Apr 15, 2011

Kalau nak serang saya tunggu selepas pengundian – Anwar


KUCHING: Usaha pihak tertentu yang melakukan rekayasa di media menjelang tidak lebih 24 jam dari tarikh pengundian merupakan percubaan untuk mengalihkan pandangan rakyat Sarawak daripada melakukan perubahan.
“Fokus sekarang ini adalah rakyat mahu tentukan pemilihan kepimpinan di Sarawak. Jangan benarkan sesiapa alih pandangan. Lusa boleh bincang tentang Anwar.
“…Nak bincang boleh. 17 haribulan boleh teruskan serangan seperti biasa terhadap Anwar,” kata Ketua Umum KEADILAN itu pada sidang media di Hotel Grand Continental, pagi ini.
Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis dengan perkembangan melalui respon rakyat sepanjang tempohnya berkempen selama 13 hari di sini.
“Kita optimis dapat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional, bahkan harapan kita adalah lebih dari itu, iaitu mahu menubuhkan kerajaan di Sarawak.
“Ia tidak mudah, kerana pilihan raya ini tidak dijalankan dengan bebas dan adil. Keprihatinan kami adalah berdasarkan perkembangan beberapa jam mulai sekarang,” ujarnya.

Anwar menegaskan, Pakatan Rakyat sebenarnya bukan berhadapan dengan Barisan Nasional, tetapi jentera kerajaan yang ditunggangi Barisan Nasional.
“Barisan Nasional tiada wibawa, sehinggakan ketika mereka menganjurkan program pun, terpaksa menggunakan kapasiti sebagai jawatan Menteri.
“Jika mereka duduk di atas nama Barisan Nasional, ia tidak mendapat sambutan,” kata Anwar.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Rakyat Sarawak Tolak Taib


 Penasihat DAP Lim Kit Siang menyatakan sebarang kepincangan dalam kempen  Barisan Nasional adalah berpaksi kepada keengganan Ketua Menteri Abdul  Taib Mahmud, meletak jawatan secepat mungkin.

Kit Siang turut menyatakan betapa pengunduran Taib dari jawatan itu merupakan 'satu-satunya' isu dan senjata berkesan menentang Barisan Nasional dalam PRN ke 10 ini.
Malah menurut Kit Siang, hakikat itu turut disedari oleh Perdana Menteri Najib Razak tetapi nyata beliau tidak berupaya mempengaruhi Taib untuk berundur.

"...Yang menyatukan rakyat Sarawak tidak kira bangsa atau agama (ialah mereka menolak Taib)…bukanlah kerana  umur Taib atau tempohnya menjadi Ketua Menteri tapi kerana  kurang kebertanggungjawaban, ketelusan dan tata kelola baik di bawah pemerintahannya,”kata Kit Siang.


Beliau hadapi pelbagai tuduhan penyalahgunaan kuasa dan korupsi yang tidak berjaya dinafikan olehnya,” tambah Kit Siang.

"Bukannya Najib tak sedar kelemahan Barisan Nasional ini tapi beliaupun tak berupaya membuat Taib mengundurkan diri," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad 'mengingatkan' Taib mengenai beberapa kekalahan BN kerana ketuanya tidak mahu mengundurkan diri.

Mahathir merujuk kepada seorang Menteri Besar yang tidak mahu mengundur diri selepas 25 tahun menerajui negeri itu dan akhirnya ditolak rakyat.

Kit Siang menyatakan rancangan Najib untuk 'mengikat Taib' supaya mengundurkan diri lebih awal  dipatahkan oleh Ketua Menteri itu.

Najib berjanji kepada rakyat Sarawak bahawa Taib akan mengundur diri walaupun terdapat laporan Taib hanya akan berundur dua atau tida tahun lagi.

"Contohnya, bila Najib 'menutup' Putrajaya selama enam hari, and bawa seluruh kabinetnya ke Sarawak untuk berkempen bagi PRN ini, mesej pertamanya ialah menyatakan rakyat Sarawak pertukaran kepimpinan negeri dalam tempoh terdekat.

"Tapi Taib enggan bekerjasama dan dengan jelas mengatakannya di hadapan Najib, bahawa dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk berundur dari jawatan Ketua Menteri 'dalam temph terdekat," kata Kit Siang lagi.

Masih Tamak : Taib Mahmud janji berundur dalam dua tahun


Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud akhirnya berjanji untuk berundur dalam tempoh dua tahun, walaupun sebelum ini mendakwa bahawa dirinya tidak akan terperangkap dengan permainan pembangkang untuk mengumumkan waktu berundur dan penggantinya.
"Secara terus-terang saya berkata kepada anda.  Saya berkata dari hati saya, kerana saya akan meninggalkan anda dalam masa dua tahun.  Sebagai kata perpisahan, saya sayang kamu semua.  Tak apa kalau kamu tak dengar kata-kata saya.  Tapi saya mesti beri amaran kepada anda.  Negara ini tidak akan ke mana, tidak baik untuk orang Cina, melainkan orang Cina memilih pemimpin yang betul, untuk bekerjasama dengan bangsa lain," kata Taib Mahmud (gambar kiri) dalam satu jamuan anjuran pertubuhan Cina tempatan di Kuching, malam tadi.
Taib Mahmud yang menerajui tampuk kerajaan negeri Sarawak sejak 26 Mac 1981 berkata, banyak perubahan yang berlaku di Sarawak.  Mereka yang kononnya mahu "berubah", tidak menyedari perubahan yang telah dilaksanakan dalam kerajaan.  Perubahan-perubahan ini dijalankan dengan lancar, kerana dilaksanakan mereka yang berpengalaman dalam kerajaan negeri, katanya.

BN semakin terdesak
Luahan Taib Mahmud malam tadi memberi petanda bahawa Barisan Nasional semakin terdesak dengan sentimen masyarakat Sarawak yang dilihat memihak kepada Pakatan Rakyat.  Pada 19 Mac 2011, Taib Mahmud mengumumkan bahawa dirinya akan memimpin BN dalam PRN Sarawak 2011, dan bakal memastikan peralihan kuasa yang lancar apabila beliau bersara.
Bagaimanapun, pengumuman rancangan bersara tanpa had tempoh tersebut dijadikan tema kempen pembangkang kemudiannya, dan berjaya mengeksploitasi sentimen rakyat yang menuntut agar Taib berundur segera.  Perdana Menteri Najib Razak jelas merasai bahang tersebut, sehingga mengulangi jaminannya pada 10 April bahawa Taib Mahmud akan berundur selepas PRN Sarawak 2011.
Bagaimanapun, Taib Mahmud mendakwa bahawa dirinya akan berundur "beberapa tahun kemudian" pada 12 April, malah berkata dirinya enggan terperangkap dengan permainan pembangkang untuk mengumumkan masa beliau bersara dan penggantinya.  Sentimen ini terus dimainkan, malah pada 11 April, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution telah menunjukkan satu keratan akhbar Borneo Post bertarikh
7 November 1995 yang melaporkan bahawa Taib berjanji akan berundur dalam tempoh lima tahun.
Pada 13 April, Najib Razak mengumumkan bahawa sasaran BN adalah untuk membentuk kerajaan dalam PRN Sarawak 2011, dan majoriti dua pertiga dianggap sebagai "bonus".  Matlamat yang "rendah" sebegitu sememangnya menandakan sesuatu, memandangkan Pakatan Rakyat hanya menang 9 daripada 71 kerusi dalam PRN Sarawak 2006, walaupun dua daripadanya menyertai BN kemudiannya.
Jelas, PRN Sarawak adalah pertarungan yang sengit buat BN, dan semestinya memberi impak terhadap lanskap politik Malaysia secara keseluruhannya.

Apr 14, 2011

PEMUDA UMNO PASIR GUDANG POLITIK TIDAK MATANG

PASIR GUDANG - Pakatan Rakyat (PR) meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang yang membuat provokasi di luar hotel ketika Ceramah Umum PR, di sini, malam Ahad lalu. 

Bn Sarawak Mula Kepanansan . . . .

Oleh Roslan SMS
Hari ini dalam akhbar The Star sisipan Sarwak yang hanya dijual di negeri ini pimpinan BN member amaran kiranya masyarakat Cina Sarawak mengundi calon DAP dan menolak calon SUPP maka kuota Timbalan Ketua Menteri Sarawak nanti akan diberikan kepada wakil bukan Cina.
Jika ini bukan satu ugutan berbau rasis, apalagi?!


Ada pula seorang lagi mengatakan Sarawak bukan majority Cina sebagaimana Pulau Pinang yang boleh melihat DAP menang menjadi Ketua Menteri.
Sekali lagi sentimen perkauman dimain, dan siapa lagi pemainnya jika tidak BN yang tiada modal melainkan politik murahan untuk berhadapan dengan asakkan dari Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 ini.

Ternyata kehadiran calon-calon PR yang lebih berwibawa serta pengekalan calon-calon BN yang sudah tercemar rekod masing-masing mula menampakkan kebimbangan pada kem BN. Kesatuan PR yang dari berbilang parti cuba dipecah-pecahkan dengan menyerang parti-parti komponan PR secara berasingan.
Selepas keputusan PRU Negeri Sarawak ke 9 lalu yang membangkitkan kesedaran politik dikalangan rakyat Sarawak serta kemenangan Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu, jelas rakyat Sarawak sudah semakin matang kesedaran politiknya. Walaupun terpisah jauh dengan Laut Cina Selatan namun kemajuan teknologi tidak menghalang rakyat negeri ini untuk turut bangkit menuntut perubahan.
Riuh kem BN Sarawak terpaksa meyakinkan yang Taib Mahmud akan letak jawatan selepas BN menang kembali, jika begitu mengapa tidak bersara sahaja sebelum PRU dan beri peluang kepada tenaga baru.
Dalam kecelaruan dan kebimbangan kem BN Sarawak, jentera PR perlu terus mengasak dan tidak mustahil sesuatu yang luar biasa boleh tercipta tanggal 16 April ini. Dahulu pun semasa Datuk Haris Salleh di bawah naungan BN menghadapi pilihanraya negeri Sabah berhadapan dengan PBS (parti baru pimpinan Pairin ketika itu) tiada pihak yang menyangka pemimpin sehebat Harris boleh jatuh kecundang. Bukan sahaja partinya hampir lenyap tetapi Harris pun turut lingkup di kerusinya sendiri di Tenom.
Oleh itu jangan pandangan rendah kemampuan rakyat Sarawak. Ayuh bangkit dan pelopori perubahan yang bakal merobah seluruh senario politik seluruh Negara.


BN GABRA TENGOK KEHADIRAN ORANG RAMAI

TAIB PERNAH JANJI LETAK JAWATAN

Laporan akhbar Straits Times pada tahun 1995, pernah menyiarkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin Taib Mahmud yang pada masa itu berjanji untuk meletakkan jawatan dalam masa lima tahun. Kalau Taib Mahmud tidak memungkiri janji ini dahulu, hari ini tiada rakyat Sarawak yang menolak Barisan Nasional kerana berang dengan perompak besar ini.

Sepatutnya sejak tahun 2000 (11 tahun dulu) lagi Taib Mahmud sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak jika dia memenuhi janjinya.

Di sini bukti jelas menunjukkan bahawa pemimpin kebanggaan gerombolan songkok tinggi ini adalah penipu besar.





Walau bagaimanapun, pihak Pakatan Rakyat seharusnya berterima kasih dengan penipuan Taib Mahmud ini. Dengan adanya pemimpin Barisan Nasional yang merompak harta rakyat, gila kuasa, kronisme dan nepotisme seperti ini, maka tugas Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Barisan nasional di Sarawak menjadi semakin mudah. Terima kasih kepada Taib Mahmud kerana telah gagal mentadbir Sarawak dengan baik dan jujur.


Apr 13, 2011

BN Sarawak: Tradisi Memangsakan Rakyat

Sarawak: Oleh YB Dzulkefly Ahmad
Rakyat Sarawak mesti melakukan perubahan pada pilihan raya negeri yang berlangsung 16 April ini daripada terus menjadi manges kerajaan.
Ini kerana kerajaan BN negeri secara tradisi menjadikan rakyat sebagai mangsa termasuk merampas tanah mereka dengan alasan untuk menjadikan negeri ini maju.
Justeru, adakah rakyat dan pengundi termasuk di Dun Muara Tuang kepada jaminan yang diberikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menjadikan Sarawak Maju pada 2020.
Itulah pertanyaan yang dilontarkan oleh AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad semasa berucap di hadapan kira-kira 100 orang kaum Iban di Kampung Rembus, malam tadi.
Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, sedangkan apa yang berlaku tanah rakyat dirampas dan kehidupan mereka terpinggir.
Katanya, tanah mereka diambil oleh kerajaan dan diberikan kepada pemaju untuk pembangunan kononnya untuk menjadikan negeri ini maju pada 2020 nanti.
Namun, ujarnya pampasan yang diberikan kepada tuan tanah hanyalah sekelumit yang menjadikan kehidupan mereka semakin terhimpit

“Apakah rakyat percaya kepada jaminan Taib pada tahun 2020 untuk menjadikan Sarawak maju sedangkan yang kaya raya adalah suku sakatnya,” ujarnya.
Menurutnya, Sarawak adalah negeri kaya dengan hasil bumi seperti minyak dan balak tetapi dibolot dan ‘difaraidkan’ oleh pemimpin negeri kepada suku sakat mereka.
Tambahnya, ini menjadikan anak beranak, adik beradik dan kawan-kawan Taib menjadi kaya raya umpama memiliki hartanah lapan negara merentasi empat benua.
Beliau mengambil contoh bagaimana adik Taib melalui syarikat Titanium Management Sdn Bhd mendapat tanah terbesar seluas 70,000 hektar di Sungai Kloh dan Dor.
Paling kecil pun, katanya suku sakat Taib mendapat seluas 61 hektar tanah rakyat.
Beliau turut mengambil contoh projek Empangan Bakun yang menyebabkan 10,000 orang yang terdiri daripada 13 kaum termasuk Penan, Kayan dan Kanyah terpaksa keluar dari penempatan asal.
Ekoran itu, mereka terpaksa mencari kehidupan di bandar sedangkan tidak mempunyai kelayakan, kedudukan dan ketrampilan yang akhirnya menjadi ‘alat’ kepada permasalahan sosial.Posted by WEB PORTAL PRN SARAWAK KE 10 - 2011   


BN MENUKAR STRATEGI

Gerun dan tertekan dengan kehadiran luar biasa rakyat Sarawak ke ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Sarawak, BN menukar strategi dengan mengadakan konsert artis untuk menarik orang ramai terutamanya golongan muda.
Walau bagaimanapun Konsert+Ceramah (KOMA) yang berlindung di balik NGO 1Malaysia yang di adakan malam tadi di Padang Merdeka Kuching masih gagal menandingi sambutan orang terhadap ceramah anjuran Pakatan Rakyat.
Saya mencadangkan BN menjemput pelawak dan pelakon terkenal untuk menarik orang ramai. Mendahului senarai ialah Umi Hafilda, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin.
Mungkin untuk memastikan lebih ramai audien boleh menjemput produser filem lucah terkenal, Rahim Tamby Chik yang akan menggunakan sound effect dan visual khas hitam putih terkini untuk membuat persembahan yang lebih menarik.

PAS bimbang hasil kekayaan tidak dinikmati rakyat

Apa yang dibimbangi oleh PAS itu kini sudah menjadi kenyataan. Rakyat Sabah dan Sarawak miskin walaupun kedua-dua negeri itu kaya dengan hasil bumi.[Image]PAS menolak dakwaan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa parti itu menentang kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia tetapi sebenarnya bimbang hasil kekayaan kedua-dua negeri itu tidak dinikmati oleh rakyatnya.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, “apa yang dibimbangi oleh PAS itu kini sudah menjadi kenyataan sekarang. Rakyat Sabah dan Sarawak miskin walaupun kaya dengan hasil bumi.
“Pakatan Rakyat menjanjikan royalti minyak 20 peratus kepada kedua-dua negeri, sedangkan Barisan Nasional (BN) hanya memberikan lima peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib bahawa PAS menentang kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia pada suatu ketika dahulu.
“Antara isu yang dibawa PAS dahulu, sewaktu kita nak tubuh Malaysia ialah mereka menentangnya, jangan kita lupa dari segi sejarahnya dan hari ini rakyat Sarawak semakin makmur kerana telah merdeka dalam Malaysia.

“Jangan kita layan orang yang telah menafikan sesuatu yang baik untuk rakyat Sarawak, mengikut sejarah yang tubuh Malaysia ialah kerajaan pimpinan BN atau dahulunya dinamakan, Perikatan.
“Dengan kerjasama parti-parti dari Sarawak dan Sabah yang kemudiannya bergabung sebagai satu komponen telah merintis ke arah Wawasan 2020,” kata perdana menteri dalam satu majlis di Betong, Sarawak semalam.
Sementara itu, di Sibu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa pembangkang memainkan sentimen agama kononnya BN anti Kristian untuk meraih undi cara mudah.
Mengulas dakwaan tersebut, Tuan Ibrahim berkata, rakyat Sarawak mempersoalkan tindakan kerajaan meluluskan buku al Kitab menjelang pilihan raya negeri Sarawak.
“Mengapa sebelum ini tidak diluluskan tetapi apabila ada pilihan raya, ia diluluskan. Kalau dituduh kita menggunakan agama, mengapa PAS diterima baik oleh pengundi kaum Iban yang beragama Kristian?
“Mereka yang tinggal di rumah panjang menerima PAS dan ini sekaligus menolak dakwaan Muhyiddin itu,” katanya lagi.
Sabah dan Sarawak menyertai Malaya dan Singapura untuk bergabung bagi membentuk sebuah negara persekutuan Malaysia pada tahun 1963.sumber blog 

Apr 12, 2011

ANWAR CERAMAH DI SATOK

Barisan Nasional akan menabur jutaan ringgit 4 hari terakhir

SATOK: KEADILAN menjangka Barisan Nasional akan menabur jutaan ringgit bukan sahaja kepada pengundi, malah kepada calon-calon KEADILAN yang bertanding pada 4 hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulas laporan mengenai calon KEADILAN bagi kerusi DUN Baleh, Bendindang Manja yang ditawarkan sejumlah wang supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya itu, 16 April ini.
“Kita menjangkakan wang akan digandakan dan ia diluar kawalan kami. Pihak lawan sememangnya menggunakan taktik ini, bahkan hanya satu hari selepas penamaan pun ada diantara calon KEADILAN yang ditawarkan untuk menarik diri.

“Tapi, syukurlah setakat pemantauan kita, calon-calon masih bersama dengan rakyat. KEADILAN akan mengawal supaya tiada anasir Barisan Nasional yang akan mendekati untuk membeli calon kita,” kata Rafizi pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN, dekat Satok hari ini.
Beliau menjelaskan, sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan calon-calon KEADILAN akan goyah walaupun tahu bahawa tawaran tersebut akan datang dari pelbagai pihak.
“Agak sukar sekarang ini bagi mereka menarik diri dan mengkhianati melihatkan kepada gelombang sokongan rakyat,” kata Rafizi.
Dalam pada itu, Rafizi mengingatkan kepada pengundi di Sarawak bahawa jumlah ribuan ringgit yang ditawarkan adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan 30 tahun penderitaan rakyat Sarawak.
“Mereka beri seribu kita minta dua ribu. Mereka beri dua ribu, kita minta tiga ribu.
“Justeru saya ulang kepada para calon untuk turun bertemu dengan rakyat dan beritahu mereka untuk ambil wang itu, sebab ia memang wang anda.
“Tetapi undi adalah rahsia. Jangan lepaskan peluang, kerana hanya masa inilah sahaja kita mampu buat perubahan. Jika mahukan perubahan, undilah Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Apr 11, 2011

Pakatan Pasir Gudang kesal Pemuda UMNO gangu Program Pakatan di Pasir Gudang


       Pemuda UMNO yang  ganggu program Pakatan      
      
                                  Hampir  700 orang berbagai kaum hadir mendengar ceramah pada malam tersebut               

    
Kerana tak tahan dengan sokongan pelbagai kaum terhadap Pakatan ,Pemuda mula tunjuk sikap merek yang sebenar kurang ajar terhadap  Program pakatan dengan hantar pemuda pemuda umno yang di upah untuk mengangu Program Pakatan di Hotel Li Garden Masai semalam 
Pakatan  kesal dengan tindakan kumpulan berkenaan yang bertujuan melakukan provokasi bagi mencetuskan kejadian yang tidak diingini pada  malam tersebut
mengajuk dan melaung-laung kepada kita,  bercakap yang tidak senonoh serta mengutuk Anwar. Tindakan ini bertujuan untuk menaikkan kemarahan kita.         

“Tindakan Umno menggunakan anak-anak muda ini menunjukkan budaya samseng dan biadap ,”.
     
 Syed othman juga menasihati penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak bertindak balas terhadap provokasi ahli Umno.

“Kita tahu tindakan Umno ini semata-mata untuk mencetuskan pergelutan dan mereka mahu kita memulakan pergaduhan. Mereka sudah merasa tergugat dan terdesak kerana keyakinan rakyat Pada Pakatan makin bertambah
Dalam majlis ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di  Hotel Li Garden Masai semalam sekumpulan pemuda BN berhimpun dan membuat bising di pakarangan Hotel tersebut.

 Polis tak pernah halang Pemuda UMNO yang buat provokasi  terhadap Pakatan

Bersuaralah dengan berani rakyat SARAWAK



Tinggal 5 hari lagi tempoh berkempen di Sarawak. Para pengundi berdaftar di Sarawak akan keluar mengundi pada hari Sabtu 16 April ini dan kerajaan baru penggal ke 10 dijangka dibentuk pada awal pagi Ahad 17 April.
Setelah hampir 5 hari berkempen rakyat Sarawak mula menampakkan keinginan untuk menikmati angin perubahan. Samada angin itu akan membawa perubahan sehingga membentuk kerajaan baru diperingkat negeri tidaklah diketahu tetapi yang nyatanya setekah lebih 5 hari ia memang bertiup kencang.
Di sana-sini ungkapan “crocodile catcher” atau “pemburu buaya” dinisbahkan kepada rakyat Sarawak jika berjaya menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Taib meniti di bibir rakyat. “Buaya putih” dikatakan sedang menghitung hari-hari terakhirnya. Mampukah rakyat Sarawak berbuat demikian?
Sesungguhnya dalam politik Malaysia tiada yang mustahil. Buaya besar di Kota Kinabalu bernaung bawah parti BERJAYA pernah jatuh tersungkur dibelasah rakyat Sabah satu ketika dahulu, begitu juga buaya di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, apa isitmewanya yang di Sarawak?

Kita haru ingat dalam pilihanraya negeri Sarawak ke 9 dahulu rakyat melihat pembangkang mendapat tempat buat pertama kali di negeri tersebut, DAP emmang besar dengan 6 kerusi diikuti satu oleh PKR manakala PAS Cuma tewas 800 undi di Beting Maro.
Hasil dari kebangkitan rakyat di Sarawak itu melihat rakan-rakan di Semenanjung membawa tsunami yang lebih besar sehingga menghilangkan majority dua pertiga BN di Dewan Rakyat dan merebahkan kerajaan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain mempertahankan Kelantan dengan majority yang lebih besar.
Sarawak hari ini akan berdiri sebagai pemangkin buat Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Jika Pakatan Rakyat dapat meningkatkan pencapaiannya tidak mustahil ianya akan menular sehinga ke PRU ke 13 tetapi jika berlaku perubahan besar sehingga terbentuk kerajaan baru di Sarawak tidak mustahil esok tiada lagi BN di Putrajaya.
Bersuaralah dengan berani rakyat SARAWAK!
Posted by WEB PORTAL PRN SARAWAK

Apr 10, 2011

10hb April 2011 CERAMAH 3 PENJURU PR(LI GARDEN HOTEL, MASAI


Saya ketika memberi ceramah.


YB Ng Suee Lim


Orang ramai khusyuk mendengar ucapan dari penceramah.



Semalam program Pakatan Rakyat Pasir Gudang dengan Kehadiran Yb Chang Lih Kang ,Yb Ng Swee Lim,Yb Dr Boo yang di adakan di Hotel Li Garden Masai, dengan kehadiran berbagai kaum untuk mendengar isu isu semasa yang di sampaikan oleh pencenramah jemputan.

Najib Dokong, Bersekongkol Dengan Pimpinan Korup Taib

KUCHING 10 APRIL : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tugas Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk berkempen bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 sebagai tindakan mendokong dan bersekongkol dengan kepimpinan korup serta bergelumang dengan rasuah.
Menurut Anwar, ini juga jelas menunjukkan Umno-Barisan Nasional(BN) semakin terdesak untuk terus berkuasa di Bumi Kenyalang.
Katanya, tindakan panik Najib membawa keseluruhan Kabinet serta jentera kerajaan untuk membantu kempen pilihan raya negeri merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

"Najib datang ke Sarawak untuk mendokong satu kepimpinan yang korup dan semakin ditolak oleh rakyat. Amat jelas langkah Najib membawa seluruh Kabinet dan jentera kerajaan pusat menunjukkan kegagalan jentera pilihan raya Ketua Taib Menteri Taib Mahmud.
"Najib gagal untuk memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan rampasan tanah rakyat dan rompakan balak secara besar-besaran yang dilakukan oleh pimpinan Taib selama 30 tahun," kata Anwar pada sidang media di sebiah hotel di sini tengahari tadi.
Beliau juga membidas Suruhanjaya Pilihan Raya yang secara sedar menutup mata terhadap apa yang dilakukan oleh Najib sebagai Pengerusi BN yang menyalah gunakan jentera pentadbiran kerajaan.
"Saya diberitahu oleh calon kita (Parti Keadilan Rakyat) di Belaga bahawa keseluruhan jentera dan pentadbiran kementerian (Datuk Seri) Sharizat (Jalil) diturunkan di kawasan beliau untuk berkempen. Perkara ini jelas menunjukkan SPR bertoleransi terhadap salah guna secara terang-terangan ini.
Mengulas mengenai manifesto BN, Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN menegaskan apa yang ditawarkan oleh Taib pada pilihan raya kali ini hanyalah kitaran kepada apa yang dijanjikan selama 50 tahun tahun.
"BN mengitar isu pembangunan untuk rakyat yang mereka gagal tunaikan sejak 50 tahun dahulu. BN gagal menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat yang dipinggirkan dan bagaimana kekayaaan negeri di ambil untuk memperkayakan segelintir kecil pemimpin serta kroni mereka," ujar beliau.
Posted by WEB PORTAL PRN SARAWAK KE 10 - 2011 at 6:52 PM

TAIB MAHMUD HIDUP MEWAH RAKYAT MINUM AIR HUJAN


KOTA SAMARAHAN - Kemiskinan yang berlaku dikalangan penduduk Sarawak khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang adalah jauh lebih teruk daripada yang dibayangkan.

Menurut calon PAS yang bertanding di DUN tersebut, Noraini Hamzah (Kak Ani), kebanyakan rakyat tidak memiliki apa-apa harta benda walaupun tanah yang mereka duduki, kerana ia tidak diberi geran hak milik.

Beliau mendakwa, ia menambahkan beban kehidupan rakyat apabila lebih satu keluarga tinggal di dalam rumah yang mereka bina atas tanah yang bukan milik mereka itu.

"Ada yang tinggal lebih 15 orang dalam satu rumah, bukan satu keluarga, anak yang dah kahwin pun duduk (di)situ, cucu yang dah kahwinj pun duduk (di)situ, satu keluarga dalam sebuah rumah,"ujarnya ketika ditemui pada Sabtu, 9 Apriil.

Selain itu, katanya, masih ada ralkyat Sarawak duduk dipinggi bandar yang masih memasak dengan dapur kayu kerana tidak mampu untuk membeli dapur dan gas.

"Percaya tak? dalam zaman yang moden (kini) masih lagi orang memasak (guna) dapur kayu!,"jelas Kak Ani, menceritakan kemiskinan rakyat, khususnya yang berlaku disekitar kejiranan kediamannnya, Kampung Tanjung Bundong.

Buletinonline telah dibawa oleh Kak Ani menurut ke sebuah rumah tidak jauh dari rumahnya.

Ia sebenarnya bukanlah sebuah rumah melainkan susunan kayu-kayu buruk yang menjadi 'pondok berlindung' sebuah keluarga.

Turut serta dalam tinjauan tersebut adalah Penasihat Kontingen PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat dan Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman.

Haji Hanafiah berkata ia adalah satu tragedi yang menyayat hati apabila, Taib Mahmud hidup dengan segala kemewahan, namun rakyat dibiarkan merana dalam kesusahan.

Selain kawasan kependudukan Melayu di Kota Samarahan, terdapat penduduk kaum Iban yang tinggal dikampung Merang dan Merang Baru didalam daerah mengundi Semarang masih mandi dalam air parit dan menerangakan gelap malam dengan lilin.

Kedudukan kampung -kampung tersebut bukan terletak beratus atau beribu batu, tetapi hanya beberapa puluh kilometer dari bandaraya Kuching.

Manakala Ariffin Deraman terkejut kerana penduduk di Kampung Merang Baru yang menampung air hujan kemudian menapisnya untuk dijadikan air minuman.

Apr 9, 2011

5,000 hadiri ceramah DAP: Sentimen "Undur Taib" memuncak


Ketua Menteri Taib Mahmud didakwa telah menelan tanah yang luasnya bersamaan 20 kali ganda keluasan Singapura, dan beliau dicabar agar memuntahkan separuhnya untuk menunjukkan keikhlasannya kepada rakyat! Demikianlah cabaran Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu ceramah di Kota Sentosa, Kuching yang menarik kehadiran kira-kira 5,000 orang, semalam.
Lim Kit Siang (gambar kiri) disambut dengan tepukan gemuruh setibanya di Kota Sentosa, dan beliau memulakan ceramahnya dengan melontarkan soalan, "Sudahkah rakyat bersedia untuk perubahan?", disambut dengan teriakan, "Ya!"

Taib Mahmud, atau lebih dikenali sebagai "Pak Uban" dijadikan sasaran sepanjang kempen PRN Sarawak, dan isu ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan komuniti Cina. Lim Kit Siang memetik Sarawak Report bahawa Taib Mahmud dan kerabatnya telah menelan tanah yang luasnya kira-kira 20 kali ganda keluasan Singapura, dan Taib dicabar agar memuntahkan separuh daripadanya, untuk membuktikan keikhlasannya terhadap rakyat.
Antara isu yang dibangkitkan termasuklah kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani, klip video seks yang diedarkan "Datuk T", keselamatan dan sebagainya - untuk membidas bagaimana kerajaan mengamalkan double standard dalam pentadbiran.
Beliau berkata, tsunami politik pada 8 Mac 2008 bermula dari "angin kencang" di PRN Sarawak 2006; seandainya rakyat Sarawak berjaya mencetuskan tsunami kali kedua, maka PRU yang akan datang bakal menyaksikan bagaimana Najib menyandang jawatan Ketua Pembangkang Parlimen, dan Ketua Pembangkang Parlimen sekarang, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Kata-katanya ini disambut dengan tepukan gemuruh di bawah pentas. Selain itu, Voon Lee Shan yang tersingkir dari senarai calon DAP turut hadir untuk memberi sokongan, dan disambut dengan tepukan gemuruh oleh pengundi.

Apr 6, 2011

PRN Sarawak Ala P'raya Hosni Mubarak

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pilihanraya negeri Sarawak Ke-10 yang dijadual berlangsung pada 16 April ini sebagai pilihan raya ala Hosni Mubarak.
Katanya, ini kerana sistem pilihan raya di bawah pemerintahan diktator bekas Presiden Mesir itu tidak ada bezanya dengan apa yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Malaysia.
Menurut Anwar, Pakatan Rakyat telah mengemukakan beberapa tuntutan kepada SPR untuk dilaksanakan bagi menegakkan keadilan dan ketelusan dalam pengurusan pilihan raya namun ia tidak dipedulikan.
"Umumnya media di Malaysia menganggap pilihanraya ini suatu yang sah, bebas dan telus,"katanya.
"Dalam mesyuarat bulan lalu juga Pakatan Rakyat telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya menuntut pilihanraya bebas dan adil dengan memastikan senarai pengundi yang sah, cara pengundian, pengiraan undi yang telus, pengawasan yang teliti, dan tempoh kempen yang cukup (bukan seminggu atau 10 hari),".

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mewakili Pakatan Rakyat menyatakan sekurang-kurangnya 3 minggu waktu untuk berkempen dan itu tidak dipenuhi,"
"Dan apa yang lebih parah lagi adalah kerajaan asyik mencanang pilihanraya demokrasi namun sehingga kini media masih dibelenggu kebebasan menyampaikan maklumat,".
"Itu jelas menunjukkan proses demokrasi tidak berlaku di negara ini, sama sepertimana pilihanraya ala Mubarak Mesir dimana pilihanraya di Sarawak cenderung ke arah itu yang bakal mengusir keluar perompak-perompak hasil kekayaan negeri itu, dan kita harap semangat itu kekal sehingga pilihanraya bebas sepenuhnya,"katanya.
Tegas Anwar, walaupun SPR tidak mendokong atau menutup sebelah mata terhadap semua laporan gejala rasuah semasa pilihanraya namun beliau yakin ia tidak akan mematahkan semangat rakyat untuk terus membuat perubahan.
"Kita jangan gusar, ini adalah proses yang sama berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat sebelum ini kerana itu kita harus yakin kita mampu menang di Sarawak. InsyaAllah rakyat mampu menumbangkan BN,"tegas Anwar.
Sebagai contoh Anwar mendedahkan sikap SPR yang tunduk kepada tekanan Umno-Barisan Nasional apabila gagal mengambil sebarang tindakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang secara terangan membuat kenyataan berunsur rasuah pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu Mei tahun lalu.
Posted by WEB PORTAL PRN SARAWAK KE 10

Apr 5, 2011

Pakatan Rakyat tanding 69 kerusi di Sarawak





Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan akan bertanding di 49 kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menjadikan Pakatan Rakyat akan bertanding 69 daripada 71 kerusi Dun Sarawak.

Sebelum ini PAS mengesahkan bertanding di lima kerusi manakala DAP 15 kerusi. Pakatan hanya tidak meletakkan calon di dua kawasan iaitu Marudi dan Pakan sahaja.