Apr 20, 2010

Jika BN Menang Hulu Selangor: Kerajaan Pas Kedah Ikut Tumbang

Melihat kepada perkembangan semasa, jika BN menang PKR Hulu Selangor, kerajaan Kedah juga akan turut tumbang.

Kedudukan Kerajaan Kedah di bawah pimpinan Pas kini di hujung tanduk. Jika ADUN PKR yang tiga orang lagi akan ikut jejak Tan Wei Shu ADUN Bakar Arang yang keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas, maka Kerjaan Pas Kedah akan rebah.

Di dewan undangan Kedah pada masa kini, Pas 16 kerusi, PKR 3 dan DAP 1. Sementara BN 14, bebas 2.

Jika 3 ADUN PKR keluar dan mengistiharkan ADUN Bebas mesra BN, maka kerajaan BN Kedah akan ditubuhkan mengikut jejak Kerajaan Perak yang ditubuhkan pada 6 Februari tahun lalu.Namun, MB Kedah Azizan Razak telah memberi amaran,jika 3 ADUN PKR keluar, dia akan membubarkan DUN Kedah, untuk memberi peluang pilihanraya umum negeri.

Di isukan, bahawa sebaik sahaja PRK Hulu Selangor diumumkan dan BN menang, maka 3 ADUN PKR Kedah itu akan mengikuti jejak wakil rakyat Bakar Arang.

Tan Wei Shu merupakan exco kerajaan Kedah yang digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu dan tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.

Dia mendakwa tindakannya itu diambil kerana "dipermainkan oleh pemimpin parti demi kepentingan individu tertentu".

Tindakan Tan, semalam itu menjadikannya wakil rakyat PKR yang kelapan keluar parti. Sebelumnya, empat ahli parlimen dan tiga Adun parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah mengambil tindakan yang serupa.

Tan juga menjadi Adun kedua - selepas Adun Lunas Mohammad Radzhi Salleh - daripada Kedah yang melompat parti sebelum ini.

Ekoran tindakan Tan itu, BN kini lebih hampir untuk mengambil alih Kedah. Dalam kerajaan pimpinan PAS itu, Pakatan kini tinggal 20 kerusi DUN, BN 14 kerusi, manakala bebas dua.

Kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak itu boleh tumbang sekiranya terdapat tiga lagi Adun Pakatan yang mengikut jejak langkah Tan.

No comments:

Post a Comment