Showing posts with label SIFOOL. LIWAT. Show all posts
Showing posts with label SIFOOL. LIWAT. Show all posts

Feb 9, 2010

Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ditangguh Lagi

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memasuki hari kelima dengan mahkamah bersedia untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang itu supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu kerana dianggap berat sebelah.

Bagaimanapun, prosiding itu ditangguhkan sehingga esok berikutan permohonan peguam utama pembelaan, Karpal Singh untuk diberikan lebih masa bagi menjawab afidavit jawapan yang difailkan pihak pendakwaan.

Karpal Singh membuat permohonan supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri berdasarkan keputusan hakim berkenaan berhubung dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Perbicaraan kes liwat, yang menarik perhatian ramai termasuk wakil media luar negara, bermula Rabu lepas, selepas 18 bulan Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 7 Ogos, 2008.

Semalam, Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar yang merupakan saksi pertama memberi keterangan, sepatutnya disoal balas oleh pihak pembelaan tetapi perbicaraan terpaksa ditangguhkan ke hari ini bagi mendengar permohonan supaya Hakim Mohamad Zabidin dilucutkan daripada mendengar perbicaraan kes itu. - BERNAMA

Jun 24, 2009

RINTIHAN SIFOOL TERHADAP ANWAR

Rintihan Mohd Saiful Terhadap Anwar Ibrahim

Mahkamah Dunia
8 Julai Hari Penentuan. Mahkamah menetapkan 1 Julai untuk mendengar permohonan Anwar supaya dibekalkan dengan dokumen dan barangan berkaitan kes. Mahkamah juga akan mendengar pada 8 Julai ini permohonan untuk membatalkan pertuduhan(Gugur pertuduhan) yang dihadapinya.

Pada 8 Julai ini, sekiranya Mahkamah menerima permohonannya, maka pertuduhan akan digugurkan bermakna kes gugur(tiada perbicaraan). Jika sebaliknya, maka saya akan dipanggil untuk beri keterangan serta merta(perbicaraan diteruskan).

Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. Pada jam lebih kurang 9.00 pagi ini, Hakim akan mendengar permohonan pihak peguam bela tertuduh bagi mendapatkan segala bukti-bukti dari pihak pendakwaraya. Ironinya, segala bukti-bukti dan tuntutan-tuntutan mereka telahpun diserahkan dan dipenuhi namun mereka masih lagi mahu membuat tuntutan seperti menuntut BUKTI ASAL diserahkan.

Tujuan mereka hanya satu, mereka ingin menunjukkan kononnya Mahkamah tidak berlaku adil jika tuntutan mereka tidak dipenuhi walhal ia sebaliknya.

Menurut mereka, jika segala tuntutan mereka tidak dipenuhi, mereka mahu Mahkamah MENGUGURKAN KES sebelum ia dibicarakan. Inilah ''keadilan'' bagi mereka.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI