Jan 25, 2014

Program kebajikan Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor

Sumbangan Untuk Makcik Yang jaga anak OKU tiap Bulan PAR akan bagi sumbangan

Kurang Berkemampuan

Ibu tunggal anak Sepuluh tiap Bulan PAR akan Bagi sumbangan


Pusat Aduan rakyat kebajikan tetap  di utamakan membantu tanpa kira Pandangan Politik.... Sumbangan anda di Perlukan untuk kerja Kebajikan boleh Hubungi  013 7511818

Jan 17, 2014

Peserta Flash Mob Beri Kang Kung Percuma

Pasir Gudang : Taman Mawar Lebih 20 Orang  menyertai flash mob  yang dianjurkan PKR Pasir Gudang di Taman Mawar Persimpangan Masjid Jamek semalam.

Himpunan bermula kira-kira jam 6 petang semalam dianjurkan dengan kerjasama rakan rakan Pakatan

kang kung di beri Percuma
Peserta flash mob turut membawa kain rentang dan plakad yang tertera perkataan bantahan, manakala pengguna jalan raya turut membunyikan hon tanda sokongan. 
Mereka turut mengedarkan kepada orang ramai  kangkung Percuma sebangai tanda simbolik
 Menurut kata saudra Murad   

“Program seperti akan diteruskan pada masa akan datang.

Jan 16, 2014

LOPAK KANGKUNG DI LEBUH RAYA SENAI DESARU MENDAPAT BANTAHAN ORANG RAMAI

MASAI – Kira-kira 30 pengguna Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) membuat bantahan aman di sini, semalam bagi mendesak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memantau perkhidmatan yang didakwa teruk pihak konsesi lebuhraya itu.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor
Sidang Media Bersama Steven PKR



, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya menerima 37 aduan dari pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan selain tiga aduan kenderaan mengalami
kerosakan teruk selepas menggunakan laluan itu.

“Kadar tol yang dikenakan terlalu mahal, misalnya dari Masai ke Penawar sahaja dikenakan caj sebanyak RM5.90 bagi perjalanan 21 kilometer (km).

“Keadaan ini amat mengecewakan apabila perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran dikenakan.
“Pengguna bukan sahaja mengalami kerosakan kenderaan tetapi turut membahayakan keselamatan apabila cuba mengelak lubang besar yang terdapat pada jalan raya,” dakwanya.

Syed Othman berkata, ada antara pengguna mengadu hampir mengalami kemalangan apabila tayar kenderaannya pecah selepas terlanggar sebuah lubang besar di laluan itu.

Selain itu katanya, berdasarkan tinjauan yang dijalankan terdapat kira-kira 42 lubang terdapat pada laluan lebuh raya berkenaan bagi sepanjang perjalanan antara Masai ke persimpangan keluar Penawar.

“Pada November lalu, saya pernah mengemukakan aduan di pusat khidmat pelanggan mengenai keadaan ini dan mereka memberi jawapan sedang dalam proses membaik pulih jalan.

“Tetapi sehingga kini, hampir tiga bulan masa berlalu kerosakan jalan masih semakin teruk,” katanya.

Katanya, pihaknya akan menghantar memorandum kepada LLM dan ahli parlimen di kawasan berkenaan bagi merujuk situasi yang berlaku supaya tindakan segera dapat diambil.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir Hasni Mohamad berkata, kerajaan negeri menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memantau aspek keselamatan jalan raya.

Katanya, melalui penubuhan jawatankuasa itu tumpuan utama akan diberikan terhadap SDE bagi mewujudkan keadaan jalan raya yang lebih selamat.

“SDE akan diberi keutamaan kerana dalam tempoh 10 tahun ini banyak kenderaan berat melalui laluan berkenaan khususnya dari bandar raya ke Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (Rapid),” katanya Jun lalu.

Jan 13, 2014

FLASH MOB KANG KUNG DI JOHOR MAKIN RANCAK ...

Lebih 30 anak muda menyertai flash mob membantah kenaikan harga minyak yang dianjurkan Oleh Pas Johor Baharu semalam.

Himpunan bermula kira-kira jam 5 petang semalam .

Flash mob yang diadakan di persimpangan Jalan Bandar baru Uda disambut penduduk tempatan yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan sederhana dan terkesan langsung akibat kenaikan harga minyak.


Peserta flash mob turut membawa kain rentang dan plakad yang tertera perkataan bantahan, manakala pengguna jalan raya turut membunyikan hon tanda sokongan. Boleh dikatan setiap minggu ada Kawasan yang akan buat Flash Mob.




 RAKYAT MAKAN KANKONG HA HA HA

Jan 8, 2014

DI TUDUH SELUDUP WARGA BANGLADESH


  • Dituduh seludup warga Bangladesh Athikah menunjukkan laporan polis yang pernah dibuat di Balai Polis Permas Jaya dan Singapura sebelum ini.
1 / 1
PASIR GUDANG – Pencarian seorang isteri yang sedang hamil anak keempat setelah suaminya hilang sejak 27 Disember lalu berakhir, apabila dikhabarkan ditahan pihak Imigresen Singapura.
Athikah Abdul Kadir, 30, berkata, suaminya, Abdul Razak Kamarudin, 38, dituduh bersama seorang lagi rakannya menyeludup warga Bangladesh yang ditemui di dalam bonet kereta dipandu ketika berada di laluan keluar Imigresen Singapura.

Menurutnya, walaupun sedih melihat keadaan suami ditahan di penjara, dia bersyukur kerana pencariannya sejak dua minggu lalu berakhir dan ditemui dalam keadaan selamat.

“Saya menangis kerana tidak dapat menahan rasa gembira melihat keadaan suami yang ditemui selamat ketika melawatnya di penjara Singapura tengah hari semalam.
“Dia minta saya jangan risau dan kuatkan semangat menjaga anak-anak kerana katanya dia akan pulang kerana tidak bersalah dan hanya dianiaya,” katanya, semalam.

Athikah mendakwa, ketika kejadian, Abdul Razak menumpang kereta rakannya untuk mengambil gaji dan tidak mengetahui di dalam bonet kereta dipandunya mempunyai seorang lagi penumpang warga asing.

Katanya, sebaik tiba di laluan keluar Imigresen Singapura, kereta dinaiki suaminya dikepung sebelum digari dan lebih memeranjatkan apabila terdapat warga Bangladesh di dalam bonet kereta itu.

“Saya percaya suami saya tidak akan melakukan kesalahan itu. Lagipun sudah lebih 10 tahun dia berulang-alik keluar masuk ke Singapura mencari rezeki di sana.

“Saya mohon kerjasama orang ramai supaya mengadakan solat hajat supaya ALLAH SWT tunjukkan kebenaran di sebalik kejadian ini,” katanya.
Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) negeri, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya memperoleh maklumat Abdul Razak ditahan selepas menghubungi kedutaan kelmarin.

“Saya tak dapat maklumat terperinci, cuma dimaklumkan dia ditahan atas kesalahan seludup orang kerana seorang lagi penumpang selain Abdul Razak dan rakannya tidak mempunyai sebarang dokumen.

“Saya dimaklumkan, isteri dan keluarga terdekat dibenarkan melawat Abdul Razak dan kita doakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Sinar Harian keluaran 6 Januari menyiarkan kebuntuan seorang wanita apabila suaminya yang tinggal sendirian di Permas Jaya, gagal dihubungi selepas diberitahu ingin mengambil gaji di Singapura pada 27 Disember.

Jan 4, 2014

ISTERI BUNTU SUAMI HILANG


  • Isteri buntu suami hilang Athikah yang buntu menceritakan kehilangan suaminya sejak Jumaat minggu lalu kepada Syed Othman. Gambar kecil : Abdul Razak

1 / 1
PASIR GUDANG – Seorang isteri yang sedang hamil anak keempat buntu apabila suaminya gagal dihubungi selepas diberitahu ingin mengambil gaji di Singapura, Jumaat lalu.
Athikah Abdul Kadir, 30, berkata, suaminya, Abdul Razak Kamarudin, 38, yang tinggal sendirian di Permas Jaya, di sini, sepatutnya pulang ke kampung menjemputnya dan anak-anak di Kedah serta menghadiri majlis perkahwinan adik lelakinya pada Jumaat lalu.

Menurutnya, bagaimanapun Abdul Razak yang dikatakan ke Singapura menaiki kereta Proton Gen-2 berwarna emas dan bernombor pendaftaran JJW 1478 bersama seorang rakannya tidak dapat dikesan sehingga kini.

“Kali terakhir saya berhubung dengan suami sekitar jam 1 pagi Jumaat lalu apabila dia beritahu saya hendak ke Singapura mengambil gajinya sebelum pulang ke kampung di Kedah petang hari yang sama.

“Bagaimanapun, sekitar jam 7 malam, saya hubungi lagi nak tanya dah naik bas ke belum, tapi panggilan tidak berjawab sehinggalah kali terakhir lebih kurang jam 10 malam panggilan sudah masuk ke peti
simpanan suara,” katanya kepada pemberita, kelmarin.

Athikah berkata, abang kepada rakan Abdul Razak yang turut sama hilang ada membuat semakan di Jabatan Imigresen dan mendapati mereka berdua memasuki Singapura sekitar jam 10 pagi Jumaat, namun tiada rekod keluar.

Katanya, majikan Abdul Razak yang dihubungi juga turut mengesahkan suaminya ada datang mengambil gajinya sekitar jam 7 malam pada hari berkenaan bersama seorang rakan.

“Saya sudah buat semakan dengan pihak polis Singapura dan hospital, tapi suami saya tidak ditahan di mana-mana penjara atau wad. Saya ada buat laporan polis di Balai Polis Permas Jaya dan Singapura.

“Saya dah buntu selepas pelbagai usaha dibuat termasuk mengesan kenderaan yang dinaiki suami bersama rakan, tapi tak ada hasil,” katanya.

Beliau berkata, hatinya bertambah sayu apabila tiga anaknya menangis bertanyakan bapanya yang dikatakan berjanji untuk pulang menjemput mereka di kampung.

Athikah memberitahu, sepanjang lapan tahun hidup bersama Abdul Razak, suaminya dikenali sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab serta tidak mempunyai musuh dengan sesiapa.

“Kami juga tak mempunyai masalah kewangan, sebaliknya ramai rakan-rakannya yang meminjam wang dengan dia.

“Saya mohon kerjasama daripada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suami saya supaya menghubungi saya segera atau lapor di balai polis berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) negeri, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan membantu mengedar gambar Abdul Razak di sekitar bandar raya ini dan Singapura dalam masa terdekat.

“Kami juga akan bawa keluarga pengadu ke kedutaan Singapura di negara ini untuk mendapatkan bantuan mengesan Abdul Razak Isnin depan” katanya.


A

Jan 2, 2014

CETI HARAM SALAH RUMAH


Ceti haram salah rumah
  • Rosidah menunjukkan kepada Syed Othman notis pemberitahuan bahawa mereka bukan peminjam ah long ditampal Kereta Perodua Viva yang turut disimbah cat merah. di pagar rumah.
Add caption

PASIR GUDANG – Sebuah keluarga enam beranak di Jalan Tasek, Bandar Seri Alam, di sini hidup dalam ketakutan dan trauma selepas dua kali rumahnya dipercayai diserang ah long yang tersalah rumah.

Guru tadika, Rosidah Ahmad, 49, berkata, kejadian dua keretanya disimbah cat merah kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin, merupakan kali kedua selepas kejadian pertama iaitu pintu pagar rumahnya dimangga kira-kira seminggu yang lalu.

Menurutnya, dua hari sebelum kejadian di mana dua keretanya jenis Toyota Avanza dan Perodua Viva disimbah cat, hatinya tidak keruan selepas menyedari sebuah kereta jenis

Perodua Kenari dinaiki dua lelaki mengekorinya dan mundar-mandir di kawasan kediamannya.

“Saya keluarkan kereta Viva ke luar pagar untuk menghantar anak ke tempat kerja, manakala kereta Avanza masih berada di kawasan dalam pagar lalu masuk semula ke dalam rumah.

“Tiba-tiba anak ketiga saya berlari keluar rumah selepas mendengar seperti ada tin terjatuh dan menjerit memanggil saya yang bersendirian berada di dalam rumah.

“Alangkah terkejutnya saya apabila melihat keadaan kereta Viva yang baru sebulan dibeli berlumuran cat merah termasuk Avanza yang berada dalam pagar,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Rosidah berkata, dia mengesyaki tindakan itu perbuatan ah long yang tersalah rumah kerana mereka sekeluarga tidak pernah membuat sebarang pinjaman daripada pihak tidak berlesen.

Katanya, kejadian itu juga bukan sahaja mendatangkan kerugian malah memalukannya sekeluarga kerana dipandang sinis jiran-jiran.

“Saya telah menampal notis tertulis ‘saya tidak ada pinjam wang’ untuk memberitahu bukan kami yang mereka cari.

“Saya kini bukan sahaja bimbangkan keselamatan kami sekeluarga, malah malu dengan jiran-jiran yang pastinya membuat tanggapan kami yang pinjam wang ah long,” katanya.

Dia turut mengakui sudah membuat dua kali laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) negeri, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan membawa perkara itu ke Biro Pengaduan Awam (BPA) dalam masa terdekat.

“Kita nak tengok apa reaksi BPA dalam soal ini memandangkan sudah dua laporan polis dibuat pengadu dalam perkara ini,” katanya.