Showing posts with label RUNTUH. Show all posts
Showing posts with label RUNTUH. Show all posts

Jun 13, 2009

TIGA ORANG BEKAS EXCO BAKAL DISIASAT SPRM



KUALA TERENGGANU – Sekurang-kurang tiga orang bekas Exco kerajaan negeri dan beberapa pegawai senior dari Jabatan Kerja Raya negeri akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan tragedi bumbung runtuh Stadium Sultan Mizan Zainal.

Satu sumber menyatakan bekas Exco kerajaan negeri mempunyai maklumat penting dalam membantu merungkai kejadian yang memalukan 2 Jun lalu.

Sumber tersebut turut menyebut dokumen melibatkan pemilihan kontraktor yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pemasangan atap Stadium bernilai RM300 juta itu akan diperolehi dari pihak berkenaan.

¡°Kami telah mengenalpasti nama beberapa individu penting bagi membantu penyiasatan,¡±kata sumber tersebut yang tidak mahu menyebut nama bekas Exco terbabit dan individu yang akan dipanggil.

Tiga orang yang bertanggungjawab memastikan Stadium tersebut siap menjelang SUKMA 2008 adalah Dato¡¯ Wan Hisham Wan Salleh (Kemudahana Awam dan Infrastruktur), Dato¡¯ Din Adam (Belia dan Sukan) dan Dato¡¯ Rosol Wahid (Islam Hadhari dan Kebajikan)

Din dan Rosol masih berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, sebelumnya menjadi Exco kerajaan dibawah bekas Meneteri Besar Dato¡¯ Seri Idris Jusoh.

Jun 3, 2009

BADAK OH BADAK KENAPA KAU RUNTUH

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu amat memalukan negara.

Sekarang musim banyak 'benda' runtuh di Malaysia.

Runtuhnya keadilan, runtuhnya iman, runtuhnya akhlak, runtuhnya institusi keluarga, runtuhnya bangunan, runtuhnya tanah, runtuhnya tamaddun kemanusiaan dll.

Hari-hari kedengaran, mat ' (mat rempit), mat ragut, mat rogol, mat 'gian', mat 'penulis' cari makan, mat 'fitnah', mat kawin lebih, mat kelentong dll. sudah semacam hilang kawalan dan tak boleh dibendung lagi.

Kemuncak kepada segala keruntuhan ini alah runtuhnya kepercayaan kepada UMNO. Tanda-tanda ke arah itu sudah mula jelas kelihatan, cuma menunggu masa dan ketikanya sahaja.

Jun 2, 2009

RUNTUH LAGI.




Mengejutkan! Bumbung utama stadium yang baru dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu runtuh pagi tadi kira-kira 7.30 pagi tadi. Stadium yang dibina khusus untuk SUKMA yang boleh menampung 50 000 penonton itu mempunyai 2 bumbung iaitu yang tinggi disebelah kiri dan yang rendah disebelah kanan.Menurut sumber yang boleh dipercayai,bumbung yang runtuh adalah bumbung tinggi disebelah kiri dan khabarnya mengenai pentas diraja.


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Namun,sebuah kereta Perodua Kancil dan 4 motosikal tertimbus dibawah runtuhan

Selang beberapa hari negara dikejutkan dengan kejadian runtuhnya bagunan Jaya Supermarket di PJ..kali ini satu lagi kejadian runtuh mengemparkan negara.Kalau yang sebelum ini bangunan lama tidaklah dipertikaikan sangat,tetapi kejadian yang baru beberapa jam berlaku pastinya mengundang bermacam-macam persoalan.

Bagaimana sebuah stadium yang baru setahun umurnya....kononnya dibina dengan teknologi canggih dan dana yang agak besar untuk penganjuran SUKMA boleh tercabut bumbungnya?Bayangkan semasa kejadian berlaku,ribuan orang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak?Bayangkan juga,sekirnya baginda Tuanku turut ada sama di stadium berkenaan?

Dengan usia yang sebegitu muda,terlalu mustahil untuk dipercayai stadium itu boleh runtuh bumbungnya dengan sebegitu gaya.Sudah pasti ada sesuatu yang tak kena semasa pembinaannya dulu.

Sudah pasti akan ada pihak yang tak senang duduk dengan apa yang berlaku.Kepada pihak yang berwajib,siasatan seharusnya dilakukan dengan telus agar pihak yang terlibat diseret kemuka pengadilan.Tambahan pula,ini melibatkan nyawa manusia dan wang rakyat yang begitu besar.

Janganlah asyik sibuk mengepung...lembu korban sahaja..sprm lepas ni hang kepung pulak stadium....