Nov 5, 2011

PAR TOLONG BANTU KAMI


                                      Air Kumbahan yang di salur keluar ke saliran Parit
Penduduk sekitar Jalan Ketapang  Taman Rinting Pasir Gudangmengeluh apabila terpaksa menghidu bau busuk akibat sistem kumbahan di kawasan perumahan mereka yang tidak berfungsi sejak dua bulan lalu.

Penduduk di kawasan terbabit mendesak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) segera menyelesaikan isu terbabit bagi memperoleh kehidupan yang selesa.

Dikatakan penduduk tidak dapat menahan bau busuk itu kerana hanya Rumah mereka terletak kira kira  30 meter dari kolam tersebut kawasan berkenaan.

Seorang penduduk Rosli Mawasi , berkata, pihaknya kerap menghubungi MBJB sebelum ini mengadu hal berkenaan namun dimaklumkan wakil majlis terbabit, pihak yang bertanggungjawab menguruskan perkara itu tiada di pejabat.

“Saya telah menghubungi MBJB beberapa kali sebelum ini namun setiap kali panggilan dibuat dimaklumkan kepada saya, petugas berkenaan tiada di pejabat dan ada kalanya diberitahu individu berkenaan mengambil cuti sakit.


“Setelah berkali-kali gagal mendapatkan penjelasan pihak terbabit saya membuat aduan kepada Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan Johor  Syed Othman  agar dapat membantu menyelesaikan masalah ini dengan membawa perkara ini kepada pihak yang berkenaan,” katanya kepada Media  semalam.
Air di kumbahan itu telah menjadi terlalu kotor dan baunya begitu kuat itu ada masa membuatkan saya seolah-olah mahu muntah,” katanya.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya mendapat aduan daripada penduduk kawasan berkenaan  dua hari yang lalu dan dimaklumkan penduduk juga telah menghubungi MBJB dan diberi jawapan tiada peruntukan untuk baiki pulih sistem kumbahan tersebut.

“Penduduk pernah hubungi MBJB dan pihak mereka ada memberitahu kepada penduduk yang membuat panggilan bahawa tiada peruntukan.

“Sebelum ini penduduk telah diberitahu ada kontraktor yang akan membaik pulihnya namun apabila menghubungi pihak majlis sekali lagi, dimaklumkan tiada peruntukan bagi baik pulih sistem tersebut,” katanya.

Katanya, jika hujan, bau busuk itu akan lebih mengganggu penduduk kawasan sekitar t dan berharap perkara itu dapat diselesaikan segera.

“Saya akan membuat aduan kepada pihak majlis dan Alam Sekitar kerana Air Kolam Kumbahan di salur keluar ke saliran Parit Berhampiran tanpa di rawat terlabih dahulu,  serta akan menghantar aduan kepada Biro Pengaduan Awam Negeri pada hari ini juga,” katanya.

No comments:

Post a Comment