May 18, 2009

TERKINI BN SEDANG BERSIAP SIDANG TERGEMPAR??

IPOH: Menurut maklumat yang diperolehi, persiapan yang rapi sedang dilakukan oleh BN dengan perencanaan yang melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk mengadakan Sidang Tergempar dalam masa terdekat Maklumat yang saya perolehi juga mendapati usaha ke arah menjayakan Sidang itu sedang dilakukan. Namun Begitu sampai sekarang saya masih belum menerima surat rasmi dari pihak berkenaan.YB idham lim

KHIR TOYO HINA DEWAN


Empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri Umno Barisan Nasional telah dipanggil memberi penjelasan kerana mengeluarkan kenyataan di bawah Enakmen Penghinaan DUN Selangor 2008.Mereka ialah ADUN Sabak Bernam, Warno Dogol, ADUN Hulu Bernam, Mohamed Idris Abu Bakar, ADUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kesemua mereka, termasuk Khir Toyo diwakili 7 orang peguam, termasuk peguam bela Kamarul Hisham, yang mengendalikan kes pembunuhan model Mongolia, Altuntuya Shariibu.Kasim dan ADUN Dengkil, Marsum Paing.Katanya, keputusan mengenai kedudukan Khir dan empat ADUN itu akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN Selangor pada 19 Mei ini.Teng berkata, jika mereka didapati bersalah, Jawatankuasa yang dipengerusikan olehnya, boleh sama ada memberi teguran, amaran, menggantung keahlian atau meluputkan gaji mereka sebagai wakil rakyat.Dalam pada itu, Teng berkata jawatankuasa itu juga telah membuat laporan polis minggu lalu berhubung keenggan isteri Khir, Zaharah Kechik hadir pada perbicaraan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Mac lalu.Menurut Teng, disebabkan Zaharah bukan wakil rakyat dan tidak tertakluk kepada peraturan dewan, pihaknya meminta polis menjalankan siasatan dan membuat laporan kepada Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.Jika sabit kesalahan, Zaharah yang dituduh mengikut Seksyen 3(b) Enakmen Penghinaan Dewan Undangan Negeri Selangor 2008, boleh dihukum penjara sehingga 12 bulan atau denda tidak lebih RM5,000.
Khir dan isterinya enggan hadir pada perbicaraan hampir 2 minggu itu dengan mendakwa jawatankuasa Selcat berkenaan tidak diiktiraf oleh Peguam Negara.
Seramai 14 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penyelewengan dan salah guna kuasa Badan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis) yang dipengerusikan oleh Zaharah Kechik.SUMBER MAKLUMAT PEMUDA BERSIH

NAJIB MAHU DI KENALI PENDANA MENTERI RAKYAT....?


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mahu dikenali sebagai ‘Perdana Menteri Rakyat’ yang mesra dengan rakyat dan dapat memahami kehendak rakyat. “Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama rakyat,” kata Perdana Menteri sambil menegaskan tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan. “Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya,” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam. Majlis yang bertema ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs, Omar Osman. Sehubungan itu, Najib berkata, sebaik sahaja beliau mengambil alih pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah turun padang yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya. “Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya. “Saya tengok, dan bukan sahaja tengok dengan kepala dan mata saya sendiri keadaan di situ, tetapi juga dapat menghidu udara dan bau di situ. Saya katakan berbeza dengan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar berbanding (apabila) turun dan melihat keadaan sebenar di Puduraya. “Banyak bezanya, macam bumi dan langit,” kata Perdana Menteri. Najib berkata, oleh sebab itu, beliau mahu turun padang dan tidak mahu sebarang formaliti seperti hamparan merah, bunga manggar dan tanpa krew TV (media). Katanya, beliau akan tetap turun padang kerana mahu meninjau sendiri bagi menyelesaikan masalah rakyat. Menurutnya, kerajaan akan membuat penambahbaikan di Puduraya yang menjadi tumpuan rakyat untuk menggunakan perkhidmatan bas untuk jangka pendek dan jangka sederhana. - PM TOLONG TENGOK MASALAH PERAK KALAU BETUL KATA NAK LIHAT MASALAH RAKYAT ATAU PM KITA CAKAP KOSONG SAHAJA ...APA KOMEN PEMBACA DALAM HAL INI.

BN ANGGAP MALAYSIA MAK BAPAK DIA PUNYA

Walau apapun keputusan Mahkamah pada hari Khamis 21 Mei ini, UMNO tetap dengan lagak samseng yang menganggap Malaysia ini dia yang punya. Jika keputusan itu menyebelahinya maka bertambahlah angkuhnya dan bertambahlah merana rakyat Perak.Jika keputusan itu tidak menyebelahinnya, maka jangan dianggap YAB Nizar bersama dengan Pakatan Rakyat dapat tidur dengan lena. Zambry bersama UMNO akan mencari jalan menumbangkan kerajaan 'minoriti' Pakatan Rakyat. Dijangka Zambry akan membawa usul undi tidak percaya kepada YAB Nizar dengan menggunakan Speaker 'haram'.Jika itu terjadi maka kemelut ini akan berpanjangan. Sudah tentu Pakatan Rakyat akan menggunakan Mahkamah untuk menentusahkan siapa sebenarnya Speaker yang sah, walaupun 1 Malaysia tahu V.Sivakumar adalah speaker yang sah.Jadi untuk meleraikan segala kekusutan yang berpanjangan ini, pembubaran DUN adalah yang paling tepat.Wahai NAJIB, kalaulah betul rakyat didahulukan, kembalilah kepada rakyat.

May 17, 2009

ISU PENIAGA SOBB PULAI


Hari ini hanya suratkhabar Sin Chew Daily saja yang keluar berita tentang Peniaga SOBB (Semua orang boleh berniaga) di tapak perniagaan Kota Franchise Pulai. Peniaga mendesak supaya MB campurtangan masalah yang di hadapi oleh mereka ini adalah kerana tapak perniagaan mereka akan di majukan oleh pihak pengurusan.80 peniaga hari ini terputus mata pencarian mereka.

MAJLIS PERKAHWINAN

Rumah Haji MAN KG Pasir Putih
TAMAN MAWAR.JIRAN HAJI MASROM
Semalam saya telah menghadiri dua undangan majlis perkahwinan penyokong Pakatan Rakyat di Taman Mawar dan di Kg. Pasir Putih.Doa saya buat kedua mempelai semoga di kurniakan keimanan yang berkekalan satukan lah hati mereka seperti mana Adam dan Hawa,tabahkan mereka setabah Ibrahim dan Hajar,bahagiakan mereka sebahagia Yusof dan Zulaikha,setiakan mereka sesetia Sulaiman dan Balqis dan sucikan mereka sesuci Muhamad S.A.W dan Siti Khadijah..

NASIB PENIAGA MELAYU




Pagi 16 hb saya bersama dengan Pusat aduan Rakyat Nusa jaya Tuan Haji zul untuk mendengar rintihan peniaga melayu di Pulai bertempat di Pusat perniagaan Pulai (SOBB) semua orang boleh berniaga sekarang ni tempat perniagaan telah di tutup sementara .Bersama dengan saya tadi untuk membuat liputan isu ini. Utusan ,kosmo ,harakah serta sin chew Daily.






DUA ISU PAR DAPAT LIPUTAN AKHABAR


Dua isu yang di terima melalui Pusat Aduan Rakyat telah mendapat liputan dari pihak akhabar isu WAk man dan Isu bonggol di Tasek Seri Alam.Harapan saya isu Wak man ini boleh la sahabat sahabat bagi sumbangan segera....Pusat Aduan perlu sumbangan segera untuk di sampaikan pada keluarga Wak man.saya dah maklumkan pada kebajikan kawasan tapi belum ada jawapan................begitu juga pada wakil pemuda pun belum ada jawapan.........

May 16, 2009

SELESEMA BABI

JANGAN PANGGIL AKU BABI....SEBUT KHINZIR AJE ....MANJA SIKIT





Khabarnya seorang pelajar berusia 21 tahun telah disahkan sebagai mangsa pertama positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi.Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dilaporkan berkata: "Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini. Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia."Khabarnya juga pelajar itu, baru pulang dari Amerika Syarikat dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Berdasarkan laporan, Kementerian telah mengambil tindakan dengan menyiasat perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarganya dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi rabu.Antara gejala selesema babi ialah demam, batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak.Apa harapan kita?Kita ingin mengingatkan supaya rakyat Malaysia yang kembali dari negeri-negeri yang telah dijangkiti selesema babi supaya mengambil langkah berwaspada. Ini termasuklah anak-anak ahli politik/pemimpin kita yang bersekolah dan belajar di sana.sahabat sahabat berhati hati kalau ada tanda tanda di atas cepat cepat la tinggal wasiat.....

May 15, 2009

PAS CAWANGAN LAWAN PEMUDA CAWANGAN







Malam tadi pukul 10 saya di jemput untuk menyaksikan Perlawanan Futsal di antara Pas Cawangan Air Biru lawan Pemuda Caw. walaupaun pemuda berjaya belasah Pas Caw tetapi pas caw terpaksa simpan tenaga untuk lawan dengan FRU semasa ceramah nanti,sebab cawangan ini paling kerap buat ceramah....Peluh Jantan pun keluar tadi....Tahniah di atas usaha anda semua

JANGAN SALAHKAN SAYA :NAJIB


Perak: Jangan salahkan saya, kata Najib May 15, 09 6:02pm Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak harus dipersalahkan dalam kemelut politik di Perak kerana baginda telah mengamalkan prinsip dan semangat demokrasi yang sama ketika melantik Menteri Besar daripada pembangkang dan juga BN. Perdana Menteri berkata beliau sendiri juga tidak harus dipersalahkan kononnya menjadi punca kepada krisis itu yang sudah berlarutan lebih tiga bulan. "Dalam amalan demokrasi kita, rakyat akan memilih wakil rakyat dan Sultan pula akan melantik menteri besar daripada kalangan calon yang mewakili parti yang mendapat majoriti, sebagai menteri besar," katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia di Manado, Sulawesi Utara, di akhir sidang sedang kemuncak inisiatif segitiga terumbu karang (CTI) di situ.

SPEAKER LAWAN SPEAKER


Speaker lwn Speaker - Pusingan 2 May 15, 09 12:34pm Krisis politik di Perak kini beralih ke mahkamah berhubung kerusi Speaker di mana Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar memohon dua perintah mahkamah berhubung penggantiannya bagi jawatan tersebut. Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada kira-kira jam 11.45 pagi ini, Sivakumar memohon perintah mahkamah terhadap Speaker baru yang dilantik oleh BN, Datuk R Ganesan, daripada mengganggu beliau menjalankan tugas. Sivakumar juga memohon gantirugi terhadap tindakan kekerasan terhadapnya sewaktu sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, di mana beliau diheret keluar dari dewan secara kekerasan oleh anggota polis atas arahan Ganesan. Sehubungan itu, Sivakumar juga memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan untuk menghalangnya daripada terus bertindak secara kekerasan oleh (Ganesan) dan/atau ejen atau pesuruhnya. Jika kesemua perintah mahkamah itu berjaya diperolehi, maka Pakatan akan dapat menghalang sidang khas yang dijangka dipanggil oleh BN untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar. Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. Bagaimanapun, menteri besar BN, Datuk Zombie 786 Abd Kadir kemudiannya berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu.

KESELAMATAN ANAK KAMI TERANCAM



Selepas habis sidang media di rumah wak man saya dan wartawan Komo dan Utusan akan ke Bandar Seri Alam untuk berjumpa dengan Saudara Aziz yang mengadu di Pusat Aduan Rakyat mengenai masalah yang di hadapi penduduk Taman Tesebut. Dalam sidang media Saudara Aziz merayu supaya Pihak majlis buat bonggol di jalan Utama Seri Alam Tasek ..kerana berdekatan dengan taman mainan kanak kanak ,mengikut cerita Aziz sudah acap kali berlaku kemalangan di sini ... sebelah petang taman ini akan sibuk ,lagi pun tak ada pagar sudah tentu mebahaya pada kanak kanak untuk bemain di taman ini.

KOSMO DAN UTUSAN DEDAH ISU WAK MAN

Wartawan utusan dan kosmo

Pagi tadi saya bersama Kosmo dan Utusan melawat Wak man ..untuk membantu WAk man dan Keluarga nya ..biar Pihak yang bertangungjawab prihatin.

Kepada mereka yang ingin membantu keluarga Wak man sila hubungi Pusat Aduan Rakayat.

May 14, 2009

USRAH


SEMALAM USRAH DI SAMPAIKAN OLEH UST ABAS ....TAJUK USRAH SETIA DALAM PERJUANGAN ...SEBENARNYA UST ABAS ADALAH ORANG YANG SETIA DALAM PERJUANGAN SAMA ADA SUSAH ATAU SENANG BELIAU TETAP TABAH MENGHADAPI PERJUANGAN INI ...ORANG NYA KECIK AJE TAPI KALAU PASANG BENDERA TAK BOLEH LAWAN LA SAMPAI KE PUCUK DIA BOLEH PACAK ..UST SERBA BOLEH ..GUA CAYA LU.

NAJIB SEDIA BERPERANG...............



Barisan Nasional (BN) tidak gentar menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuk pilihan raya baru di negeri Perak sekiranya itu yang diputuskan. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagaimanapun menegaskan, soal sama ada pilihan raya negeri itu perlu diadakan atau tidak ia tertakluk kepada perkenan Sultan Perak. "Kita sedia berdepan dengan rakyat," katanya kepada para pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Putrajaya hari Khamis. Najib berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Najib yang juga Pengerusi BN mengadakan pilihan raya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu. “Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya,” kata Anwar. Menurut Najib, pilihan raya baru di Perak adalah merupakan salah satu pilihan yang ada dalam mencari penyelesaian kemelut politik di negeri itu tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus dilaksanakan. Namun jelasnya, keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak Sultan Azlan Shah. – Zombie 786 sahutlah cabaran Najib untuk membubarkan DUN biarlah rakyat yang menentukan siapa sebenarnya Pilihan Rakyat..JOM KITA PI PERAK MAKAN MEE UDANG BARU KUAT SIKIT NAK LAWAN UMNO

BUBARKAN DUN SEGERA.....


Kemelut politik yang melanda Perak rupanya masih belum selesai. Malah bertambah parah dan semakin kritikal jika Dewan Undangan Negeri Perak tidak dibubarkan. Dua persitiwa besar yang berlaku dalam masa tidak sampai pun 24 jam semalam jelas menggambarkan bagai ada sesuatu yang tidak kena dalam insiden ini. Bayangkan, penyokong Pakatan Rakyat baru sahaja bergembira dengan kemenangan Dato' Seri Nizar di Mahkamah Tinggi. Bahkan beliau dan juga barisan exconya turut menjengok masuk ke Pejabat Menteri Besar Perak di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dekat Ipoh. Dalam kegembiraan yang baru 19 jam diraikan itu akhirnya berita sedih pula yang diterima pabila Mahkamah Rayuan menerima permohonan Zombie 786 Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi. kenapa begitu cepat Mahkamah Rayuan membuat keputusan dan mendengar permohonan Z0mbie itu. Malah khabarnya, keputusan membenarkan penangguhan itu hanya dibuat oleh seorang hakim dan bukannya panel tiga hakim seperti kebiasaannya. Ini jelas mencemari amalan perundangan itu sebenarnya. Hakim Datuk Ramly Mohd Ali, semalam membenarkan Zombie untuk menangguhkan keputusan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah oleh Mahkamah Tinggi. Biarpun ia sudah diputuskan, namun ramai yang menganggap bahawa Hakim terbabit menerima tekanan daripada pihak-pihak tertentu jika beliau melambat-lambatkan kes rayuan Zambry Kadir itu. Makanya berlakulah seperti apa yang kita lihat sekarang ini. Apa yang nampak dalam kes Nizar Vs Zambry ini, ia tidak akan berkesudahan dengan perbicaraan di mahkamah. Apatah lagi jika hakim-hakim seperti "Coklat Hacks @ Augustine Paul" dan Ariffin Jaka. Maka akhirnya rakyat Perak akan terus merana dan menanggung derita.

May 13, 2009

LAGI MASALAH KEBAJIKAN MASYARAKAT

INILAH RUMAH WAK MAN



Pagi tadi saya di hubungi oleh Wak man Kampung Plentong kata nya, pada saya ..ada hal mustahak ...insyallah pukul 2.30 saya datang Wak,sebab pagi ni dah ada dua pengandu yang perlu saya jumpa ...Encik vasu dan Encik Raman di Permas jaya ...dan tengah hari pulak saya ada pertemuan dengan Mr yip Pengerusi PIBG Sekolah Permas Jaya 2.

Selepas zohor saya terus ke rumah Wak man sampai dah hampir pukul 2 ...wak man dah tunggu saya.



selepas saya duduk berbual tanya sama ada dia pergi ke laut tak hari ini ..kata nya dah lama tak ke laut ..Wak man mula cerita dengan saya dengan nada sebak sebak dah 7 bulan Kebajikan



Masyarakat tak masuk duit kepada saya bukan banyak sangat hanya Rm 135 sahaja tiap bulan ....setiap kali saya hubungi mereka... kata dalam proses ...nak tambah dari Rm 135 kepada RM 300..tapi kenapa lama sangat, itu lah duit beras saya dan isteri saya ...dah 7 bulan Wak tunggu ..Wak orang susah Rm 135 berharga bagi Wak nak sara isteri Wak sakit mental ...Syed tahu tak Wak hanya makan ala kadar sahaja kadang kadang Wak putus beras Wak Puasa sahaja ..kalau ada jiran bagi beras Wak masak .Makcik engkau ni tak apa ..dia tak pernah mintak nak makan apa ,cuma Wak pastikan ubat dia sentisa ada ...pagi tadi Wak makan nasi lemak aje dah cukup sampai malam ...habis apa sumber Wak tanya saya pada Wak? ..dia kata kadang kadang dia jual kayu bakau itu pun kalau ada tempahan untuk kenduri kahwin...Wak tak mampu pergi laut dalam kerana engine bot kecil dan sampan kecil ...sungai pulak tercemar teruk jadi hasilnya kurang .,Pasal tu Wak harap sangat duit Kebajikan tu untuk beli barang dapur..Wak dalam nada sebak maklum pada saya dia hanya masak nasi sahaja... nak goreng minyak tak ada ...barang dapur yang ada cuma beras sahaja..Wak maklum pada saya ada satu lagi keluarga yang sedang menghadapi masalah yang sama Wak ingat Wak aje yang susah rupanya ada lagi yang susah syed ...Wak mula menitis air mata ..Keluarga Pakcik Husin katanya menghadapi masalah yang sama ..Mengakhiri ceritanya pada saya pada petang yang sayu.Isu Wak ini dan Pakcik Husin akan saya buat sidang media pada esok hari jam 10.30 pagi .Di rumah Wak man.

May 12, 2009

SUMBANGAN DALAM BENTUK ARTIKAL

SAYA MENGALU ALUKAN SUMBANGAN DALAM BENTUK ARTIKAL UNTUK DI MUATKAN DALAM BLOG INI TERUTAMA ISU TEMPATAN KHAS NYA PASIR GUDANG .
BOLEH EMAIL KAN KEPADA SAYA:pusataduanrakyat@yahoo.com

ZOMBIE 786 BERJAYA TANGGUH KEPUTUSAN MAHKAMAH

Sudah dijangka, mudah diramalkan maka episod luka rakyat Perak bersambung semula setelah mendapat sedikit penawarnya semalam. Hari ini, Zambry telah berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Rayuan untuk tangguh keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang putuskan YAB Ir Nizar MB Perak yang sah. Tarikh perbicaraan kes belum ditetapkan.Begitulah mahkamah di dunia tidak akan dapat mengatasi mahkamah di Akhirat kelak. Mahkamah dunia sentiasa boleh dicabar dan kadangkala keputusan mahkamah dikatakan `silap' atau khilaf. Meskipun semalam jalan telah dibuka seluas-luasnya untuk rakyat Perak menggunakan kuasa menentukan pemimpin mereka, tetapi terdapatnya manusia yang terus ingin menafikan kuasa rakyat. Kita lihat apa episod yang berlaku selepas ini. Moga DYMM Sultan Perak akan menggunakan kuasa mutlaknya demi kepentingan rakyat Perak.