Apr 29, 2014
Ziarah dan sumbangan PAR
Saudara Kelana sampaikan sumbangan keperluan asas dan wang ringgit kepada mereka
yang kurang berkemampuan di Taman cendana Pasir Gudang
Adam semakin Pulih
![]() |
sebelum |
![]() |
Naziah berkata, anaknya, Muhammad Adam Aryan Muhammad Danial, 14 bulan, dihubungi pihak hospital sebaik selesai mengadakan sidang media bersama Pusat Aduan Rakyat (PAR) Negeri, 10 April lalu.
Menurutnya, hospital berkenaan bagaimanapun merujuk anaknya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas lima hari menerima rawatan di sana.
“Syukurlah, di HKL ada pakar kulit. Adam sudah boleh bermain dan gelak selain kulitnya mula licin,” katanya, semalam.
Sinar Harian 11 April lalu, menyiarkan luahan rasa tidak puas hati seorang ibu yang mahukan penjelasan terperinci daripada pihak berkenaan berhubung penyakit kulit yang dihidapi bayinya yang didakwa bertambah teruk selepas menerima rawatan di hospital
berkenaan.
Muhammad Adam Aryan anak yang aktif, meskipun menghidap penyakit kulit kering menggelupas (ekzema) pada badannya sejak berusia setahun mula mengalami susut berat badan apabila dia tidak berhenti menangis akibat kulit menjadi kering, merekah dan pecah-pecah selepas dimasukkan darah dan protein pada 25 Mac lalu.
Naziah bingung apabila selepas 12 hari dirawat, bayinya dibenarkan pulang tanpa sebarang penjelasan memuaskan berhubung penyakit dihidapi, walaupun keadaan bayi ketika itu masih belum pulih seperti sediakala
Apr 20, 2014
Apr 19, 2014
KAMI TUNTUT PAMPASAN
![]() |
PAR BERSAMA PEKERJA YANG TERLIBAT |
Seramai 30 pekerja sebuah Kilang Jalan Tembaga di sini meminta syarikat terbabit membayar pampasan kerana mereka diberhentikan tidak mengikut peraturan.
Mereka mendakwa, syarikat itu tidak memberikan notis dua bulan sebelum pekerja diberhentikan kerja
Kebanyakan pekerja terbabit bekerja di antara lima tahun hingga 10 tahun dengan syarikat terbabit.Wakil Mereka Mendakwa termasuk bayaran EPF semalam 9 belum di carum.
PAR DAN KEBAJIKAN
Apr 16, 2014
PAR DAN MUSLIMAT SEMPENA HARI POLIS
PAR BERSAMA MUSLIMAT SAMPAIKAN UCAPAN HARI POLIS YANG LEPAS. TIGA
BALAI POLIS TERIMA KEK DARI MUSLIMAT YANG TERTULIS SELAMAT HARI POLIS
Apr 12, 2014
IBU SEDIH BAYI MENDERITA
PASIR GUDANG – Seorang ibu meluahkan rasa tidak puas hati dan mahu penjelasan teliti daripada pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) berhubung penyakit kulit yang dihidapi bayinya yang didakwa bertambah teruk selepas menerima rawatan di hospital berkenaan.
Naziah Mat Nasir, 26, berkata, bayinya, Muhammad Adam Aryan Muhammad Danial, 14 bulan, merupakan anak yang aktif, meskipun menghidap penyakit kulit kering menggelupas (eczema) pada badannya sejak berusia setahun.
Bagaimanapun menurutnya, keadaan kulit bayinya mula menampakkan bintik-bintik merah, seterusnya menjadi kering, merekah dan pecah-pecah darah selepas dimasukkan darah serta protein di HSI pada 25 Mac lalu.
“Pada hari pertama dimasukkan darah ketika ditahan di wad HSI, saya agak terkejut kerana kulit anak saya bertukar kemerah-merahan dan kaki kanannya kehitaman, namun doktor yang merawat memberi jaminan tak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan.
“Bagaimanapun selepas tiga beg darah dimasukkan selama tiga hari dirawat di hospital itu, saya menjadi panik kerana kulit anak saya mula menjadi kering, merekah dan pecah-pecah darah sehingga tidak henti-henti menangis,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Naziah berkata, selepas 12 hari dirawat di HSI, bayinya dibenarkan pulang Isnin lalu tanpa sebarang penjelasan teliti berhubung penyakit bayinya, walaupun keadaan bayi masih belum pulih seperti sediakala.
Menurutnya, berat badan bayinya juga semakin susut kerana hilang selera makan dan hanya bergantung kepada susu serta memerlukan penjagaan rapi kerana tidak berhenti menangis sekiranya cuaca terlalu panas.
“Saya bukan nak tuding jari mencari kesalahan hospital, tetapi saya mahukan penjelasan teliti mengenai keadaan anak saya dan kaedah yang terbaik untuk pulihkan kembali dia seperti sediakala.
“Saya dah tak sanggup tengok anak menderita, siang dan malam menangis, sedangkan sebelum ini dia anak yang tak banyak ragam,” katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Alam, di sini, kelmarin.
Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Negeri, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya mahukan penjelasan secara telus daripada HSI dalam masa terdekat untuk memulihkan kembali bayi ini.
“Kita hormati institusi kesihatan di negara ini, cuma kita mahukan penjelasan yang boleh membantu keluarga ini.
“Sekiranya penjelasan yang dibuat tidak boleh diterima keluarga ini, kita bersedia untuk sediakan guaman,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah HSI, Dr Arbain Lani ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya akan membuat semakan dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
“Kita akan jalankan siasatan segera dan menghubungi keluarga itu semula,” katanya.
Apr 9, 2014
4 BERADIK BUNTU MASALAH MYKAD
-
Dari kiri: Fatimah, Aishah dan Adam menunjukkan dokumen pengenalan diri sementara mereka kepada Syed Othman (kanan).
Fatimah, 39, berkata, masalah timbul apabila mereka empat beradik dihantar ke rumah kebajikan masyarakat tanpa sebarang dokumen pengenalan diri sekitar 1984 selepas dilaporkan terbiar tanpa penjagaan kerana bapa mereka bekerja kontrak di luar kawasan.
Menurutnya, kehidupan mereka bertambah rumit apabila tidak memiliki kehidupan yang sempurna seperti warganegara lain kerana dilayan seperti warga asing tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
“Selepas pelbagai usaha kami lakukan, jabatan bertanggungjawab akhirnya mengeluarkan MyKad sementara yang perlu diperbaharui setiap empat tahun sekali pada 2008.
“Apabila diperbaharui saya agak kecewa apabila MyKad sementara ini tercatat bukan warganegara, sedangkan kami rakyat tempatan yang dilahirkan di Pahang, sehingga menyukarkan kami untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Sementara itu, Aishah Abdullah, 36, berkata, dia bernasib baik kerana perkahwinannya sekitar 1994 diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi segala harta sepencarian tidak boleh didaftarkan atas namanya.
Menurutnya, masa depan mereka empat beradik agak pudar kerana tidak mempunyai wang simpanan di mana-mana bank, apatah lagi kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hanya kerana memiliki MyKad sementara.
“Saya bersyukur kerana mempunyai suami yang bertanggungjawab, tapi nasib abang, kakak dan adik saya yang belum berumah tangga agak sukar kerana mereka berhadapan masalah dalam membuat simpanan untuk jaminan masa depan.
“Kakak saya pernah ke bank untuk membuka akaun simpanan, tetapi dimaklumkan agak berisiko kerana duit simpanan perlu dikeluarkan sebelum MyKad sementara tamat tempoh,” katanya.
Ujarnya, keinginan untuk bertemu semula bapa, Ahmad, yang kini berumur lingkungan 60 tahun dan adik bongsu mereka yang kini berumur 28 tahun amat tebal.
Jelasnya, selepas dihantar ke rumah kebajikan masyarakat, mereka terputus hubungan dengan ayah yang ketika itu berulang-alik ke tempat kerja dan hanya seminggu sekali pulang ke rumah mereka di Ulu Tiram.
“Adik bongsu kami perempuan pula terpaksa diserahkan kepada sebuah keluarga angkat ketika kami menetap di Pahang selepas ibu meninggal dunia ketika bersalin,” katanya.
Dalam pada itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Negeri, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan meneliti semua dokumen yang dimiliki sebelum mengatur pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Kita akan minta semua adik-beradik ini memberi komitmen untuk mengadakan perbincangan dengan pihak JPN dalam masa terdekat bagi mengetahui kaedah penyelesaian terbaik,” katanya. SINAR
Subscribe to:
Posts (Atom)