Showing posts with label KELUAR UMNO. Show all posts
Showing posts with label KELUAR UMNO. Show all posts

Jun 12, 2009

MCA BAKAL TINGGAL BN .......??????


Hasil pungutan suara dalam laman blog Presiden MCA, menunjukkan majoriti melebihi 75% mahu MCA keluar dari Barisan Nasional. Presiden UMNO bercakap bagi pihak MCA bahawa sekutunya itu tidak akan keluar BN. (BeritaHarian)

Kalau MCA keluar, kemana halatujunya? Iklim politik di Malaysia tidak menjuruskan atau memungkinkan sesebuah parti politik boleh berdiri sendiri. Masyarakatnya yang majmuk memerlukan satu pakatan politik yang bergerak dengan satu tujuan yang memerlukan kepada keperluan asas seperti keadilan sosial dan menghapuskan kezaliman.

Di atas dasar itu Pakatan Rakyat di wujudkan. MCA diucapkan selamat datang.

Kenapa pungutan suara diadakan oleh Presiden MCA?

Adakah ia saja-saja diadakan untuk mengukur populariti MCA?

Adakah MCA sudah lama memakan hati, menjeruk hati dengan UMNO yang mendominasi BN?

Kenapa perlu seorang Presiden UMNO bercakap bagi pihak MCA? Memadailah Presiden MCA membuat ulsan atau pengakuan berkait dengan pungutan suara tersebut. Pengakuan yang dibuat oleh seorang Presiden parti lain boleh mengundangkan fitnah.

Nanti, ramai yang akan berkata, tiada angin masakan pohon bergoyang.