Aug 31, 2012

Kes simbah cat, asid: Ahli NGO khuatir keselamatan diri


Bersama Penduduk Pengerang

Sidang Media Bersama Ngo Pengerang

Kes simbah cat, asid: Ahli NGO khuatir keselamatan diri
Syed Othman (kanan) bersama Woan Tyug (tengah) dan ibunya, Tan Ah Yeng (kiri) menunjukkan keretanya yang disimbah cecair dipercayai asid hingga menyebabkan kerugian
PASIR GUDANG - Seramai 50 ahli badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Pengerang melahirkan kebimbangan tentang keselamatan mereka selepas berlakunya dua kes simbahan cat dan asid melibatkan ahli pertubuhan itu sebelum ini.

Naib Pengerusi NGO Gabungan Pengerang, Sim Seng San berkata, pada April lalu, sebuah kedai milik salah seorang ahli mereka turut disimbah cat yang dipercayai berlaku ekoran dia terlibat dalam aktiviti NGO terbabit.

"Perkara itu semakin menjadi-jadi apabila seorang ahli kami turut menerima nasib yang sama, Rabu lalu. Keretanya telah disimbah cecair dipercayai asid manakala hadapan rumah ibunya turut disimbah cat merah.

“Walaupun mereka membuat laporan kepada pihak berkuasa, kami tetap khuatir dengan nasib ahli-ahli yang lain pula. Kami bimbang dengan keselamatan kerana mana tahu selepas ini, mungkin saya atau ahli-ahli yang lain,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Sementara itu, mangsa, Goh Woan Tyug, 31, berkata, dia menyedari keretanya jenis Proton Persona disimbah cecair dipercayai asid pada 29 Ogos lalu, pada jam 6.45 pagi ketika mahu pergi kerja.

“Kemudiannya, ibu memberitahu rumah di Kampung Jawa, Pengerang turut disimbah cat berwarna merah. Saya tinggal di Sungai Rengit dan jarak perjalanan dari rumah sewa saya ke rumah ibu kira-kira 15 minit perjalanan.

“Saya syak mungkin orang sama lakukan perkara ini. Saya kesal dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini. Lagipun saya tidak rasa bersalah kerana aktif dalam NGO ini kerana niat saya mahu menyelamatkan kampung kami,” katanya yang juga bertindak sebagai Naib Setiausaha NGO Gabungan Pengerang.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, dia akan membawa perkara itu ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) selewat-lewatnya minggu depan kerana ia berkaitan jaminan keselamatan.

“Saya juga akan membawa perkara ini kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dibangkitkan dalam sidang Parlimen akan datang. Saya juga mahu berjumpa dengan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff supaya diberi perhatian tentang insiden ini,” katanya.

Aug 23, 2012

Tunggu Pendedahan Azwan!


Khamis, 23 Ogos, 2012.

Ada "Kong KaliKong" Antara Najib Dan Ummi Hafilda? Tunggu Pendedahan Azwan!

Tiba-tiba ‘timeline’ laman sosial Twitter penulis penuh dengan ‘tweet’ Azwan Ali.

Rupa-rupanya, selebriti ‘panas’ yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Ramadhan lalu tengah ‘naik angin’ dengan sebuah stesen televisyen.

Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan Azwan menerusi Twitter miliknya, dia mengatakan stesen televisyen tersebut seperti sengaja memporak-perandakan keluarganya.

Bagi penulis, itu hak Azwan untuk memberi sebarang kenyataan kerana itu melibatkan keluarganya.

Selepas beberapa minit kemudian, ‘timeline’ penulis dikejutkan dengan tweet Azwan yang berbau sedikit berunsur politik.

Azwan seperti mempunyai agenda yang tersirat apabila dia dikatakan akan mendedahkan ‘sesuatu’ selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.

Memetik kenyataan menerusi akaun Twitter milik Azwan, dia akan mendedahkan kenyataan adiknya, Ummi Hafilda berkenaan Najib pada petang 4 Mei lalu di rumah ibu mereka, Hajah Che Tom.

Kenapa perkara tersebut perlu di canang selepas parlimen dibubarkan dan bukan sekarang?

Nampaknya, pergeseran dalaman keluarga mereka semakin ‘hangat’.

Namun, ramai yang sedia maklum bahawa Azwan merupakan artis yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan tidak menjadi pelik jika isu sebegini timbul.

Penulis sangkakan isu antara Ummi dan Azwan sudah selesai setelah mereka berdamai tempoh hari.

Rupanya tidak!

Sebelum ini, Azwan telah memohon maaf kepada Ummi pada 18 Januari 2012 setelah dia mengugut untuk membunuh dan membakar Ummi menerusi kenyataan twitter miliknya.

Apa-apa pun, penulis akan meminta maklumbalas dari Ummi Hafilda dan Azwan Ali berkenaan isu tersebut.

Jangan pula kali ini Azwan akan membuat kenyataan seperti dahulu yang mengatakan dirinya telah dihasut oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda tersirat.


- HK-74/mynewshub

Peralat ibunya untuk politik kotor, Azwan Ali kecam Umno, TV3


KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Azwan Ali mengecam keras perbuatan media kawalan kerajaan, TV3 yang memperalat ibunya untuk kepentingan politik kotor Umno.

Beliau kesal kerana ibunya diheret dalam kancah politik ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri, semata-mata untuk mengkritik abangnya, Mohamed Azmin Ali.

“Hati baik bulan? TV3 terus memporak peranda kisah famili Azwan Ali. Masya-Allah. Muhasabah diri.

“Kesian sungguh nasib seorang ibu yang sanggup jadi bahan TV3 untuk rating,” tulisnya dalam twitter, malam semalam.

Beliau merujuk laporan Buletin Utama TV3 yang memaparkan ibunya, kononnya kecewa terhadap Azmin selepas menonton slot itu secara tidak sengaja.

Azwan percaya, ibunya diperalat Ummi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

“Kesian juga aku tengok.. tapi rasa kesian tu hilang tiba-tiba bila si Ummi Hafilda turut kelihatan berada di sebelahnya,” tulis Azwan merujuk adik perempuannya itu.

Namun, beliau bersyukur kerana ramai peminatnya memberi sokongan kepadanya dan Azmin, malah mengutuk laporan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai ‘jijik’.

“Slm. Syukur ramai akui betapa jijik nya usaha @buletintv3! Maha kaya Tuhan kecuali those Lembu Lembu kaki Suapan ya! Amin,” tulisnya.

Ini bukan pertama kali pengacara yang terkenal dengan ungkapan ‘ Ada aku kisah?’ dan ‘Amboi amboi amboi…’, menyelar Ummi Hafilda kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.    Sumber -KD

Aug 16, 2012

YB NASHA MASUK UMNO? TG NIK AZIZ TAK HAIRAN PUN, KENAPA?


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas timbalan presiden PAS itu dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam, demikian menurut laporanBernama.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini.

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga dipetik Bernama sebagai berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.

Aug 14, 2012

Kempen Menentang Seksyen 114A.



Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
  Bersama dalam Kempen menentang Seksyen 114A Akta Keterangan 2012
yang dianjurkan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia.
Hari ini 14 Ogos 2012 kami bergelap tanda membantah akta ini!



Bantah Seksyen 114A
Hari Internet Blackout,
14 Ogos 2012
  1. Ketahui lebih lanjut bagaimana pindaan ini boleh mengancam kebebasan berinternet di Malaysia.
  2. Sokong:Satu Juta Ratyat Malaysia Bantahan Seksyen 114A

  3. Share on Facebook
Oleh: Centre for Independent Journalism (CIJ)


Aug 13, 2012

Pada 12. 08 2012 Program yang diketuai oleh Saudara Rahim ,Juhir dan saya sendiri Syed othman , sampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan fakir miskin dari rumah ke rumah di Kg senibung di bawah dun Permas  yang terkenal dengan makanan laut . Sebanyak 14 buah keluarga telah dikenal pasti untuk menerima sumbangan hasil daripada dana yang dikumpulkan daripada ahli PAS Kawasan Pasir Gudang
Mantan Ydp Rahim  Turut sama membantu sampaikan sumbangan kepada Pakcik Zaki


Kg Senibung adalah kubu Kuat umno dulu sukar Pas mendapat tempat di sini ,saya teringat semasa pilihanraya umum yang lepas poster poster kita di buang sekarang sudah berubah mereka penduduk Rasa senang dengan kehadiran Pas disini dalam program Kebajikan yang berjaya menyentuh hati mereka.

Dalam pada itu, wakil penduduk kampung, Pakcik Zaki melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada PAS Cawangan Pelentong diatas kesudian untuk turun membantu penduduk kampung .


Aug 12, 2012

Akhirnya Dato Tamrin masuk Pas


Oleh Mazlan Aliman

Foto: Dato' Tamrin Tun Ghafar sertai PAS mlm iniAlhamdulillah, mlm ini di KUIZM Taman Melewar, Dato' Tamrin serah borang menyertai PAS kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS.Saya mula rapat dengan beliau setahun yang lalu dalam majlis makan tengahari bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau kerap menghubungi saya kerana berminat dengan perjuangan membela warga Felda. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang adalah rutin kami bila bertemu di KL.Beliau juga memperkenalkan kepada saya ramai bekas pemimpin UMNO dan tokoh2 VIP yang ingin tahu mengenai isu Felda. Saya seronok bersahabat dengan beliau. Apapun persepsi orang mengenai beliau, saya punya keyakinan dan sangka baik yg mendalam kesedaran beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan.Banyak yang beliau ceritakan mengenai sejarah perjuangan ayahndanya, Tun Ghafar Baba. Bahkan kisah silamnya pun dia bagi tau. Dia tak mahu hipokrit; seolah2 masuk PAS ada agenda tertentu. Saya mula cadangkan beliau sertai PAS sebulan setengah yang lalu. Walaupun dia dapat tawaran yg sama dari kekawan lain, dia setuju dengan pandangan saya. Saya bertemu dengan beliau di Masjid Negara pada 11 Julai lalu dan menziarahi Maqam Pahlawan khususnya kubur Allayarham Tun Ghafar. Selepas itu ke rumahnya kerana beliau mengisi borang PAS di situ. Saya pencadang kepada borang keahlian beliau.Saya cuma maklumkan hal ini kepada Dr Samsuri, Setpol Presiden PAS, Nasaie Ismail, SU Akhbar Presiden dan Sdr Adly Zahri Pesuruhjaya PAS Melaka agar dpt dibincangkan tarikh sesuai beliau sertai PAS. Borang beliau saya serah kepada Ust Md Khairul SU Kerja PAS Pusat.Beliau maklumkan ujian nak sertai PAS. Ada pihak nak ugut beliau jika teruskan hasrat sertai PAS. Semlm lepas majlis buka puasa ANAK di Gombak, kami masih bincang lagi. Saya kata pada dia, PAS adalah parti yang memperjuangkan kebenaran dan Gerakan Islam. Sisa hidup kita;sumbang tenaga, idea dan wang ringgit utk ISLAM.Tentulah saya gembira bila Dato' Tamrin masuk PAS. Masa dia isi borang PAS, menitis airmata saya terharu atas kesediaannya. Kalau ada orang nak perlekeh dan kutuk dia, terpulanglah. Kita bukan maksum, sempurna dari sebarang kesilapan...Meskipun detik bersejarah malam ini, saya tidak dpt bersamanya, namun jauh di sudut hati saya timbul rasa bangga anak Bekas Timbalan Perdana Menteri bersama PAS. Alhamdulillah, syukur pada Allah!Alhamdulillah,  di KUIZM Taman Melewar, Dato' Tamrin serah borang menyertai PAS kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS.

Saya mula rapat dengan beliau setahun yang lalu dalam majlis makan tengahari bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau kerap menghubungi saya kerana berminat dengan perjuangan membela warga Felda. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang adalah rutin kami bila bertemu di KL.

Beliau juga memperkenalkan kepada saya ramai bekas pemimpin UMNO dan tokoh2 VIP yang ingin tahu mengenai isu Felda. Saya seronok bersahabat dengan beliau. Apapun persepsi orang mengenai beliau, saya punya keyakinan dan sangka baik yg mendalam kesedaran beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan.

Banyak yang beliau ceritakan mengenai sejarah perjuangan ayahndanya, Tun Ghafar Baba. Bahkan kisah silamnya pun dia bagi tau. Dia tak mahu hipokrit; seolah2 masuk PAS ada agenda tertentu.

Saya mula cadangkan beliau sertai PAS sebulan setengah yang lalu. Walaupun dia dapat tawaran yg sama dari kekawan lain, dia setuju dengan pandangan saya.

Saya bertemu dengan beliau di Masjid Negara pada 11 Julai lalu dan menziarahi Maqam Pahlawan khususnya kubur Allayarham Tun Ghafar. Selepas itu ke rumahnya kerana beliau mengisi borang PAS di situ. Saya pencadang kepada borang keahlian beliau.

Saya cuma maklumkan hal ini kepada Dr Samsuri, Setpol Presiden PAS, Nasaie Ismail, SU Akhbar Presiden dan Sdr Adly Zahri Pesuruhjaya PAS Melaka agar dpt dibincangkan tarikh sesuai beliau sertai PAS. Borang beliau saya serah kepada Ust Md Khairul SU Kerja PAS Pusat.

Beliau maklumkan ujian nak sertai PAS. Ada pihak nak ugut beliau jika teruskan hasrat sertai PAS. Semlm lepas majlis buka puasa ANAK di Gombak, kami masih bincang lagi. Saya kata pada dia, PAS adalah parti yang memperjuangkan kebenaran dan Gerakan Islam. Sisa hidup kita;sumbang tenaga, idea dan wang ringgit utk ISLAM.

Tentulah saya gembira bila Dato' Tamrin masuk PAS. Masa dia isi borang PAS, menitis airmata saya terharu atas kesediaannya. Kalau ada orang nak perlekeh dan kutuk dia, terpulanglah. Kita bukan maksum, sempurna dari sebarang kesilapan...

Meskipun detik bersejarah malam ini, saya tidak dpt bersamanya, namun jauh di sudut hati saya timbul rasa bangga anak Bekas Timbalan Perdana Menteri bersama PAS. Alhamdulillah, syukur pada Allah!

Foto: Dato' Tamrin Tun Ghafar sertai PAS mlm ini  Alhamdulillah, mlm ini di KUIZM Taman Melewar, Dato' Tamrin serah borang menyertai PAS kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS.  Saya mula rapat dengan beliau setahun yang lalu dalam majlis makan tengahari bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau kerap menghubungi saya kerana berminat dengan perjuangan membela warga Felda. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang adalah rutin kami bila bertemu di KL.  Beliau juga memperkenalkan kepada saya ramai bekas pemimpin UMNO dan tokoh2 VIP yang ingin tahu mengenai isu Felda. Saya seronok bersahabat dengan beliau. Apapun persepsi orang mengenai beliau, saya punya keyakinan dan sangka baik yg mendalam kesedaran beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan.  Banyak yang beliau ceritakan mengenai sejarah perjuangan ayahndanya, Tun Ghafar Baba. Bahkan kisah silamnya pun dia bagi tau. Dia tak mahu hipokrit; seolah2 masuk PAS ada agenda tertentu.   Saya mula cadangkan beliau sertai PAS sebulan setengah yang lalu. Walaupun dia dapat tawaran yg sama dari kekawan lain, dia setuju dengan pandangan saya.   Saya bertemu dengan beliau di Masjid Negara pada 11 Julai lalu dan menziarahi Maqam Pahlawan khususnya kubur Allayarham Tun Ghafar. Selepas itu ke rumahnya kerana beliau mengisi borang PAS di situ. Saya pencadang kepada borang keahlian beliau.  Saya cuma maklumkan hal ini kepada Dr Samsuri, Setpol Presiden PAS, Nasaie Ismail, SU Akhbar Presiden dan Sdr Adly Zahri Pesuruhjaya PAS Melaka agar dpt dibincangkan tarikh sesuai beliau sertai PAS. Borang beliau saya serah kepada Ust Md Khairul SU Kerja PAS Pusat.  Beliau maklumkan ujian nak sertai PAS. Ada pihak nak ugut beliau jika teruskan hasrat sertai PAS. Semlm lepas majlis buka puasa ANAK di Gombak, kami masih bincang lagi. Saya kata pada dia, PAS adalah parti yang memperjuangkan kebenaran dan Gerakan Islam. Sisa hidup kita;sumbang tenaga, idea dan wang ringgit utk ISLAM.  Tentulah saya gembira bila Dato' Tamrin masuk PAS. Masa dia isi borang PAS, menitis airmata saya terharu atas kesediaannya. Kalau ada orang nak perlekeh dan kutuk dia, terpulanglah. Kita bukan maksum, sempurna dari sebarang kesilapan...  Meskipun detik bersejarah malam ini, saya tidak dpt bersamanya, namun jauh di sudut hati saya timbul rasa bangga anak Bekas Timbalan Perdana Menteri bersama PAS. Alhamdulillah, syukur pada Allah!

Posted on Sunday, August 12 @ 04:05:18 MYT by ahmadi

Aug 11, 2012

Sumbangan Kepada anak anak Yatim Piatu



Program PAR Permas petang tadi Majlis sumbangan kebajikan Aidilfitri kepada anak-anak yatim piatu di Flat Taman Cendana.Majlis Penyampaian sumbangan disampaikan oleh Penyelia PAR permas yang juga calon Pas Dun Permas Tuan Syed Othman Abdullah.Seramai hampir 30 orang penerima termasuk penjaga mereka menerima sumbangan daripada PAR permas.Jazakallah kepada Ust Kelana (Timbalan penyelia PAR permas) kerana banyak membantu fakir2 Miskin,ibu2 tunggal dan orang yang tidak kemampuan dikawasan flat taman cendana ini...Moga usaha Ust Kelana sekeluarga akan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT...

Aug 2, 2012

Berasa Optimis DUN Benut Boleh Beri Kejutan – Syed Othman

PONTIAN – Syed Othman Syed Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor melahirkan keyakinan yang tinggi bahawa PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut mampu melakarkan kejutan dalam Pilihan raya Umum ke 13 (PRU) nanti kerana berjaya menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan.
Katanya, sepanjang pemantauan sebagai Penyelia PAR Johor, Benut antara yang aktif melaksanakan agenda kebajikan dan banyak menerima aduan daripada masyarakat setempat.
”Saya ini bekas pemimpin UMNO. Dia (UMNO) kalah kepada aktiviti kebajikan. Syabas saya ucapkan kerana mampu menterjemahkan erti sebenar hasrat parti kita membangun ‘Negara Berkebajikan’.
”Dahulu, Pilihan raya Umum 12, siapa sangka Selangor berjaya ditawan. Justeru itu, peluang cukup tinggi di Johor termasuk Benut kalau tidak berlakunya banyak penipuan dalam PRU nanti.
” Jangan perkecilkan setiap calon yang bertanding. Ingin saya tegaskan, saya pernah ditemu bual oleh pelbagai agensi berita termasuk Berita Harian Singapura. Masuk satu muka surat penuh. Saya katakan yang Johor bukan lagi kubu kuat UMNO,” tegasnya lagi.
Syed Othman berkata demikian ketika menyampaikan taklimatnya pada majlis Ramah Mesra PAR Johor bersama PAR Benut di pejabat Majlis Tindakan Dun (MTD) Benut, dekat sini, semalam.
Hadir sama, Ustaz Atan Gombang, Penyelia PAR Benut, Bachok Welang, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pontian, Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.
Pada majlis yang sama, Rombongan PAR Johor berkesempatan turun padang dengan menyantuni masyarakat di beberapa buah keluarga di kawasan Unit Peti Undi (UPU) Parit Mansor.
Terdahulu, program XPDC Kebajikan ini turut berjaya mendengar beberapa keluhan daripada anak muda yang menagih janji kerajaan Barisan Nasional bagi pembinaan gelanggang sepak takraw di kampung terbabit.
Beliau juga dipertemukan dengan masyarakat kampung setelah majlis berbuka puasa telah disertainya di Masjid Jamek Kampung Parit Mansor.
Bagaimanapun, Syed Othman turut dikejutkan dengan satu penemuan apabila ada pasangan warga emas hanya mendiami rumah yang usang dan hampir roboh serta mengharapkan ehsan mana-mana pihak untuk membantu.
Dalam pada itu, aduan-aduan yang diterima, pihaknya sedang berusaha untuk membawa ke peringkat lebih tinggi sebagai tindakan susulan.
Sementara itu, Syed Othman yang juga Ajk PAS Negeri Johor menyatakan penghargaan kepada pengurusan PAR Benut kerana banyak mendedahkan masalah rakyat melalui media massa dan media baru.
”Tahniah sekali lagi kerana Benut memenuhi kriteria. Yang pertama ada media sendiri iaitu facebook Mtd Pas Benut dan yang kedua berjaya tubuh pusat aduan.
”Dengan adanya dua elemen ini, satu usaha agar Ustaz Atan berlatih menjadi YB sebelum menang sebagai wakil rakyat,” jelasnya lagi.

Jul 31, 2012

Trauma angkara ah long


AZIZAN INCHE HARUN
31 Julai 2012
Trauma angkara ah long
Ain ketika hadir ke PAR untuk mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
PASIR GUDANG - “Saya menyesal dan bertaubat. Walaupun saya tahu ah long bahaya, tetapi masa itu saya buntu sehingga tak mampu nak fikir panjang untuk mencari duit membayar hutang kad kredit,” kata seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Ain.

Dia yang berumur lewat 30-an berkata, segalanya bermula ketika dikunjungi pihak bank hujung tahun lepas yang menuntut bayaran kad kredit sebagai modal perniagaan jualan langsung berjumlah RM5,000.

Menurutnya, dalam kekusutan mencari jalan penyelesaian, seorang rakan memperkenalkannya kepada seorang lelaki yang dikatakan boleh membantu memberinya pinjaman wang.

“Saya takut selepas pihak bank kata kena ke mahkamah kalau masih tak dapat bayar sehingga saya tak fikir panjang meminjam dari lelaki berkenaan sebanyak RM1,000, tetapi hanya dapat RM600 sahaja.

“Saya hanya nak ubah hidup keluarga dengan memulakan perniagaan, tapi tak sangka telah memerangkap saya dalam keadaan bahaya begini,” katanya yang ditemui Sinar Harian di
Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, di sini, semalam.

Ain berkata, tekanan dan ugutan yang diterima memaksanya membuat pinjaman kepada sembilan ah long untuk menyelesaikan pinjaman yang dibuat awal dahulu.

“Walaupun sudah lebih RM5,000 bayaran yang telah saya buat, tetapi hutang itu masih berjumlah RM8,000 tanpa dicampur dengan bunga yang dikenakan.

“Saya malu hendak berdepan dengan jiran dan saudara-mara kerana banyak juga duit ahli keluarga yang saya pinjam sebagai usaha untuk melangsaikan hutang ah long,” katanya.

Katanya, hidupnya bersama suami dan anak-anak dalam ketakutan dan terancam selepas menerima panggilan dan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan.

“Saya mengaku memang salah saya kerana tidak memberitahu suami meminjam duit ah long dulu sehingga kami sekeluarga terpaksa hidup dalam ketakutan.

“Selain pernah dibaling pasu bunga ke dalam pagar rumah. Saya juga pernah dikepung ketika keluar ke sebuah pasar raya, tapi umur saya masih panjang kerana helah saya untuk ke tandas berjaya melarikan diri,” katanya.

Ain berkata, dia dan anaknya lebih banyak berkurung di dalam rumah kerana trauma untuk keluar rumah, malah ke sekolah terpaksa keluar melalui pintu belakang.

“Saya sebak bila anak bongsu saya berjanji akan mencari duit raya banyak-banyak untuk membantu membayar duit ah long,” katanya yang telah membuat laporan polis pada Mei lepas.

Katanya, dia berharap ada pihak yang sudi tampil untuk membantu menyelesaikan hutang itu melalui pinjaman wang agar sinar kebahagiaan hidupnya sekeluarga dapat kembali lagi.

Sementara itu, Penyelia PAR Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, selain menghulurkan bantuan barangan keperluan, pihaknya sedang mencari dana untuk membantu menyelesaikan pinjaman itu.

“Apabila sudah dapat dana nanti, kita akan cuba buat perbincangan dengan ah long untuk membantu mangsa keluar dari permasalahan ini,” katanya.

Jul 29, 2012

Rezeki Ramadan terjejas


Kenyataan saya bersama media



Penduduk bersama Syed Othman (dua, kanan) menunjukkan keadaan lubang saluran utama yang melimpah sej
Penduduk bersama Syed Othman (dua, kanan) menunjukkan keadaan lubang saluran utama yang melimpah sejak tiga bulan lepas.
PASIR GUDANG – Lebih 20 peniaga dan penduduk di Jalan Bayan Taman Megah Ria, di sini merungut ekoran masalah lubang saluran utama kumbahan yang melimpah masih berlarutan sejak tiga bulan lepas.

Peniaga kedai makan, Shuib Mohd Noor, 26, berkata, premis perniagaannya berbau busuk dan meloyakan walaupun terletak lebih kurang 100 meter dari lubang saluran utama kumbahan yang melimpah kerana aliran air najis yang tidak pernah kering.

Menurutnya, perniagaannya terjejas hampir 50 peratus kerana kesukaran pelanggan hendak meletakkan kenderaan ekoran limpahan air kumbahan yang busuk.

“Pelanggan selalu tanya kenapa ada air lumut di persekitaran kedai saya, sedangkan itu sebenarnya air kumbahan sehingga saya tak tahu dah nak jawab apa.

“Ramai pelanggan saya lari kerana tidak tahan dengan bau busuk dan meloyakan sedangkan saya mengharapkan rezeki Ramadan yang datangkan hanya setahun sekali,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Seorang penduduk, Abdul Rahman Yusof, 55, berkata, bau  bertambah busuk apabila waktu hujan sehingga menghilangkan selera berbuka puasa dan bersahur.

Menurutnya, keadaan air najis yang kotor itu menyusahkan penduduk terutama pada bulan Ramadan untuk ke masjid berhampiran menunaikan solat terawih.

“Kita was-was hendak melintas jalan untuk ke masjid berhampiran dengan keadaan air najis yang kotor sentiasa mengalir di sepanjang jalan.

“Rasa macam dah tak tahan hari-hari kena hidu bau busuk, sedangkan ini bulan Ramadan kita berpuasa berkumpul sekeluarga hendak berbuka puasa dan bersahur, tetapi membuatkan kita hilang selera,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Kassim Maidin, 48, berkata, lubang saluran utama kumbahan sedalam lebih kurang 2.5 meter itu boleh meragut nyawa kanak-kanak sekiranya terjatuh ke dalamnya.

Menurutnya, lubang yang berada berhampiran simpang keluar masuk jelas membahayakan kerana jalan itu menjadi laluan utama pekerja kilang, kanak-kanak tadika dan pelajar sekolah serta penduduk.

“Sebelum ini pernah berlaku tayar kereta penduduk yang terjatuh ke dalam lubang itu sehingga pemandunya mengalami kerugian kerana kerosakan pada keretanya.

“Lubang ini ibarat sedang menunggu mangsa kerana bukan sahaja kanak-kanak boleh tenggelam sekiranya terjatuh, kita orang dewasa pun boleh tercedera jika tidak berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk buat kali kedua apabila pihak bertanggungjawab yang dihubungi sebelum ini masih belum mengambil sebarang tindakan.

Menurutnya, pihaknya sekali lagi akan merujuk kepada pihak bertanggungjawab dan akan turut menghantar surat kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) kerana aduan yang dibuat gagal diambil tindakan.

“Saya dah hubungi pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebelum ini dan mereka berjanji akan mengambil tindakan segera, tetapi nampaknya masalah itu masih terus berlarutan.

“Saya akan rujuk MBJB sekali lagi dan Isnin ini saya akan menghantar surat kepada BPA kerana memikirkan kesannya kepada penduduk terutama dari segi kesihatan dan pendapatan peniaga turut terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohd Firdaus Abdul Hamid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya sudah maklum dengan permasalahan itu dan sedang dalam proses menjalankan kerja pembaikan.

Menurutnya, pihaknya telah mengenal pasti punca lubang saluran utama itu melimpah disebabkan tersumbat dengan sampah-sarap dan sisa-sisa makanan.

“Kita telah mengarahkan kontraktor yang dilantik untuk segerakan kerja-kerja membaik pulih lubang saluran utama itu dalam masa terdekat,” katanya.

Jul 21, 2012

MANA BAKI RM 1000 KAMI KERAJAAN NEGERI BN JOHOR TOLONG JAWAB

JOHOR BAHRU – Kira-kira 300 penduduk flat Taman Sri Stulang mengadakan demonstrasi aman di sini, semalam sebagai tanda protes bagi menuntut baki pampasan dari pihak Kerajaan Negeri yang sepatutnya diagihkan empat tahun lalu.


Salah seorang penduduk, Azhan Taib, 54 berkata, Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum ini telah bersetuju membayar pampasan sebanyak RM2,000 kepada kira-kira 1,200 bekas penduduk flat Bukit Cagar.

Katanya, penduduk sebulat suara bersetuju untuk menerima pampasan berkenaan sebagai wang ihsan kepada mereka bagi urusan perpindahan dari flat Bukit Cagar ke flat Taman Sri Stulang pada awal tahun 2008.

Bagaimanapun Azhan berkata, penduduk hanya menerima bayaran sebanyak RM1,000 pada Februari 2008 manakala baki RM1,000 seperti yang dijanjikan masih tidak diagihkan oleh Kerajaan Negeri.

“Pada asalnya kami menuntut pampasan sebanyak RM5,000 dari pihak kerajaan namun setelah proses perbincangan dijalankan, kami bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk memberi pampasan sebanyak RM2,000.

“Namun kami kesal, kerana setelah berpindah ke flat Taman Sri Stulang penduduk hanya dibayar sebanyak RM1,000 sahaja,” katanya.

Katanya, pelbagai tindakan telah dilakukan termasuk merujuk perkara berkenaan kepada Menteri Besar dengan bantuan wakil rakyat setempat namun masih tiada jalan penyelesaian diambil.

“Baru-baru ini pada bulan Mei lalu, pihak UPEN telah mengeluarkan surat yang mengarahkan agar perkara yang dibangkitkan mendapat perhatian segera.

“Namun sehingga kini masih tiada sebarang perkembangan berlaku dan kami masih tertunggu-tunggu baki pampasan yang belum dibayar,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau berharap masalah yang dihadapi penduduk berhubung baki bayaran pampasan berkenaan mendapat perhatian serius dari pihak kerajaan dan diselesaikan dalam kadar segera.

“Kami bukan mahu timbulkan masalah tetapi sekadar mahu menuntut hak kami. “Kami berharap agar pihak kerajaan bersikap prihatin terhadap nasib rakyat yang mengalami masalah kewangan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya bersama penduduk akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri sekiranya masalah berkenaan masih tidak selesai dalam tempoh 14 hari

Jul 10, 2012

BENGANG LAPAN TAHUN TUNGGU RUMAH MASIH TAK SIAP

Bersama Pembeli 
PAR sedia bantu
Sidang Media
Johor Baharu Pembeli Rumah Projek Perumahan Taman Puri Langkasuka Larkin Di sini terpaksa terus menanti kediaman mereka siap walaupun telah lapan tahun menunggu apabila pemaju gagal menyiapkan lebih 3oo unit pangsapuri, salah seorang pembeli Naim salji 42 berkata beliau membeli rumah berkenaan pada harga Rm85,000 malah telah menjelaskan ansuran sebanyak Rm 530  setiap bulan sejak tiga tahun lalu.      saya kecewa dengan sikap  Pemaju lepas tangan memberikan pelbagai alasan sepatutnya kediaman kami siap pada tahun 2008 namun sehingga hari ini projek perumahan telah di hentikan  kerana pemaju mengalami masalah kewangan saya  juga terpaksa bayar sewa rumah  dan rumah yang belum siap. sementara itu PAR Pusat aduan rakyat Negeri  Pas Syed Othman berharap kerajaan negeri campur tangan dalam masalah projek Perumahan yang terbengkalai ini termasuk wakil rakyat sama mendengar keluhan rakyat , PAR akan cuba membantu pembeli meeujukan JKB Jawatan kuasa Bertindak membantu pembeli. Turut sama hadir Saudara Suhaizan Kayat PAR kempas untuk sama sama membantu isu rakyat dan juga saudara Rosli Kemin PAR Tanjung Putri

Jul 1, 2012

Dato` Tamrin Sertai PAS Malam ini ?



Oleh Mazlan Aliman 
PAGI tadi, Dato' Tamrin call saya. Memang itulah rutin beliau, hampir setiap hari akan berhubung dengan saya utk mendptkan info terkini, khususnya mengenai Felda. 

Kali ni dia bg tau, Umno ugut nak 'telanjangkan' kisah silam beliau jika dia tak berhenti dari berceramah dan menyokong PAS. Alhamdulillah, Dato Tamrin kata dia bersedia hadapi dan tak akan patah balik ke belakang.



Dia bukan hipokrit macam pemimpin Umno. Bunuh orang, bersekedudukan dgn artis, mentekedarah arak, berjudi sakan, rasuah dan tipu rakyat tapi tak mengaku. Tunjuk baik depan rakyat. Belakang perangai macam setan.

Dia mengaku maksiat yg dia buat zaman silam dia. Sekarang dia tobat. Dia jadi rosak kerana bersama Umno. Beliau sokong PAS sebab belajar nak jadi baik. Dekatkan diri dengan Allah. Banyak membaca buku2 agama, pergi kuliah dan ceramah agama. Berdamping dengan ulama2 PAS, banyak menginsafkan dia. 

Kata Dato Tamrin, pekung pemimpin Umno pun dlm poket dia. Hodoh2 pun dia anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba. Pernah jadi Ahli Parlimen dan Adun. Masalah moral Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Nazri Aziz dll kalau nak.....alahai....

Bagi saya, peranan kita adalah jadi kawan yg baik. Bagi nasihat dan bimbingan. Berkomunikasi, enggage dan banyak perkara boleh dilakukan. Orang mcm Dato Tamrin terlalu ramai dan mesti di dekati. Jgn ekstream soal pendekatan dakwah. PAS sedang berada di landasan yg tepat. Semua golongan menghampiri PAS.

Malam ini saya bersama dlm Himpunan Hijau pkt negeri Pahang di Kerdau Temerloh. Saya mengiringi seorang bekas pegawai tinggi kerajaan akan menyerahkan borang PAS kpd Presiden PAS. Dua tahun saya bersahabat dengan dia. Beliau salah seorang kumpulan pemikir ANAK. Perlahan2 saya pelawa masuk PAS.

Alhamdulillah, dia baru balik Umrah. Saya tanya lagi, bila Dato nak masuk PAS?
Spontan dia jawab, insyaallah. Ada borang?
Tentulah saya gembira, akhirnya dia menyertai PAS mlm ini...

Insyaallah, akan menyusul lebih ramai tokoh politik dan pegawai kanan kerajaan serta para seniman/budayawan dll bersama PAS.
SEMUANYA KERANA PERJUANGAN ISLAM. ALLAHUAKBAR.
Posted on Sunday, July 01 @ 18:34:00 MYT by ibn_bacoks







Jun 28, 2012

Bunyi ular disangka perompak


AZIZAN INCHE HARUN
28 Jun 2012
Bunyi ular disangka perompak
Ismail (empat, kiri) menunjukkan ular sawa yang berjaya ditangkap sambil diperhatikan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR), Syed Othman Syed Abdullah (empat, kanan).



PASIR GUDANG – Kira-kira 40 keluarga penduduk Kampung Sepakat Masai, di sini gempar apabila bunyi bising yang disangka perompak rupa-rupanya seekor ular sawa sedang membaham ayam.

Wakil penduduk, Ismail Talib, 42, berkata, ular sawa seberat lebih kurang 25 kilogram dan sepanjang 14 meter itu sudah empat kali ditangkap sejak awal tahun ini.

Menurutnya, ular sawa itu dikatakan datang dari tanah kosong berhampiran yang pada asalnya tapak rumah, tetapi sudah dipenuhi semak-samun sejak setahun lepas.

“Kami pada awalnya menyangka ada orang hendak memecah masuk rumah apabila bunyi ayam dalam reban bising seperti terkejut. “Apabila dihampiri, ruparupanya ia seekor ular sewa yang sedang membelit untuk membaham ayam yang berada di dalam reban salah seorang penduduk kampung,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, penangkapan buat kali keempat ular sawa itu sejak awal tahun ini menambahkan kebimbangan penduduk terhadap keselamatan terutama kanak-kanak.

Menurutnya, tambahan kawasan perkampungan itu kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat sehingga menambahkan kegusaran penduduk, selagi semak-samun di kawasan berhampiran tidak dibersihkan.

“Kami terlalu bimbangkan keselamatan terutama anak-anak kerana kebanyakan kami bekerja tidak menentu masa.

“Kami telah beberapa kali memberitahu kebimbangan ini kepada pemimpin setempat, tetapi kita tidak pasti apa tindakan yang telah dibuat kerana sehingga kini semak-samun itu masih belum dibersihkan.

“Kita mohon kerjasama pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan segera membersihkan semak-samun ini kerana kami tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingini selepas ini,” katanya

Jun 27, 2012

Isu Pasar Awam Masai Peniaga Mahu MBJBT ambil tindakan

sebahagian peniaga haram
Sidang Media  di Pasar Awam Masai
Peniaga Ashraf harap MBJBT ambil tindakan segera  Termasuk Pasar kotor
Peniaga di Pasar Awam Masai di sini mendakwa kehadiran lebih 20 peniaga haram di lot parkir di pasar berkenaan sejak setahun lepas menimbulkan keresahan kepada 40 peniaga yang sah,wakil peniaga yang di kenali sebagai Ashraf berkata bilangan peniaga berkenaan lama kelamaan semakin bertambah.Kita tidak kisah jual baju dan makanan tetapi tindakan mereka menjual sayur-sayuran,daging jauh lebih murah merugikan kami.Biasanya kami mencari pendapatan lebih setiap sabtu dan ahad tetapi sejak kebelakangan ini pendapatan kami merosot selepas ramai pelanggan lari ke sana.Sementara itu pengerusi persatuan peniaga-peniaga pasar awam masai .                N.Balasubramaniam berkata peniaga terbabit bukan saja peniaga haram tetapi telah menimbulkan kesesakan yang teruk,beliau mendakwa beberapa aduan di kemukakan kepada pihak yg bertanggungjawab sebelum ini tidak di hiraukan.Katanya lebih menghairankan sejak sekian lama aduan di kemukakan Ahad lepas baru lah pihak bertanggungjawab mengambil tindakan kompaun dan menghalau peniaga haram berkenaan selepas peniaga mengadu pada Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR).                                               Tambah beliau lagi pasar yang di buka sejak 20 tahun yg lepas mengalami masalah bumbung bocor,bilik air rosak terlalu lama tidak diselenggarakan.Terima Kasih kepada PAR kerana sedia membantu kami sehingga pihak yang berkenaan mengalau peniaga haram tersebut.Dalam pada itu Penyelia PAR Sdr Syed Othman berkata pihaknya akan mengumpul tandatangan peniaga-peniaga untuk menghantar memorandum kepada pihak MBJBT.

Jun 26, 2012

SEHARIAN BERSAMA YB SITI ZAILAH DI PASIR GUDANG

Konvoi Dewan Pemuda Pasir Gudang
Ziarah OKU dan Sumbangan
Pada 24hb yang lepas iaitu hari Ahad, Dewan Muslimat PAS Pasir Gudang telah manfaatkan kehadiran YB Siti Zailah,program yang bermula jam 4.00 ptg di sambut oleh Dewan pemuda yang berkonvoi dari Tol Kempas sehingga ke tapak Program iaitu di Taman Rinting Pasir Gudang.Sepanjang perjalanan konvoi kami telah mendapat respon yang amat membanggakan dari pengguna2 lebuhraya dengan sama2 membunyikan hon.Dan pada jam 5.30 ptg pula Program Kebajikan bersama YB Zailah iaitu lebih di kenali sebagai Program Jom Ziarah,6 keluarga telah di pilih untuk mendapat sumbangan dari PAS Pasir Gudang.Sepanjang perjalanan Program tersebut YB Zailah sentiasa mengukirkan senyuman walau pun kepenatan akibat dari jadual yang padat.Dan pada sebelah malamnya YB Zailah atau panggilan mesranya kak Lah telah menyampaikan ceramah beliau bersama Cik Kumutha dan Puan Norhayati Bachok.Tahniah di ucapkan kepada Dewan Muslimat Pasir Gudang... Masyarakat India turut meraikan Yb

Jun 17, 2012

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya Peringkat Negeri Johor Berjaya

12:02 PTG Nusajaya Kini SAGIL - Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor yang diadakan semalam dianggap telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Rekod kehadiran ahli dan penyokong PAS di setiap program yang dianjurkan cukup memberansangkan. Menurut Tuan Haji Ghazaley Ayub yang merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, sasaran 10,000 ahli dan penyokong PAS yang hadir ke semua program yang telah disusun telah tercapai. " Untuk jamuan rakyat yang turut dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain, anggaran hadirin yang hadir adalah lebih dari 2000 orang. Pada sebelah petangnya, kita anjurkan program hi-tea bersama pimpinan PAS dna hadirin yang hadir juga dianggarkan melebihi 1000 orang. Pada kemuncak malamnya, hadirin yang hadir ke program munajat dan ceramah adalah melebihi 5000 orang. Jadi kita anggarkan ahli dan penyokong yang hadir pada himpunan hijau ini adalah sekitar 10000 orang" "Saya melihat ini merupakan perkembangan yang cukup baik dan menarik bagi PAS Johor. Kehadiran hadirin ke program kita sejak akhir-akhir ini cukup memberangsangkan. Saya lihat golongan muda adalah golongan yang banyak hadir ke program kita. Masyarakat pelbagai kaum juga cukup selesa dengan program kita sekarang. Ia mengambarkan PAS mula mendapat tempat di hati penduduk negeri Johor", ujar beliau lagi. Dalam pada itu, ketika diminta mengulas berkenaan banner yang dianikkan oleh JKKK Kampung Sagil yang menyatakan bantahan terhadap kehadiran Presiden PAS dan YB Salahuddin Ayub, beliau mengulas bahawa PAS Johor tidak akan melayan provokasi yang cuba dilakukan ini. "Saya melihat bendera yang mereka pasang bagi menyaingi bendera PAS adalah salah satu proses demokrasi. PAS tidak ada sebarang masalah. Banner yang mereka naikkan juga kita anggap sebagai bukan provokasi yang keterlaluan" "Alhamdullillah program yang dianjurkan berjaya dilaksanakan tanpa sebarang provokasi. Saya ucapkan kepada Ketua Kampung Sagil dan Ketua Pemuda UMNO bahagian yang memberikan kerjasama yang baik kepada kita dan tidak dilupakan juga anggota keselamatan. Kawasan ini adalah kawasan baru bagi kita dan dengan kehadiran ramai orang pada malam ini dan juga penduduk kampung, ia akan menjadi perintis kepada kawasan Sagil ini", jelas beliau ketika dihubungi wartawan Nusajayakini. Tetamu yang hadir pada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat Negeri Johor adalah Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, YB Salahuddin Ayub, Dato' Dr. Mahfodz Mohamed, Tuan Guru Abdullah Hussin dan Saudara Hassan Karim. Sumber Nusajaya Kini

Jun 12, 2012

PEMUDA PAS PASIR GUDANG RAIKAN HARI GURU PASTI

ucapan Perasmian

Guru Pasti bersama keluarga masing masing

Ydp Kawasan sampaikan hadiah kepada Pasti terbaik
Pada 10 Jun Dewan Pemuda PAS Pasir Gudang   meraikan seluruh guru PASTI Kawasan  sempena Hari Guru. Yang bertemakan “Guru Memimpin Perubahan Ummah”


Majlis makan  tersebut berlangsung di Restoren SSS Senibong . Majlis betambah meriah dengan guru-guru hadir bersama keluarga masing-masing. Selain bertujuaan memberi penghargaan kepada guru-guru, majlis ini juga dapat merapatkan ukhwah antara DPP Puchong dan seluruh guru PASTI Pasir Gudang
  Penyelia Pusat Aduan Rakyat Permas dan juga merangkap  Ajk Pas Kawasan  Syed othman  Syed Abdullah  telah sudi hadir merasmikan majlis ini dan menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada guru-guru. Turut hadir sama   Ydp Kawasan Haji Azhari  serta ajk kawasan , Dalam majlis ini ,u PASTi Taman rinting di pilih Pasti terbaik bagi kali kedua berturut turut . Ketua Pemuda  Kawasan Merangkap Pengerusi Pasti Mohd Rozi Sihab berharap guru-guru PASTI agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendepani segala cabaran terutamanya cabaran pendidikan yang semakin mencabar  dan terus memperkasakan pendidikan PASTI disamping meningkatkan profesionalisme keguruan mereka.


Jun 11, 2012

Bapa Mohon Penjelasan JPN


Mohd bersama anak Perempuan sulungnya

Letih mengadu dan mendengar jawapan  daripada pihak terbabit, Encik  Mohd  berasal dari  Sabah sekarang menetap di Seri alam Pasir Gudang Hampir 18 tahun, tampil menemui PAR  dengan harapan pihak yang bertanggungjawab membuka mata terhadap masalah yang dilaluinya selama ini. Mohd  memberitahu anak perempuannya  tidak memiliki kad pengenalan dan surat beranak sehingga pihak  sekolah tak benarkan anak belaiu masuk sekolah dakwa beliau

"Saya tidak menyalahkan pihak Sekolah dalam hal ini… cuma apa yang saya kesalkan ialah kegagalan pihak tertentu dalam mengeluarkan surat beranak dan kad pengenalan anak saya sehingga menimbulkan kesulitan seperti ini," katanya. hanya anak saya yang sulung ini sekarang dah berumur 16 tahun  yang belum selesai,... empat lagi adik beradik sudah memilik surat beranak masing masing kerana mereka lahir di Johor kecuali anak perempuan saya yang ini sulung lahir di sabah

Menurut Mohd  lagi, berbekalkan harapan agar masalah tersebut dapat diselesaikan segera, beliau pergi ke JPN Pasir Gudang  bagi mendapatkan penjelasan namun semuanya sia-sia sahaja.

"Bayangkanlah setiap kali saya saya membuat susulan di JPN Pasir Gudang, mereka akan mengatakan "tunggu" ataupun menyuruh saya membuat rujukkan JPN Putra Jaya Walaupun penat, namun saya tetap berusaha lagi.

"Saya betul-betul tidak tahu mahu buat apa lagi. Semua dokumen yang lengkap sudah diserahkan. Semua perkara yang diarahkan pun saya sudah lakukan, tetapi jika saya membuat susulan berkenaan hal ini, sama ada  mereka tetap memberikan jawapan yang sama "tunggu". Jadi apa lagi yang perlu saya buat? Takkanlah nak duduk diam dan tunggu saja! Gelaplah masa depan anak saya nanti…" tambahnya.

Sambil memohon maaf, Mohd harap supaya masalahnya itu dapat di pandang serius oleh pihak berkenaan.

"Sudahlah wang, tenaga dan masa habis dilaburkan semata-mata untuk mendapatkan kad pengenalan anak saya…. Tambah sakit hati lagi bila terasa diri menjadi pelarian di bumi sendiri…. Jadi kepada pihak yang mempunyai autoriti dalam hal ini, tolonglah…tolong saya" rayunya.