Showing posts with label NAJIB. Show all posts
Showing posts with label NAJIB. Show all posts

Jun 16, 2009

NAJIB MENAGIH SIMPATI

Dalam sebilangan besar pemimpin PAS dan pakatan Rakyat menolak Kerajaan Perpaduan dan Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri menyatakan ianya disalahtafsir. Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mengharapkan pembentukkan itu.

Najib berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Hadi Awang. Perdana menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

Ia memperlihatkan Umno sudah tiada pengaruh dikalangan rakyat Malaysia terutama melayu dan sidang medianya seperti menghapakan simpati dari semua ahli PAS.

"Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya.

Dengan tiada rasa kekutana pada Umno belaiu berkata, "Kita kena risik-risik dulu. Macam kita nak kahwinlah, kena risik-risik dulu. Jadi tak jadi, kita tengoklah. Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagilah. "Kita tengok pada bentuk kerjasama yang sesuai. Selepas itu, kita boleh bincang. Tak ada masalah " .

Sikap Umno berpura-pura tentang kerajaan perpaduan ini kerana hampir semua mengutuk tindakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin di dewan Rakyat.Umno srbenarnya dah tingal nyawa ikan sahaja, tak payah la kita layan puak puak ini.

May 11, 2009

NAJIB ALTANTUYA TAK PUAS HATI




Ketidak-ikhlasan PM, Najib Tun Razak untuk menyelesaikan kemelut politik Perak jelas terbukti apabila beliau dengan terang-terang menyatakan Barisan Nasional akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah mengisytiharkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Malah beliau mengugut rakyat Perak, supaya jangan “terlalu teruja” dengan keputusan mahkamah itu malah berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.” Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut.Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.Najib berkata, rayuan akan dikemukakan terhadap keputusan mahkamah kerana "kita rasa kita ada kes yang kuat.”Ditanya sama ada pilihanraya negeri adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, Najib menjawab:"Saya tak boleh komen perkara itu pada masa ini."Ditanya sama ada beliau akan menghadap Sultan Perak, Perdana Menteri berkata beliau boleh berbuat demikian pada bila-bila masa.Beliau juga ditanya sama ada BN akan mengatur satu lagi sidang DUN untuk meluluskan usul tidak percaya terhadap Nizar bagi membolehkan BN kembali berkuasa di Perak."Saya tidak tahu lagi, langkah pertama kita adalah membuat rayuan," tambahnya.