Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.
Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka telah insaf.
Mat Sah Mohamad Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Mat Sah , yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.
Pembebasan itu dibuat bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini.
Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.
Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah.
Ketiga-tiganya, yang dituduh terlibat dalam jaringan JI, ditahan bawah akta itu pada 30 Mei 2007.
Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.SUMBER MALAYSIA KINI
Showing posts with label isa. Show all posts
Showing posts with label isa. Show all posts
Sep 15, 2009
Aug 4, 2009
29 DIDAKWA PERHIMPUNAN ISA
29 Tertuduh didakwa
SERAMAI 29 orang termasuk lima wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu.Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abdul Aziz, manakala kesemua tertuduh diwakili barisan 14 orang peguam yang diketuai Azizzul Shariman Mat Yusoff.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat yang mendengar kes itu membenarkan kesemua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang. - Utusan
* Wira-wira negara.

Aug 2, 2009
GAMBAR HIMPUNAN ISA DI SOGO
Jul 29, 2009
JANGAN LUPA 1 OGOS

Seluruh rakyat Malaysia diseru turun-turun beramai-ramai menyertai Himpunan Mansuhkan ISA yang akan berlangsung dalam masa TIGA hari sahaja lagi, bagi menunjukkan solidariti menentang akta zalim yang masih diamalkan oleh kerajaan Malaysia
Menurut laman rasmi himpunan tersebut, Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Jul 28, 2009
POLIS BERI AMARAN BATALKAN PERHIMPUNAN
Polis memberi amaran tegas terhadap pihak pro dan anti-ISA supaya membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini.
Ketika memberi amaran tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, , Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, perhimpunan itu dikhuatiri menimbulkan ketegangan dan mengancam keselamatan awam.
Menurutnya, polis telah memanggil Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) semalam untuk memaklumkan mengenai arahan tersebut kepada mereka.
Manakala polis juga, katanya, akan bertemu dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) petang esok untuk memaklumkan perkara yang sama.
Polis juga, katanya, akan mengadakan sekatan jalanraya dua hari lebih awal dan akan menahan bas-bas disyaki membawa pesertai ke perhimpunan itu.
Sebelum ini, Pewaris dan sepuluh lagi NGO Melayu yang pro-ISA, merancang berdemonstrasi Sabtu ini di ibu negara, serentak dengan perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat polis kontinjen Kuala Lumpur petang ini, Datuk Muhammad Sabtu berkata polis mengkelaskannya sebagai satu perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.
Polis juga, tegasnya, akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan atau undang-undang lain sekiranya ada pihak yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.
Menurutnya, pihak polis telah bersedia dengan kekuatannya untuk memfokuskan kepada perhimpunan itu jika diadakan juga.
"Polis akan mengambil tindakan berhemah, kecuali tidak ada cara lain. Polis tidak ingin melihat berlakunya kecederaan, luka atau dalam keadaan yang terdesak," tegas Datuk Muhammad Sabtu.
Ditanya sama ada polis akan membuat tangkapan awal bagi mengelak perhimpunan tersebut, beliau berkata:
"Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya," katanya.SUMBER MALAYSIA KINI

Jul 24, 2009
TOK GURU NIK AZIZ, ANWAR SERTAI DEMO
ik Aziz, Anwar sertai demo anti-ISA
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut serta dalam himpunan besar-besaran mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata perhimpunan itu juga turut disertai pimpinan atasan Pakatan Rakyat, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin lebih 83 NGO dalam gabungan tersebut.
Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan surat pemakluman kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung hasrat GMI menyerahkan “deklarasi rakyat” pada tarikh tersebut.
Surat tersebut diserahkan kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Mohd Khairi Abdul Rahman di pondok pengawal, kira-kira jam 11.50 pagi tadi.
Syed Ibrahim diiringi Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzzaman Mohamad.

MANSUH ISA VS PRO-ISA

Kenyataan Media Oleh Ust Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang akan mengadakan Himpunan Mansuhkan ISA terbesar pada 1 Ogos minggu hadapan di Ibu Negara.
Kesungguhan GMI ini akhirnya berjaya membuatkan Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pro-ISA) tercabar untuk melakukan Himpunan yang sama pada hari dan waktu yang sama (2 petang).
PAS melihat bahawa inilah peluang untuk Kerajaan melihat kesungguhan rakyat terhadap Akta zalim ini. Pada 1 Ogos ini seluruh rakyat diseru untuk keluar rumah dan menyertai referendum rakyat ini. Inilah hari Referendum ISA yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru. Dato' Seri Najib Tun Razak.
Jika anda menyokong pemansuhan ISA, maka berhimpunlah bersama GMI di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara sebelum berarak beramai-ramai ke Istana negara dengan pakaian Hitam atau Merah.
Jika anda menyokong kumpulan Pro-ISA, maka hadirlah bersama mereka di Pasar Seni dan kemudian berarak ke Istana Negara dengan pakaian putih.
Maka pada hari itu, Istana dan Kerajaan akan melihat kelompok manakah yang mendapat suara referendum yang majoriti.
Jika Kumpulan GMI lebih ramai maka Kerajaan haruslah mansuhkan ISA serta merta, begitu juga sebaliknya.
PAS yakin, GMI mampu mengumpulkan lebih dari 100 ribu rakyat untuk mendesak Kerajaan memansuhkan ISA.
PAS berharap agar pasukan Polis bertindak bijak dan tidak mencetuskan provokasi supaya kedua-dua kumpulan ini dapat berhimpun secara aman.
Mansuh ISA!!!...MAnsuh ISA!!!...Mansuh ISA!!!
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Jul 20, 2009
PEMUDA GERAKAN JOIN DEMO ,1 OGOS

Tahniah diatas kesediaan Pemuda Parti Gerakan untuk bersama-sama berdemontrasi anti ISA pada 1 ogos ini mendapat pujian daripada pelbagai pihak.Menurut AJK Dewan Muslimat Pas Pusat Aiman Athirah,keberanian yang ditunjukkan oleh Pemuda Gerakan demi untuk kepentingan rakyat seharusnya dicontohi oleh Pemuda Umno,agar akta zalim itu dapat dimasuhkan dengan segera oleh pihak pemerintah.
Beliau juga berharap agar Pemuda Gerakan akan meneruskan usaha mereka untuk turun berdemontrasi walaupun tiada permit daripada pihak anggota keselamatan,kerana ini adalah hak yang telah diberikan kepada rakyat untuk berhimpun dan telah termaktub dalam perlembangaan.
Jul 17, 2009
PAK LAH : KERAJAAN BERANI HAPUS ISA

Dua minggu sebelum demonstrasi besar dirancang bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mantan perdana menteri berkata kerajaan wajar "berani memansuhkannya."
Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.
"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.
"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan
kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.
Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.
Dicemari stigma negatif
Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk
melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.
Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.
"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.
"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilapo
Jul 1, 2009
DEDAH BUKTI TAHANAN ISA PENGGANAS
Anwar: BN jangan main-main, dedah bukti tahanan ISA pengganas sekarang!
Parti Keadilan Rakyat mendesak Barisan Nasional membebaskan semua tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana gagal menunjukkan sebarang bukti mereka terbabit dalam aktiviti keganasan.
Setakat ini kerajaan dan polis gagal menunjukkan bahawa tahanan ISA yang dikaitkan dengan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) dan Badan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) menjalankan sebarang kegiatan pengganas atau mengancam keselamatan negara. .
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini berkata tahanan-tahanan J-I dan Hindraf ditahan atas syak wasangka semata-mata tanpa bukti kukuh mereka terbabit dalam aktiviti pengganas.
“Dalam soalan lisan saya kepada menteri dalam negeri bersabit ISA, Jemaah Islamiyah dan Hindraf, saya soal apa bukti mereka ini pengganas. Jawapannya mereka didapati mengumpulkan dana untuk beli senjata dan letupan, mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda. Sehingga sekarang tidak ada satu bukti pun dikeluarkan,” kata Anwar.
Anwar menjelaskan tahanan-tahanan JI dan Hindraf adalah tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah di mahkamah undang-undang.
“Ini bahayanya apabila ISA di tangan polis membuat penahanan berdasarkan syak. Bila ditanya mengapa mereka tahan, mereka jawab pengganas. Bila ditanya mana bukti, mereka jawab kami percaya. Fitnah sebegini menyebabkan orang terperuk 6-7 tahun dalam penjara,” tambah Anwar.
Anwar menyeru pihak berkuasa supaya jangan bersikap hipokrit kerana kerajaan Umno-BN sendiri mempunyai hubungan dengan pemimpin askar pembebasan Mujahideen dan Al-Qaeda.
“Saya mengiring Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir, ke Afghanistan, dan saya menemui semua kumpulan pejuang Afghanistan termasuk seorang yang mungkin terlibat dengan Al-Qaeda. Tapi saya tak boleh dedahkan semuanya kerana nanti jadi alasan mereka tangkap saya pula. Jadi mengapa mereka memberi liputan negative keatas Waythamoorthy semata-mata beliau dipercayai menemui pemimpin LTTE,” kata Anwar.

Jun 16, 2009
KEMPEN MANSUHKAN ISA
Kempen terbaru untuk mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dilancarkan di lobi Parlimen esok, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan.
Kempen itu sebahagian program menganjurkan demonstrasi besar-besaran yang digelar 'Himpunan Mahsuhkan ISA' pada 1 Ogos di Kuala Lumpur.
"Pemuda PAS akan menjadi antara penggerak utama di samping rakan-rakan NGO yang lain. Kempen ini akan digerakkan ke seluruh negara," kata Nasrudin.
1 Ogos adalah ulang tahun ke-49 penguatkuasaan ISA.

May 18, 2009
AMARAN HINDRAF

Amaran Hindraf: Batalkan arahan atau 'perang' Athi Veeranggan .Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy memberi kata dua kepada kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tarik balik arahan terhadap abangnya yang juga pemimpin Hindraf, P Uthayakumar untuk bertemu dengan lembaga penasihat ISA atau bersiap sedia untuk berdepan sekali lagi dengan protes jalanan di seluruh negara. waythamoorthy and uthayakumar hindraf Waythamoorthy yang tinggal di London berkata arahan ke atas Uthayakumar selepas beliau dibebaskan tanpa syarat dari Kem Tahanan Kamunting, adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan. Oleh itu, beliau menggesa pihak berkuasa supaya segera menarik balik arahan tersebut, dan jika tidak, pergerakan itu akan mengisytiharkan 'perang' terhadap kerajaan Najib. Menurutnya, tindakan lembaga penasihat ISA itu melampaui Perlembagaan Persekutuan dan "satu ugutan untuk menahan semula Uthayakumar". Waythamoorthy kini sedang menziarahi tempat-tempat suci di India sebagai memenui niatnya ekoran pembebasan abangnya daripada tahanan di bawah ISA.
May 8, 2009
Tiga pemimpin Hindraf bebas
Tiga pemimpin Hindraf masih berada di kem tahanan kamunting bersama 10 yang lain akan di bebaskan daripada akta keselamatan dalam negeri ,demikian diumumkan hari ini.
Menteri Dalam Negeri ,Datok Hishammudin di sidang media di Putra jaya sebentar tadi.Tiga pemimpin ini termasuk Adun Kota Alam shah,M Manoharan penasihat undang undang Hindraf ,P uthayakumar.kesian umno kerana takutkan prk.tahanan Isa yang kononya mengancam keselamatan negara di bebaskan .

Subscribe to:
Posts (Atom)