Showing posts with label KERAJAAN PERPADUAN. Show all posts
Showing posts with label KERAJAAN PERPADUAN. Show all posts

Jun 23, 2009

PAS, WAYANG KULIT, -KOH TSU KOON

KUALA LUMPUR - Setelah bercita-cita tinggi agar Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan. Kini hampir semua pemimpin Barisan Nasional terutama Umno terkilan tindakan Pakatan Rakyat menolak cadangan itu.

Tindakan Pas menolak cadangan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar diwujudkan kerajaan perpaduan memperlihatkan ketidakjujuran parti itu untuk mengadakan perbincangan ke arah kebaikan, kata beberapa pemimpin Barisan Nasional.

Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon menyifatkan tindakan Pas itu sebagai "wayang kulit".

"Ini memang sudah dijangka. Ini semua hanya wayang kulit. Memang ada percanggahan dalam Pakatan Rakyat," kata Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata beliau melihat Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih suka berbincang dengan DAP berbanding Umno.

"Apa salahnya kalau kita duduk berbincang. Pada saya menolak terus inilah gambaran kejujuran PAS," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno pula melahirkan rasa dukacita ekoran tindakan Pas menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

"Ini hal yang mendukacita kepada kita semua khususnya orang Melayu. Bukan nak tubuhkan (kerajaan perpaduan). Kalau nak duduk pun tak boleh, ini memang merugikan kita," katanya.

Bagaimanapun, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata penolakan itu tidak mengecewakan Umno.

Jun 20, 2009

MUSLIMAT TOLAK KERJASAMA DENGAN UMNO


KUALA LUMPUR - Dalam hampir semua pemimpin Umno mendesak agar kerajaan perpaduan menjadi kenyataan. Dewan Muslimat Pas tetap berpegang teguh dengan keputusan muktamar parti itu dan menolak sebarang kerjasama politik dengan UMNO dan kekal bersama Pakatan Rakyat.

Timbalan Muslimat PAS, Senator Siti Zailah Yusof berkata, pihaknya memahami kecelaruan yang timbul di kalangan ahli-ahli Pas akar umbi, pimpinan peringkat bawahan, penyokong dan pengundi Pas berhubung isu kerjasama politik antara Pas dengan UMNO.


"Bagaimanapan, Muslimat Pas akan tetap berjuang bersama dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP sebagai satu gagasan.


"Kami menyeru kepada ahli-ahli supaya bertenang dan jangan cepat cemas dengan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba memecah belahkan pakatan pembangkang dan perpaduan dalam Pas," katanya .


Siti Zailah berkata, pihaknya ingin menyeru kepada semua pimpinan Pas supaya tidak membuat cadangan baru di luar keputusan muktamar atau yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat serta Majlis Syura Ulama.


"Pas adalah parti yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik di negara ini dan mempunyai pengalaman luas untuk menangani pelbagai cabaran politik yang dihadapi.


"Pemimpin-pemimpin dan ahli Pas seharusnya meletakkan kesetiaan dan kepercayaan mereka kepada perjuangan jemaah," kata beliau.

Jun 13, 2009

ANWAR SEDIA BINCANG DENGAN NAJIB TAPI BUKAN KERAJAAN PERPADUAN

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi tidak timbul langsung isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Tidak timbul isu kerajaan perpaduan. Isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit sama sekali," tegas beliau dalam ucapannya di Kongres Nasional Khas PKR di Nilai hari ini.
PAS telah menjelaskan pandangan degan sebaiknya. Kita sedia berbincang dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

"Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan," tegas Anwar.

Beliau mengulas isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan andaiaan bahawa parti Islam itu berniat bergabung dengan Umno.

"Selepas Muktamar PAS, saya hubungi Ustaz Abdul Hadi dan berbincang panjang. Kita akan jelaskan melalui kenyataan media yang bakal keluarkan. SUMBER MALAYSIA KINI

TENGKU ADNAN MENGESAHKAN TIADA WAKIL PAS BERTEMU UMNO


Putrajaya - Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak yakin dengan cadangan Pas untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti dizahirkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah, katanya, BN masih ragu-ragu dan sangsi dengan idea kewujudan kerajaan perpaduan itu memandangkan Pas pernah mengadakan perbincangan berhubung perkara sama sebelum ini.


''Saya tak yakin, BN tak perlu yakin dan terlalu yakin kerana mereka nak cari kuasa untuk kepentingan diri, bukannya nak bantu rakyat atau bangunkan negara.


''Dahulu semasa saya jadi Setiausaha Kerja UMNO dan Tun Khalil Yaakob sebagai Setiausaha Agung, beliau telah bertemu dengan pihak Pas tetapi selepas bertemu tak ada apa-apa pun, jadi kita masih ragu dan sangsi dengan apa yang mereka maksudkan," katanya.


Tengku Adnan turut menyifatkan isu tersebut sebagai permainan pakatan pembangkang untuk menutup keretakan hubungan mereka yang diibaratkan retak menanti belah. ''Bila sudah mula retak, nak sorokkanlah. Sebenarnya mereka tak mampu menguruskan negeri jadi keluar macam-macam helah sehingga Pas sendiri berpuak-puak," katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa tidak ada wakil daripada Pas yang datang menemui pemimpin tertinggi UMNO untuk membincangkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.


Jun 10, 2009

MAHATHIR TOLAK CADANGAN HADI


Dalam Umno hangat membicarakan mengenai Kerajaan perpaduan cetusan PAS. Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir Mohammad menolak cadangan itu. walaupun sebilangan besar pemimpin UMNO meminta ianya dibincangkan secara mendalam.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Rakyat perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai "cermin" kepada kerajaan dan "tidak sihat" mewujudkan negara satu parti.

Beliau berkata "Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak."


"Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP. "PAS pun masuk jugak BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan PAS sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN," Dr Mahathir berkata lagi.

"Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politik jugak tau," katanya sambil tersenyum.

Muktamar PAS yang lepas ramai pemimpin PAS yang tidak setuju dengan cetusan Kerajaan Perpaduan ini. Malah mendapat bantahan keras dari DAP.Perwakilan pun menolak kerjaan perpaduan dan Nik aziz pun kata tak perlu kerjaan perpaduan tapi yang lebih pihak Media milik BN ..Bn cuba cari talian hayat terakhir aku dah benci tiap hari media pukul canang.