Feb 20, 2013

ISU PENYAMARAN PESERTA DEMO DI MASJID JAMEK TAMAN CENDANA...PAS PASIR GUDANG MENAMAKAN SEORANG INDIVIDUL DALAM LAPORAN POLISNYA



Satu laporan polis telah dibuat pagi tadi di Ibupejabat polis daerah (IPD) sri alam masai oleh PAS kawasan pasir gudang terhadap sekumpulan individul yang tidak dikenali yang menyamar sebagai ahli pas dan  telah berdemotrasi diperkarangan masjid jamek taman cendana sabtu lepas.





Selepas laporan dibuat satu sidang media telah diadakan di luar perkarangan ibupejabat polis yang dihadiri oleh kesemua kepimpinan pas kawasan pasir gudang dan rakan-rakan dari pakatan rakyat termasuk saudara Jimmy puah (PKR) dan Liow cai tung (DAP).


Laporan polis oleh saudara Syed Othman Abdullah selaku Ajk pas kawasan pasir gudang yang juga penyelia pusat aduan rakyat (PAR) permas telah menamakan seorang individul yang dikenali sebagai Razak bin mansur dan 19 yang lain didalam laporan polis yang dibuat itu.











             KENYATAAN SIDANG MEDIA SAUDARA SYED OTHMAN ABDULLAH

                                          SELASA 19HB FEBRUARI 2013

                                                          JAM 11 PAGI

       PERKARANGAN IBUPEJABAT POLIS DAERAH (IPD) SRI ALAM MASAI



1.Cawangan Pas Taman cendana yang disebut oleh individul di dalam laporan   berita cetak maupun eletronik  yang disiarkan  tidak pernah wujud dan individul tersebut juga mengunakan istilah Pas bahagian pasir gudang.Pas tidak mengunakan istilah bahagian tetapi  pas mengunakan istilah kawasan.   

2.Semakan keahlian individul yang bernama Razak bin mansur yang mengakui dirinya ahli pas tiada dalam data keahlian mana-mana cawangan pas di pasir gudang maupun cawangan didalam Malaysia.

3.Isu Kalimah Allah yang dibantah itu yang menjadi isu hangat muktahir ini telah diselesaikan diperingkat tertinggi.

4. Bantahan dan penyamaran mereka ini berniat jahat bagi merosakkan reputasi Pas pasir gudang dan ingin memecahbelahkan muafakatan parti dalam gabungan pakatan rakyat.

5. Pas pasir gudang melihat angkara ini sebagai sebotaj kepada parti pas khususnya pakatan rakyat dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada kesemua individul terbabit sebagai pengajaran atas tindakan yang tidak bertanggungjawap ini.

6. Pas pasir gudang meminta agar pihak polis menyiasat kes ini dan dapat  menyelesaikan dengan segera kerana bimbang ia boleh mencetuskan pengaduhan antara penyokong-penyokong parti terlibat.


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

No comments:

Post a Comment