Feb 17, 2010

KU LI : AGONG BOLEH LUCUT JAWATAN PM

Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah senada dengan pengamal undang-undang dan pemerhati politik bahawa Perlembagaan tidak memberi kuasa kepada istana untuk melucut jawatan Menteri Besar sepertimana yang berlaku di Perak.

Komen Ku Li itu yang dimuatkan dalam laman webnya menolak keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu yang mengisytihar Datuk Zambry Kadir dari Umno sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pendirian Ku Li itu tidak disenangi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata tokoh politik itu sering mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Bercakap kepada TV Selangor, Pegawai Khas Ku Li, Mohd Lokman Ghani, berkata bagi Ku Li ialah kebenaran, bukannya mengeluarkan kenyataan untuk tujuan sebaliknya.

“Isu Perlembagaan Perak pada Tengku, dia tetap dengan pendirian bahawa raja tidak boleh memecat Menteri Besar. Kena ikut perlembagaan, kena diputuskan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Jadi Tengku tidak mahu kalau kita tidak mengikut Perlembagaan betul-betul, bermakna Yang Dipertuan Agong boleh membuang Perdana Menteri pada bila-bila masa,” katanya.

Ku Li dalam laman webnya menegaskan beliau yakin bahawa istana tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memecat ketua pemimpin kerajaan.

Beliau berkata, keputusan mahkamah berkaitan kemelut Perak itu memberi implikasi bukan sahaja kepada Perlembagaan perak, malah Perlembagaan Persekutuan.

Hakikatnya, jika keputusan mahkamah diterima, ia bermaksud Yang Dipertuan Agong boleh memecat Perdana Menteri sedangkan kuasa itu hanya dimiliki Parlimen.

Justeru, Lokman berkata, pemimpin Umno sendiri harus telus dalam membahaskan implikasi keputusan mahkamah berkenaan.

“Muhyiddin kata kenyataan Tengku kebelakangan ini berbeza dengan pandangan kerajaan, jadi takkanlah hendak Tengku berbohong. Ikut sahaja apa yang kerajaan mahu sedangkan perkara itu tidak betul,” katanya.

Ku Li sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) kerana mengambil pendirian rakyat Kelantan berhak menerima royalti minyak.

Lokman yang lama mengenali Ku Li berkata, pemimpin veteran itu akan terus bersuara kerana kenyataannya adalah benar dan termaktub dalam Perlembagaan.

“Jadi, apabila kerajaan menyatakan perkara yang tidak betul, dia terpaksa memberitahu perkara yang betul. Itu pendirian dia,” katanya.SUMBER TV

NIK AZIZ PUN PERNAH KHIANAT

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan.

"Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) elok tengok sejarah beliau semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga," katanya di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat harus menjadi orang yang bertanggungjawab dengan menyedari bahawa undi yang diberikan itu adalah amanah.

Katanya, kalau wakil rakyat itu tidak mahu tanggungjawab yang diberi oleh rakyat, elok saja mereka letak jawatan, biar diadakan pilihan raya kecil.

Terkini Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain bertindak keluar daripada PKR kerana kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang serta hilang keyakinan terhadap gabungan pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pada ketika ini seseorang wakil rakyat itu perlu mempunyai prinsip politik yang kuat tanpa mengikut telunjuk perjuangan parti politik dengan membabi buta.SUMBER

"Sekarang ini zaman politik yang lebih terbuka, kita sepatutnya mengambil pendirian berdasarkan prinsip kita sendiri serta tidak mengikut parti dengan membabi buta.

"Kenyataan (Nik Abdul Aziz) ini tak wajar, sepaptutnya melihat dulu sejarah beliau sendiri dan melihat kepada politik sekarang yang tidak terlalu mengikut parti," katanya.

Feb 16, 2010

Setiausaha Politik Menteri Letak Jawatan

Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Mengikut Bernama, kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha polistik kepada menteri kanan di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Butterworth Jumaat lalu.

SPRM yang melakukan serbuan kira-kira jam 3.30 petang turut menemui wang tunai berjumlah RM2 juta di pangsapuri berkenaan.

Turut dirampas termasuk kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus, Pulau Pinang.Sumber

Tidak Cukup Dengan Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tidak cukup dengan sambut MaulidurRasul setahun sekali, berarak dan mengangkat sepanduk serta bersalawat, dalam masa yang sama perintah Allah tidak diamalkan.
Beliau berkata, Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW dengan agama Islam dan petunjuk dari Allah supaya memenangkan agama Islam.
Katanya perjuangan menegakkan Islam tidak berhenti walaupun Nabi Muhammad telah wafat (meninggal dunia).

”Tidak idak cukup dengan sambut MaulidurRasul setahun sekali, berarak dan mengangkat sepanduk serta bersalawat, dalam masa yang sama perintah Allah tidak diamalkan,

”dan dunia dalam keadaan huru hara, perompak semakin banyak, maksiat semakin banyal dan berlaku berbagai bencana alam,

”puncanya tidak lain dan tidak bukan kerana manusia meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukumnya dalam semua perkara,”tegasnya ketika berucap dalam ceramah penjelasan isu-isu semasa di sini semalam.

Beliau berkata demikian dalam mengulas kenyataan-kenyataan akhbar arus perdana memutarbelitkan fakta dan menghentam Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan sambutan Maulidur Rasul.

Menurutnya, ‘ajaran salah’, yang mengatakan bahawa tidak ada dosa dan pahala dalam politik dan pemerintahan negara sedang menguasai orang Islam masakini.

Justeru, orang-orang Islam menjadi umat yanh semakin lemah, diratah oleh oleh ‘musuh-musuh’ diseluruh dunia.

”Kebanyakkan orang Islam (percaya) dosa pahala ini bab sembahyang (dan) bab pergi ke Mekah sahaja, dalam politik, dalam ekonomi dalam memrintah negara tak ada dosa pahala,

”inilah ajaran salah yang sedang mnguasai orang Islam hari ini, sehingga mereka menjadi umat yang makin hari makin lemah,”jelasnya.sumber Bluetin

Feb 14, 2010

Kerajaan Kelantan Tidak Sekat Hiburan: Nik Aziz

Kerajaan pimpinan PAS di Kelantan tidak pernah menyekat pertunjukan hiburan, cuma mengawal dari segi peraturannya supaya tidak bercanggah dengan kehendak dan ajaran Islam, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, ini kerana Islam tidak menegah seseorang daripada menghayati hiburan, asalkan tidak melalaikan kerana ia sudah menjadi fitrah yang dianugerahkan Allah kepada setiap manusia.

"Malah, Nabi Muhammad (S.A.W) sendiri pun mempunyai sifat untuk berhibur, tapi mengikut caranya tersendiri. Sejak kita (PAS) mentadbir negeri ini 20 tahun lalu, kita tidak menyekat pertunjukan hiburan di negeri ini, cuma mengawal dari segi syarat-syarat dan peraturan supaya tidak bercanggah dengan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meraikan selebriti TV3, Wardina Safiyyah dan Pengarah Filem 'Ketika Cinta Bertasbih', Habibul Rahman di sini hari ini.

Oleh itu, kata Nik Abdul Aziz, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk membolehkan rakyatnya menikmati hiburan mengikut peraturan.

Ditanya syarat pertunjukan hiburan di negeri ini yang agak ketat menyebabkan artis dan penganjur tidak berminat mengadakan pertunjukan di Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata, ia terletak kepada mereka.

"Jika artis wanita yang datang ke sini boleh pakai tudung kepala dengan baik, tidak ada sebab mereka tidak boleh mengadakan pertunjukan hiburan di negeri ini jika mereka boleh ikut peraturan yang ditetapkan mengikut enakmen hiburan seperti yang digariskan oleh pihak berkuasa agama negeri ini," katanya.

Sementara itu, Wardina berkata, beliau amat bertuah kerana dapat berjumpa dengan Nik Abdul Aziz, yang menghargai kehadirannya ke negeri ini sebagai ikon kepada persembahan hiburan Islam.

"Saya rasa bertuah dapat berjumpa dengan Datuk Nik aziz.

MELAYU JOHOR TERSEKSA DIBAWAH UMNO (LAGI SETIGGAN AKAN DI PINDAH)




Pada 12.02.10 Jam 11 Pagi saya di hubungi oleh wakil pemuda UMNO Cawangan Minta rahsiakan nama dan cawangan ,dalam perbualan saya dengan beliau melalui telefon ,beliau berkata minta saya tolong bantu Penduduk Kg Sepakat Masai(setinggan) Pasir Gudang Johor dalam urusan perpindahan Kg tersebut,kerana berlaku penipuan dalam urusan perpindahan,yang di dalangi oleh wakil cawangan umno sendiri,Kg Sepakat Masai yang telah dapat notis daripada pihak pemaju untuk mengosongkan Kg tersebut untuk di majukan.Saya sempat ziarah Kampung tersebut dan berjumpa terus dengan pengadu ,dalam pertemuan tersebut Wakil penduduk maklumkan yang mereka telah tinggal di sini hampir 36 tahun dan sekarang penduduk telah dapat notis untuk berpindah dalam masa 14 hari.Wakil penduduk maklumkan terdapat penipuan dalam wang pampasan terhadap penduduk dan juga penduduk sendiri tak pernah turunkan tanda tangan untuk berpindah rujuk laporan Polis.Maklumat kampung Sepakat Masai ini akan saya ceritakan dalam masa terdekat.

Feb 11, 2010

Taktik Tiga Serampang Umno Pecahkan PR

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat kini mula goyah berikutan desas desus beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negerinya akan keluar parti.

Anwar sebaliknya menyifatkan desas desus itu sebagai strategi Umno-Barisan Nasional menguburkan pakatan pembangkang itu.

“Tidak ada sama sekali, saya tidak tahu satu dua (Ahli Parlimen dan ADUN) tetapi kalau enam atau lapan, mereka telah keluar kenyataan dan telah marah kerana ditunding sedemikian,”katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Katanya, Umno juga menggunakan kes konspirasi liwat II yang dikenakan terhadap beliau dan taktik memancing Ahli Parlimen dan ADUN bagi memastikan recana mereka berjaya.

“Strategi Najib memang menggunakan kes ini dan dalam masa sama memberi keputusan kes Perak, kemudian cuba membeli beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Parlimen.

“Sudah dikeluarkan kenyataan oleh salah seorang Ahli Parlimen PKR yang menyatakan orang kepercayaan Najib, Duta Malaysia ke Amerika Datuk Jamaluddin Jarjis adalah antara yang terlibat cuba memujuk dan menjamin apa saya. Golongan ini korupsi tidak ada makna bagi mereka,”katanya.-YUSMAWATI MHD YUSOF

Feb 10, 2010

Gong Xi Fa Cai


Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai buat semua kaum Cina di Malaysia. Sebagai perayaan terpenting masyarakat Cina, Tahun Baru Cina membawa signifikan satu titik permulaan dalam kehidupan masyarakat Cina. Semoga Tahun Baru Cina pada tahun ini memberikan kehidupan yang lebih baik, maju dan berjaya. Diharapkan juga sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama oleh masyarakat Melayu, India dan lain-lainnya.

Feb 9, 2010

ZIARAH DAN SUMBANGAN KEPADA IBU IBU TUNGGAL





Pada 7.02.10 Jam 11.30 Pagi selepas Program bersama Masyarakat cina dalam Pemberian Buah Limau saya bergegas pulak ke program sumbangan kepada ibu ibu tunggal yang di tinggalkan oleh suami masing masing tanpa pemberian nafkah. Program yang diaturkan oleh Pas Caw Taman Cendana di bawah Ketuanya Saudara Kelana.Sumbangan juga telah di hulurkan kepada Saudara baru yang baru sahaja memeluk Agama Islam ...yang mana telah di abaikan oleh pihak yang bertanggung jawab untuk membimbing beliau .

Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ditangguh Lagi

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memasuki hari kelima dengan mahkamah bersedia untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang itu supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu kerana dianggap berat sebelah.

Bagaimanapun, prosiding itu ditangguhkan sehingga esok berikutan permohonan peguam utama pembelaan, Karpal Singh untuk diberikan lebih masa bagi menjawab afidavit jawapan yang difailkan pihak pendakwaan.

Karpal Singh membuat permohonan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri berdasarkan keputusan hakim berkenaan berhubung dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Perbicaraan kes liwat, yang menarik perhatian ramai termasuk wakil media luar negara, bermula Rabu lepas, selepas 18 bulan Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 7 Ogos, 2008.

Semalam, Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar yang merupakan saksi pertama memberi keterangan, sepatutnya disoal balas oleh pihak pembelaan tetapi perbicaraan terpaksa ditangguhkan ke hari ini bagi mendengar permohonan supaya Hakim Mohamad Zabidin dilucutkan daripada mendengar perbicaraan kes itu. - BERNAMA

ZAMBRY DI ISTIHAR MB YANG SAH

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.

Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Nizar dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.

Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.

BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Berikutan itu, Pakatan telah membawa perkara itu ke mahkamah.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar Perak yang sah.

Zambry kemudiannya membuat rayuan dan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu, dengan alasan hakim berkenaan telah gagal untuk mengambilkira keseluruhan bukti yang dikemukakan.

Nizar diwakili oleh para peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili Zambry.MALAYSIA KINI

Bala:"Pegawai Khas Najib Ada Ditempat Kejadian Semasa Altantuya Diculik"

Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Najib Razak berada di tempat kejadian apabila dua anggota polis menculik warga Monglia Altantuya Shariibuu untuk di bunuh, kata penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.

Bala mengesahkan beliau nampak pegawai khas Najib, Nasir Safar, dalam sebuah kereta berwarna biru ketika Azilah Hadri dan Sirul Azhar menculik Altantuya pada 19 Oktober 2006 sebelum bekas model itu dijumpai mati dibom, 17 hari selepas itu.

Hal ini didedahkan peguam Bala, Americk Sidhu kepada Suara Keadilan melalui emel.

Nasir ketika ini menjadi tumpuan setelah beliau menghina kaum India dan Cina sebagai bangsa pendatang. Beliau juga menggunakan ungkapan "India pengemis, Cina jual tubuh' pada majlis 1Malaysia di Melaka baru-baru ini.

Tunduk kepada kemarahan orang ramai, pejabat Perdana Menteri mengumumkan minggu lalu bahawa Nasir sudah meletak jawatan atas perbuatannya itu.

Pendedahan bahawa Nasir turut didakwa terbabit dalam pembunuhan Altantuya dan berada di tempat kajadian warga Mongolia itu diculik menguatkan persepsi umum tentang pembabitan Najib dalam kes Altantuya.

Americk berkata, pada hari kejadian Balasubramaniam nampak sebuah kereta Proton biru melalui depan perkarangan Abdul Razak Baginda dengan perlahan ketika Azilah dan Sirul mengarahkan Altantuya masuk ke kenderaan mereka.

Katanya, tingkap kereta Proton itu terbuka dan Balasubramaniam melihat wajah pemandu kereta berkenaan tetapi tidak mengecamnya.

Namun beliau masih mampu memberi lakaran wajah orang itu kepada polis ketika disoal siasat. Polis kemudian memberitahu Bala bahawa pemandu kereta itu orang awam yang tinggal berhampir rumah Razak, kata Americk.

Walaupun polis tidak mengambil berat hal itu, Americk berkata, Balasubramaniam tiada maklumat apa- apa berkaitan lelaki berkenaan sehinggalah wajah itu terpapar dalam blog berikutan kenyataan kontrovesial Nasir di Melaka.

"Balasubramanian kemudian mengecam lelaki itu sebagai Nasir Safar sebagai orang yang memandu kereta Proton biru itu di depan rumah Razak Baginda," katanya.

Bala adalah penyiasat persendirian yang diupah Razak bagi mengelak dirinya diganggu Altantuya. Dalam akuan bersumpahnya Bala memberitahu bahawa Abdul Razak mendedahkan hubungan sulit antara Najib dan Altantuya.

Bala bagaimanapun ditawarkan RM5juta oleh seorang rakan Rosmah Mansor untuk menarik balik SD itu serta meninggalkan Malaysia. Adik Najib, Nazim pula didakwa mengugut Bala atas keselamatan keluarganya.

Bala kini berlindung di luar negara namun telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan syarat soalsiasat itu dibuat di negara jiran kerana beliau bimbang keselamatannya jika kembali ke Malaysia.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih belum menemubual Bala mengenai dakwaannya itu walaupun sudah dihubungi oleh peguam Bala.SUMBER

Feb 8, 2010

PEMBERIAN LIMAU SEMPENA TAHUN BARU CINA





Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina Pas Kawasan Pasir Gudang telah memberi sumbangan limau kepada orang ramai di beberapa tempat yang menjadi tumpuan orang ramai,empat lokasi di Megah Ria ,Taman rinting,Masai dan Permas.Saya dengan Pas cawangan Seri Alam ,di Permas Jaya. Semasa saya beri buah limau ,kedengaran suara orang ramai melaungkan Perkataan Pas For All .Program Pada 8.o2.2010 Jam 9.30.

Perbicaraan Konspirasi 2 Terhadap Anwar Ditangguh Esok

Perbicaraan konspirasi ke-2 Datuk Seri Anwar Ibarhim ditangguhkan esok, berikutan peguam Karpal Singh memfailkan permohonan agar hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri dari terus mendengar perbicaraan itu atas alasan beliau berlaku berat sebelah berikutan keengganannya mengenakan tindakan terhadap laporan akhbar Utusan yang secara jelas menokok tambah fakta kes itu.

Anwar yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tindakan mahkamah mendiamkan diri seolah- olah memberi ruang kepada akhbar milik UMNO Barisan Nasional untuk menyalur fitnah dan mengaibkannya.

"Saya memang bimbang bila media menghukum, memfitnah dan mengaibkan. Saya juga bimbang bila mahkamah tidak dapat beri jaminan untuk penghakiman yang telus," kata Anwar.sumber

Feb 6, 2010

MACAM MACAM JANJI DEMI NAK MENANG ( UMNO )




Pada 4hb jam 3 ptg saya di hubungi Pak cik Mahdan Kg Pandan Johor Baharu...menurut beliau ,tempat yang beliau tinggal sekarang hampir 35 tahun telah dapat notis dari Pihak Pemaju supaya beliau keluar....sambil menunjukkan Permohonan yang pernah di buat semua sia sia sahaja kalau dulu macam macam janji dari pemimpin UMNO kena sokong umno pasti umno akan bela kita kata Pakcik Mahdan

Feb 5, 2010

Penulis blog perlu bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Penulis blog perlu bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggelakkan tidak boleh diulas kerana masih dibicarakan atau mempengaruhi keputusan tersebut.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata mereka mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat, di samping masih tertakluk pada undang-undang berkaitan komunikasi di negara ini.

"Dengan trend yang ada sekarang ini, saya percaya penulis-penulis blog pun akan terasa mereka perlu bertanggungjawab terhadap masyarakat dan tidak bebas seperti aliran air semata-mata, mencurahkan ke sana dan melimpah ke sini.

"Mereka sendiri akhirnya akan ditembusi undang-undang. Mahu tidak mahu, undang-undang akan mencekau mereka pada tahap yang tertentu. Sebelum itu berlaku, seperti yang berlaku kepada penuntut di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan), haruslah mereka memperbaiki pendirian mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Melakar Jejak - Biografi Mohd Yusof Noor' di sini Jumaat.

Katanya Jabatan Peguam Negara sentiasa memantau laporan yang disiarkan menerusi blog-blog tertentu mengenai cara kes berkenaan dihuraikan, "sama ada secara am atau menghina dan menyalahi hukuman tidak boleh diulas."

Sementara itu, Rais berkata kementerian itu tidak menghalang atau menyekat Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk melaporkan perbicaraan kes berkenaan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mahkamah.

RTM juga dibenar menggunakan istilah-istilah tertentu yang digunapakai oleh mahkamah disiarkan menerusi siaran berita tempatan bagi tujuan pengetahuan awam.

"Kes itu boleh dilaporkan mengikut sumber mahkamah, tinggal lagi kita tidak boleh membuat komen yang mempengaruhi pendirian hakim atau perkara yang sedang berjalan diberi komen baik buruknya.

"Kalau menceritakan tentang perjalanan kes itu seperti yang dizahirkan oleh mahkamah, ini kepentingan awam dan perlu diketahui," katanya.

Kes perbicaraan Anwar, 63, yang juga ketua Pembangkang serta Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

-- BERNAMA

Feb 4, 2010

LAPOPRAN POLIS TERHADAP DATO NASIR PEGAWAI KHAS PM


Semalam 3hb jam 11.30 pagi laporan Polis terhadap Nasir Pegawai Khas Pm berhubung Kenyataan beliau yang menimbulakan kemarahan masyarakat india dan cina.

Feb 3, 2010

Pindah: Setinggan di JB mahu MB campur tangan





Wakil penduduk di sebuah penempatan setinggan di Johor Bahru menuntut supaya menteri besar menganjurkan pertemuan bagi menyelesaikan masalah pemindahan hampir 3,000 penduduk di lapan kampung di kawasan tersebut.

Penduduk meminta supaya pertemuan itu juga dihadiri wakil rakyat, unit perancang ekonomi negeri Johor (UPEN, mewakili menteri besar) dan juga Malaysian Resources Berhad (MRCB) yang merupakan pemaju projek pembinaan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.

Setakat ini, projek itu masih terhenti di Kampung Belantik, salah sebuah daripada lapan kampung terbabit, kerana penduduk berkenaan masih belum berpindah, kata pengerusi jawatankuasa induk bertindak bagi kawasan setinggan berkenaan, Syed Othman Syed Abdullah.

Turut terjejas ialah penduduk di Kampung Desa Melayu, Kampung Desa Makmur, Kampung Desa Jaya, Kampung Tengah, Kampung Tok Siak, dan Kampung Bakar Batu dan juga Kampung Hajah Hasnah.

Syed Othman menjelaskan, penduduk berkenaan yang diberi tempoh sebelum 2012 untuk berpindah, kini masih tiada jalan keluar kerana unit rumah pangsa untuk menggantikan rumah setinggan sedia ada, masih belum pun didirikan.

"Jadi kita mahu jaminan daripada kerajaan negeri untuk penduduk ini berpindah ke mana, sebab rumah yang dijanjikan di Stulang Baru itu belum buat lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau juga hari ini menyerahkan memorandum kepada menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman bagi meminta beliau campur tangan dan segera bertemu penduduk.

Syed Othman menjelaskan, isu pampasan kepada penduduk berkenaan juga perlu dijelaskan kerana kenyataan ahli parlimen Pasir Gudang, Datuk Khaled Nordin semalam didakwa mengelirukan.

"Semalam Datuk Khaled Nordin beri kenyataan (seperti dilaporkan media) hanya seramai 1,382 penduduk yang dapat gantirugi sedangkan bancian menunjukkan seramai 2,973 orang penduduk yang layak,” katanya.

Jelasnya, gantirugi berkenaan, yang akan dibayar oleh MRCB, adalah sebagai sagu hati sebanyak RM380 sebulan, selama tiga tahun, sebagai sewa bagi rumah gantian (berjumlah RM13,680).

Menurut memorandum tersebut, MRCB juga akan membayar kepada penduduk berkenaan sebanyak RM2,000 sebagai kos pemindahan.

Ia juga menyebut, penjelasan dari ahli parlimen Johor Bahru Datuk Shahrir Samad dalam majlis taklimat bersama penduduk itu kelmarin, juga mengelirukan kerana meminta penduduk tidak berpindah, sedangkan MRCB terus menekan penduduk supaya berpindah.

Sehubungan itu, pemaju projek penempatan semula tersebut, Tebrau Teguh Sdn Bhd juga diminta memberikan penjelasan kerana perkembangan projek pembinaan itu berjalan dengan sangat "lembab dan perlahan."

Selain itu, memorandum itu berkenaan turut menuntut supaya penduduk terlibat tidak perlu menyewa unit rumah kos sederhana rendah bagi penempatan semula itu, sebaliknya diberikan status hak milik kekal.

Dihubungi petang ini, setiausaha politik menteri besar, Dr Gunawan Mahmood mengesahkan menerima memorandum tersebut daripada sekumpulan penduduk berkenaan pagi ini.

Katanya, tarikh bagi pertemuan seperti yang dituntut wakil berkenaan bagaimanapun belum ditetapkan, namun beliau telah memanjangkan perkara itu kepada UPEN dan juga ahli exco Ahmad Zahari Jamil.Sumber malaysia kini

Feb 2, 2010

PENDUDUK MESTI BERSATU MENUNTUT HAK MEREKA : YB ISKANDAR




Pada 31hb Jam 3 ptg Bersama warga stinggan di Kampung Desa Melayu turut hadir wakil wakil setiap Kampung yang bakal dipidahkan,untuk mendengar taklimat daripada Yb Iskandar selaku exco selangor dan turut hadir saudara Mazalan Aliman ,dalam ucapan Yb Iskandar beliau harap Penduduk Kampung yang terlibat mesti bersatu menuntut hak mereka dan contoh kerajaan Negeri Selangor jaga kebajikan Peneroka bandar dalam isu perpindahan dan pampasan .

Feb 1, 2010

LAPORAN POLIS ISU PASIR


LAPORAN POLIS
1 Februari 2010

Laporan dibuat terhadap:-

1. Tun Dr Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri Malaysia

2. Datuk Shaziman Abu Mansor
Menteri Kerjaraya

3. Datuk Md Subree Ishak
Pengarah Kastam Johor

4. Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor(PTG)

5. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM)


Muqaddimah

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 Januari 2010 melaporkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa setiap hari, 700 buah lori mengeksport pasir silika ke Singapura. Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor pula mendakwa taklimat yang dihadiri beliau ketika melawat Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Kastam Tanjung Puteri, Johor pada November 2009 menyebut 500 buah lori pasir memasuki Singapura setiap hari.

Namun dakwaan di atas disangkal oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil yang mengatakan jumlah pasir silika yang dieksport tidak melebihi 20 buah lori setiap hari. Ia disokong oleh Pengarah Kastam Johor, Datuk Md Subree Ishak yang mengatakan jumlah 500 atau 700 buah lori mengeksport pasir ke Singapura sebagai tidak tepat. Namun, Harian Metro bertarikh 30 Januari 2010 pula mendedahkan dua penjawat awam dari Kastam dan PTG Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dakwaan menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas lori yang menyeludup pasir ke Singapura.

Aduan/Tuntutan

1. Siasatan menyeluruh bagaimana kenyataan bercanggah antara bekas Perdana Menteri, Menteri Kerajaraya dan Pengarah Kastam Johor,
2. Siasatan menyeluruh pasir apa sebenarnya yang dieksport ke Singapura,
3. Siasatan menyeluruh berapakah jumlah kuota eksport pasir yang dibenarkan pada setiap hari,
4. Siasatan menyeluruh jumlah sebenar eksport pasir melalui jalan laut yang kononnya di bawah kawalan Pejabat Tanah dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM),
5. Siasatan menyeluruh jumlah lombong pasir berlesen di seluruh negeri Johor,
6. Siasatan menyeluruh jumlah lombong pasir haram di seluruh negeri Johor,
7. Siasatan menyeluruh perlanggaran syarat lombong pasir di seluruh negeri Johor,
8. Siasatan menyeluruh mengapa ada syarikat pasir mendapat konsesi melalui kawasan free hold.
9. Siasatan menyeluruh kegiatan penyeludupan pasir di Johor,
10. Siasatan menyeluruh penglibatan pemimpin politik dan masyarakat yang mendapat kawasan lombong pasir samada mengikut undang-undang atau sebaliknya.

Pasir adalah hasil yang menyumbang kepada pendapatan kerajaan negeri. Isu ini bukan baru kerana ia sentiasa diperkatakan oleh orangramai dari dulu lagi dan melibatkan agensi kerajaan pusat, negeri dan pemimpin masyarakat. Sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa telah menyebabkan wang rakyat lesap begitu sahaja. Ia belum lagi mengambil kira kawasan lombong pasir yang tidak diurus dengan betul menyebabkan kemusnahan sungai, ekosistem, kepupusan species ikan, terjejasnya mata pencarian nelayan dan pencemaran alam sekitar.

Saya mendesak laporan polis ini disiasat dan tindakan segera dapat dilakukan.

LAPORAN POLIS DI BUAT OLEH SAUDARA MAZALAN ALIMAN