Sep 8, 2009

MENUJU PERUBAHAN RAKYAT JOHOR


Kempen menuju perubahan giat di jalankan di negeri Johor Darul Takzim, negeri keenam yang disasarkan sebagai frontline Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam pusingan kempennya di selatan tanahair tiba di Parit Sulong, Batu Pahat menemui lebih 3,000 Melayu, Cina, India dan penyokong Pakatan Rakyat yang bersesak-sesak di Markas Pas Parit Sulong.

“Zaman kita ini adalah zaman edan, yang hendak bercakap benar dipadamkan, digelapkan, kita terangkan hak kebenaran orang Melayu, tak malu ke kita? Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan, bagi tahu kepada kita bahawa begitu melebarnya pendapatan orang Melayu, Melayu yang paling kaya dan paling miskin.

“Istilah sekarang kata kesenjangan antara orang Melayu bumiputera, masalah bumiputera yang dapat AP, dapat kontrak percuma kaya melangit, sedangkan orang Melayu ramai termasuk di Parit Sulong merempat di bawah ini”

Memetik karya ulung pujangga Jawa, Ronggo Wisoto, Anwar berkata rakyat harus melihat kebejatan yang berlaku hari ini dengan rasa insaf dan membulat tekad menuntut perubahan sepertimana yang dituntut agama dan bicara akal waras.

“Kenapa dikata gila? Yang hak dikata bakhil, orang yang rasuah diangkat, tapi orang yang baik dihumban ke penjara, bukan saya kata tapi Ronggo Wasito, seorang ahli falsafah."

“Orang yang zalim dipuja, yang menegakkan keadilan dihina, orang yang merompak kekayaan negeri dianggap pejuang tapi orang yang membela nasib dianggap pengkhianat terutamanya yang tertindas dan miskin."

“Ronggo Wasito boleh faham Melayu 2009, kenal zaman akan datang, beliau seolah-olah boleh meneropong zaman akan datang dan ungkapan-ungkapan yang baiknya dalam Bahasa Jawa,” katanya.

Jelasnya sehinggakan ahli falsafah terkemuka itu sudah lama membayangkan zaman akan datang yang penuh dengan kegilaan sehinggakan rakyat yang miskin akan lagi bertambah miskin dan terpinggir.

Perompakan harta rakyat dan penindasan hak adalah sesuatu yang bukan rahsia, bahkan dilakukan secara terang-terangan oleh pemerintah dan kroni-kroni mereka.

“Lebarnya diantara yang paling kaya dan paling miskin, sebab itu saya kata kaji semula Dasar Ekonomi Baru, wah khianat Melayu sebab saya suruh kaji semula DEB, kaji semula kerana kita ambil, kaji semula supaya dapat dilaksanakan dengan adil."

“AP, dari Rafidah Aziz sampai sekarang, AP ini apa? Permit import motorkar? Berapa untung dia? Dalam masa 10 tahun permit ini bernilai puloh bilion ringgit, siapa dapat? Orang-orang yang terpilih, orang pimpinan UMNO atasan."

“Saya khianat? Tidak! Saya cemburu kerana saya tidak dapat? Tidak! Saya menteri kewangan lapan tahun, mencekik darah banyak mana pun aku boleh. Siapa yang tidak hendak bagi?

“Pergi ladang Sabah, Sarawak, ermm Datuk tanah ini, Selangor pun begitu juga, apa yang tidak bagi kalau hendak. Tapi saya syukur Alhamdullilah, saya mampu cakap di bulan Ramadhan ini kerana sampai hari ini mereka tidak boleh tapi boleh cerca saya, boleh telanjangkan saya, boleh pukul saya setengah mati."

“Dia boleh cuba aibkan saya tapi dia tidak boleh buktikan sampai hari ini, apa tuduhan khianat dia, satu saham pun saya tidak ambil, satu inci tanah kerajaan saya tidak ambil, satu AP saya tidak ambil,” katanya.

Anwar mengegaskan sekiranya beliau adalah pengkhianat negara, sudah lama beliau boleh berbuat demikian ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan semasa memegang port folio Menteri Kewangan selama lapan tahun dahulu.

Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tomahan dan fitnah daripada mereka yang pro kerajaan tetapi Anwar menegaskan tidak akan berputus asa membela nasib bangsa.

Ekoran itu, Anwar meminta kerajaan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru bagi memperlihatkan semula perancangan itu sama ada masih relevan lagi atau tidak mengikut arus masa ke semasa.

“Saya hendak nak buat, nak ajak sayang, selagi Allah bagi kekuatan, kewarasan, kekuatan iman dan akhlak, saya akan guna seluruh kekuatan saya dan jaga kepentingan ini umat dan negara ini, dan hendak angkat kedudukan orang Melayu, Iban, dan Cina, serta Kadazan gagah di negara kita. Itu niat saya,” katanya.SUMBER

Sep 7, 2009

BEKAS PERASUAH POLITIK BAKAL CALON BAGAN PINANG......???


Pemimpin Umno bahagian Teluk Kemang umumnya ingin melihat mantan menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ketua Pemuda bahagian Mohd Faizal Ramli berkata Isa, yang mengetuai bahagian itu, ingin dicalonkan lagi kerana beliau masih dihormati di kalangan pengundi.

"Rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau," katanya.

Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Faizal menegaskan pilihanraya kecil kali ini bukan boleh diambil mudah kerana ini BN tewas dalam tujuh daripada lapan pilihanraya kecil sebelum ini – satu daripadanya, di Penanti, tidak ditandingi.

"Ini bukan pilihanraya main-main, ia adalah satu pilihanraya yang kritikal," katanya, yang juga timbalan pengarah jentera pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Dan ini adalah kubu kuat BN yang perlu dipertahankan majoriti malah perlu dipertingkatkan majoriti agar Umno dan BN masih relevan dan masih diterima oleh rakyat.

Bahagian itu akan mengadakan mesyuaratnya Khamis ini bagi membincangkan calon yang akan bertanding di kerusi tersebut dan persiapan serta strategi jentera BN.

Diminta mengulas cadangan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang menyarankan calon kerusi tersebut dipilih kalangan wanita, Mohd Faizal berkata:

"Sekarang bukan masanya untuk memenuhi sesuatu kehendak. Sekarang adalah masa kritikal untuk parti.

"Saya sokong Tan Sri Isa, fokus kepadanya supaya jentera kita dapat bergerak lebih awal. Faktor calon penting iaitu yang diterima oleh rakyat dan parti," katanya.

KRISIS DALAMAN UMNO TERENGGANU HANYA SELESAI................

SETIU - Krisis dalaman Umno diramal semakin parah berikutan perkembangan terbaru tindakan ADUN Umno/BN memboikot Majlis Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyidin Yassin di Hulu Terengganu baru-baru ini.

Oleh itu, ramai pihak yakin, Barisan Nasional (BN) akan menjadi pembangkang di Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 sekiranya krisis kepimpinan melibatkan wakil rakyat BN berterusan dan tidak selesai.

”Dan kita ingat dia (BN) dapat selesai masalah dia selepas pilihanraya ke 13, InsyaAllah,” kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib ketika ditemui selepas menyampaikan tazkirah pada Majlis Iftar kawasan Setiu di Jabi, dekat sini petang semalam.


Walau Bagaimanapun, katanya, sehingga kini belum ada ADUN Umno yang melompat parti samada kepada PAS ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

”Setakat ini belum ada, mana-mana pihak yang melompat parti, kita pun tak tahu nak melompat ke mana, ada berita-berita sahaja,”ujarnya ketika ditanya berkaitan perkara tersebut.

Berkaitan persiapan PAS menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan, beliau berkata, PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat politik bagi membincangkan perkara itu esok 7 September di Kuala Lumpur.

”Esok mesyuarat politik di Kuala Lumpur, jadi, saya tidak mahu jawab lagi,”katanya ringkas.

Sebelum itu, beliau berkata, masalah dadah yang banyak dan mudah didapati dalam Negara kita adalah kerana adanya rasuah.
Beliau mengulas kisah seorang sahabat RasuluLlah SAW, Suhaib ArRumi yang dapat melepaskan diri keluar dari Mekah apabila disekat oleh orang-orang kafir Quraisy.

Katanya, Suhaib telah menyerahkan kunci tempat simpanan hartanya kepada orang-orang Quraist tersebut, lalu beliau dilepaskan untuk berhijrah ke Madinah.

”Yang kata banyak-banyak dadah ada dalam Malaysia ini pasal apa, dia masuk kut mana, nak kata jatuh darti atas langit tidak munasabah,

”sempadan negara ada belaka kastam, di darat ada, di udara ada, udara tu dia masuk ikut lapangan terbang, ada kastam, tapi yang terlepas pasal apa,

”takut ada lagi saki baki (seperti orang yang menyekat Suhaib ar-Rumi),”katanya.

Turut hadir dalam Majlis Iftar Peringkat Kawasan Setiu semalam adalah Yang Dipertua PAS Setiu Ustaz Mohd Pauzi Muda, Setiausaha Aminuddin Umat dan Ketua Penerangan Dr Azman Ibrahim.


SUMBER...buletinonline.

BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN




Pas Caw Air biru Pasir Gudang semalam mengadakan majlis berbuka puasa bersama pemimpin Pas dan fakir masikin serta ibu tunggal 20 keluarga menerima sumbangan dari pada Pas caw ,sumbangan berupa barang kerperluan harian dan duit raya.

JANGAN CABAR SAYA MACAM IBRAHIM FIKRI CABAR AYAH SAYA DULU


“Jangan cabar saya macam Ibrahim Fikri cabar ayah saya dulu” begitulah lebih kurang bunyinya kata-kata Najib Tun Razak kepada Rosol Wahid ketika Rosol membawa suara tidak senang hati kem Derih Jusoh terhadap MB Ahmad Said kepada PM beberapa bulan lalu.

Tidaklah IB ingin ketengah sangat apa yang IB dengar dua bulan lalu kerana, tidak pasti kesahihannya. Kedua tidak pula dapat IB sahkan apa yang sebenarnya dikatakan oleh bekas Menteri Besar Terengganu Ibrahim Fikri kepada Tun Razak dulu (betul ke pernah ada perjumpaan seperti itu?). Pernah IB bertanya dengan beberapa orang yang pernah rapat dengan arwah Ibrahim untuk pengesahan – tidak pula dapat IB pastikan bahawa pernah berlaku Ibrahim Fikri mencabar Tun Razak. Maka IB tidak mahu teruskan khabar berita tersebut.

Namun dengan melihat kemelut di Terengganu semakin parah dan sukar untuk nampak arah penyelesaiannya walaupun dua pimpinan kanan pusat datang pun lebih separuh dari pimpinan negeri UMNO masih berkeras untuk boikot – sememangnya kalau benar ada sesi “cabar-mencabar” Rosol dengan Najib tu – mungkin adalah kebenarannya sedikit sebanyak kot. Memang bagai dikatakan IB dulu Terengganu Lebih Parah Dari Perak.

Sepertimana yang IB pernah sebut dahulu – negeri Terengganu semenjak ianya negeri miskin sehingga ianya menjadi kaya raya dengan hasil mahsul minyaknya, rakyatnya tetap tersisih akibat perebutan kuasa para pemimpin UMNO. Di zaman pemerintahan yang begitu lama Wan Mokhtar – saingan kerap dilihat datang dari Utara juga (Yusof Nor).

Sekarang pun di bawah pimpinan dari Kemaman – saingannya pun dari daerah Besut juga. Yang merana dan terabai ialah rakyat jelata. Yang mengaut keuntungan ialah di kalangan pimpinan. Sepanjang BN memerintah negeri Terengganu (walaupun kaya dengan hasil minyaknya) Terengganu kekal terperosok di tangga terakhir di kalangan negeri-negeri yang dipimpin oleh kerajaan BN.

Kalaulah cabaran Rosol dapat meletakkan Terengganu di atas semua negeri-negeri lain selari dengan pendapatan yang tinggi dari hasil minyak – berbaloilah. Mungkin Rosol boleh dapat satu sokongan dari IB.SUMBER IB

Sekian, IB

35 PENDUDUK KG BARU PLENTONG TENGAH TERIMA BANTUAN DARIPADA PAS





PASIR GUDANG – Tiga puluh lima keluarga fakir miskin menerima bantuan daripada PAS Pasir gudang disini semalam,kesemua mereka ini adalah penduduk Kampung Baru Plentong Tengah yang telah di usir oleh pihak pemaju pada tahun lepas,bantuan ini di adakan di Dewan Desa Harmoni.Turut hadir YDP Kaw dan Pengerusi Kebajikan Kg Baru Plentong Tengah.Pada masa yang sama juga 25 keluarga Kg Pasir Gudang Baru menerima sumbangan di ketuai oleh Pengerusi Kebajikan.

SULTAN SELANGOR RESTUI TINDAKAN HASSAN ALI


Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sedia menerima teguran daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakannya dalam mengukuhkan struktur pentadbiran Islam di negeri ini.

Beliau yang mengadap Baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam petang semalam, memberi penjelasan terhadap semua tindakan yang dilakukan, termasuk menguatkuasakan undang-undang syariah sedia ada.

Dr Hassan yang ditemui Tvselangor, petang tadi memberitahu, baginda sultan memahami semua tindakan yang dilakukan dan ia merupakan perjumpaan rasmi untuk melaporkan perkembangan yang berlaku di negeri Selangor.

Beliau berkata, penjelasan tersebut meliputi larangan penjualan arak kepada masyarakat Islam dan penguatkuasaan yang harus dilakukan oleh pegawai masjid dan surau di seluruh negeri Selangor.

“ Soal arak tentang penguatkuasaan itu di mana pegawai masjid, ini ditimbulkan dan untuk saya melaporkan perkara sebenar yang berlaku dan apa yang sedang dilakukan.

“Alhamdulilah baginda sangat faham apa yang berlaku dan sebab itu saya rasa hal ini bukan menjadi persoalan dan tidak menjadi masalah, cuma kita perlu mengupgrade dan meningkatkan mutu darjah pembangunan agama negeri Selangor,” katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan laporan akhbar bahawa beliau dipanggil mengadap kerana tindakannya yang dianggap membelakangkan Sultan dalam hal ehwal islam di negeri ini.

“Apa yang dilaporkan oleh akhbar bukan itu kedudukannya, saya yang meminta ehsan tuanku untuk mengadap baginda, dan baginda menetapkan semalam sebagai tarikh untuk saya mengadap, sebagai exco kerajaan negeri Selangor berbagai-bagai perkara yang di laporkan sebagai rutin melaporkan kepada sultan tentang kemajuan dan masalah dihadapi untuk melonjakan Islam di negeri Selangor ini,” katanya.

Dr Hassan ditemui pada majlis Berbuka Puasa Bersama Sultan Selangor di Masjid Al-Munawarah, Shah Alam, petang tadi.

Katanya, banyak perkara tentang perkembangan agama Islam dimaklumkan kepada Baginda, meliputi pendidikan, dakwah, masjid, surau, zakat dan pentadbiran mahkamah syariah di Selangor.

Beliau turut melaporkan tentang lawatannya ke Timur Tengah untuk bertemu pelajar bagi meningkatkan kemajuan pelajar anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sana.

“Kami melawat Syria, Mesir dan Jordan bertemu para pelajar, ini juga perlu diberitahu kepada tuanku, tentang keperluan-keperluan kepada pelajar, langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kemajuan kepada pelajar, dari segi akedemik, kehidupan, sahsiah peribadi dan sebagainya kerana sebahagian besar dari pelajar tersebut menerima bantuan terus daripada Lembaga Zakat Selangor,” katanya.SUMBER

Sep 5, 2009

22 PENDUDUK KG BUAH PALA SETUJU PINDAH

PULAU PINANG: Dua puluh dua pemilik rumah di Kampung Buah Pala di sini bersetuju menerima tawaran untuk berpindah bagi membolehkan kawasan itu dibangunkan oleh pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Pengarah Nusmetro Thomas Chan berkata pihaknya mencapai kata sepakat setelah mengadakan perbincangan dengan penduduk kampung berkenaan semalam dan mereka bersetuju menerima tawaran itu.

"Dalam pertemuan kelmarin, 22 pemilik rumah telah menandatangani surat tawaran daripada pemaju dan mereka juga bersetuju untuk keluar dari kawasan berkenaan secara baik," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata selain menawarkan sebuah rumah teres dua tingkat kepada penduduk kampung berkenaan, pihaknya turut memberikan wang saguhati sebanyak RM8,000 setiap rumah untuk kos pemindahan.

"Kami akan menjalankan kerjakerja merobohkan rumah di kampung berkenaan dalam tempoh seminggu supaya kawasan itu dapat dibangunkan secepat mungkin.

"Bagaimanapun kita tetap menggunakan budi bicara dan memberikan masa kepada penduduk untuk berpindah," katanya.

Semalam Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala M Sugumaran dilaporkan berkata penduduk terpaksa akur dengan arahan mahkamah supaya mengosongkan tanah itu yang dimiliki sebuah koperasi.

Pada 24 Jun lepas, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang menuntut penduduk Kampung Buah Pala mengosongkan rumah mereka dan menyerahkan hartanah itu kepada pemaju yang memperoleh kebenaran untuk memajukan kawasan berkenaan. BERNAMA

Sep 4, 2009

BERSIAP SEDIA UNTUK PILIHANRAYA KECIL DI NEGERI SEMBILAN


Ahli Dewan Undangan Negeri N31 Bagan Pinang, Azman Mohd Noor, dilaporkan telah meninggal dunia di Seremban tengahari tadi.

Dalam PRU12 yang lalu, Azman menewaskan calon Pas Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Azman meraih 6430 undi manakala Ramli meraih 4097 undi.

Keseluruhan jumlah pengundi berdaftar di Dun N31 Bagan Pinang adalah 14,192 dimana 66 peratus adalah Melayu, 10.50 peratus Cina, 19.90 India dan 3.50 peratus etnik lain.

Dun N31 mempunyai lapan daerah mengundi.

PAKATAN SELAR NAJIB SAMBUNG KONTRAK KPN


Pakatan Rakyat menyelar tindakan Perdana Menteri Najib Tun Razak menyambung kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara bermasalah, Tan Sri Musa Hassan.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Shahrin tindakan menyambung kontrak Musa disebalik tuduhan terbabit dalam sindiket kongsi gelap, pemalsuan bahan bukti serta kegagalan mencantas indeks jenayah kebangsaan adalah amat memalukan.

Badrul berkata demikian merujuk kepada tindakan kerajaan melanjutkan tempoh khidmat Musa untuk setahun kepada September 2010. Musa dijadualkan bersara pada 13 September tahun ini. Ini adalah kali kedua perkhidmatannya dilanjutkan. Kali pertama adalah semasa di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi pada September 2007.

“Bagaimana terdapat koleksi akuan bersumpah bukan sahaja dari orang awam tetapi anggota PDRM sendiri yang mengaitkan musa dengan kegiatan kongsi gelap dan ia lebih memarahkan lagi dalam keadaan negara berdepan dengan indeks kadar jenayah negara yang semakin meningkat.

“Bermakna amat diragui intergritinya ia amat memalukan dan amat menggusarkan seluruh rakyat dalam negara dan rasa amat malu selaku pimpinan dalam parti mengecam dan kesal dengan tindakan Najib mencadangkan pada Yang DiPertuan Agong untuk Musa dipanjangkan kontrak,” katanya.

Badrul turut menyifatkan hari ini sebagai hari malang bagi negara dengan pengumuman penyambungan kontrak Musa yang merupakan Ketua Polis Negara paling bermasalah.

“Musa ini bukan sahaja diragui lantiknannya terhadap jawatan berkenaan pada peringkat awalnya adalah hasil daripada kesungguhan beliau memalsukan bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini telah dibuktikan dan disebut tetapi tidak dicabar pembuktian tersebut,” katanya.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Mohammad Sabu berasa hairan kerana penyambungan kontrak itu kerana Musa mempunyai prestasi buruk dalam mengendalikan pasukan polis.

Menurutnya, ramai lagi anggota polis yang lebih layak untuk dilantik sebagai Ketua Polis Negara.

“Kita amat tidak senang dengan tindakan Perdana Menteri yang menyambung khidmat ketua polis yang kita boleh mengambil mana-mana pemimpin polis lebih berwibawa.

“Kalau mahu jadi yang berwibawa tentu ada tetapi Najib mungkin perlu ketua polis seperti ini untuk menjaga Umno dan Barisan Nasional,” katanya.

Sep 3, 2009

GUAN ENG SERU SEMUA PIHAK AMBIL IKTIBAR DARI KES KAMPUNG BUAH PALA

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghulurkan rasa simpati kepada penduduk Kampung Buah Pala, namun berkata perobohan kampung tersebut bukan lagi tanggungan kerajaan negeri kerana wakil penduduk telah menolak semua jalan penyelesaian yang ditawarkan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri sedaya-upaya mencari jalan penyelesaian termasuk ganti-rugi ex-gratia RM8,000 ringgit serta pampasan rumah teres dua tingkat bernilai RM500,000 kepada penduduk-penduduk yang layak menerimanya.

Beliau bagaimanapun menyatakan kekesalan terhadap penduduk yang enggan menerima tawaran tersebut, disebalik menyedari bahawa perobohan tersebut telah diluluskan dan telah diarahkan oleh mahkamah.

"Mahkamah telah meluluskan perobohan itu, dan penduduk telah pun mencapai satu persetujuan dengan pemaju dan polis untuk keluar dari kawasan Kampung Buah Pala. Lantas, kerajaan negeri tidak terlibat dalam memaksa mereka ini berpindah. Samada kita suka atau tidak, perintah berpindah itu adalah perintah mahkamah," kata Guan Eng.

Guan Eng sebelum ini menegaskan bahawa tawaran rumah terus dua tingkat dari pemaju, Nusmestro Ventures (P) Sdn Bhd, adalah lumayan, lebih-lebih di negeri kecil Pulau Pinang.

Setakat ini, kira-kira 24 orang penduduk yang bersetuju dengan pampasan tersebut. Menurut wakil penduduk, 20 dari 24 penduduk terbabit tetap mahu melawan kerajaan negeri walaupun bersetuju dengan pampasan itu.

Guan Eng berharap semua pihak mengambil iktibar dari perobohan Kampung Buah Pala ini. Tambah beliau lagi, tiada sesiapa yang boleh melanggar perintah dan keputusan mahkhamah dan sesiapa yang melanggarnya pasti akan menerima padah.

Mengulas mengenai kritikan wakil penduduk terhadap Pakatan Rakyat, Guan Eng berkata MIC sekadar bermain politik kerana parti perkauman itu sendiri menyedari bahawa mereka tidak boleh melawan perintah mahkamah.

Guan Eng sebelum ini mempersoalkan keikhlasan MIC yang dikatakan mahu membeli tanah Kampung Buah Pala pada nilai RM3.2 juta ringgit. Sehingga perobohan hari ini, tiada perkembangan susulan mengenai RM3.2 juta ini.

600 ANGGOTA BN PERAK SERTAI PKR SABTU INI

IPOH: Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak didakwa akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di sini Sabtu ini.

Bekas Anggota Parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

"Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di sini hari ini.

Beliau mendakwa, lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini adalah gelombang pertama...ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM. Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.

Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Tan yang juga bekas Naib Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Timur berkata anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea 'sistem dua parti' dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas Menteri Kesihatan itu.

Tan bersama bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng dan bekas Senator, David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lepas.BERNAMA

KAMPUNG BUAH PALA: KERJA KERJA MEROBOH SEDANG BERLANGSUNG

BERIKUT adalah situasi yang berlaku ketika kerja-kerja merobohkan rumah di Kampung Buah Pala hari ini:

11.20 pagi: Ketika kerja-kerja merobohkan rumah bernombor 467 berlangsung. Beberapa penduduk kampung yang bimbang rumah mereka akan dirobohkan merayu kepada Thomas Chan supaya rumah mereka tidak dirobohkan.

10.36 pagi: Rumah bernombor 467 buah dipercayai akan dirobohkan kerana kedengaran bunyi jentolak dan traktor di kawasan tersebut. Para pemberita tidak dibenarkan masuk ke kampung tersebut.

10.31 pagi: Polis bersama lima orang kontraktor yang membawa penukul besar menghampiri rumah bernombor 467 untuk merobohkannya.

10.20 pagi: Polis berbincang dengan Sugumaran dan penolong setiausaha persatuan menetap Tharmaraj. Pihak polis menyeru orang-orang kampung untuk mematuhi janji mereka kepada pihak pemaju sebelum ini.

Polis turut meminta Ketua Pemuda MIC T. Mohan untuk mengawal ahli-ahlinya daripada terlibat dengan pergaduhan seperti menghalang traktor dan jentolak yang digunakan untuk merobohkan kediaman penduduk Kg Buah Pala.

10.15 pagi: Polis berjaya menyelamtkan Gary Ho.

10.10 pagi: Beberapa traktor dilihat memasuki Kg Buah Pala untuk memulakan kerja-kerja perobohan selepas beberapa penduduk kampung bersetuju untuk pemaju bagi memberi kerjasama kepada pihak pemaju.

Bagaimanapun, sebahagian penduduk yang tidak tahu mengenai perjanjian tersebut berlaku sedikit kekecohan apabila penduduk kampung cuba menghalang traktor dan jentolak itu daripada merobohkan rumah mereka.

Terdapat juga beberapa orang penduduk yang cuba menyerang Beberapa juga mahu Gary Ho. Pasukan FRU cuba campur tangan untuk mengekalkan arahan yang telah diputuskan sebelum ini.

10.07 pagi: Penduduk kampung daripada rumah bernombor 467 menunjukkan kepada pihak polis satu perjanjian yang menunjukkan dia setuju dengan tindakan pemaju untuk merobohkan rumahnya.

Keadaan masih lagi kabur mengenai siapa yang akan merobohkan rumah- rumah penduk Kg Buah Pala kerana pihak polis meminta para wartawan meninggalkan kawasan tersebut.

9.55 pagi: Pengarah Urusan Nusmetro, Gary Ho tiba dengan membawa kunci-kunci rumah penduduk Kg Buah Pala. Dia turut merayu kepada penduduk kampung supaya tidak melambatkan proses merobohkan rumah mereka.

Penduduk kampung dan pemaju masih berdebat mengenai siapa yang harus menjalankan merobohkan dua rumah di kampung tersebut.

9.30 pagi: Sugumaran berkata penduduk kampung mahu merobohkan rumah tersebut sendiri.

Mereka berarak ke rumah tersebut.Penduduk kampung dan penyokong-penyokong menghalan para wartawan daripada memasuki kawasan kampung Kg Buah Pala dan berlaku sedikit pergelutan.

9.20 pagi: Pengerusi Penduduk Kg Buah Pala, M. Sugumaran berjumpa dengan Pengarah Eksekutif Nusmetro Venture, Thomas Chan.

Dia kemudian memaklumkan kepada para pemberita bahawa dua keluarga telah bersetuju rumah mereka untuk dirobohkan setelah mereka menerima pampasan dan menyerahkan kunci rumah masing-masing kepada pihak pemaju.

8.30 pagi: Dua balai polis bergerak dan tiga van polis tiba di Kg Buah Pala.

Kerja-kerja merobohkan rumah di kampung tersebut dijadualkan berlangsung hari ini.

7.30 pagi: Pemuda MIC dan penduduk kampung berbaris untuk menghalang pemaju dan kontraktor memasuki Kg Buah Pala untuk merobohkan rumah mereka.

Lebih daripada 20 kontraktor bersama dengan tukul besi bersiap sedia untuk masuk ke Kg Buah Pala.

BERITA TERDAHULU

GEORGE TOWN: Penduduk Kampung Buah Pala Residents sekali lagi cuba menghalang usaha merobohkan rumah mereka selepas ianya ditangguhkan pada 1 September yang lalu.

Penduduk kampung dan anggota Pemuda MIC telah berkumpul untuk menghalang pihak pemaju daripada menjalankan kerja-kerja perobohan.

Pihak polis telah dipanggil untuk menenteramkan keadaan.SUMBER MSTAR ONLINE

KEDUDUKAN ADUN PELABUHAN KLANG DIKETAHUI SELEPAS HARI RAYA

Kedudukan ADUN Pelabuhan Klang diketahui selepas hari raya

SHAH ALAM: Kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat akan diketahui selepas hari raya nanti, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata Badrul Hisham telah diberikan surat tunjuk sebab dan perlu menjawabnya dalam tempoh 14 hari mengenai ketidakupayaan beliau menjalankan tugas sebagai Adun dengan berkesan.

Bagaimanapun Abdul Khalid enggan menjawab ketika ditanya sama ada Badrul Hisham akan dikenakan tindakan disiplin atau kerusi yang disandangnya itu akan dikosongkan.

"Keputusan akan dibuat selepas mengambil kira perbincangan yang diadakan dengan Badrul sendiri dan Speaker Dewan Negeri, Teng Chang Khim," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat esco kerajaan negeri di sini semalam.

Abdul Khalid berkata Badrul Hisham kini dalam keadaan uzur dan tidak dapat bersama-sama beliau dalam program Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berbuka puasa bersama rakyat di sebuah masjid di Pandamaran minggu lepas.

"Badrul masih lagi menerima elaun dan gajinya walaupun tugas beliau sebagai wakil rakyat dibantu oleh rakan-rakan Adun lain," katanya. BERNAMA

Sep 2, 2009

17 PERBUATAN PENGKHIANAT UMNO PADA MELAYU

17 Perbuatan Khianat UMNO



Bukan satu atau dua, tetapi lebih dari sepuluh malah jika dibilang tidak cukup jari di tangan untuk memperjelaskan pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu. Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang memulakan pengkhianatan kepada orang Melayu.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaafar, sebanyak 17 pengkhianatan telah dilakukan oleh Umno kepada orang-orang Melayu semenjak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib.
Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu.

"Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya, "jelas beliau ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak di Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar baru-baru ini.

Mahathir juga katanya, telah merosakkan sistem kehakiman negara. "Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara, dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas," katanya.

Selain itu kata Kamaruddin, selepas pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno telah menarik balik royalti minyak.

"Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihan raya berkenaan," tambahnya.

Jelas Kamaruddin lagi, pada zaman Dr Mahathir juga, antara pengkhianatan yang dilakukan Umno adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.

"Ia secara langsung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek Sains dan Matematik," ulasnya.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu yang disenaraikan oleh Dato' Kamaruddin Jaafar:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10.Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11.Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12.Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13.Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14.Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15.Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16.Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17.Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra

KISAH SEBENAR KUIL DI SEKSYEN 23..



Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak kuil yang dicadangkan adalah di kawasan industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan.

Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO-BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

More News

RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ....PENIPU BESAR


Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak hanya akan menzahirkan lagi bebanan kepada rakyat ,kenaikan harga minyak ini adalah hadiah merdeka daripada kerajaan UMNO-Barisan Nasional,untuk rakyat Malaysia sempena sambutan kemerdekaan Negara, semalam.

“Saya merasakan kenaikan harga minyak,ini merupakan perkara yang bertentangan dengan slogan yang sering dilaungkan oleh media propaganda milik kerajaan Barisan Nasional iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,"apakah Rakyat masih nak sokong Barisan Nasional secara terus terang mereka tipu kita dengan slogan Rakyat Didahulukan, dahulu kepala hotak dia ,slogan yang menipu kita,saya yakin lepas ni harga barang pasti naik....lu fikir.

Sep 1, 2009

SUMBANGAN UNTUK FAKIR MISKIN


PAS PASIR GUDANG Seramai 20 keluarga miskin dan ibu tunggal di sini menerima sumbangan dari pada Pas caw saujana dan barang harian,untuk meringankan beban mereka sempena bulan Ramadan. Wakil caw Raja Imran berkata, objektif program yang diadakan itu adalah untuk membantu golongan miskin tegar. "Sebenarnya masih ramai golongan miskin tegar di kawasan ini Sebagai,Pemimpin kami berasa bertanggungjawab membantu golongan ini terutama ketika bulan Ramadan ini.
Tanggungjawab ini dilakukan setiap tahun,wakil kawasan turut hadir ,saya sendiri dan Ydp kaw.

ADUN LETAK JAWATAN..?

KUALA TERENGGANU – Krisis Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dijangka terus meruncing apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dimaklumkan nekad mahu meletakkan jawatan, ADUN tersebut yang juga Exco kerajaan negeri dikatakan sudah tidak tahan menghadapi kecelaruan pentadbiran Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said.

Sumber tersebut berkata, ADUN berkenaan dijangka meletakkan jawatan dalam tempoh sebulan dua ini.

(Gambar - Barisan Exco Umno/BN Terengganu, berdiri dibelakang. Siapakah diantara mereka yang dikatakan akan meletakkan jawatan).

Dengan pengakuan terbaru ADUN Umno/BN hari ini, mengesahkan kebenaran desas-desus berkaitan beberapa ADUN Umno/BN yang akan keluar dari parti itu.

Rabu lalu, 26 Ogos, Bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu Dato’ Rosol Wahid menafikan beliau dan kumpulan ’10 budak hitam’nya mahu melompat dan menyertai Parti Kedailan rakyat (PKR).

Dua hari selepas itu, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata sebaliknya, mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa orang wakil rakyat berkenaan cadangan untuk lompat parti.

Nawi sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar Internet berkata, cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu.

"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Menurut Nawi, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

"Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar," kata Nawi lagi.
sumber BULETINONLINE

Aug 31, 2009

MERDEKA ,MERDEKA MERDEKA. MINYAK NAIK

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.




Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin. _SUMBER