dikala penduduk setinggan plentong tengah dulu apabila rumah mereka sedang diranapkan??Mungkin ada segelintir penduduk setinggan plentong masih ingat bagaimana layanan UMNO pasir gudang semasa isu itu...Bukan pembelaan yang sewajarnya yang diperolehi tetapi yang dapat adalah cacian dari pemimpinnya.
Pada yang masih mempunyai peluang, gunakanlah PRU13 ini sebagai medan mengubah kerajaan baru agar dasar yang lebih adil boleh dilaksanakan.Jangan sekali-sekali percaya dengan teman yang kencing sana sini dalam keadaan berdiri kerana mereka tidak boleh diharap hatta mempunyai agenda tersendiri.cukuplah lebih 50 tahun mereka diberi peluang memerintah tetapi telah gagal melaksanakan amanah rakyat.PRU13 yang akan datang dalam masa terdekat ini bagi UMNO BN......Ini kalilah!!!!!
abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas
Feb 3, 2013
GURUBESAR SRK KOTA MASAI 2 BARUA UMNO!!!!
UMNO kian terdesak,mengeleter setiap nadi takutkan kehilangan kuasa.Pencacai parti keramat melayu sudah mengetahui jangka hayat sudah dihujung tanduk....Apa sahaja cara dan kuasa yang ada digunakan sepenuhnya bagi meraih sokongan rakyat hinggakan sanggup menipu serta memperkudakan badan kerajaan serta kakitangannya bagi membantu berkempen dan dijanjikan imbuhan untuk menjadi kuda tunggangan.
Inilah yang berlaku kepada ibubapa pelajar sekolah Rendah kota Masai 2 pasir gudang.Ibubapa wajib hadir kononya satu sesi program motivasi UPSR pelajar-pelajar bersama ibubapa diadakan.Hajat Ibubapa yang hadir hanyalah untuk mendengar ceramah motivasi agar memperolehi manfaat berguna dan suntikan semangat bagi mendidik anak-anak mereka agar berjaya dalam peperiksaan yang akan datang.
Apabila program tersebut bermula betapa kecewanya ibubapa ini bila didapati ceramah motivasi yang sepatutnya menjadi medan diskuasi ilmu tiba-tiba menjadi ceramah kempen politik parti setan dengan menghentam kerjaan Pakatan rakyat.
Satu Sumber sahih mendakwa guru besar sekolah tersebut Tuan hj Saadon yang mempunyai talian darah dengan seorang wakil rakyat (YB) UMNO dalam ucapannya meminta sekelian ibubapa mempertahankan kerajaan UMNO BN yang sedia ada.
Maklumat dari sumber yang diperolehi mendakwa beliau sebagai berkata dalam ceramahnya itu semua keperluan rakyat telah dipenuhi apa lagi yang rakyat mahukan. Dengan bantuan BRIM,RM100 untuk buku sekolah serta banyak lagi pemberian kerajaan demi menjaga kebajikan rakyat sudah dinikmati dan rakyat seharusnya bersyukur atas segala usaha dan pemberian kerajaan itu.
Katanya lagi, Jangan terperdaya dengan janji pembangkang dan jangan juga percaya dengan agenda pembangkang malah negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat pun tidak mampu menepati janji kepada rakyat.kalau dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh UMNO BN jauh bedanya dan rakyat yang berada dinegeri yang diperintah oleh UMNO BN menikmati arus pembangunan yang tidak terkata.
Hampa dengan penjalanan program yang diadakan itu sebilangan ibubapa bangkit bangun meninggalkan majlis kerana tidak berminat dengan celoteh politik sempit itu.Mereka tetipu dengan jemputan tersebut sedangkan mereka dijemput untuk mendengar motivasi.
Lantas beberapa ibubapa telah menghubungi penyelia PAR permas memaklumkan perkara yang belaku dan menyatakan kekesalan terhadap sekolah serta salahlaku gurubesar yang mengunakan sekolah sebagai alat politik sempit kerajaan.
Tuan hj Saadon sepatutnya meletak jawatan dari menjadi gurubesar kerana beliau tidak layak menjadi pendidik.Beliau harus tinggalkan profesion pendidik dan mencebur diri di gelanggang politik secara serius memandangkan beliau sudah menyalahgunakan kuasa sebagai gurubesar.pemikiran serta wadah beliau jauh menyimpang dari naluri sebagai pendidik anak bangsa.Tetapi guru seperti hj saadon memang disukai dan disayangi oleh UMNO.
Guru yang berpolitik diluar waktu sekolah kerap dikenakan tindakan dan ramainya yang diambil tindakan adalah dari kalangan menyokong pembangkang. Tindakan gurubesar ini yang berkempen terang-terangan didalam sekolah untuk UMNO wajar dikenakan tindakan yang sama seperti guru-guru yang menyokong pembangkang itu.
Masih teringat satu kes terjadi terhadap cikgu Maarof suami kepada calon PAS dun tenang Normala Sudirman pada pilihanraya kecil dun tenang lalu.Beliau hanya mengiringi isteri beliau berkempen sahaja tetapi telah dikenakan tindakan ditukarkan ke sekolah lain.Kalau begitu tindakan terhadap cikgu maarof,tindakan serupa perlu dikenakan terhadap tuan hj saadon ini kerana beliau jelas tanpa berselindung berkempen untuk UMNO.
Kita memang sudah mengetahui sejak dulu,kini dan selama-lamanya,tidak akan ada tindakan yang akan diambil terhadap hj saadon ini.kita sedia maklum juga UMNO dikala ini sudah tidak releven dan terpaksa mengharungi liku-liku yang teramat sukar.Walauapapun yang UMNO cuba lakukan untuk mendapat simpati rakyat,ia sudah tiada makna lagi.
Apa yang pasti kita nak jawapan dari menteri pelajaran sendiri,Adakah arahan dari beliau membenarkan semua Gurubesar dan guru berkempen hanya untuk UMNO.Perkara ini sudah berlaku dan sedang berlaku di serata sekolah di pasir gudang maupun disekitar negeri Johor.Yang pasti umpan kailnya adalah bantuan RM100 untuk pelajar sekolah.
abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas
Feb 1, 2013
NASIB PESARA ASKAR MELAYU SEPERTI DIHUJUNG TANDUK
Nasib malang yang menimpa orang Melayu bagaikan tiada noktah.walaupun negara diperintah dan kuasa sepenuhnya ditangan Melayu namun ia bukan jaminan untuk dapat membela nasib melayu.Parti keramat Melayu sudah terselah tidak relevan kepada melayu dan juga kerajaan pemerintahannya..Apatah lagi bila Melayu itu berada di negeri yang memang dikenali dunia sebagai penyokong tegar parti ketuanan melayu.
Masyarakat Melayu segenap lapisan masyarakat mengalami situasi yang amat tidak menyenangkan gara-gara kerakusan kepimpinannya.Birokrasi baik dalam menguruskan negara ataupun birokrasi melibatkan kepentingan awam sudah tidak diurus dengan sempurna hingga akhirnya melayu sendiri menerima akibatnya.
Pelik lagi hairan apabila satu aduan yang dilaporkan oleh seorang bekas tentera Melayu kepada penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Mahkota Saudara Khairul Faizil Ahmad Kamil mengenai kewarganegaraannya yang dilucutkan.Sidang media telah diadakan di pejabat Pas Kluang dan turut hadir dalam sidang media tersebut pengerusi PAR negeri Johor saudara Syed Othman Abdullah.
Mengikut laporan polis yang dibuat oleh pengadu Abu Samah Bin Dali 57 tahun,beliau mula berkhidmat dengan tentera pada 20hb februari 1978 dan telah ditamatkan perkhidmatannya pada 24hb februari 1992 atas sebab-sebab yang dinyatakan dalam regulation 49(1) Amy and Airforce term of service regulation dan telah diberi pampasan 2 kali sebanyak RM44 ribu.
Baru-baru ini,beliau menghubungi pejabat bekas-bekas tentera di kuala Lumpur (kementah) untuk menyemak nama beliau samada beliau layak menerima saguhati tetapi amat mengejutkan apabila beliau dimaklumkan oleh ketua staf perkhidmatan anggota bahawa beliau telah hilang taraf kewarganegaraan dan juga keistimewaan sebagai pesara tentera kerana penamatan beliau dulu semasa dalam perkhidmatan tentera dibuat atas sebab-sebab regulation 49(1).
Berdasarkan maklumbalas tersebut beliau berkata dalam sidang media tersebut bahawa tiada perjelasan kukuh diberi oleh ATM kepadanya kenapa beliau dilucutkan keistimewaan dan kewarganegaraan mengikut peruntukan yang dinyatakan itu.Beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap ATM kerana mencalar maruahnya sebagai tentera yang berjuang demi mempertahankan negara dan berasa begitu hina apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling.
Menurut Khairul Faizi Ahmad Kamil yang juga setiausaha dewan pemuda pas malaysia,kementerian dalam negeri (KDN) hanya mempunyai kuasa untuk melucutkan sesuatu kewarganegaraan tetapi ia mesti mempunyai sebab-sebab munasabah.Seorang pesara tentera seperti pengadu yang sudah menjengkau usianya dan tiada menujukkan tanda-tanda membahayakan negara boleh dilucutkan kewarganegaraan dengan begitu sahaja.
Manakala pengerusi PAR Johor Syed Othman Abdullah berkata beliau meminta campurtangan kementerian dalam negeri (KDN) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pengadu ini.
Seorang pesara askar Melayu yang telah berkhidmat untuk negara selama 11 tahun dinafikan segala haknya.Ini bukan sesuatu yang pelik kalau keistimewaan itu tidak diberi tetapi kewarganegaraan yang dilucutkan, itu sesuatu yang amat pelik didengar.Adakah pesara tentera ini pernah khianat kepada negara semasa dalam perkhidmatannya atau beliau pernah sebotaj operasi ATM?walaubagaimanapun sekiranya pengadu tiada terlibat dalam mana-mana aktiviti haram semasa berkhidmat, ia amat menyedihkan kepada seseorang bekas tentera yang jasanya tidak dihargai..
Persoalannya,ramai pesara tentera yang mengeluh nasib mereka tidak dibela serta jasa mereka juga tidak dihargai setelah bersara, adakah ini salah seorang daripadanya?
abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
Subscribe to:
Posts (Atom)






























