Nov 12, 2009

ZIARAH KELUARGA TAHANAN ISA ( TERBARU )




Dua hari yang lepas saya dan rakan rakan diketuai oleh saudara Mazalan Aliman ziarah keluarga tahanan ISA di Ulu Tiram. Turut serta Dato,DR Mahfodz Pesuruhjaya Pas Negeri Johor ,Ketua Dewan Ulamak dan Ketua Dewan Muslimat dan beberapa pimpinan PAS Kawasan Tebrau turut mengiringi kami. Tiga tahanan Isa telah di tahan pada bulan Jun 09 yang lepas ,mengikut apa yang di ceritakan oleh isteri tahanan Isa sampai sekarang suami mereka belum di bebaskan,walaupaun pada mula nya Pihak yang berkuasa berjanji akan melepaskan mereka selepas tiga bulan sahaja untuk tujuan siasatan sahaja,kata salah seorang isteri tahan .Saya sara lapan orang anak ,ada yang sara 7 orang anak dan yang satu lagi 3 orang ,kami tak ada sumber yang tetap ..Pas Negeri Johor akan berusaha bantu ketiga tiga isteri Tahanan tersebut dan juga mangsa Isa. sedikit sumbangan daripada Pas Negeri Johor.

Nov 10, 2009

SAYA TERPAKSA FIKIR PENTAS POLITIK


OTA BHARU, 9 Nov — Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) tidak menolak kemungkinan keterlibatannya di pentas politik sekiranya ruang itu boleh menjadi platform untuknya bercakap.

Perkara itu disahkan oleh beliau sendiri selepas membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di pejabatnya di sini, tengahari tadi.

“Jika semua pintu untuk saya bercakap dihalang, melainkan pentas politik, saya terpaksa fikirkan perkara itu,” jelasnya sebelum ini tidak pernah berfikir, malah menganggap tiada sebarang keperluan untuknya menyertai politik.

Beliau menegaskan, konsep asal asas perjuangannya adalah dakwah bagi menyampai serta mengembangkan ajaran dan pemikiran Islam secara terbuka dan menyeluruh.

Baginya jika mana-mana kerajaan negeri membuka ruang kepada kelompok pemikir secara tenteram pastinya ia akan dihormati oleh rakyat.

Asri melakukan kunjungan hormat kepada Nik Aziz, antara lain adalah untuk menziarahinya selepas tidak berkesempatan mengunjunginya sewaktu menjalani rawatan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN), baru-baru ini.

Beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, baru-baru ini ditangkap oleh Jabatan Agama Islam selangor (JAIS) di Hulu Klang kerana dikatakan memberi kuliah tanpa tauliah selain didakwa mengamalkan fahaman Wahabi kepada pengikutnya.

Berikutan peristiwa itu beliau mendakwa wujud konspirasi bertujuan menjatuhkan maruah dan imejnya apatah cara penangkapannya seolah-olah menyamai operasi untuk menangkap Nordin Mat Top.

Sementara itu semasa menjawab keterbukaannya untuk menyertai PAS, dan respon Nik Aziz terhadap peristiwa yang mencetuskan kontroversi itu beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar itu di atas sokongan serta nasihatnya yang penuh berhikmah.

“Kelantan memang sejak dahulu panggil saya, dan tuan guru berhubungan baik dengan saya. Malah sekejap tadi tok guru sebut zaman menuduh orang Wahabi telah dilaluinya, dia kena benda yang sama, dia harap sabar dan menulis bersunggu-sungguh supaya menulis pemikiran tajdid ini,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak (Pakatan Rakyat) yang dilihatnya setakat ini cuba beri ruang kepadanya.

UMNO MASUK PAS


SHAH ALAM - Kekuatan Melayu Islam bukan bergantung pada penyatuan dua parti politik, Pas dan UMNO tetapi kekuatan Melayu Islam akan kukuh apabila UMNO menyertai Pas.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib berkata, apabila UMNO menyertai Pas, semua perkara selesai dan suara orang Melayu Islam akan menjadi satu.

Menurutnya, konteks ini tidak memerlukan ’pakatan senyap’ atau ’pakatan terbuka’ kerana jelas perpaduan ummah akan wujud bila parti politik Melayu (UMNO) sertai Pas.

“Kita amat menitikberatkan perpaduan ummah dan itu yang kita lakukan selama ini. Malah kita mengharapkan supaya Islam terus menjadi nadi perjuangan.

“Sebab itu kita mahu UMNO sertai Pas, sama-sama berjuang demi Islam, tapi jika mereka bersetuju sertai kita, mereka harus ubah dasar yang selama ini berjuang atas dasar kebangsaan kepada dasar Islam.

“Lagipun terbukti fahaman kebangsaan mereka itu ‘memporak-perandakan orang Melayu. Jadi untuk apa lagi dasar yang merugikan orang Melayu ini perlu dipertahankan lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas pandangan Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam blognya di ridhuantee.blogspot.com bertajuk ‘Untungnya bersatu dalam senyap’.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, ’pakatan senyap’ atau terbuka tidak harus diperkatakan lagi dalam kalangan ahli Pas.

“Sama seperti isu kerajaan perpaduan, isu itu telah lama tutup buku. Jika ada yang masih membincangkannya, tentu dia bukan kalangan Pas,” katanya.

Nov 8, 2009

PEMUDA PAS PERLU MENAWAN HATI PENGUNDI MUDA




Pemuda menjadi harapan besar untuk berkerja semasa Pilihan Raya ,, Dewan Pemuda PAS Johor menggerakkan jentera pilihan raya bagi mengelak ahli-ahlinya mengamalkan budaya bekerja di saat akhir. Ketua Pemudanya, berkata, mulai dari saat & detik ini jentera pemuda perlu bersiap sedia dari segenap segi.


Beliau berkata, disamping itu juga, jentera di setiap peringkat perlu memainkan peranan yang penting kerana selain mengenal pasti senarai pengundi, mereka juga mesti peka dengan isu-isu tempatan yang perlu diselesaikan segera sama ada di peringkat cawangan atau kawasan


Pelancaran jentera pilihan raya itu dihadiri oleh kira-kira 300 orang pemuda Sementara itu, Saudara Ishak selaku Pengarah Pilihanraya dalam ucapan menyeru kepada semua pejuang agama Allah agar berganding bahu serta mengagih-agihkan kerja dengan sebaiknya untuk memenangi hati pengundi,Kerana pemuda menjadi harapan besar dalam pilihanraya akan datang.Kita mesti tawan golongan pemuda dengan gerak kerja yang tersusun.

HIMPUNAN JENTERA PILIHANRAYA PEMUDA JOHOR ( LIVE )




Himpunan Jentera pilihan Raya Dewan Pemuda Johor yang sedang berlangsung. Kertas kerja di bentangkan oleh dua tokoh, Dato Ust Abu Bakar Chik Ahli Jawatan Kuasa Pusat dan Sdr Ishak Bin Mohd Salleh Pengarah Pilihanraya Johor.

Nov 7, 2009

PERBAHASAN UCAPTAMA PRESIDEN

Sekarang sedang berlangsung perbahasan mengikut negeri semoga perbahasan petang ini berjalan dengan secara terbuka dan berhati hati.Wakil Kelantan sedang berucap supaya selepas seminar ini kita tutup isu Kerajaan Perpaduan.

DATA DR ABU HASAN KENAL PASTI KELEMAHAN PAS




Data yang dikeluarkan Dr Abu Hasan Hasbullah,salah seorang panel dalam seminar politik Pas,menerusi kajiannya benar benar mengejutkan.

Beliau yang mengkaji pola demografi keadaan politik Pas menjelang PRU13 jelas menunjukkan satu usaha pembaharuan perlu dilakukan sekiranya Pas mahu mengekalkan kerusi sedia ada.

Data yang diperolehi merangkumi setiap lapisan masyarakat di seluruh Negara bagi mengkaji kestabilan politik Pas selepas pilihanraya yang lalu.

“Sudah tiba masanya masayarakat di Negara ini tanpa mengira destinasi politik masing masing untuk membincangkan nasib nasib masyarat di Malaysia”,katanya.

Beliau turut menambah “Anggaplah penyelidikan saya ini satu pandangan membina.Saya setuju bahawa 1bentuk pemilihan, pembentukkan gerakan, pembangunan jentera bagi memastikan cita-cita Pas tercapai”.

Kajian menunjukkan golongan muda mengiktiraf sistem parti Pas,namun terdapat beberapa faktor lain dalam pimpinan Pas yang menggusarkan mereka.

Walaubagaimanapun kedudukan Musyidul Am Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin tertinggi parti itu diiktiraf dan masih kukuh di kalangan pendukung setia parti dan masyarakat umumnya.

Rata-rata pola yang dibentangkan berbentuk pyramid iaitu dengan peratusan tahap lemah yang sangat tinggi.

Ini meliputi semua aspek merangkumi pentadbiran,pimpinan,strategi politik dan ideologi parti itu sendiri.


Berbanding PRU12 dengan statistik yang menunjukkan 70% bersetuju dengan kebijaksaan strategi Pas,kajian kali ini menunjukkan kemerosotan sebanyak 20% dari aspek itu.

Selain itu,sebanyak 50% yang berpendapat Pas bermasalah dari segi kepimpinan dalam parti.

Kajian Dr Abu Hasan Abdullah turut menyentuh persepsi media yang meliputi media dari blog,jurnal dan juga facebook terhadap parti ini.

Data yang diperolehi amat mengejutkan kerana sebelum ini golongan media mula positif dengan Pas.

Namun,data terbaru menunjukkan peningkatan peratusan negative yang amat tinggi daripada media,iaitu sebnayak 213% penolakkan kepada parti ini.

Selain itu,kajian Dr Abu Hasan menunjukkan,tindakan Pas bergabung dengan Pakatan Rakyat bagi memperkuatkan benteng melawan Umno menjelang PRU13 adalah wajar.

Namun,Pas tidak perlu bergabung membentuk sebuah Parti baru bersama Pakatan Rakyat kerana menurut Dr Abu Hasan,Pas mampu berdiri sendiri sebagai satu parti yang kuat.

LIVE: SEMINAR DARI TAMAN MELEWAR



Ahli panel sedang membentangkan kerts kerja masing masing..dimulakan oleh ucapan oleh Dr Aziz Bari,tiga ahli terdiri daripada Dr Abu Hassan ,Dato Tuan ibrahim Tuan man.Ucapan Aziz Bari.Prof Abdul Aziz Bari menggesa Pas mencari anjakan baru sekiranya ia mahu kekal relevan di mata rakyat.

Bercakap kepada lebih 1,000 perwakilan di seminar pemerkasaan Pas, Prof Aziz berkata kritikan yang dilemparkan terhadap Pas terbit dari hasratnya untuk melihat Pas muncul sebagai parti alternatif yang berwibawa.

"Pas memerlukan anjakan baru. Dalam pilihanraya akan datang, coraknya berbeza. Politik masa hadapan bukan lagi Asalkan Bukan Umno. Pemilihan isu dan ketrampilan parti menjadi kritikal dalam pilihanraya akan datang," katanya.

"Rakyat tidak akan memaafkan Pas jika ia gagal menonjolkan calon yang berwibawa. Pas berdosa kepada rakyat kalau gagal menjadi alternatif kepada rakyat," tegasnya.

Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa ini menarik perhatian umum dengan kritikan keras terhadap Pas khususnya Presiden Abdul Hadi Awang mutakhir ini, seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini semalam.

Memulakan ucapan dengan mempertahankan kritikan beliau di hadapan pimpinan Pas Pusat dan Dewan Ulamak, Prof Aziz berkata kritikannya tidak eksklusif kepada Pas, bahkan untuk Parti Keadilan Rakyat, DAP, Umno dan Barisan Nasional.

Tambah Aziz Bari, Pas harus sedar bahawa rakyat mengharapkan Pas menjadi sebuah parti arus baru, bebas dari pengaruh politik Umno.

"Di Malaysia sudah ada parti Melayu. Kalau parti yang dikatakan Islam, bercakap macam parti Melayu maka ini tidak elok untuk gerakan Islam," katanya.

"Bagaimana boleh kita kata kita bersama Pakatan Rakyat kalau tindak-tanduk kita menunjukkan sebaliknya," tegas beliau.

20 PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU

Sejak 52 tahun lalu, negara ini hanya diperintah oleh Umno/BN/Perikatan, selain itu tiada parti lain yang berjaya menjadi pemerintah di negara yang majoriti penduduknya Melayu.

Adapun parti yang memerintah negeri-negeri seperti Kelantan (PAS- kini), Terengganu (PAS 1999-2004); Perak (Pakatan Rakyat,DAP-PAS-KeADILan sejak Mac 2008-Februari 2009); Selangor Mac 2008-kini), Kedah (Mac 2008-kini) dan Pulau Pinang (Mac 2008-kini), semuanya dianak-tirikan dari menerima bantuan pembangunan oleh kerajaan pusat.

Sejak itu juga, Umno/BN menggunakan ‘kesempatan’ dengan agensi kerajaan, media dan kuasa untuk mencengkam jiwa-jiwa orang melayu dan kaum-kaum lain bagi mengekalkan kuasa mereka.

Malah dengan akta-akta seperti Ordinan Darurat, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Umno/BN berjaya ‘menutup’ mulut-mulut rakyat, dan setiap kali getir melanda periuk nasi Umno/BN, pastinya akta-akta ini digunakan bagi emnakut-nakutkan rakyat.

Dalam masa yang sama, bak kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu pertemuan dengan kakitangan Harakah pada 28 Oktober lalu di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Umno/BN memperbodohkan rakyat dengan akhbar-akhbar mereka hingga rakyat menjadi ‘pak turut’.

Berita-berita yang dimuatkan dalam media milik Umno/BN hanya memaparkan pandangan sebelah pihak, selebihnya menghentam dan memfitnah pembangkang.

Sejarah pastinya tidak akan melupai akan Umno/BN lah yang mengurangkan kuasa Raja-raha Melayu, yang menderhaka kepada Sultan apabila di Terengganu, selepas pilihan raya umum 2008, Umno/BN tidak bersetuju dengan perkenan Sultan Terengganu melantik Dato’ Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar menggantikan Dato’ Seri Idris Jusoh.

Mereka (Umno/BN) turun ke jalan-jalan raya bagi membantah tindakan Sultan hinggakan slogan ‘natang’ ditujukan kepada Sultan dan Istana.Penderhakaan ini tidakpun diambil tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa hingga kini.

Sementara AJK PAS Pusat, Dato’ Kamaruddin Jaffar pada satu majlis di Gombak satu ketika lalu pernah mengingatkan bahawa rakyat tidak akan lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad sehingga sekarang di bawah Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ujarnya pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. sedangkan Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu. Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan bermula pada zaman pemerintahan Dr Mahathir hinggalah hari ini apabila sistem kehakiman semakin dibobrokkan.

Bekas Perdana Menteri (Dr Mahathir) itu juga, telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihan raya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, Umno/BN memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia.Hak tunggal bahasa Melayu ini dicabuli dan pemimpin Umno/BN mempertahankannya.

Akibatnya, dasar yang digubal dan dilaksanakan itu akhirnya melemahkan pencapaian anak-anak Melayu dalam subjek Sains dan Matematik, selain keciciran Melayu di kawasan pedalaman.

Rakyat pastinya tidak akan lupa dengan tindakan Umno/BN menarik semula geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.Umno/BN melaungkan bahawa SAR tempat melahirkan pengganas, dan ia adalah menurut kajian orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda yang pernah dikaitkan dengan dakwaan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.

Berikut adalah antara senarai pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

18. Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa.

19. Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

20. Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

Selain itu, Kerajaan Umno/BN juga mengadakan hubungan erat dengan Israel sebuah negara Yahudi yang ganas walaupun dasar negara tidak mengiktiaf negara yahudi itu.Talam dua muka yang mengkhianati sokongan bangsa sendiri yang menentang keganasan Zionis terhadap rakyat Palestin.

Umno/BN juga hanya memberi kontrak yang diperuntukkan untuk bumiputera kepada kroni iaitu Umnoputra yang rapat dengan pemimpin pemerintah yang kemudianya menjual projek kepada tauke tauke kaya dengan keuntungan berjuta ringgit tanpa membuat sebarang kerja.

Sementara tauke ini akan membuat projek berkenaan dengan baki modal yang kurang dari yang diperuntukkan. Maka jadilah lebuhraya retak, bangunan bocor, projek-projek tidak siap seperti PKFZ dab landasan berkembar Ipoh Rawang yang rugi sekitar RM1.14 billion, masjid runtuh, jambatan runtuh dan stadium di Terengganu yang runtuh.

Oleh Wan Nordin Wan Yaakob

KERAJAAN ISLAM MELENGKAPKAN PERINTAH ALLAH DAN AMANAH RASULULIAH




Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan, penubuhan Parti Islam SeMalaysia (PAS) 58 tahun lalu adalah bertujuan menunaikan perintah Allah dan RasuluLlah SAW.

Menurutnya, perintah Allah yang mesti ditunaikan itu adalah berdasarkan ayat 104 dalam surah Ali-’Imran yang memerintahkan supaya dikalangan manusia itu ada sekumpulan atau satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).

Katanya, perintah Allah tersebut juga diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang mewajibkan supaya ada kumpulan dikalangan orang Islam yang meneruskan perjuangan beliau dengan sepenuhnya yang terkandung dalam tiga perkara iaitu, mengajak manusia kepada yang baik, menyuruh manusia mengamalkan Islam dan mencegah daripada melakukan kejahatan.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Marang berkata demikian ketika merasmikan pelancaran sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Marang, di Masjid Rusila, disini, Jumaat, 6 November.

Oleh yang demikian, katanya, perintah Allah dan RasuluLLah tersebut tidak dapat dilengkapkan, kecuali dengan menubuhkan kerajaan Islam, yang mempunyai kuasa untuk melaksanakannya melalui satu sistem pemerintahan.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Yang Dipertua PAS Marang merangkap Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali.

SUMBER BULETIN

Nov 6, 2009

SAYA MANGSA KONSPIRASI


BUKIT MERTAJAM - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa wujud konspirasi bertujuan menjatuhkan maruah dan imejnya berikutan beberapa peristiwa yang berlaku ke atas dirinya sejak kebelakangan ini.

Dr Mohd Asri mendakwa, pelbagai saluran digunakan bagi menjayakan tujuan tersebut termasuk memperalatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) agar menahannya kerana mengadakan ceramah agama tanpa tauliah.

“Saya tidak tahu siapakah mereka atau tangan-tangan ajaib yang berada di belakang tabir dengan berselindung atau menggunakan Jais untuk mencapai maksud yang tersembunyi itu.

“Mereka berharap dapat melihat tangan saya digari dan diperlakukan seperti orang yang melakukan kesalahan besar apabila dibawa keluar dari rumah di Taman Seri Ukay, Hulu Klang empat hari lalu kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah,” katanya kepada media selepas memberi penjelasan mengenai isu itu di Institut Al-Qayyim, Mengkuang, malam kelmarin.

Menurutnya, operasi yang dilakukan oleh anggota polis dan penguat kuasa Jais juga menggambarkan seolah-olah beliau seorang yang berbahaya dan boleh mengancam keselamatan negara.

“Adakah saya melakukan kesalahan besar sehingga memerlukan ramai anggota polis dan penguat kuasa. Ini seolah-olah menyamai operasi untuk menangkap Noordin Mat Top,” katanya.

Dr Asri berkata, pihak atasan Jais perlu mengkaji semula sama ada cara operasi untuk menahannya adalah sesuai atau melampaui batasan.

Mengenai tuduhan seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mendakwa beliau memalsukan ijazah sarjana mudanya, Dr Mohd Asri berkata, tuduhan itu adalah melampau seolah-olah ada kaitan antara satu sama lain.

“Mula-mula saya ditahan oleh Jais tanpa ada sebarang pertuduhan dan kini muncul pula dakwaan saya memalsukan sijil Sarjana Muda yang saya terima dari Universiti Jordan pada 1995.

“Ini adalah satu perkara yang amat memalukan untuk saya jawab kerana memang tidak masuk akal langsung. Kalau menggunakan sijil palsu, adakah saya boleh melanjutkan pelajaran saya ke peringkat Sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Islam Antarabangsa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak Jakim agar memohon maaf secara terbuka kepadanya secepat mungkin kerana tindakan seorang pegawainya itu.

Dalam pada itu, Dr Mohd Asri berkata, beliau tidak berminat dengan jawatan tertinggi dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang ditawarkan kepadanya secara lisan, baru-baru ini.

Ditanya mengenai ‘pergeseran’ yang berlaku antaranya dengan Nakhaie berikutan kelantangannya menegur Yadim, beliau berkata, Nakhaie tidak wajar melenting kerana sebagai rakyat Malaysia, beliau berhak untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan.

“Saya berhak bertanya dan mengetahui apa yang berlaku dalam Yadim kerana sebahagian besar peruntukan yang diterima adalah daripada kerajaan.

“Sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia, saya berhak mengetahui apa yang dibelanjakan dengan peruntukan yang diterima,” katanya.

PAS KESAL


KUALA LUMPUR - Kesal dengan tindakan Perdana Men:teri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memutuskan untuk memberikan wang ihsan kepada Kelantan dalam bentuk projek, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata: "Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah."

:Katanya, pemberian wang ihsan dalam bentuk projek pembangunan itu bertentangan dengan Akta Petroleum 144 yang memberikan peruntukan lima peratus kepada negeri pengeluar minyak.

:“Saya kesal dan berdukacita terhadap jawapan yang diberikan oleh PM kepada soalan saya dalam Dewan (Rakyat) tadi,” katanya kepada di lobi Parlimen, semalam.

Menurutnya, Kelantan akan terus memperjuangkan hak wan:g roy:alti atas dasar semangat federalisme.

:Salahuddin berkata, keputusan Najib mengenai wang ihsan itu tidak menunjukkan semangat patriotisme dan 1Malaysia.

:“1Malaysia hanya retorik beliau,” katanya.

:Sementara itu, seorang lain Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, dalam mesyuarat parti akan datang beliau akan mencadangkan Kerajaan Kelantan mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu, seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Terengganu.

Menurutnya, Najib telah menafikan hak rakyat Kelantan, walaupun ia termaktub dalam perjanjian.

“Saya lihat Najib begitu kerdil dan takut mengambil tindakan bertentangan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik balik royalti untuk Kerajaan Terengganu apabila Pas mengambil alih negeri tersebut pada 1999.

“Dalam perjanjian, tidak sebut pun wang ihsan, tetapi royalti” katanya yang juga Ahli Parlimen Poko Sena.SUMBER

SEDIKIT SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR





Setelah selesai sembahyang Maghrib bersama pemimpin kawasan kami terus ke Kampung Plentong untuk memberikan sedikit makan untuk mengalas perut mereka setelah penat mengemas rumah setelah air surut sekitar pukul 6 ptg tadi.

Nov 5, 2009

KAMPUNG PLENTONG BARU DI LANDA BANJIR KILAT






Kampung Plentong Baru Masai telah di landa banjir kilat pada jam 2 petang tadi.Hujan lebat selama 1 jam setengah tanpa henti telah mengakibatkan paras air sungai naik secara mendadak.saya melawat tempat kejadian setelah telah dihubungi oleh penduduk Kampung ,InsyaAllah selepas solat Maghrib bantuan makanan akan di edar kepada penduduk yang terlibat.

Nov 4, 2009

BIRO PENGADUAN AWAM BERJANJI AKAN SIASAT



Semalam saya bersama orang asli Teluk Jawa Masai,pergi ke Johor Baharu untuk membuat aduan di Biro Pengaduan Awam tentang isu pencemaran laut di Teluk Jawa.dalam pertemuan tersebut
Pihak Biro Pengaduan Awam berjanji akan siasat.

Nov 3, 2009

UMNO TEMPAT KUMPUL BARANG LUSUH

Tindakan Umno mahu menerima Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah mengesahkan kedudukan Umno sebagai pengumpul sampah dan barang lusuh sebagaimana yang mereka lakukan di Perak, di Kedah dan sekarang di Selangor, kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Abdul Aziz, profesor undang-undang perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa berkata demikian dalam tulisan terbaru beliau dalam sebuah akhbar tempatan.

Abdul Aziz mengulas tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamafd Khir Toyo yang berkata, Umno sedia menerima Adun Perlabuhan Klang itu menyertai parti itu.

Khir yang juga ketua pembangkang Dun Selangor membuat tawaran itu ekoran tindakan Badrol mengisytiharkan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Bagi Dr Abdul Aziz, langkah ini mengesahkan Umno sebagai pengumpul sampah dan bahan lusuh.
Ini kerana, sebelum Badrol mengumumkan keluar parti, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuatkan kenyataan mencadangkan PKR meminta Badrol meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugasnya sebagai Adun.

Badrol bukan sahaja tidak memberikan khidmat, dia juga telah menutup pusat khidmatnya dan tidak mengangkat panggilan telefon dari pejabat MB dan pihak yang ingin mendapatkan khidmat beliau sebagai Adun.

Sebelum Badrol, Umno menerima dua Adun di Perak yang sedang dibicarakan kerana dakwaan rasuah iaitu Adun Behrang, Jamaludin Md Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu.

Umno juga menerima Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang memberikan pelbagai jenis masalah kepada kerajaan negeri Kedah.

Nov 2, 2009

BEKAS MUFTI PERLIS DI SERET KE MAHKAMAH

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dibawa ke mahkamah syariah Gombak Timur hari ini, dipercayai menyebarkan ajaran Wahhabi.

Beliau berada di perkarangan mahkamah itu sejak 8.45 pagi sebelum dijadual dituduh jam 9 pagi ini.

Bagaimanapun sehingga kini beliau belum dibawa ke depan hakim kerana masih menunggu pihak pendakwaan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).Dalam kejadian malam tadi,beliau ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang .

Nov 1, 2009

KAMPUNG BUAH PALA DAPAT RUMAH,KAMI BAKAL HILANG RUMAH



Nasib warga stiggan yang meneroka hampir 30 tahun di Kampung Plentong Johor Baharu Masai Pasir Gudang bakal di halau keluar oleh pihak Kerajaan Johor setelah mereka mendapat notis daripada pihak Pejabat Tanah Johor Baharu yang memberi tempoh sebulan daripada tarikh 16.10.2009 sehingga 16.11.2009.Apakah nasib mereka sama dengan nasib Kampung Baru Plentong Tengah.Kalau Kampung Buah Pala Pulau Pinang dapat rumah dan pampasan bagaimana pulak nasib stinggan di sini yang rata rata adalah penyokong sebati UMNO ,Kampung Baru Plentong Tengah sehingga sekarang belum dapat pampasan apakah warga stinggan di Plentong akan di beri pampasan yang sewajarnya ,macam mana pulak di Kempas Johor Baharu di mana mereka terpaksa pergi ke Parlimen berjumpa dengan pihak Pembangkang untuk membawa isu pampasan yang mereka tuntut kita tunggu dan lihat apakah orang melayu masih lagi percaya dengan janji Kerajaan UMNO.

KAMPUNG BUAH PALA DAPAT RUMAH

PULAU PINANG: Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bhd bersetuju membenarkan pemaju projek perumahan Kampung Buah Pala, Nusmetro Venture (M) Sdn Bhd mendirikan 24 unit rumah teres di atas tanah milik koperasi itu untuk bekas penghuni kampung berkenaan.

Dalam mesyuarat agung khasnya hari ini, koperasi berkenaan membuat keputusan untuk mengikut kehendak kerajaan negeri supaya bekas penduduk di situ diberikan rumah teres sebagai jalan penyelesaian terhadap isu perpindahan penduduk kampung berkenaan.

Pengerusinya, Abdul Razak Mansor bagaimanapun berkata koperasi memberikan syarat supaya 10 penduduk terawal yang menerima tawaran mengosongkan tapak rumah mereka itu dimasukkan dalam senarai penduduk yang bakal menerima 24 unit rumah teres dua tingkat berkenaan.

"Mesyuarat khas hari ini sebulat suara meluluskan pembinaan 24 unit rumah teres untuk bekas penduduk Kampung Buah Pala seperti yang diminta pemaju dan ia adalah muktamad.

"Tiada sebarang tambahan unit dibenarkan lagi selepas ini dan mana-mana penduduk yang tidak menerima tawaran perpindahan pemaju sebelum ini tidak akan diambil kira dalam pemberian rumah itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

*

JIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH:UST NASRUDDIN

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan berkata Pemuda PAS perlu mempersiapkan diri untuk keluar ke tengah medan meneruskan jihad menegakkan Islam di bumi Allah SWT.

Katanya persiapan jentera Pemuda memerlukan perancangan teliti dan menyusun gerak kerja ke arah lebih mantap dan berkesan.

Ini penting, katanya kerana hanya gerak kerja yang terancang dan tersusun serta semangat juang yang tinggi akan membuahkan hasil yang diidamkan, menegakkan Daulah Islamiah di Malaysia.

“Kita (Pemuda PAS) kena sedar bahawa pemuda sebagai obor perjuangan ini telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan untuk bersama di medan perjuangan Islam.

“Kita (Pemuda) berjihad menentang ‘musuh’ Allah SWT, membangun, mendidik dan membentuk ummah dan mempertahankan syakhsiah ummah,” tegasnya ketika merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2009 di Dataran Tok Guru di Kampung Geliga Besar, Chukai, Kemaman, semalam.

Katanya, ‘Himpit 10K’ yang diadakan ini menjadi medan kepada generasi muda menyahut seruan ‘Pemuda adalah obor perjuangan’.

Ustaz Nasruddin mengingatkan Pemuda PAS agar tidak lalai dan terpesona dengan kemenangan selesa pasca pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.

“Saya harap semoga Himpit 10K yang diadakan ini menjadi medan buat generasi pemuda menyahut seruan “Pemuda Adalah Obor Perjuangan” untuk memperlihatkan Islam terus berdaulat di atas muka bumi Allah SWT.

“Mudah-mudahan dalam suasana PAS berada ditahap selesa pada pasca PRU ke-12 lalu, Kita (PAS) tidak terpesona dengan kemenangan yang ada sehingga ia melalai dan melupakan kita (PAS) dari tugas dan tanggungjawab besar yang berada dihadapan kita,” ujarnya di hadapan hampir 10,000 Pemuda PAS dari seluruh negeri.

Menurutnya, cabaran lebih besar kini berada di hadapan yang bakal ditempohi oleh setiap ahli perjuangan parti.

Katanya, Pemuda PAS tidak pernah takut dan gentar dengan sebarang bentuk cabaran demi menegakkan daulah Islamiah di negara tercinta ini.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Yahya Ali dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.SUMBER