Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts

Jan 26, 2012

FAKTA!!! Johor dalam bahaya bagi BN

http://www.umnojb.com.my/johor.gifKetika BN berangan-angan ingin merampas kembali negeri –negeri yang ditadbir oleh PR , tiba - tiba seorang pensyarah universiti membayangkan bahawa Johor berada dalam keadaan bahaya bagi BN.
Johor sebenarnya bukan lagi kubu kuat UMNO selepas pilihanraya 2008 apabila dua kerusi UMNO telah ditawan oleh PAS . Dua orang professional PAS telah berjaya memenangi kerusi Sungai Abong dan Maharani.
Walaupun begitu , pilihanraya 2008 masih menyaksikan pengaruh UMNO masih kuat di kebanyakan kerusi lain. Manakala undi orang Cina dan India walaupun berubah ke PR , tapi masih kecil hanya menjangkau purata 55 % sahaja.
Inilah yang menyebabkan UMNO masih memenangi majoriti kerusi di Johor walaupun jumlah pengundi bukan Melayu besar di kebanyakan kerusi di Johor.
Perubahan undi Cina yang tidak cukup besar ini juga menyebabkan DAP cuma mampu menawan 1 kerusi Parlimen iaitu Bakri dan 4 kerusi DUN iaitu Bentayan,Mengkibol, Skudai, Senai. MCA dan Gerakan masih mampu bertahan di Johor walaupun tsunami melanda negeri-negeri lain.
Bagi pilihanraya umum ke 13, mood pengundi Cina di Johor tidak lagi sama seperti pilihanraya 2008. Akibat rasisnya kempen UMNO dibantu oleh PERKASA dan NGO ciptaan UMNO. Kemarahan orang Cina terhadap UMNO ini disedari oleh PR . Oleh kerana itulah , PR melalui DAP terutamanya begitu aktif mendaftar pengundi bukan Melayu.
Naib Presiden UMNO Shafie Afdal pernah memberi amaran bahaya pertambahan pengundi bukan Melayu di Johor.
Pengundi India pula tidak banyak berubah , UMNO mendakwa pengundi India sudah kembali kepada BN. Sebenarnya , pengundi India boleh berubah kepada PR dan kepada BN bergantung kepada pendekatan parti politik ini terhadap orang India. Maksudnya, pengundi India masih 50-50
Hanya orang Melayu menjadi harapan UMNO di Johor . Namun begitu, terdapat perubahan orang Melayu terutama di kalangan generasi muda dan pengundi Bandar. Kemenangan PAS di Sungai Abong dan Maharani adalah bukti orang Melayu berubah.
Purata undi Melayu kepada PR masih di antara 10 hingga 35 %. Ada kerusi yang mencapai 35% tapi banyak kerusi masih di bawah 25%. Malah ada yang hanya 10%.
Perubahan pengundi Cina ini boleh menjangkau 75% di kerusi ditandingi DAP dan 65 % di kerusi yang ditandingi PAS dan PKR. Maknanya, melebihi purata undi pada pilihanraya 2008 iaitu 55% .
Hakikat yang perlu ditelan oleh UMNO adalah , jika peratus undi Cina ini mencapai tahap 55% DAP sudah berjaya memperoleh 1 parlimen dan 4 DUN. Manakala PAS mendapat 2 DUN. Berapa kerusi yang diperoleh oleh PR jika undi orang Cina menjangkau sehingga lebih 60%?
Bagi kerusi DUN , UMNO dan BN cukup berada di dalam kedudukan bahaya di 19 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen yang mengandungi pengundi Melayu di bawah 50 %. 19 daripada 56 kerusi DUN sudah cukup menjadikan PR pembangkang yang kuat. 8 daripada 26 kerusi Parlimen sudah banyak membantu PR menuju Putrajaya.
DUN : Pengundi Melayu bawah 50%
1. Jementah
2. Tenang
3. Bekok
4. Tangkak
5. Bentayan (DAP)
6. Yong Peng
7. Pengaram
8. Layang-Layang
9. Paloh
10. Puteri Wangsa
11. Johor Jaya
12. Stulang
13. Pangkalan Ranting
14. Skudai (DAP)
15. Nusa Jaya
16. Bukit Batu
17. Senai (DAP)
18. Mengkibol (DAP)
19. Pekan Nanas
Parlimen : Pengundi Melayu bawah 50%
1. Segamat
2. Labis
3. Bakri
4. Tebrau
5. Pasir Gudang
6. Gelang Patah
7. Kulai
8. Kluang
Terdapat 9 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%. Semua kerusi ini adalah tidak selesa bagi BN , PAS menang 2 kerusi di kerusi mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%.
28 kerusi DUN mempunyai pengundi Melayu di bawah 55% hanya memerlukan 1 kerusi lagi bagi membolehkan PR memerintah Johor.
DUN : Pengundi Melayu bawah 55%
1. Buluh Kasap
2. Pemanis
3. Sg. Abong (PAS)
4. Maharani (PAS)
5. Tiram
6. Permas
7. Kempas
8. Bukit Permai
9. Mahkota
Parlimen : Pengundi Melayu bawah 55%
1. Sekijang
2. Ledang
3. Batu Pahat
4. Simpang Rengam
5. Sembrong
6. Johor Bahru
7. Pulai
8. Tanjung Piai
Terdapat 6 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimen yang mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 60 %. Walaupun agak sukar kepada PR namun tidak mustahil PR boleh merampas kerusi-kerusi ini.
PR hanya mampu memerintah Johor jika 34 kerusi DUN yang mempunyai pengundi Melayu di bawah 60% dapat ditawan PR. Manakala 17 kerusi parlimen pula sudah lebih daripada cukup membantu PR memerintah Malaysia.
DUN : Pengundi Melayu bawah 60%
1. Kamelah
2. Jorak
3. Gambir
4. Bukit Naning
5. Parit Yani
6. Sengarang
Parlimen : Pengundi Melayu bawah 60%
1. Ayer Hitam
Berdasarkan fakta jumlah pengundi bukan Melayu yang besar inilah menyebabkan UMNO dan BN berada dalam kegelisahan menghadapi PRU 13. Presiden UMNO juga mengetahui hakikat ini, justeru itu tarikh pilihanraya juga mengambil kira mood pengundi di Johor.
Jika silap perkiraan , UMNO bukan sahaja tidak berjaya merampas kembali negeri yang diperintah PR. Sebaliknya, kubu kuat UMNO juga bakal terlepas kepada PR.
http://tulahan.blogspot.com/

Jun 30, 2009

TINDAKAN UMNO MEMALUKAN:ANWAR

KUALA LUMPUR – Tindakan pemimpin UMNO yang menuntut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya memohon maaf menerusi media sebagai kempen pilihan raya adalah satu yang memalukan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah dilihat lebih baik dan mempunyai peluang cerah dengan bantuan Menteri Besar Kelantan itu.

Menurutnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) diharap tidak mencurahkan wang dan dana yang banyak untuk memastikan kemenangan calon mereka kerana majoriti penduduk di Manek Urai adalah golongan miskin.

“Dengan bantuan Tuan Guru nik Aziz, saya yakin Pas akan menang di Manek Urai,

“Tindakan UMNO BN yang mengecam Tuan Guru Nik Aziz agak keterlaluan dalam media, saya fikir ia satu langkah yang memalukan,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Anwar berkata demikian bagi mengulas kenyataan beliau tentang cara kempen kotor UMNO dalam Pilihan Raya kecil DUN Manek Urai yang akan bermula 6 Julai ini.

Beliau berkata, pemimpin UMNO tidak sewajarnya mencerca Nik Aziz kerana kedudukan Nik Aziz kini bertaraf Tuan Guru dan soal politik yang mengaitkan Nik Aziz tidak seharusnya di jadikan mainan media.

“Saya rasa jikalau kita fikir mengenai kedudukan Tuan Guru Nik Aziz sekarang, setuju tidak setuju dalam politik, itu hanyalah dalam politik semata-mata.

“Tidak perlulah sehingga memaksa Tuan Guru meminta maaf dan terus dicerca terus menerus dalam media itu tidak sihat,” katanya.

Anwar berkata, kini pemimpin UMNO berlagak menjadi ustaz semata-mata untuk memburukkan Nik Aziz sebagai senjata kempen mereka di Manek Urai.

Beliau berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus turun berkempen di Manek Urai untuk membantu Pas memenangi pilihan raya kecil DUN Manek Urai ini.

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta ampun kepada Tuhan berhubung kenyataannya menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan komunis pada satu ceramah politik di Kelantan minggu lalu.

Jun 27, 2009

PEMUDA DAN MUSLIMAT NEGERI SOKONG CALON MANIK URAI

MANEK URAI BARU, 27 Jun - Dua sayap utama PAS Kelantan melalui Dewan Pemuda dan Dewan Muslimatnya semalam menyokong penuh calon yang dipilih untuk mewakil PAS dalam pilihanraya Dun Manek Urai awal bulan depan.


Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman semalam berkata, Pemuda negeri berikrar meneruskan agenda memenangkan calon PAS tanpa memikirkan siapa calon yang dipilih pimpinan negeri.


Beliau yang mewakili Dewan Pemuda PAS negeri mengucapkan tahniah kepada Fauzi Abdullah yang juga Bendahari PAS Kuala Krai yang telah diberi kepercayaan meneruskan kesinambungan Allahyarham Paksu Wil membela nasib rakyat di Dun Manek Urai.


Haji Mohd Fauzi Abdullah yang dinamakan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai dibuat berdasar pemilihan mengikut sistem Kajian Awal Pilihan Raya (KAP) terhadap senarai calon daripada peringkat akar umbi dan cawangan.


Manakala Timbalan Ketua Muslimat PAS negeri, Hajah Wan Ubaidah Wan Omar di petik sebagai berkata, pemilihan Haji Fauzi amat bertepatan kerana beliau merupakan orang yang dikenali ramai di Manek Urai dan Kuala Krai.


Katanya, walaupun Fauzi yang lebih disenangi dengan pangilan Abe Uji itu tidak mendapat pendidikan tinggi, namun kepatuhannya terhadap parti dan sikapnya yang mudah mesra dengan orang ramai menjadi kriteria utama.


"Dewan Muslimat PAS negeri akan bekerja kuat untuk memastikan calon PAS mendapat sokongan dan berharap akan meningkatkan majoriti pada pilihan raya kecil nanti," ujarnya ketika ditemui selepas pengisytiharan calon tersebut di Manek Urai Lama malam tadi.


Wan Ubaidah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Dewan Muslimat negeri sudah berada di setiap peti undi berkempen dari rumah ke rumah sejak beberapa minggu lalu.


Petugas negeri membantu juga dimaklumkan akan turut sama turun mengikut jadual yang dipersetujui Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) dalam kerahan tenaga memastikan kemenangan calon PAS.

May 21, 2009

3 NEGERI LAGI BAKAL DIKUASAI PAKATAN RAKYAT


Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau menjangka tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang. Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan kemenangan Pakatan pada siri pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau. "Ia menandakan lonjakan dan sokongan kepada kita dan ia akan menjalar pada pilihan raya umum ke-13. "Saya dah nampak-nampak Johor mungkin jatuh, Negeri Sembilan mungkin jatuh dan Melaka akan jatuh. Ini adalah mimpi ngeri kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya semasa sidang media berhubung Muktamar PAS ke-55 di sini. Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang bakal menyaksikan pemilihan bagi kepimpinan pusat dan sayap parti akan berlangsung dari 5 hingga 7 Jun di Stadium Malawati di sini. Hasan berkata, beliau menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal daripada tahun 2013 atas alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pasti mahukan mandat baru daripada rakyat selepas mengambil alih kepimpinan negara April lalu. "Kita menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal sebab saya rasa Perdana Menteri baru mahukan mandat baru kerana kalau beliau jadi Perdana Menteri dengan mandat Datuk Abdullah, saya rasa tidak mantap. "Beliau perlu dapat mandat sendiri daripada rakyat tentang kepimpinannya," katanya. Hasan berkata, isu pilihan raya umum ke-13 akan disentuh dalam perdebatan pada Muktamar bulan depan termasuk persediaan dan strategi yang akan dilakukan PAS sama ada dalam parti serta kerjasama dengan dua lagi parti sekutu dalam Pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Selain itu katanya, antara isu lain yang mungkin akan diperdebatkan adalah pencapaian ahli-ahli PAS yang diberi tanggungjawab dalam pentadbiran terutama di lima negeri yang dikuasai Pakatan iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

May 14, 2009

NAJIB SEDIA BERPERANG...............



Barisan Nasional (BN) tidak gentar menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuk pilihan raya baru di negeri Perak sekiranya itu yang diputuskan. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagaimanapun menegaskan, soal sama ada pilihan raya negeri itu perlu diadakan atau tidak ia tertakluk kepada perkenan Sultan Perak. "Kita sedia berdepan dengan rakyat," katanya kepada para pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Putrajaya hari Khamis. Najib berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Najib yang juga Pengerusi BN mengadakan pilihan raya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu. “Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya,” kata Anwar. Menurut Najib, pilihan raya baru di Perak adalah merupakan salah satu pilihan yang ada dalam mencari penyelesaian kemelut politik di negeri itu tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus dilaksanakan. Namun jelasnya, keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak Sultan Azlan Shah. – Zombie 786 sahutlah cabaran Najib untuk membubarkan DUN biarlah rakyat yang menentukan siapa sebenarnya Pilihan Rakyat..JOM KITA PI PERAK MAKAN MEE UDANG BARU KUAT SIKIT NAK LAWAN UMNO

Mar 2, 2009

Kempen Pilihanraya Di Bukit Gantang

Saya sudah selamat sampai di Taiping ..dan sekarang saya berada di Dun Trong Parlimen Bukit Gantang kempen pilihanraya sudah bermula bila parti politik mula rancak pasang bendera masing masing.Tokoh tokoh umno dah mula turun ke padang sama ada kempen untuk diri sendiri atau kempen pilihan raya .Insyallah saya akan cuba update apa perkembangan terkini di Bukit Gantang.